Wednesday, June 30, 2010

LELONGAN ~ TipS

~*~*~*~*~*~*~*~   ~*~*~*~*~*~*~*~  

Tips ~ Lelongan

RUMAH LELONG: PENGALAMAN SAYA SENDIRI (Episod 1)

Mei 2008 saya beli rumah lelong RM 45,000 di Bandar Baru Uda, JB. Rumah flat tingkat 4, rumah kos sederhana rendah di belakang Bank Islam, sebelah wisma Nanas, sebelah produa, berhampiran Mydin. Kali pertama rumah ini dilelong Febuari 2008 dengan harga 55,000 tapi orang tak ambil. Kali kedua sebulan selepas tu 50,000. Kemudian turun 45,000 saya pun berminat nak ambil.

Perlu Tambahkan Ilmu : Baca Buku

Sebelum itu saya bersedia dulu dengan ilmu pengetahuan. Banyak beli buku berkenaan lelong dan hartanah dalam 4-5 biji buku yang saya beli sendiri. Harga setiap buku agak mahal juga RM 20 - 40 sebuah tapi ilmunya sangat bermanfaat pada saya. Kalau nak cari buku-buku macam ni di JB boleh ke Badan Cemerlang Angsana dan di Haris Jusco Tebrau City, buku dalam bahasa Melayu. Mac 2008 juga saya mengikuti kursus percuma di ILIM Bangi selama 3 hari berkenaan perbankan Islam. Kursus ini banyak beri pendedahan tentang prosedur pinjaman dan berkaitan dengan bank-bank.

Saya Tidak Pernah Memiliki Rumah Sendiri

Sebelum ini saya tak ada rumah, sejak bekerja 13 tahun, memang saya tak ada memiliki rumah. Pada saya, beli rumah baru adalah rugi. Kesimpulan yang saya buat ini setelah saya buat kajian dalam sektor hartanah ini. Tapi belilah rumah lelong, kita mungkin ada banyak untung di situ. Tapi lelong bukan sebarang lelong, kita kena buat kajian terperinci dulu.  Saya buat kajian itu, dan hasil kajian itu tidak boleh saya dedahkan di sini. Ilmu ini terlalu mahal untuk didedahkan.

Tengok Sendiri Rumah Tu..

Amat penting sebelum kita masuk lelong, kita tengok rumah itu dulu. Tapi ada satu peringatan, jangan dedahkan hasrat kita untuk beli rumah lelong ini pada sesiapa. Di kawasan itu, saya ada 3 orang yang saya kenal, 2 kerja di pejabat saya, seorang kerja wartawan sambilan. Perlu kaji kawasan itu strategik ke tidak, sewa biasa berapa di situ, jiran-jiran bagaimana dan lain-lain. Hasil tinjauan, rumah itu orang sewa antara 550- 650 sebulan, kedudukannya amat strategik.

Tanya Bank dulu

Saya pergi bank, ambil pamplet dan berbual dengan pegawai bahagian pinjaman. Tapi jangan dedahkan kepada orang bank itu rumah mana yang kita mahu ambil. Kalau terlepas cakap, kita bimbang dia pula yang beli senyap-senyap nanti., bukan nak menuduh, tapi berhati-hati. Kalau pinjaman 25 tahun pinjaman dan insuran tak sampai 300. Jadi kalau sewa 500, boleh untung 200 sebulan, waw boleh tahan. Saya buat kesimpulan, rumah itu boleh diambil dan jangan lepaskan peluang ini.

Saya tak ada senarai hitam bank atau muflis, tapi kalau ada sesiapa  yang disenarau hitam bank, kena pastikan dulu. Jangan nanti dah ambil rumah, pinjaman kita tak lulus.

Buat Tinjauan Penyewa

Tujuan saya nak beli rumah itu untuk disewa, jadi kena kaji pasaran penyewa di situ. Hasil kajian, itu sangat strategik, terutama peniaga berhampiran, pekerja bank, pasaraya Mydin dan pekerja wisma Nanas. Sekali lagi kesimpulan saya, beliiiii.

Masuk Lelongan

Mei 2008, saya telefon pelelong dahulu, kemudian bayar deposit 5 peratus dari harga 45,000 iaitu 2,250 melalui bank draf. Pada tarikh lelongan, saya hadir awal, sejam sebelum lelongan. Alhamdulillah, hanya saya seorang saja yang membida, jadi saya dapat. Saya sangat gembira, walaupun tak beli rumah semahal rumah yang kawan-kawan sepejabat saya miliki, tapi saya tetap bangga. Inilah usaha permulaan saya dalam bidang lelongan hartanah.

Saya memerlukan 90 hari untuk menjelaskan baki 95 peratus dari harga tadi. Esoknya saya ke rumah tersebut bawa tukul besi dan kunci tombok baru berharga 9.90 untuk ganti kunci depan. Bila masuk, alhamdulillah, rumahnya ok, rumah itu baru 2 tahun, jadi masih baru lagi. Saya beli cat putih 2 tong dengan harga RM 60 siap berus dan cat sendiri. Pam kat tandas ada rosak sikit, betul sendiri dalam RM 5. Kemudian pasang kipas di ruang tamu dalam RM 60. Lepas tu masuk eletrik dan air, mahal juga tapi tak sampai RM 400.

Jiran Sebelah Seronok

Sedang saya mengecat, jiran sebelah, wanita dan anaknya datang menjenguk. Dia tanya, saya jawablah ini rumah saya beli. Dia tanya, nak duduk ke sewa, saya kata nak sewa, kalau boleh nak cari orang Melayu. Kemudian, kakak tu kata,

"Baguslah kalau Melayu sewa, sebab dulu Bangla yang duduk rumah ini dan anak perempuan akak kekadang risau nak keluar rumah". Kata kakak tu.

Saya pun memeng nak kasi Melayu sewa, murah sikit pun takpe, janji ada untung sikit. Jiran sebelah tu nampaknya seronok juga kalau dapat jiran Melayu. Saya beri no tel, dengan tujuan kalau ada orang nak cari rumah sewa, bole le tel saya. Petang tu juga pergi ke Mydin dan berbual dengan seorang pekerja Melayu, minta tolong tanyakan, kalau-kalau ada orang nak cari rumah sewa dan saya tinggalkan no tel.

Macam Goreng Pisang Panas

Beberapa hari, beberapa orang menelefon saya dengan ragam masing-masing. Ada anak dara yang baru lapor diri kat wisma Nenas nak duduk, dia dari Pahang. Cuma masalah dia, dia tiada kawan, kalau sewa seorang kira mahal juga. Kemudian dia tumpang rumah kawan dia. Ada wanita kerja kosmetik, dah tengok rumah tapi tak bagi jawapan. Ada juga orang baru kawin tengok, tapi pun tak beri jawapan. Pada saya, kalau letak deposit walaupun sikit pun kira ok ler dulu. Takper, siapa cepat dia dapat. Satu petang tu, dapat tel dari lelaki katanya pengurus pekerja bagi Mydin JB. Jumpa di Restoran Osman, saya kata sebulan RM 500, terus dia setuju dan bayar terus. Mudahnya.... Sikit-sikit rasa menyesal juga cakap 500, kalau cakap 600 kan bagus. Tapi takper, janganlah nak sewa tinggi sangat.

Lepas Mydin sewa tu, ada beberapa orang juga nak cari rumah sewa. orang yang datang tengok rumah sebelum ni pun ada juga buat keputusan. Itulah, lama sangat pikir, deposit pun tak letak. pada Melayu, saya kasi RM 450 pun dia lambat beri keputusan. Maaf  ler, saya kira siapa cepat beri deposit tanda jadi. Saya mintak RM 50 jer deposit, bukan banyak.

Rupanya pekerjanya Bangla. Kesian kakak sebelah, dia kata pada saya, dapat jiran Melayu, tapi dapat jiran Bangla juga, sori yer kak. Tak per, tebalkan muka, saya pun bukan lagi nak ke rumah tu. Apa-apa kerosakan, Bangla tu akan betulkan dengan duit dia, jadi saya tak payah datang rumah tu pun tak per.

Kira untung ler

Proses loan dalam 2-3 bulan tapi saya dah boleh sewakan. Jadi duit deposit dan sewa 3 bulan pertama, dah boleh tampung kos saya bayar deposit lelong dan lain-lain. Bulan ketiga baru kena bayar bank. Bayar bank 235 sebulan dapat sewa 500, kira untung le tu. Berjayalah saya projek beli rumah lelong pertama. Alhamdulillah.

BERSAMBUNG.....
Episod 2 : http://kadikluang.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-sedih-bila-kalah-lelong.html


~*~*~*~*~*~*~*~   ~*~*~*~*~*~*~*~

06 Januari 2010


RUMAH LELONG : SEDIH BILA KALAH LELONG (Episod 2)


SAMBUNGAN...
Selepas beli rumah flat di Uda dan dapatkan penyewa, maka nak melangkah untuk beli sebuah rumah lagi. Tapi kali ini saya dah buat keputusan untuk duduk sendiri. Waktu itu saya duduk kondo Bukit Alif, kuarters kerajaan. Mulai Januari 2007, saya adalah sikit naik gred, gaji pun ada naik tapi yang pentingnya elaun rumah naik. Oleh kerana duduk kuarters, elaun naik setinggi mana pun, tetap kena potong kesemuanya. Dah tu, elaun cola kena potong separuh. Maka timbullah hasrat nak beli dan duduk rumah sendiri.

Tebalkan Muka

Ada kawan-kawan yang beli rumah baru, seakan menyindir dan membakar perasaan saya supaya membeli rumah baru. Katanya, orang gaji macam saya kena duduk rumah mahal, orang pangkat bawah saya pun boleh beli rumah mahal. Tapi saya tebalkan muka, lain orang lain perancangan kewangannya. Pada saya, kalau beli rumah yang jauh dari pejabat amat menyukarkan. Contohnya sekitar Skudai yang selalu terlibat dalam jem. JB memang jem hampir setiap hari. Orang yang duduk Skudai kata, kalau jambatan Perling siap, maka jem selesai, tapi tak juga. Di JB ni ada saja punca jadi jem.

Lokasi Penting

Kalau nak seronok duduk JB, duduklah kawasan sekitar UDA. Maksud saya UDA yang lama ini, bukan UDA Baru yang sebelah Perling tu, sana sejuk. Sini kemudahan semua ada,  pasaraya Mydin, Gaint, Kipmart, Maslee, Angsana semua dekat. Nak pegi keja pun dekat, tak tempuh jem. Ada orang kata kalau Nusajaya buka nanti belah sana  naik, tapi tak pun. Anda pembeli, anda bukan jurujual rumah. Kalau anda jurujual, bolehlah buat cerita sebegitu nak lakukan rumah anda. Sekarang pun, ramai orang kerja kerajaan tinggal di UDA, berulang ke Nusajaya, bukannya jauh.

Tak Suka Rumah Bawah di JB

Saya sebenarnya tak suka duduk rumah bawah, lebih suka kondo atau pangsapuri. Banyak sebabnya, panjang pula kalau nak cerita. Kemudian dalam bulan julai, ada lelong di Pangsapuri Titiwangsa, rumah tingkat 2 harganya 74,000. Dulu rumah baru sekitar 130,000. Maka saya buat keputusan masuk lelong.

Tengok Rumah

Masa tengok rumah, waktu pagi Ahad, saya tengok rumah itu ok jer dari luar. Saya cuba masuk dalam rumah, memang tak kunci, boleh tolak saja. Rumah nya besar, 1050 sf bilik 3, berbanding rumah saya duduk waktu itu 950 sf saja.

Kalah lelong Menyedihkan

Hari lelong saya datang awal, nampaknya macam saya seorang saja. Tapi waktu 10 minit lagi nak tamat, datang seorang lelaki. Bila tahu dia masuk rumah yang sama, saya berunding dengannya. Saya kata padanya, kalau boleh kita berunding di luar saja, tapi dia enggan. Jadi terpaksa lawan. Daripada 74 ribu, orang tu menang 81 ribu. Saya tak berani ambil lebih dari harga tu, tidak menguntungkan. Saya kalah, sedih dan kecewa tapi siapa pun tak tahu. Saya melangkah longlai masuk kereta. Segala impian berkecai. Tapi tak apa, insyaallah, peluang lepas ini akan ada lagi. Alhamdulillah, memang rezeki saya lepas tu. nanti saya cerita lagi.

15 Januari 2010


RUMAH LELONG : KONDO LEBIH BAIK DARI RUMAH BAWAH ? (Episod 3)

Dalam episod ini, saya nak jawab soalan dari pembaca dalam episod kedua lepas, di mana saya kata saya lebih suka duduk kondo dari duduk rumah bawah. Soalannya berbunyi,

"Salam tuan, kebanyakkan orang kita suka beli rumah bawah, bak kata dorang senang, nak parking kete pun depan mata je, apa2 hal tak susah. tapi pandangn tuan macam berbeza skit. tuan suka kondo atau pangsapuri? kenapa ye? cite la tuan.."

Jawapan saya :
Sebelum saya jawab, saya nak beritau, saya pernah duduk kondo/pangsapuri di Pangsapuri Kerajaan Bukit Chagar sebelum dirobohkan, lepas itu kondo Persiaran Tanjong Bukit Alif. Pernah juga duduk rumah bawah di Taman Perling, kemudian di Bandar Baru Uda. Secara peribadi, saya boleh buat perbandingan.

Keselamatan

Duduk  kondo lebih selamat dari duduk rumah bawah. Duduk bawah, banyak berlaku jenayah terutama di JB. Di sebelah rumah saya di Bandar Baru Uda, kena ceroboh waktu hujan jam 11 malam, penghuni ada di rumah. Banyaklah tempat terutama di JB, rumah vvip pun kena ceroboh, rumah pegawai kanan polis pun kena. Ada kes rompak sehingga berlaku kematian dan kecederaan. Di kondo ada pengawal keselamatan.

Tetamu Tak diundang

Kekadang datang jurujual, kekadang peminta sedekah (yang menipu), kekadang datang guris dan menang. Macam macam gangguan duduk rumah bawah. Kalau kondo, ada pengawal sekat.

Sampah

Di kondo, sampah diuruskan oleh pihak pengurusan, boleh kata tiap hari pungut. Di rumah bawah, belum tentu pungut. Waktu saya duduk di Bandar Baru Uda, dalam 3-4 kali seminggu diangkat, kekadang ada tertinggal. Masalahnya, waktu tak pungut, sampah berbau, berulat dan diselongkar anjing.

Tikus

Kalau duduk rumah bawah yang ada tikus dan anai-anai, maka tak boleh elaklah.

Nyamuk

Banyak kawasan di bandar banyak kawasan denggi. Kalau kondo, tingkat atas nyamuk tak lepass naik. Macam rumah saya tingkat 13, nyamuk tak cukup kepak nak terbang.

Parking kereta

duduk kondo ada parking di petak yang disediakan. Kalau rumah bawah, ada dua kereta, nak keluar kereta yang kat dalam, bukan mudah. Lebih lagi kalau jalan sempit, kekadang pagar tak boleh kunci, merbahaya tu. Kereta letak jauh sikit pun tak apalah, yang penting kereta kita selamat, takkanlah tidur pun nak renung kereta.

Curi Moto

Kawasan perumahan lumayan kepada pencuri moto terutama rumah bawah, dalam pagar pun dia masuk. Kawan saya kena rembat siang-siang masa dia tengah tengok tv.

Kos pembaikan tinggi

Kepada suami, elakkanlah beli rumah bawah. Nanti  kalau ada duit lebih sikit, isteri goda supaya tambah depan sikit belakang sikit. Pada saya, ada duit, simpanlah, buat beli rumah lain lagi baik, daripada ubahsuai. Duduk kondo nak tambah tambahlah kalau boleh.

Mesin Rumput

Jangan anggap mesin rumput satu kerja mudah. Kalau ada rumput sebesar saiz kereta, upah dia RM 30. Kalau depan belakang dalam 100 sebulan. Kalau setahun 1200, banyak woo.

Ketenangan

Yang paling penting pada saya, duduk kondo ini tenang. Jiran biasa tak sibuk-sibuk nak ambil tahu pasal kita. Jadi, umpat mengumpat tu berkuranganlah. Jadi, saya lepas balik kerja, masuk rumah dengan tenang je. Contohnya duduk rumah bawah kekadang balik keja beli durian, jiran sebelah nampak. Nak kasi tak banyak, tak kasi takleh lah. Kalau kondo, jiran serba tak kisah, dia tak tahu pun kita beli durian.

Lepak depan rumah

Jarang dan hampir tak ada orang duduk kondo bersidai depan rumah. Kalau rumah bawah tu dah biasa. Jadi kekadang segan dan tak sedap juga kalau jiran selalu pandang kita keluar masuk rumah.

Ada Juga Tak Baik

Ada juga tak eloknya duduk kondo, antaranya kos penyelenggaraan yang tinggi. Jadi sebelum beli rumah kondo, kena periksa berapa kos sebulan yang perlu kita bayar. Tapi kalau harga kondo murah, bayar bulan tinggi sikit, kalau masih untung, boleh le beli kondo.

 Kondo lelong Murah

Bukan saya taknak rumah bawah. Ada lokasi yang baik, perkara-perkara negatif di atas hampir  tiada sebab jirannya yang matang dan baik. Tapi masalahnya rumah bawah agak mahal walaupun lelong. Saya pernah 3 kali masuk lelong rumah bawah. Pertama di Uda harga 153,000 tapi ada 4 orang nak lawan. Oleh kerana beri laluan pada abang seorang tu, maka saya tarik diri dan berlaku perundingan belakang tingkap.

Kemudian di Uda juga harga 110,000 ada 8 orang lawan termasuk saya. Orang yang menang tu dapat dengan harga 148,000, harga yang saya tak jangka. Di Bukit Kempas, harga asal 85,000, orang tu dapat sampai 120,000, sorilah nak ambil.

Kondo Orang Ramai Tak Nampak

Dalam satu buku lelong yang saya beli, dia buat ibarat perbandingan seperti air teh o dengan teh. Harga teh o 80 sen, harga teh 1.20.  Walaupun jual teh 0 80 sen tapi modalnya cuma 10 sen. Kalau teh modalnya lebih mahal. Jadi lebih baik beli yang murah iaitu teh o, maksud saya kondo.

Lokasi Penting

Kondo bukan sebarang kondo. Kalau Minah Indon, cakap baik-baik sikit, nanti dia cakap 'kondom' pulak, kelucahan melampau tu. Kalau di JB, pilihlah lokasi dekat dengan bandar dan kawsan tumpuan orang. Contohnya kawasan sekitar Bandar Baru Uda.

Pangsapuri Persiaran Tanjong (gambar di atas)

Lokasi cukup baik, hampir semua rumah penuh dengan penyewa, ada saja orang cari rumah sewa. Sewa antara 700- 1200. Di depannya akan dibina bangunan kementerian kesihatan tak berapa lama lagi. Sekarang, semua penduduk setinggan sudah dipindahkan dan dipagar. Di sebelahnya Kondo Dwi Mahkota juga baik, harga lelong tak mahal tapi orang kita taknak beli.

Komen Situasi di Johor Bahru Sahaja

Ulasan saya ini adalah meliputi hartanah di kawasan Johor bahru sahaja, tidak meliputi daerah lain. Kalau di daerah lain, situasinya amat berlainan. Saya sekarang di Kluang sangat berlainan dan perlu dikaji dari aspek lain pula.
...BERSAMBUNG KE EPISOD KE 4.

12 komen:



Tanpa Nama berkata...
salam...saya dah baca blog ni dari awal sampai ke sini..boleh kata menarik la...tapi saya dapat rasa la...ustaz ni seorg yg KEDEKUT!!! dan dalam cerita2 ustaz..kebanyakkan kaum hawa la yg selalunya dikenakan.. contohlah KOS PEMBAIKAN TINGGI yg di atas ni.. kecil hati isteri2 yg membaca..termasuk isteri saya...


Khalil berkata...
Saya lebih tertarik kalau orang menggelarkan saya 'kedekut' daripada menggelarkan saya seorang yang 'boros'. Hakikatnya bukan kedekut, tapi berjimat cermat. Kalau kaum hawa terasa, maknanya cerita saya ada kebenarannya. Saya ada banyak contoh, suami selalu mengalah dengan desakan isteri untuk berboros dalam mengubahsuai rumah yang tidak perlu. Teruskan membaca blog saya, untuk mendapat cerita kisah benar, termasuk suami terpaksa 'berhutang melampau' kerana desakan dan pujukan siisteri.


Tanpa Nama berkata...
Saya sokong pendapat ustaz. Kekadang isteri kita ini perlu ditegur oleh orang lain, termasuk teguran dalam tulisan ustaz. Kalau suami tegur belum tentu dia nak ikut. Walaupun tulisan ustaz banyak yang pedas, tapi saya percaya banyak kebaikannya pada isteri-isteri yang selalu baca blog ustaz. saya terus meyokong tulisan ustaz. (LAKSAMANA DOREME)


uDean berkata...
ahaks.sokong cara ustaz.tgk flat kat perling nie pon horror.. mmg naya la sape dok bawah..


Perhentianboy berkata...
cam mana Ustaz cari tau info ada rumah nak lelong tu..? pergi bank ke atau memang dah ada iklan kat mana2? sorry, saya blur sikit pasal ni..


Khalil berkata...
Perhentianboy... nak dapat info, kena rajin beli akhbar metro, Berita Harian dan The Star. Kekadang orang tak berapa tengok sgt kat iklan tu, terutama lelong di mahkamah. Yang iklan tu tak ada gambar, jadi tak berapa nampak sangat. Org br.... Saya rasa awak macam ada masalah jer, rilek ler. Hehehe...Teruskan membaca blog saya. Insyaallah, mungkin boleh merawat masalah anda. (Kan saya dah kata, macam-macam akan jumpa dalam blog saya).


nizam5668 berkata...
ok tuan, sy agak teruja dgn pandangan dan komen2 dr pembaca blog tuan ni.. ada yg pandang positif n negatif. sy tggu episod 4 cerita tuan.harap dapat banyak lg info2 yang tuan bg.


salsabila berkata...
huhu.. kadang2 jimat cermat tu membawa berkat.... kadang2 terlalu jimat pulak tak dapat berkat....


zurai74 berkata...
Pangsapuri baru dimamah anai-anai Kosmo 23/03/2006 BALAKONG - Pangsapuri baru dihuni kurang daripada tiga tahun, tetapi sudah menjadi sarang anai-anai. Begitulah masalah yang dialami beberapa penghuni Pangsapuri Juara Suria di Taman Jalan Belimbing dekat sini. Tinjauan KOSMO! di pangsapuri itu hasil aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mendapati bahagian rumah yang berkayu nampak kukuh, tetapi apabila disentuh ia sudah reput. Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Halim Yatim Md. Nor berkata, pemaju sepatutnya memandang serius masalah itu kerana ia akan bertambah serius jika tidak diatasi. Dia mendakwa sudah berbuih mulut mengadu tetapi tiada tindakan sehingga masalah sudah menular. Seorang penghuni, Norhayati Ibrahim, 31, keadaan itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. "Sebelum ini, habis lantai pake dan siling rumah rosak dimakan anai-anai," katanya. Dia memberitahu, kebanyakan penghuni, terutama di tingkat sembilan mengalami masalah yang sama dan sudah beberapa kali perkara tersebut diadukan kepada pemaju, Pembinaan AHT Sdn. Bhd. namun sehingga kini masalah tidak selesai. "Enam bulan lepas, pemaju ada menyembur racun anai-anai dan memberi jaminan akan menggantikan bingkai-bingkai tingkap dan pintu yang sudah reput, tetapi sampai sekarang tidak ada tindakan," katanya. Malah, akibat serangan anai-anai, ada penghuni terpaksa menghabiskan banyak wang untuk menggantikan lantai kayu, siling serta pintu dan tingkap. "Bila kami tidur, kami boleh dengar bunyi anai-anai makan kayu," katanya


Radieah Mohd Nor berkata...
Assalamu'alikum w.b.t Ust, Saya antara pembaca senyap blog ust. Tetapi saya sering mengikuti entry ust terutama mengenai lelong rumah. Tapi kali ini saya ingin menyatakan sedikit pandangan saya. Saya sedang mencari rumah di Penang. Kawasan pulau. Berhampiran USM. Bagi saya situasi di sini menyamai situai di JB. Sukar untuk saya membeli rumah yang baru kerana harganya hampir mencerah RM1juta untuk rumah atas tanah dan RM100ribu ke atas untuk apartment. Jadi keadaan ini membuatkan saya memilih untuk membeli rumah dengan harga lelong. Tetapi jika saya memilih untuk membeli rumah di 'atas langit' bagi saya, saya telah merampas keceriaan anak-anak saya untuk bermain di halaman rumah. Bukan sahaja merampai keceriaan mereka tetapi juga merampai zaman kanak-kanak mereka. Walaupun terdapat taman permainan dan sebagainya, bagi saya ia tidak sama sekiranya seluruh keluarga mampu untuk berkumpul sama di halaman rumah. Ia sekadar pandangan saya sahaja. Keceriaan mereka adalah keceriaan saya. Bagi saya zaman kanak-kanak adalah suatu zaman yang kritikal kerana pada waktu tersebut mereka sedang cuba untuk memahami dunia. Bagaimana mungkin untuk saya fahamkan keadaan dunia sedangkan saya sibuk dengan tugasan begitu juga setelah pulang. Sekurang-kurangnya diwaktu saya pulang, saya berkesempatan menemani mereka bermain walaupun pada ketika itu tugasan yang masih belum selesai masih ditangan ketika menemani mereka bermain. Ia tidak mungkin terjadi sekiranya rumah saya di atas langit. Setiap kita berbeza pandangan, berbeza pendapat.. jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing. Wassalam.


Awi Cakri berkata...
Salam, ustaz, buka aoa yg ustaz baca pasal lelong rumah ni? boleh tolong emailkan?


Tanpa Nama berkata...
erm..saya tertarik dgn bisnes mcm ustaz lakukan ini. dan sekarang kami suami isteri baru ader 1 umah yang akan disewakan.Maybe nak kene belajar beli rumah lelong ni. Cuma part, umah bawah atas ni, mmg pelik pandangan ustaz ni. saya juge pernah duduk di kondo, tikus skang dah pandai memanjat tinggi2. motor suami saya pun dah dikerjakan anak2 jiran yang tak tau dari mana. atleast kalau boleh direnung, boleh juga dimarah budak2 tu.kereta pulak kene parking kat tepi jalan itu pun kalau nasib tak baik, abis kene calar.kalau kate perempuan tu nak tambah menambah, bukan ape, untuk keselesaan bersama juga.cuma umah kondo ni senang dikemas. kawasan luar terhad so tak yah la susah2 sangat. --marissa

16 Mac 2010


RUMAH LELONG : TUNGGU DULU (Episod 6)

Dalam episod 5, Siti Murni bangkitkan beberapa persoalan:

"Beli rumah lelong banyak risiko nya. perkara yg perlu dipertimbangkan -- penting -- hutang-hutang tertunggak oleh pembeli terdahulu. sesetengah bank akan tanggung hutang sehingga ke tarikh lelongan, sesetengah nya ditanggung pembeli baru. Dan jangan lupa buat carian rasmi atas hartanah yang nak dibeli tu..."

OK. Lelongan rumah ada dua tempat iaitu pertama Mahkamah dan kedua pejabat pelelong. Di Johor Bahru di Mahkamah Tinggi, sebelah pejabat pos. Manakala pelolong berlesen ada banyak, rasa 30 lebih. Lelong di Mahkamah biasa rumah yang sudah ada geran atau hak milik penuh. Manakala di pelelong berlesan bagi rumah bagi yang belum ada hak milik. Biasanya rumah dilelong kerana tidak dapat bayar pinjaman bank. Jadi kalau ada beli rumah dengan pinjaman bank, jangan leka kerana dengan beberapa kali notis, rumah anda boleh dilelong walaupun tanpa izin kita.

Rumah Ada orang

Ada beberapa rumah yang dilelong ada penghuni. Bila disiasat, rumah itu dihuni pemiliknya sendiri. Kalau kita tanya pemilik itu, kebanyakannya kata rumahnya tak akan dilelong sedangkan akan dilelong juga. Ingat, dengan beberapa notis dari peguam bank, pihak bank boleh melelong rumah tersebut.

Hutang Bank

Jangan risau kerana kalau kita beli rumah lelong, kita tidak perlu membayar hutang-hutang bank berkenaan. Sebaliknya pihak bank akan menuntut di mahkamah dari pemilik pertama. Contohnya kita beli lelong rumah itu 40,000 sedangkan hutang pemilik pertama ada 60,000, maka 20,000 lagi bank akan tuntut dari pemilik pertama. Kalau dia enggan bayar, boleh dibawa ke  mahkamah. Jadi pembeli rumah lelong tak perlu bayar lagi hutang tersebut.

Cukai Pintu dan Cukai Tanah

Kebanyakan bank akan membayar cukai pintu dan cukai tanah dari pemilik sepenuhnya. Bagaimanapun, pembeli rumah lelong kena bayar dulu kemudian buat tuntutan semula pada bank. Tetapi ada sesetengah bank yang minta pembeli rumah lelong bayar dan tak boleh tuntut (ini 'cokia' punya bank).  Apa-apa hal sebelum beli kena buat kajian dulu.

Bil Air, Letrik dan Telefon

Pembeli rumah lelong tak perlu takut sebab bil letrik dan air yang lama dibayar oleh orang lama. Kita yang masuk rumah lelong kena daftar baru dan bayar deposit guna nama sendiri. Kos dia tak mahal.

Kos Penyelenggaraan Kondo atau Pangsapuri

Sebelum beli kondo atau pangsapuri mesti ingat, bahawa rumah yang kita duduk itu bukan free, kena bayar bulanan. Sebelum beli, sila buat semakan di pejabat pengurusan kondo berkenaan hutang tertunggak penyelenggaraan. Kalau kondo, tak mustahil sampai berbelas ribu atau dua puluh ribu. Kebanyakan bank minta kita bayar dulu dan boleh dituntut semula. Ada juga bank yang dia bayar terus, kita tak bayar apa-apa, bagus bank ini antaranya Ambank. Jangan terperangkap sebab ada bank 'cokia' yang minta pembeli rumah lelong bayar tapi tak boleh tuntut. Jadi pembeli jangan terperangkap.

Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah

Kalau anda bergaji besar dan tidak ada kelayakan untuk membeli rumah kos berkenaan, mesti hati-hati. Jangan lepas beli, tiba-tiba tak boleh tukar nama. Eloknya bincang dulu dengan peguam dan cari peguam yang pernah ada rekod kerja yang baik untuk tukar nama pemilik. Jangan anggap mudah dengan tak lantik peguam kerana anda mungkin gagal tukar nama.

Bumiputera atau bukan

Kalau anda India Muslim atau Cina Muslim, anda belum tentu boleh beli rumah bumiputera. Waktu lelong, anda mungkin boleh menang sebab pelelong tak menyangka anda bukan bumiputera untuk beli rumah yang dikhaskan kepada bumi. Jadi buat semakan dulu.
BERSAMBUNG KE EPISOD 7


. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment