KITAB
Rahsia SOLAT Dan
Keutamaannya
(Bahagian 1)
SoLat itu adalah tiang agama dan tempat berlindung segala keYAKINan.
Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan.
Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan
furu’-furu’nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh.
Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para
pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan SOLAT dan rahsia-rahsia kebatinan
SOLAT semata-mata.
Ia juga Penghulu dari segala amal kebaktian dan ketaatan.
Semua usul-usulnya (pokok-pokoknya) dan
furu’-furu’nya (cabang-cabangnya) telah pun terkumpul di dalam mata pelajaran ilmu fiqh.
Di sini kita hanya menyingkatkan pembicaraan kepada perkara-perkara yang perlu saja bagi para
pelajar, iaitu membicarakan amalan-amalan SOLAT dan rahsia-rahsia kebatinan
SOLAT semata-mata.
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Tiada Seorang jin atau manusia atau benda apapun yg mendengar suara pangilan azan itu,
melainkan dia akan menyaksikannya di Hari Kiamat kelak.”
Sabdanya lagi:
“Apabila kamu mendengar suara azan, maka ucapkanlah sepertimana yang diucapkan oleh
muazzin itu sendiri.”
Menyahut azan sama seperti kata-kata muazzin itu adalah dituntut dan sunnat, kecuali pada
hai’alataini maka hendaklah dijawab dengan kata:
“Tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah.”
“Dan pada kata-kata ‘Qadqamatis-Solah’ dijawab pula:
“Semoga Allah mendirikannya (SOLAT) dan mengekalkannya.”
Dan pada kata-kata: ‘Ash-Solatu Khairun Minan-naum’ pula dijawab:
“Engkau telah berkata benar dan berbakti.”
Sesudah azan, hendaklah ia membaca:
“Ya Allah, Tuhannya doa yang sempurna ini, dan juga shalat yang berdiri ini. Kurniakanlah
Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat
yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.”
Nabi Muhammad kedudukan yang tinggi serta kehormatan. Dan bangkitkanlah dia pada tempat
yang terpuji (Maqam Mahmud) yang Engkau janjikan baginya.”
Keutamaan sembahyang fardhu
Allah berfirman:
“Sesungguhnya SOLAT itu merupakan kewajiban yang ditentukan atas kaum Mu’minin.”
(an-Nisa : 103)
Rasulullah s.a.w. pula bersabda:
“SOLAT yang lima dan demikian pula satu Jum’at sampai satu Jum’at yang
lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing SOLATnya, selama dijauhi dosa-dosa
besar.”
lain menjadi tebusan dosa antara masing-masing SOLATnya, selama dijauhi dosa-dosa
besar.”
Baginda juga pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab:
“SOLAT pada waktunya.”
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pula berkata: Apabila sampai waktu SOLAT, maka segeralah
mendapatkan api yang kamu nyalakan itu seraya memadamkannyaKeutamaan menyempurnakan rukun-rukun Solat
Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa menunaikan SOLAT pada waktunya dan melengkapkan wudhu’nya serta menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya, nescaya SOLAT itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang.
Ujar SOLAT itu:
"Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku."
Barangsiapa menunaikan SOLAT di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudhu’nya serta tiada menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya, nescaya SOLAT itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. Ujar SOLAT itu:
"Semoga Allah menyia-nyiakan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku."
Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah SOLAT itu ke muka orang yang melakukannya.”
Keutamaan berjemaah
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“SOLAT berjemaah itu melebihi SOLAT bersendiri dengan 27 darajat.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah,
lalu baginda bersabda:
"Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam SOLAT, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (SOLAT berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka."
Dalam sebuah Hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya:
Barangsiapa yang mengerjakan SOLAT Isya’ berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu.
Berkata Muhammad bin Wasi:
Saya tiada menginginkan dunia melainkan pada tiga perkara saja:
(1) Seorang saudara yang apabila saya membuat bengkok (salah), dia akan meluruskan
(membetulkan) saya.
(2) Makan dari rezeki yang halal.
(3) SOLAT dalam berjemaah yang akan diangkat daripadaku semua kelalaianku dan
dituliskan bagiku pahala.
Al-Hasan pula berkata:
"Jangan kamu berSOLAT di belakang seorang yang tidak sering mendatangi para ulama.
Ibnu Abbas r.a. berkata:
Barangsiapa mendengar suara muazzin, sedangkan dia tiada menjawabnya (menurut pergi SOLAT berjemaah), nyatalah ia tiada mencintai kebaikan, dan tentu sekali kebaikan juga tidak akan mencintainya.
Keutamaan sujud
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang Muslim pun yang bersujud kepada Allah sekali sujud saja, melainkan Allah mengangkatkan baginya satu darjat (pahala) dan menghapuskan satu keburukan (dosa).”
Dan sabdanya lagi:
“Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud, maka perbanyakanlah
berdoa ketika itu.”
Allah berfirman:
“Tanda-tanda mereka ada di wajah mereka tersebab dari bekas (banyaknya) bersujud.”
(al-Fath: 29)
Yakni Cahaya atau Nur kekhusyu’an mereka, kerana cahaya inilah yang dikatakan memancar
dari batiniah seseorang, lalu terpapar dilahiriahnya.
Kewajiban berkhusyu’
Allah berfirman:
“Dan dirikanlah Solat itu kerana mengingatiku.”
(Taahaa: 14)
Mematuhi perintah itu adalah wajib dan kelalaian dalam SOLAT bertentangan dengan
maksud mengingati Allah. Bagaimana seseorang itu dikatakan mendirikan SOLAT untuk
mengingati Tuhan, sedangkan ia lalai dan lena dalam SOLATnya.
Allah berfirman lagi:
“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.”
(al-A’raaf: 205)
“Sebenarnya telah menanglah orang-orang Mu’minin yang berkhusyu’ dalam SOLAT
mereka.”
(al-Mu’minun: 1-2)
Allah telah mengkategorikan khusyu’ dalam SOLAT itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari tingkat-tingkat kejayaan.
Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang-orang yang lena dan lalai dalam SOLATnya, bahawa mereka itu adalah berada paling bawah sekali dari tingkat-tingkat kemenangan dari kejayaan yang dimaksudkan dalam ertikata “al-Falah”.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya SOLAT itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan
jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu berkata:
" Ya Tuhanku! Ya Tuhanku...!"
Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka SOLATnya tidak sempurna (kurang syarat-
syaratnya).”
Sabda lain:
“Ssiapa yang berSOLAT, padahal SOLATnya itu tiada dapat mencegahnya dari
perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah
melainkan jauh daripadaNya.”
Diceritakan suatu peristiwa dari Muslim bin Yasar, bahawasanya,
"Pada suatu hari dia berSOLAT di Masjid Basrah, maka dengan tiba-tiba dinding masjid itu runtuh, sekalian orang-orang di pasar (yang berdekatan dengan masjid itu) merasa terkejut kerana kerasnya bunyi keruntuhan itu, akan tetapi Muslim yang sedang mengerjakan SOLAT itu tetap pada tempatnya, menoleh pun tidak.
Sesudah SOLAT, apabila dilihatnya orang ramai mengucapkan selamat kepadanya, dia merasa hairan.
Katanya: Saya tidak tahu atau rasa dinding itu runtuh."
Berkata Ibnu Abbas:
Dua rakaat dalam tafakkur (mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah
Ta’ala) lebih baik daripada beribadat sepanjang malam sedang hatinya lalai.
Keutamaan Masjid dan tempat SOLAT
Allah berfirman:
“Hanyasanya yang meramaikan masjid-masjid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat.”
(at-Taubah: 18)
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mendirikan masjid kerana Allah, sekalipun seperti pondok ayam, nescaya Allah akan mendirikan baginya rumah dalam syurga.”
Sabdanya lagi:
“Apabila Sseorang di antara kamu memasuki Masjid, maka hendaklah ia SOLAT dua
rakaat sebelum ia duduk.”
Sabdanya lagi:
“Tiada akan sempurnalah SOLAT orang yang bertetangga dengan masjid, melainkan di
dalam masjid.”
Sabdanya lagi:
“Akan datang kepada manusia suatu masa, mereka akan duduk-duduk dalam masjid, mereka membicarakan tentang hal-ehwal keduniaan, ketahuilah bahawa Allah tiada berhajat kepada orang-orang serupa itu, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya.”
Perbuatan-perbuatan dalam SOLAT
Apabila Sseorang yang hendak SOLAT itu selesai dari berwudhu’, mensucikan diri daripada semua najis-najis dan kotoran yang berada di badan, tempat dan pakaian, demikian pula sudah bersedia menutup aurat dari pusat ke lutut, hendaklah ia berdiri tegak, menghadapkan mukanya ke arah kiblat.
Sebaiknya ia berSOLAT dekat dengan dinding tembok, kerana yang demikian itu
memendekkan jarak pemandangan. Hendaklah ia mencegah fikiran dari bercabang-cabang kepada yang lain, manakala penglihatannya hanya bertumpu/Fokus kepada tempat sujud belaka.
Hendaklah berdirinya itu tetap serupa ini, sehingga sampai waktu melakukan ruku’ tanpa
menoleh kemana pun jua.
Kemudian, barulah ia meniatkan menunaikan SOLAT dalam hatinya, sambil mengangkat kedua tangannya setentang dengan dua bahunya.
Kedua tapak tangannya diarahkan ke arah kiblat; semua jari-jarinya dibukakan tidak digenggamkan, tidak dipaksakan sehingga menjadi terlampau renggang atau terlampau kuncup, tetapi dibiarkan sekadar kebiasaannya saja, dan dia pun bertakbirlah.
Sebaik-baik selesai bertakbir, dia pun meletakkan kedua tangannya ke atas dada dengan tangan kanan diletakkan ke atas tangan kiri, dan janganlah dia mengerakkan kedua tangannya secara kasar dalam bertakbir itu, melainkan dibiarkannya naik dan turun perlahan-lahan dengan lemah-lembut sekali.
Dalam menyebutkan Allahu Akbar hendaklah hanya dibacakan dengan barisdhommah yakni hu
(Allahu). Dan hu itu dibaca dengan sederhana tidak ditekankan sangat. Hendaklah tidak
disambungkanhunya dengan alif sehingga
berbunyi semacam w au (Allahuakbar), ataupun
dipanjangkanba’ dari Akbar dan ra’nya seolah-olah dia menyebut:
Akbaaar:
Dan hendaklah
dimatikan (disukunkan) hurufra’ pada Akbar itu
dan jangan di dhommahkan;
yakni dia menyebut: Allahu Akbar bukan Allahu Akbaru.
Pembacaan dalam SOLAT
Selanjutnya dia memulakan membaca doa iftitah sebaik-baik saja selesai bertakbir dengan
membaca:
“Allah Maha Besar sebesar-besarnya, dan segala kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang.”
Ataupun boleh dibaca doa ini:
“Aku menghadapkan mukaku kepada yang menjadikan langit dan bumi dalam keadaan
cenderung dan terserah dan tiadalah aku dari golongan orang-orang musyrikin. Sesungguhnya
sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam,tiada sekutu bagiNya, dan demikian itulah aku diperintahkan dan aku termasuk golongan kaum Muslimin.”
Ataupun boleh membaca doa ini juga:
“Maha Suci Engkau wahai Tuhanku dengan kepujian bagiMu dan Maha Berkat NamaMu, Maha
Luhur keputusanMu, Maha Tinggi pujian-pujianMu dan tiada Tuhan selain dariMu.”
Kemudian membaca pula:
“Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.”
Seterusnya, hendaklah dia membaca al-Fatihah,
setelah selesai,
ucapkanlah pula "Amiin" yang
bererti:kabulkanl ah! Tetapi jangan pula dia
menyambungkan (mewashalkan) kalimatAmiin itu
dengan kalimahWaladh-d halli in.
Al-Fatihah dan surah itu hendaklah dibaca dengan jahar; iaitu dengan suara yang nyaring pada SOLAT subuh, maghrib dan isya’, kecuali jika dia menjadi ma’mum dalamSOLAT berjemaah. Bacaan Amiin juga hendaklah dibaca dengan jahar.Sesudah itu, dia membaca satu surah ataupun sekadar tiga ayat atau lebih dari al-Quran.
Jangan pula dia menyambung bacaan surah dengan takbir ruku’, tetapi hendaklah dia
memisahkan antara keduanya sekadar bacaan "Subhanallah".
Pada SOLAT subuh, sebaik-baiknya dia membaca surah yang panjang dari surah-surahal-
Mufashshal**. Pada SOLAT maghrib pula dia membaca surah-surah yang pendek. Manakala
pada SOLAT zohor, asar dan isya’, dia membaca surah-surah yang sederhana
pula.
** - Surah-surah al-Mufashshal seperti yang ditentukan oleh para ulama dari surah al-Hujurat hingga ke akhir juz 29 dari al-Quran (akhir surah Tabarak sebelum ‘Amma). Surah-surah yang sederhana dari awal juz 30 (‘Amma) hingga ke surah Wadhdhuha. Manakala surah-surah yang pendek pula
ialah dari surah Wadhdhuha hingga akhir juz 30; iaitu surah an-Nas.
Pada sembahyang subuh, bila dalam pelayaran dibaca surahal-K afirun danal-Ikhlas, termasuklah juga pada SOLAT sunnat dua rakaat fajar (sebelum subuh), dua rakaat tawaf dan dua rakaat tahiyat masjid.
Ruku’ dan turutannya
Sesudah itu, dia pun ruku’, dan hendaklah dia membuat beberapa perkara ketika melakukan ruku’ itu; iaitu mula-mula mengucap takbir untuk ruku’; mengangkat kedua belah tangannya ketika mengucapkan takbir tadi, takbirnya dipanjangkan sedikit sehingga sempurna ruku’nya.
Kedua belah tapak tangannya pula diletakkan ke atas kedua lutut, sedang seluruh jari-jarinya
diluruskan berhadapan ke hala kiblat, menjulur di sepanjang betis, manakala kedua lututnya
berdiri tegak tidak membengkok.
Belakangnya pula diratakan jangan sampai kepalanya lebih rendah atau lebih tinggi dari belakangnya. Kedua sikunya direnggangkan dari kedua rusuknya.
Kaum wanita hendaklah merapatkan kedua sikunya kepada kedua rusuknya.
Di waktu ruku’ itu, hendaklah membaca:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung.”
Ini dibaca tiga kali, dan kalau hendak ditambah kepada tujuh atau sepuluh kali pun baik juga,
tetapi jika bukan menjadi imam.
Kemudian dia bangkit dari ruku’ untuk berdiri semula serta mengangkat kedua tangannya
dengan berkata:
“Allah telah mendengar orang yang memujiNya.”
Tegak berdiri semula pada i’tidal dan bertenang sebentar, kemudian membaca:
“Ya Tuhanku, bagiMu segala kepujian sepenuh langit dan sepenuh bumi dan sepenuh antara
keduanya dan sepenuh semua kemahuanMu dari sesuatu benda sesudah itu.”
Dalam SOLAT subuh, hendaklah dia membaca doa qunut pada waktu i’tidal dalam rakaat
keduanya; iaitu dari doa-doa yang dituntun dari Nabi s.a.w.
Sujud
Selesai yang di atas, hendaklah ia melakukan sujud dengan membaca takbir lagi; iaitu
menunduk ke bawah dengan meletakkan kedua lututnya di atas tanah, kemudian dahinya dan
kedua tapak tangannya secara tidak tertutup pula. Dan janganlah ia mengangkat kedua
tangannya ketika bertakbir, kecuali pada melakukan ruku’ saja.
Bagi kaum lelaki, kedua sikunya hendaklah direnggangkan dari kedua rusuknya, tetapi bagi
kaum wanita, hendaklah dirapatkan (seperti dalam ruku’ tadi). Begitu pula pada kedua
kakinya, hendaklah direnggangkan juga, tetapi kaum wanita tiada merenggangkannya;
perutnya pula diangkatkan dari kedua pahanya manakala kaum wanita merapatkannya.
Seterusnya bagi orang yang bersujud itu, hendaklah ia meletakkan kedua tangannya di atas tanah setentang dengan kedua bahunya, dan janganlah ia merenggangkan antara jari-jarinya malah dirapatkannya, dan kedua lengannya jangan sampai didudukkan di atas tanah, dan hendaklah ia membaca:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.”
Ini dibaca tiga kali. Kalau dilebihkan pula baik kecuali jika ia menjadi imam. Kemudian ia
bangkit dari sujud, lalu duduk sebentar dengan bertentang, iaitu sama sebagaimana melakukan
i’tidal.
Sesudah sujud tadi, hendaklah mengucapkan takbir lagi seraya mengangkat kepala terus duduk
atas kaki kirinya, sambil tumit kanannya didirikan. Kedua tangannya diletakkan di atas kedua
pahanya dan jari-jarinya diluruskan; dibuat semua ini secara biasa saja, jangan dipaksa
menguncupkan atau merenggangkannya, seraya berkata:
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk,
cukupkanlah keperluanku, sihatkanlah aku dan maafkanlah kesalahanku.”
Kemudian dia membuat pula sujud kedua semacam itu. Sesudah itu dia meneruskanSOLATnya dengan rakaat-rakaat berikutnya, seperti yang pertama memulakan dengan
ta’awwuz.
Tasyahhud
Selesai dua rakaat dari SOLATnya, dia pun melakukan tasyahhud pertama di mana dia
membacakan salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan ke atas keluarganya. Dalam bertasyahhud
itu, kedua belah tangannya diletakkan di atas kedua lututnya, sedang semua jari-jari tangan
kanannya digenggamkan melainkan jari telunjuk yang harus ditunjukkan ke hadapan ketika
sampai membacaillallah .
Dalam bertasyahhud awal ini hendaklah dia duduk di atas kakinya yang kiri, seperti cara
duduknya antara dua sujud.
Kemudian dalam tasyahhud akhir pula, hendaklah dia membaca kesemua doa-doa yang dituntun
dari Rasulullah s.a.w., iaitu sesudah selesai membaca salawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan
keluarganya.
Di waktu tasyahhud ini pula, hendaklah dia mendudukkan punggung kirinya sebab sesudah ini tidak perlu bangkit lagi, malah dia tetap duduk saja sehingga selesai sembahyangnya. Selain itu, hendaklah dia meletakkan kaki kanannya di atas kaki kiri, manakala hujung kaki kirinya dikeluarkan sedikit dari bawah kaki kanannya itu.
Setelah selesai semua bacaan dalam tasyahhud ini, dia pun bersalam:
“Selamat sejahtera atas kamu serta rahmat Allah.”
Seraya bersalam, dia berpaling ke arah kanan sekira-kira dapat dilihat pipi kanannya, (oleh
orang yang di belakangnya), kemudian dia bersalam pula ke arah kiri dengan membuat sama
seperti yang pertama tadi, dan ketika bersalam itu hendaklah dia berniat memberikan
salamnya kepada sesiapa yang berada dari para Malaikat dan kaum Muslimin, sama ada pada
salam yang pertama begitu juga pada salam yang kedua. Janganlah mengeraskan suaranya,
ketika mengucapkan salam itu melainkan sekadar mendengarkan dirinya saja.
Larangan-larangan dalam SOLAT
Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang dari memasuki SOLAT, sedangkan dia
menahan dari buang air kecil atau buang air besar, atau orang yang memakaikhuf (sepatu)
yang sempit sebab semua itu akan mengganggu kekhusyu’annya dalam SOLAT.
Begitu juga orang yang terlalu lapar atau yang terlalu susah hati.
Mengenai orang yang lapar, ada sebuah sabda
Rasulullah s.a.w.:
“Apabila hidangan makan malam telah tersedia dan SOLAT hendak dimulakan, maka hendaklah kamu memulakan dengan memakan hidangan itu dahulu.”
Mengenai menutup mulut dengan kain pula,
sabdanya yang bermaksud: Bahawa Rasulullah
s.a.w. telah melarang seseorang yang menutup mulutnya di dalam SOLAT.
Al-Hasan pula berkata: setiap orang yang berSOLAT sedangkan hatinya tidak hadir
bersamanya, maka dia lebih dekat kepada mendapat siksaan.
Seterusnya dimakruhkan atas orang yang SOLAT itu meniup ke tanah ketika dalam
bersujud, atau tangannya bermain-main dengan batu di tanah itu, ataupun dia bersandar ditembok sewaktu berdiri dalam SOLAT.
Sebahagian para salaf melarang empat perkara dalam SOLAT:
(1) Menoleh-noleh ke kanan-kiri.
(2) Menyapu-nyapu muka.
(3) Merata-ratakan batu.
(4) Bersembahyang di tempat lalu lintas orang ramai.
Membedakan yang fardhu dengan yang sunnat
Apa yang telah kita pelajari terdahulu dari ini termasuk perkara-perkara yang fardhu, yang
sunnat dan hai’at.
Adapun perbuatan-perbuatan yang sunnat ialah:
Mengangkat kedua tangan pada takbiratul-ihram dan ketika hendak membongkok membuat ruku’, bangkit dari ruku’, dan ketika bangkit dari duduk tasyahhud awal, manakala bertawarruk (duduk dalam tasyahhud akhir) dan duduk beriftirasy (dalam tasyahhud awal) adalah hai’at yang berikutan dengan duduk bertasyahhud tadi, sebagaimana meninggalkan menoleh-noleh itu adalah hai’at bagi berdiri serta memperelokkan rupanya.
Doa-doa atau zikir-zikir yang sunnat pula ialah: Doa Iftitah, Ta’awwuz, membaca Amiin,
membaca surah-surah, membaca takbir-takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain.
Membaca zikir-zikir dalam ruku’, sujud, dan I’tidal serta tasyahhud awal. Termasuk sunnat
juga ialah membaca salawat ke atas Nabi s.a.w. padanya.
Dan sunnat juga membaca doa dalam tasyahhud akhir serta salam yang kedua.
Yang disebutkan di atas kesemuanya sunnat, selainnya maka hukumnya wajib.
Ketahuilah bahawasanya SOLAT itu laksana seorang manusia. Rohnya dan nyawanya
adalah seperti kekhusyu’annya.
Kehadiran hatinya serta keikhlasannya seumpama roh manusia dan kehidupannya.
Semua rukun-rukun SOLAT diumpamakan seperti gerak-geri hati, kepala dan jantung, sebab tidak ada SOLAT tanpa ada rukun-rukun SOLAT, sama seperti tidak ada manusia tanpa ada hati, kepala dan jantung.
Semua sunat-sunat SOLAT pula diumpamakan seperti kedua tangan, kedua mata dan kedua kaki dari manusia, sebab tanpa semua ini kehidupan masih boleh berlaku juga, tetapi manusia yang tiada mempunyai semua anggota ini adalah manusia yang kurang sifat kemanusiaannya, yang dipandang sebagai orang cacat.
Demikianlah pula umpamanya dengan SOLAT yang didirikan tanpa sunnat-sunat.
Seterusnya hai’at-hai’at SOLAT pula diumpamakan sebagai sebab-sebab yang memperelokkan bentuk daripada bulu kening, janggut, bulu mata dan kebagusan warna dan sebagainya.
Maka barangsiapa yang berSOLAT dengan hanya mengerjakan yang wajib-wajib saja, samalah seperti seorang yang menghadiahkan seorang hamba yang kudung kaki dan tangan kepada seorang maharaja.
Ketahuilah bahawa SOLAT itu laksana suatu persembahan atau suatu pengurniaan yang bernilai, yang disembahkan oleh seseorang ke hadhrat maharaja dari segala raja (iaitu Allah s.w.t.).
Jadi perkaranya samalah sepertiseorang yang menghadiahkan sesuatu jariah (hamba)
kepada rajanya dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada raja itu.
Padahal hadiah atau persembahan yang dimaksudkan ini, anda dipersembahan Allah azzawajalla, kemudian ia dikembalikan semula kepada anda pada Hari Perkiraaan yang terbesar (Hari Kiamat).
Oleh itu,maka perkaranya terserahlah kepada anda untuk memilih, sama ada persembahan itu harus
dari yang baik, mahupun yang buruk. Kiranya anda memilih yang baik, maka andalah yang akan
menerima akibat baiknya, Jika yang buruk, maka buruk pulalah padahnya.
Syarat-syarat kebatinan dari gerak laku hati
Ketahuilah bahawa dalil-dalil pada mensyaratkan khusyu’ atau kehadiran hati dalam SOLAT itu banyak sekali, di antaranya
firman Allah Ta’ala:
“Dan dirikan SOLAT itu untuk mengingatiku” (Taha: 14)
Nyatakan perintah untuk mendirikan SOLAT itu merupakan perintah yang wajib. Kelalaian
dan kelengahan dalam perkaranya adalah bertentangan dengan maksud mengingatkan Allah.
Barangsiapa yang lalai atau lena dalam semua SOLATnya, tidak boleh dikatakan dia
mendirikan SOLAT kerana mengingati Allah.
Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.”(al-A’raf: 205)
Ayat di atas memberikan maksud larangan, tetapi lahirnya menunjukkan pengharaman. Dalam
ayat yang lain Allah berfirman:
“Sehingga kamu sekalian mengetahui apa-apa yang kamu ucapkan.”(an-Nisa’: 43)
Ayat tersebut memberikan maksud larangan bagi orang-orang yang mabuk untuk memasuki SOLAT. Ini boleh juga dikenakan ke atas orang-orang yang lalai, orang-orang yang berserabut fikirannya dengan waswas dan hal-ehwal keduniaan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hanyasanya SOLAT itu adalah dengan bertenang diri dan merendahkan diri.”
Dimulakan dengan rangkaikata hanyasanya di sini, bermaksud bahawa SOLAT yang dilakukan tanpa keterangan dan kerendahan diri bukanlah dinamakan SOLAT yang dituntut oleh syara’.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa berSOLAT, padahal SOLATnya itu tidak dapat mencegahnya dari
perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah
melainkan jauh daripadanya.”
Sebenarnya SOLAT orang yang lalai itu tentu sekali tidak akan mencegahnya dari
perbuatan keji dan mungkar.
Sabdanya lagi
"Betapa banyaknya orang yang mendirikan SOLAT, tetapi bahagaian yang didapatinya
dari SOLAT itu hanya penat-lelah semata-mata.”
Yang dimaksudkannya di sini tiada lain, melainkan orang yang lalai.
Sabdanya lagi:
“Tiada sesuatu yang diperolehi seseorang hamba dari SOLATnya, melainkan apa yang
dibuatnya dengan akal yang penuh kesabaran.”
Yang sudah terang dan jelas dari semua ayat-ayat dan Hadis-hadis di atas, bahawa orang yang sedang dalam mengerjakan SOLAT itu, sedang bermunajat atau sedang berbicara dengan Tuhannya Azzawajalla, sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. Padahal kita semua telah mengetahui, bahawa orang yang berbicara sedangkan dia lalai dan tidak hadir hatinya, tidaklah boleh dinamakan munajat sama sekali.
Jika seseorang bersumpah dengan berkata:
“Sungguh-sungguh aku akan berterima kasih kepada si Fulan, aku akan memujinya serta memohon daripadanya sesuatu hajat, lalu di dalam tidurnya dia bermimpi bahawa dia mengucapkan kata-kata itu (yakni apa yang dia bersumpah tadi), maka tiadalah terkira luput atau gugur dia dari sumpahnya itu.
Ataupun jika dia mengucapkan kata-kata itu di sebuah tempat yang gelap-gelita, sedangkan si Fulan yang harus ditunjukkan sumpahnya itu berada di situ, tetapi dia tiada mengatahui kehadiran si Fulan itu di situ dan tiada melihatnya ketika itu, maka hukumnya tiada juga gugur dia dari sumpahnya tadi, sebab semua ucapannya itu tidak ditunjukan kepada si Fulan yang dimaksudkan, kerana si Fulan itu tidak hadir dalam hatinya ketika kata-kata itu diucapkan.
Ataupun jika dia mengucapkan kata-kata itu di siang hari dan kali ini pula si Fulan yang harus ditunjukan sumpahnya itu ada di situ, dapat dilihat olehnya dengan terang, Tetapi malangnya, dia lalai dan lena, kerana ketika itu, barangkali dia sedang dalam keadaan susah atau banyak fikiran.
Dia mengucapkan kata-kata itu, padahal hatinya di tempat lain, tidak ditunjuk ucapanya itu kepada si Fulan yang termaksud itu, maka hukumnya sama belaka, iaitu tiadalah dia gugur dari sumpahnya.
Sememangnya sudah tidak dapat disangsikan lagi, bahawa maksud daripada bacaan dan
zikir di dalam SOLAT itu, adalah untuk memanjatkan puji-pujian, kesyukuran, kerendahan diri serta doa kepada Allah s.w.t.
Seolah-olah kita bercakap-cakap kepada Allah Azawajalla yang berada di hadapan kita. Maka kiranya hati kita tertutup oleh tabir kelalaian, sudah tentulah Zat Allah s.w.t. akan terlindung dari hati kita, maka kita tidak akan dapat melihat atau menyaksikanNya.
Malah hati kita itu akan menjadi lalai dari yang diajak bercakap-cakap itu, dan tinggallah mulutnya saja yang komat-kamit menurut kebiasaanya.
Alangkah jauhnya orang ini dari pengertian SOLAT yang sebenarnya yang
disyaratkan untuk menggilapkan (membersihkan) hati dan membaharukan zikir Allah azzawajalla serta memperkukuh ikatan keimanan.
Pendekata kehadiran hati dalam sembahyang merupakan jiwa dan roh kepada SOLAT itu
sendiri.
Barangsiapa yang mengenal rahsia-rahsia SOLAT, mengertilah dia bahawa
kelalaian atau ketidak-hadiran hati di dalamnya menyalahi atau bertentangan dengan sifat SOLAT yang betul.
Syarat-syarat keistimewaan SOLAT
Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu SOLAT itu istimewa dari segi kebatinannya
banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan
kepada enam perkara:
(1) Kehadiran hati dalam SOLAT.
(2) Mengerti bacaan-bacaan SOLAT.
(3) Membesarkan Allah dalam SOLAT.
(4) Merasakan kehebatan Allah dalam SOLAT.
(5) Penuh harapan.
(6) Perasaan malu.
Berikut kita sebutkan huraiannya secara terperinci, kemudian sebab-sebabnya, dan seterusnya mengusahkan cara untuk mencapai syarat-syarat tersebut:
(1) KEHADIRAN HATI DALAM SOLAT
Maksudnya ialah agar dapat kita mengosongkan hati itu dari segala urusan yang boleh mengganggu, ataupun yang tak ada sangkut-pautnya dengan ibadat SOLAT yang sedang dikerjakan itu. Maka hendaklah pengetahuannya dengan gerak laku badan dan gerak-geri hati itu bersaingan kedua-duanya sekali; dan jangan sampai pemikirannya berputar kepada selain dari keduanya itu.
(2) MENGERTI BACAAN-BACAAN SOLAT
Memahami atau mengerti maksud-maksud perbicaraan dalam SOLAT itu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontek menghadirkan hati dalam SOLAT; iaitu hati itu haruslah mengatahui segala yang dibicarakan oleh lidah, kerana SOLAT itu memang mengandungi banyak makna-makna atau maksud-maksud yang halus yang patut dimengertikan oleh seorang dalam SOLATnya. Dengan itu, barulah SOLAT itu dapat mencegahnya dari melakukan perkara-perkara yang keji atau mungkar.
(3) MEMBESARKAN ALLAH DALAM SOLAT
Membesarkan Allah di dalam SOLAT akan memberikan pengertian yang
mendalam kepada diri orang yang berSOLAT
Itu, di sebalik menghadirkan hati dan memahamkan bacaan-bacaannya.
(4) MERASAKAN KEHEBATAN ALLAH DALAM SOLAT
Merasakan kehebatan Allah akan menambahkan lagi kebesaranNya yang dirasakan didalam SOLAT, dan ia diibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari kemaha-agungnya
Allah Ta’ala yang disembah ketika itu dan kemaha-tinggianNya.
(5) PENUH HARAPAN
Orang yang melakukan SOLAT itu haruslah mengharapkan pahala/markah/Redha Allah yang banyak
dari Allah s.w.t., dan sebaliknya harus pula ia merasa takut dari sikaanNya, yang mungkin
ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.
(6) PERASAAN MALU
Dia juga harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemungkinan
sekali tanpa disadarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam SOLAT itu, atau sesuatu dosa yang tidak disangka-sangkakannya.
Adapun sebab-sebab pencapaian maksud yang enam di atas tadi ialah:
Pertama: Hendaklah kita mengetahui bahawa yang boleh menyebabkan hati itu hadir ialah kekuatan azam, kerana hati itu sentiasa menurut keazaman kita:
Hati tidak akan hadir, melainkan sesudah kita menujukan keazaman kita kepadanya.
Jadi bila timbul sesuatu perkara yang menarik perhatian kita, tentulah hati kita akan hadir dan meletakkan perhatiannya kepada perkara itu, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa, sebab hati itu diciptakan
dalam fitrah yang semacam itu dan ia tetap tertakluk kepadanya.
Jika sekiranya hati itu tiada hadir dalam SOLAT, tentulah ia tidak akan berdiam diri begitu saja, bahkan ia akan berkeliaran ke sana ke mari menunjukan perhatiannya kepada hal-ehwal keduniaan.
Oleh itu, tiada jalan lain atau tiada penawar untuk menghadirkan hati itu, melainkan dengan menumpukan/Fokus segala perhatian kita kepada SOLAT semata-mata.
Dan perhatian kita itu tidak akan dapat dihadapkan sepenuhnya kepada SOLAT, selagi belum
ternyata atau terbukti bahawa hati yang dituntut itu sepenuhnya bergantung kepadaSOLAT.
Yang demikian itu dapat dicapai melalui keimanan dan keyakinan yang menetapkan, bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal, dan bahawasanya SOLAT pula adalah sebagai suatu wasilah atau jalan untuk mencapai kebahagiaan itu disana.
Kedua: Memahamkan bacaan, iaitu sebabnya sesudah menghadirkan hati, ialah menetapkan dan memusatkan akal fikiran untuk menangkap maksud dari segala pertuturan dalam SOLAT.
Penawarnya adalah seperti yang tersebut di atas tadi serta menumpukan fikiran dan menyediakannya untuk menolak segala yang mungkin mengacaunya, dan cara menolaknya ialah dengan menolak punca-puncanya; yakni pokok-pokok bagi sebab-sebab yang boleh mempengaruhi akal fikiran dan mengajaknya untuk berfikir-fikir.
Ketiga: Membesarkan atau memuliakan Allah dalam SOLAT, dan yang demikian itu harus
datangnya dari hati dengan dua cara:
(1) Mengenal kebesaran Allah azzawajalla dan keAgunganNya dan ini adalah dari asal-usul
keimanan.
(2) Mengenal kerendahan jiwa dan kehinaannya serta keadaannya sebagai seorang hamba
yang tertakluk dan bertuhankan Allah yang Maha Agung.
Pengenalan terhadap kedua-dua cara ini haruslah berterusan sehingga timbul ketenangan, kerendahan hati dan seterusnya kekhusyu’an terhadap Allah s.w.t., maka ketika itulah baru kita kenal pengertian membesarkan Allah dengan penuh kesempurnaan.
Keempat: Adapun merasakan kehebatan atau ketakutan itu adalah keadaan yang harus disifati oleh jiwa yang akan timbul sesudah mengenal akan kekuasaan Allah dan kesanggupanNya, lalu melaksanakan kehendakanNya tampa campur tangan dari kuasa-kuasa yang lain, Jika sekiranya Allah memusnahkan yang awal (terdahulu) semua sekali dan yang akhir (terkebelakang) semua sekali, maka tiadalah akan berkurangan dari kerajaanNya sesuatu sebesar zarrah (atom) pun.
Oleh sebab itulah apabila bertambah ilmu kita mengenai Allah, akan bertambah pulalah ketakutan dan kehebatan perasaan kita terhadapNya.
Kelima: Adapun pengharapan, maka sebabnya ialah pengenalan kita kepada belas kasihan Allah s.w.t. dan RahmatNya, serta segala kenikmatan dan kemaha-halusan penciptaanNya.
Begitu pula dengan menyakinkan kebenaran janjiNya dengan balasan syurga bagi orang yang melakukan SOLAT. Apabila telah muncul keyakinan dalam hati tentang segala janji-janji Allah, dan muncul sama pengenalan tentang belas kasihanNya, niscaya tidak syak lagi akan timbullah kesan dari kedua-duanya tadi hakikat pengharapan.
Keenam: Akhir sekali perasaan malu, dan dengan adanya sifat malu itu dalam diri, akan teringatlah kita akan kecuaian kita dalam menjalankan ibadat serta mengatahui, bahawa kita ini memang tidak mampu untuk mendirikan semua hak-hak Allah Azzawajalla.
Perasaan serupa itu akan menolong kita untuk mengingat tentang keaiban-keaiban diri dan dan kecelaannya, ketidak-iklasan diri dan kecenderungannya kepada balasan-balasan yang kontan dalam segala amal perbuatannya, padahal kita mengatahui tentang kebesaran apa yang bakal ditentukan oleh Allah yang Maha Mulia (yakni dari balasan terkemudian). Dan hendaklah kita menyakini, bahawa Allah
Azzawajalla itu mengetahui dan menyingkap segala rahsia dan gerak-geri hati meskipun ia terlalu kecil atau masih samar-samar.
Semua makrifat-makrifat ini bila ditemui dengan keyakinan akan terpancarlah daripadanya, tidak syak lagi, suatu keadaan atau perasaan yang dinamakan perasaan malu terhadap Allah Azzawajalla.
Sekianlah sebab-sebab bagi semua sifat-sifat yang disebutkan di atas tadi. Setiap yang hendak dicari huraiannya, terlebih dulu hendaklah diterangkan sebab-sebabnya, kerana setelah mengenal sebab-musababnya dapatlah pula mengenal ubat dan penawarnya. Manakala ikataan bagi semua sebab-sebab ini ialah keimanan kepada Allah Azzawajalla dan keyakinan terhadapNya.
Ketahuilah, bahawa setiap orang Mu’min itu wajib memuliakan Allah azzawajalla, takut
hanya kepadaNya, berharap hanya daripadaNya, dan sentiasa pula merasa malu terhadap
segala kelalaian yang timbul tersebab dari perilakunya terhadap Allah s.w.t.
Semua perkara-perkara yang tersebut ini haruslah tidak terlepas dari ingatannya, sesudah ada penuh keyakinan terhadap Allah s.w.t., sekalipun kekuatan ingatan itu setanding dengan kadar kekuatan keyakinannya. Sebab terhindarnya sesuatu SOLAT dari ingatan kepada perkara-perkara tersebut, tiada lain melainkan disebabkan oleh fikiran yang bercabang-cabang, terganggunya hati dan ketidak hadirannya dalam bermunajat, berarti kelalaian dalam SOLAT.
Dan tiada yang menjauhkan kita dari SOLAT yang sempurna, melainkan kerana terlalu banyak fikiran yang datang menggangu dan mengacau.
Penawar dalam menghadirkan hati ialah menolak semua fikiran-fikiran tersebut, dan sesuatu perkara itu tidak akan tertolak melainkan dengan menolak sebabnya, maka hendaklah anda mencari sebabnya dan mengetahui.
Adapun sebab-sebab kemunculannya fikiran-fikiran yang tidak menentu dalam sesuatu SOLAT itu, ialah sama ada merupakan perkara dari luar ataupun perkara dari dalam.
Perkara-perkara dari luar; iaitu seperti sesuatu yang didengar oleh telinga, ataupun dilihat oleh mata. Hal serupa ini boleh menarik perhatian kita kepadanya, lalu perasaan kita pun tertumpu kepadanya dan terpengaruh dengannya.
Dari situ kita boleh dibawanya dari suatu fikiran kepada fikiran yang lain, sampai bercabang-cabang pula fikiran kita.
Pada ketika itu semua yang kita lihat di hadapan kita akan menjadi sebab pemikiran.
Orang yang kukuh niatnya dan kuat keazamannya tidak akan dilalaikan oleh segala sesuatu yang bermain pada pancainderanya. Akan tetapi si lemah tentu sekali pancainderanya akan membawanya menggembara kepada berbagai-bagai pemikiran ketika itu.
Penawar kepada penyakit ini ialah dengan memutuskan pemikirannya dari segala sebab-sebab ini; iaitu dengan menutup matanya terlebih dulu, kemudian bersungguh-sungguh mencuba meletakkan ke belakang semua yang mungkin mengganggu pancainderanya.
Seterusnya, dia mencari tempat yang berdekatan dengan tembok, supaya dalam SOLAT nanti ruangan di hadapanya tidak terlalu lapang untuk dilihat oleh matanya.
Dan hendaklah dia menjauhkan diri dari menunaikan SOLAT di jalan-jalan raya,
yakni di tempat-tempat lalulintas orang ramai, ataupun di tempat-tempat yang berlukisan, atau tikar-tikar yang penuh dengan gambar-gambar dan warna-warni, kerana kesemuanya itu boleh menyebabkan kelalaian dalam SOLAT.
Adapun sebab-sebab kebatinan pula, maka yang demikian itu adalah lebih hebat lagi. Orang yang bercabang-cabang perhatiannaya dalam persoalan-persoalan keduniaan tentu sekali pemikirannya tidak tetap setempat, ataupun menumpu kepada sesuatu perkara yang tertentu, malah ia akan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Cara untuk mengekang pemikiran-pemikiran ini dari berlaku, ialah dengan memaksa diri untuk memahami, atau mengikuti makna-makna bacaan yang dibacanya di dalam SOLAT dan melarang diri dari mengingati perkara-perkara yang lain dari itu. Untuk membantu melaksanakan cara ini, seseorang yang ingin berSOLAT hendaklah bersiap sedia sebelum bertakbir, lalu memperbaharui ingatannya tentang hari akhirat dan tempat bermunajat itu serta bahayanya keadaan ketika itu.
Sebab ia sedang berhadapan muka dengan Allah s.w.t. Dan Allah dapat menyingkap segala rahsianya pada masa itu. Sebelum mengangkat takbir, hendaklah ia menumpukan segala perhatian dan hatinya kepada SOLAT saja, dan jangan sampai ditinggalkan suatu tempat pun dalam hatinya itu untuk dipengaruhi oleh perkara-perkara selainnya.
Apabila gelombang pemikirannya masih belum lagi dapat disembuhkan oleh ubat yang seharusnya boleh mentenangkannya, maka hendaklah ia mendapatkan ubat pembersih yang boleh melenyapkn pangkal penyakit yang bersarang di dalam dasar urat sarafnya.
Haruslah ia segera memperhatikan apa-apakah yang memalingkan dirinya dari kehadiran hati tadi.
Tidak syak lagi, sesudah itu, akal fikiran itu akan kembali kepada tugasnya, dan ketahuilah ia bahawa pemesongan yang berlaku tadi tiada lain, melainkan disebabkan oleh gejala-gejala syahwat. Maka ia pun segeralah mengutuk dirinya dengan mencabut segala syahwat-syahwat itu dari dalam dirinya serta memutuskan semua perhubungan diri dengan syahwat-syahwat itu.
Ada sebuah riwayat yang diceritakan dari
Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah memakai baju bersulam yang diberikan kepadanya oleh Abu Juhum, lalu baginda berSOLAT, sebaik-baik selesai saja berSOLAT, segeralah baginda menanggalkannya pula seraya bersabda:
Kembalikanlah baju ini kepada Abu Juhum sebab ia melenakan/lalaikan saya dalam SOLAT tadi, dan tukarkanlah dia dengan baju biasanya saja (yakni yang tiada bersulam).
YANG HARUS DIPERHATIKAN KETIKA MENGERJAKAN RUKUN DAN SYARAT SOLAT
Jika anda mendengar suara muazzin berazan.
Hendaklah anda gambarkan di dalam hati, betapa hebatnya seruan yang akan berlaku nanti
di Hari Kiamat. Oleh itu anda merasakan pada lahir dan batin anda hendak cepat-cepat menyahut seruan itu, kerana orang-orang yang akan diseru dengan lemah-lembut kelak di hari perkiraan yang terbesar (Hari Kiamat).
Adapun taharah ataupun kesucian itu, jika di tempat anda (melakukan SOLAT itu), ia diumpamkan sebagai tutup yang terjauh; jika di pakaian anda, ia diumpamakan sebagai tutup yang terdekat; jika di kulit badan anda, ia diumpamakan sebagai bungkus yang terhampir sekali, maka hendaklah anda jangan pula sampai terlalai akan isinya yang diumpamakan sebaagai zat anda, iaitu hati yang
berada di dalamnya.
Hati itu haruslah dipelihara kesuciannya dengan banyak bertaubat dan menyesali diri atas segala yang telah terlanjur. Di samping itu hendaklah anda sungguh-sungguh berazam untuk meninggalkan segala ketelanjuran itu di masa hadapan.
Kebatinan anda itulah yang seharusnya dipelihara dan disucikan, kerana dialah yang menjadi tempat pandangan Allah s.w.t. yang kita beribadat kepadaNya.
Adapun menutup aurat pula maka ketahuilah bahawa maksudnya ialah menutup segala kejelekan badan anda dari pandangan orang ramai, kerana zahirnya tubuh badan itu menjadi tempat pandangan orang ramai, Apatah lagi dengan aurat-aurat kebatinan anda yang merupakan kecelaan dan keburukan yang berselindung di dalam diri anda itu, yang tidak dapat disingkapkan, melainkan oleh Allah Azzawajalla, maka lebih-lebih lagi harus dijaga dan dipelihara.
Sebaik-baiknya hendaklah anda bayangkan semua keburukan itu di dalam hati anda, dan berusahalah agar kesemuanya ini dapat ditutup.
Dalam pada itu, hendaklah anda yakin bahawa tiada sesuatu pun yang akan dapat terlindung dari pandangan Allah s.w.t., tetapi yang boleh menutupnya atau menghapuskannya ialah dengan menyesali diri, merasa malu dan menampakkan ketakutan kepada Allah s.w.t.
Apabila semua sifat-sifat ini telah berada dalam hati, ketika itulah jiwa anda akan merasa hina dan rendah dan hati pun sentiasa akan mengecap ketenangan di bawah perasaan malu tadi. Pada waktu itu anda akan berdiri di hadapan Allah Azzawajalla sebagai seorang hamba yang berdosa, yang membuat banyak kesalahan, ataupun seperti seorang budak yang telah melarikan diri lalu menyesal dan kini kembali semula kepada tuannya, sedang menundukkan kepalanya kerana terlalu dikuasai perasaan malu dan takut.
Adapun menghadapkan muka ke kiblat, iaitu memalingkan zahirnya wajah anda dari semua arah menghadap ke arah Baitullah Ta’ala.
Jangan pula sampai anda menyangka bahawa memalingkan hati dari segala perkara dan hanya ditumpukan kepada Zat Allah Azzawajalla itu tidak dituntut. Bahkan itulah yang sangat-sangat di tuntut pada ketika itu, dan tidak ada selainnya. Jadi apa yang dibuat dari gerak-geri lahiriah itu menunjukkan kepada gerak-geri batiniah, dan juga untuk menjaga segala gerak laku semua anggota-anggota serta menentukannya menetap pada arah yang satu saja, sehingga ia tiada menyalahi haluan hati.
Sebab kiranya ia menyalahi gerak laku hati dan menzaliminya dalam segala gerak-gerinya dan haluannya ke arah-arahnya, niscaya ia akan menarik hati bersama-sama berpaling dari arah Allah Azzawajalla. Oleh kerana itu berhati-hatilah agar haluan hatimu menyertai haluan tubuh badanmu.
Ketahuilah, sebagaimana wajah itu tiada boleh menghadapkan selain ke arah Baitullah (Kaa’bah)
kecuali dengan memesongkannya dari arah-arah yang lain, begitu pulalah hati tiada akan menuju kepada Allah Azzawajala, melainkan dengan memalingkannya dari yang lain-lain dan mengosongkannya dari ingatan-ingatan selain dari Allah.
Adapun I’tidal atau berdiri tegak lurus, maka yang sebenarnya batang tubuh seseorang itulah yang sedang berdiri tegak, manakala hatinya pula sedang berhadapan dengan zat Allah azzawajalla, dan mengingatkan hati agar bersifat dengan sifat rendah diri, hina dan melepaskannya dari perasaan membesarkan diri dan takabur. Selain itu, ia akan mengingatkannya lagi pada hari berdirinya di hadapan Allah azzawajalla, dan pada hari susah-payahnya diri ketika dibawa ke pengadilan untuk disoal di Hari Kiamat kelak.
Oleh itu, hendaklah anda ketahui bahawa pada ketika itu anda sedang berdiri di hadapan Allah Azzawajalla, dan Dia sedang memerhatikan anda dan mengatahui segala rahsia anda.
Sayugialah hendaknya, anda berdiri pada waktu itu, seperti anda berdiri di hadapan raja pada zaman sekarang, ini jika anda sebenarnya tidak berdaya untuk mengesan kebesaran Allah yang Maha Berkuasa itu.
Adapun niat itu merupakan suatu keazaman untuk menyahut perintah Allah azzawajalla, yakni menunaikan SOLAT yang difardhukan ke atas anda serta menyempurnakannya dengan penuh harapan, agar mendapat balasan pahalaNya dan merasa takut dari siksaanNya. Begitu juga untuk memohon mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh cita-cita untuk mencapai pengurniaanNya; iaitu agar Allah s.w.t. akan menggerakkan hati untuk bermunajat kepadaNya, meskipun dosa anda sudah terlalu banyak. Maka hendaklah anda membesarkan darjat munajat kepada Allah itu dalam diri anda, sebagai suatu perkara yang amat penting sekali.
Kemudian, hendaklah anda perhatikan di dalam hati anda, siapakah sebenarnya yang anda bermunajat kepadanya ketika itu?. Bagaimana pula seharusnya munajat itu kepadaNya?. Dan apakah yang anda ucapkan dalam munajat itu?.
Dalam menjalankan munajat serupa itu, sepatutnya anda merasakan peluh mengalir dari atas dahi kerana perasaan malu, manakala tubuh anda merasa gementar pula, kerana kehebatan kedudukan di masa itu. Dan akan pucat-lesilah wajah anda dari perasaan ketakutan.
Adapun bacaan takbir itu, maka apabila anda menyebutkan dengan lisan hendaklah jangan anda mendustakannya di dalam hati. Andaikata di dalam hati ketika itu ada sesuatu yang dipandang lebih besar dari Allah s.w.t., ataupun hawa nafsu itu lebih menguasai jiwa anda daripada Tuhan yang sedang anda beribadat kepadaNya, kemudian anda menurutkan pula kemahuan hawa nafsu itu, maka samalah seperti anda menjadikannya Tuhan selain dari Allah yang anda membesarkanNya.
Jadi kata-kata Allahu Akbar itu tiada lain hanyalah semata-mata di bibir saja, manakala hati tiada mengakuinya atau membantunya. Alangkah berbahayanya orang yang berkeadaan sedemikian itu, kalaulah tidak diikutkan segera dengan taubat dan istightar, dan terutama sekali persangkaan yang terbaik terhadap Allah s.w.t. yang melalui kemurahanNya dan belas kasihanNya dapat memberikan keampunaan kepada kita sekalian.
Adapun doa Iftitah, maka ucapan anda yang pertama sekali ialah:
“ Aku menghadapkan wajahku kepada yang menjadikan petala langit dan bumi.”
Yang dimaksudkan dengan perkataan wajah di sini bukanlah wajah atau muka yang lahir
itu, kerana anda menghadapkannya[Zahir & Batin] ke arah kiblat. Allah s.w.t. Maha Suci daripada boleh ditetapkan adaNya di sesuatu arah atau jihat yang tertentu, sehingga anda menghadapkan muka atau wajah di badan itu ke arahnya.
Akan tetapi yang dimaksudkan dengan wajah itu ialah wajah hati[Zahir & Batin] yang harus menghadap atau menghala kepada Tuhan Pencipta petala langit dan bumi[Alam Sejagat].
Jadi hendaklah anda perhatikan adakah ia menuju atau menghala kepada berbagai angan-angan atau cita-cita dan adakah perhatiannya masih tertumpu ke dalam rumah atau di pasar menurutkan segala macam syahwat dan hawa nafsu, ataupun ia sebenarnya telah menuju atau menghala kepada
Tuhan Pencipta langit..?
Awaslah, jangan sampai pula pekerjaan munajat itu dimulakan dengan berdusta. Ingatlah bahawa wajah hati [BaTin] itu tidak mungkin ditujukan semata-mata ikhlas kepada Allah s.w.t. melainkan dengan memalingkan wajah itu dari perkara-perkara selain Allah. Oleh itu hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dengan serta-merta memusatkan tujuan kita kepada Allah s.w.t.
Kiranya tidak mampu melakukan yang demikian terus-menarus, maka hendaklah berkata
dalam diri; Sekarang aku akan cuba lagi,
Kiranya tidak mampu juga, maka hendaklah mencuba lagi dengan sebenar-benarnya.
Kemudian apabila membaca:
“Dalam keadaan cenderung dan berserah.”
Apabila membaca:
“Dan tiadalah aku dari golongan orang-orang musyrikin”
Sewajarnyalah anda memahamkan di dalam hari bahawa syirik yang tersembunyi itu ialah
umpama seorang mengkasadkan (meniatkan) ibadatnya kepada Allah s.w.t., tetapi dalam pada itu, dia suka memuja-muja manusia.
Ingatlah dan peliharalah diri anda dari rupa syirik ini, dan hendaklah merasakan malu di hati anda, kalau anda mendakwa diri bukan dari golongan orang-orang yang musyrikin, tetapi anda tidak terlepas dari perbuatan syirik ini, Ketahuilah bahawa pengertian syirik itu terkena kepada perbuatan yang sedikit, mahupun yang banyak dari kelakuan serupa itu.
Apabila membaca:
“Hidupku dan matiku kerana Allah Ta’ala.”
Ketahuilah bahawa hal serupa ini adalah sama seperti halnya seorang hamba yang kehilangan dirinya, dan kini sedang berada di hadapan tuannya.
Kalaulah kata-kata itu diucapkan oleh seorang yang keredhaannya, atau kemarahannya, atau berdirinya, atau duduknya, atau keinginannya untuk hidup terus-menerus dan kegerunannya dari menemui maut semata-mata, kerana urusan keduniaan tentulah tidak sesuai untuk keadaannya seketika itu.
Bila membaca:
“Aku berlindung diri kepada Allah dari bencana syaitan yang terkutuk.”
Hendaklah anda ketahui bahawa musuhmu (syaitan) itu sentiasa memasang perangkap untuk memesongkan hati anda dari Allah azzawajalla, semata-mata kerana dengki dan hasad terhadap munajat yang anda lakukan terhadap Allah s.w.t.
Kemudian anda bersujud pula kepada Allah, padahal kerana sebab sujudlah syaitan itu dihalau dari rahmat Allah dan menjadi terkutuk tersebab satu kali sujud saja yang ia enggan melakukannya.
Bila anda membaca isti’azah’ (A’uzubillahi minasy-syaitanir-rajiim) pula, janganlah hendaknya membaca sekadar menggerakkan lisan semata-mata, melainkan anda sekaligus meninggalkan segala kelakuan yang disukai oleh syaitan dan menggantikan tempatnya dengan kelakuan-kelakuan yang diredhai oleh Allah.
Umpamanya samalah seperti seorang yang diserang oleh binatang buas ataupun musuh yang hendak membunuhnya, janganlah hendaknya ia hanya berkata:
Aku berlindung daripadamu di dalam pendinding yang menahan dari segala mara-bahaya, sedangkan ia berdiri tegak di tempatnya itu, tentulah itu tidak akan memberi apa-apa guna atau manfaat, kecuali ia mencari tempat yang boleh melindunginya dari binatang atau musuh itu.
Begitu pula hendaknya bagi orang yang sering menurutkan hawa nafsu dan kehendak-kehendak yang menjadi keinginan syaitan dan kebencian ar-rahman (Allah), tidaklah memadai dengan setakat berkata dengan lidah saja tanpa ada bukti.
Barangsiapa yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhan, nescaya dia berada dalam medan atau halaman syaitan, dan bukanlah dalam benteng Allah Ta’ala.
Ketahuilah di antara tipu daya tipu daya syaitan itu, dia akan memesongkan anda dalam
SOLAT daripada mengingatkan tentang akhirat, atau menghalang anda untuk membuat
kebajikan supaya dapat menahan anda dari memahami bacaan-bacaan yang di baca dalam
SOLAT itu. Maka hendaklah anda faham bahawa segala yang menghalang dari memahami
makna-makna bacaan itu adalah waswas. Sebab gerak-geri lisan itu bukanlah menjadi maksud
yang utama, bahkan maksud yang utama ialah makna-makna bacaan itu.
Bila anda membaca:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.”
Hendaklah anda meniatkaan keberkatan kerana memulakan bacaan Kalamullah (Firman Allah).
Ketahuilah bahawa maknanya, semua perkara-perkara itu akan berlaku dengan kuasa Allah
Ta’ala, dan bila kita mengi’tikadkan bahawa semua perkara-perkara itu dalam kuasa Tuhan,
tentulah tiada daya lagi bagi kita.
Bila membaca:
“Segala puji-pujian bagi Allah".
Maknanya: Segala kesyukuran hendaklah ditujukan kepada Allah semata-mata, kerana dialah yang memberikan semua nikmat-nikmat itu.
Barangsiapa yang menganggap ada lagi nikmat dari selain Allah Ta’ala, ataupun dia menunjukkan kesyukurannya kepada selain dari Allah, bukan kerana dia itu terpaksa, maka jadilah segala bacaan Bismillah dan Alhamdullilah yang disebutkannya itu tadi, tiada berguna, kerana tujuannya kepada selain dari Allah s.w.t.
Bila membaca:
“Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.”
Di waktu itu hendaklah anda tinjau di dalam hati segala macam kelembutan Allah kepada sekalian makhlukNya, niscaya ternampaklah oleh anda rahmatNya sehingga timbul pula pengharapan kepadaNya.
Sesudah itu hendaklah terpancar dari dalam hati anda perasaan
membesarkan Allah dan takut kepadanNya, dengan membaca pula:
“Yang menjadi raja pada Hari Kiamat.”
Adapun kebesaran yang diucapkan terhadap Allah itu ialah, kerana tiada kerajaan kecuali bagi
Allah yang Maha Kuasa. Manakala ketakutan pula ialah dikeranakan kehebatannya hari
pembalasan dan hari perkiraan yang Allah s.w.t. akan menjadi Pengadilnya.
Sesudah itu perbaharukanlah keiklasan anda terhadap Allah s.w.t. dengan membaca:
“Hanya kepadaMu saja kami menyembah.”
Menyertai bacaan itu, hendaklah anda mengingatkan kelemahan anda dan keperluan anda kepada Allah, Begitu pula mengingat bahawa diri anda itu tiada berdaya-upaya sama sekali dengan membaca pula.
“Dan hanya kepadaMu pula kami meminta pertolongan.”
Di waktu itu yakinlah anda, bahawa tiada daya-upaya untuk mentaati Allah kalau tidak dengan
pertolongan Nya. Dan bahawasanya manusia itu terhutang budi kepada Allah disebabkan taufiqNya yang dilimpahkan ke atas manusia untuk membuat ketaatan kepadaNya.
Kemudian tetapkan pula permintaan anda dan jangan meminta melainkan perkara-perkara yang
amat penting saja, dan bacalah: pengharapan kepadaNya. Sesudah itu hendaklah terpancar dari dalam hati anda perasaan membesarkan Allah dan takut kepadanNya, dengan membaca pula:
“Yang menjadi RAJA pada Hari Kiamat.”
Adapun kebesaran yang diucapkan terhadap Allah itu ialah, kerana tiada kerajaan kecuali bagi
Allah yang Maha Kuasa. Manakala ketakutan pula ialah dikeranakan kehebatannya hari
pembalasan dan hari perkiraan yang Allah s.w.t. akan menjadi Pengadilnya.
Sesudah itu perbaharukanlah keiklasan anda terhadap Allah s.w.t. dengan membaca:
“Hanya kepadaMu saja kami menyembah.”
Menyertai bacaan itu, hendaklah anda mengingatkan kelemahan anda dan keperluan anda
kepada Allah, Begitu pula mengingat bahawa diri anda itu tiada berdaya-upaya sama sekali
dengan membaca pula.
“Dan hanya kepadaMu pula kami meminta pertolongan.”
Di waktu itu yakinlah anda, bahawa tiada daya-upaya untuk mentaati Allah kalau tidak dengan
pertolongan Nya. Dan bahawasanya manusia itu terhutang budi kepada Allah disebabkan
taufiqNya yang dilimpahkan ke atas manusia untuk membuat ketaatan kepadaNya.
Kemudian tetapkan pula permintaan anda dan jangan meminta melainkan perkara-perkara yang
amat penting saja, dan bacalah:
“Tunjukilah kami jalan yang lurus (Shirathal-Mustaqiim).”
Iaitu jalan yang akan membimbing anda ke sisi Allah s.w.t. dan yang akan menyebabkan keredhaanNya kepada anda. Dalam pada itu, hendaklah anda tambah pula keterangan penjelasan dan pengukuhan atau penyaksian terhadap orang-orang yang yang telah menerima limpahan hidayat dariNya, iaitu dari golongan para Nabi, para Siddiqin, para Syuhada dan para Salihin, dan bukan pula orang-orang yang dimurkai oleh Allah dari golongan kafir, musyrik dan orang-orang yang sesat.
Sesudah menyebutkan semua itu, lalu anda pohonkan pengabulan Allah s.w.t dengan
membaca:
“Kabulkanlah segala permohonan kami itu.”
Ketahuilah, andaikata anda tiada memperolehi sesuatu pun dari SOLAT anda itu selain dari Zikrullah, yakni hanya berzikir kepada Allah saja tentang keMaha-AgunganNya dan kebesaranNya, itu pun sudah memadai.
Apatah lagi dengan apa yang anda harap-harapkan dari balasan dari pahalaNya.
Seterusnya, hendaklah anda memahami segala bacaan yang anda baca itu dari surah-surah
al-Quran. Janganlah sampai anda lalai atau cuai akan perintah dan laranganNya. Janji dan
ancamanNya.
Segala nasihat-nasihat dan berita-berita tentang para NabiNya, dan
seterusnya mengingat segala nikmat dan kebaikanNya, kerana tiap-tiap satu dari semua ini ada haknya.
Timbulnya harapan akibat dari adanya janji.
Timbulnya ketakutan akibat dari adanya ancaman. Timbulnya keazaman akibat dari adanya suruhan dan larangan. Menurut arahan adalah akibat dari adanya nasihat dan peringatan. Mengucap kesyukuran adalah akibat dari adanya budi dan pemberian. Dan mengambil contoh-tauladan adalah akibat dari adanya cerita-cerita para Nabi.
Semua pengertian-pengertian ini akan berkesan sekali dalam diri seseorang, sesuai dengan tingkatan fahamannya, dan ini tergantung pula kepada darjat ilmu pengetahuannya dan kebersihan hatinya. Manakala darjat seseorang dalam bidang ini tidak ada kadar atau batasannya yang tertentu.
Jadi SOLAT itu adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Di dalam SOLAT boleh tersingkap semua rahsia kalimat-kalimat akibat dari bacaan-bacaan yang kita bacakan
Demikianlah pula dengan rahsia-rahsia zikir-zikir dan tasbih-tasbih.
Selanjutnya, mestilah ada rasa kehebatan dalam segala bacaan-bacaan itu, dan sebaik-baiknya dibacakan satu-persatu perlahan-lahan.
Jangan sampai terlalu cepat atau tergopoh-gapah, kerana secara itu lebih mudah
untuk difahamkan atau direnungkan pengertiannya.
Adapun kelangsungan berdiri itu adalah suatu peringatan terhadap turutnya hati sama-sama berdiri di hadapan Allah azzawajalla, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya Allah Azzawajalla itu sentiasa menghadap kepada orang yang
berSOLAT, selama ia tiada menolah-noleh.”
Sebagaimana wajib kita menjaga kepala dan mata supaya tidak menoleh-noleh ke arah selain dari kiblat, demikian pula wajib kita menjaga kebatinan kita; iaitu hati dan jiwa supaya tidak berpaling kepada selain dari Allah s.w.t. dalam SOLAT.
Jika ia berpaling, maka hendaklah segera diperingatkannya bahawa Allah s.w.t. itu mengatahui segala gerak-geri kabatinan, dan mengingatkan sekali akan buruknya balasan dari Allah, akibat kelalaian hati orang yang bermunajat dalam SOLATnya.
Kekalkanlah kekhusyu’an di dalam hati, dan tandanya ada kekhusyu’an itu, ialah bila
anggota lahir dan anggota batin tiada menoleh ke mana-mana, dan apakala anggota batin
menjadi khusyu’, niscaya anggota lahir akan menurutnya.
Pernah Rasulullah s.a.w. bersabda ketika melihat seorang yang sedang berSOLAT, pada hal tangannya bermain-main dengan janggutnya, katanya
“Adapun orang ini, jika hatinya khusyu’, tentulah segala anggota badannya akan turut khusyu’, sama, sebab rakyat selalunya patuh kepada pemerintahannya.”
Sebab itulah ada tersebut di dalam doa yang warid:
“Ya Allah, ya Tuhanku! Perbaikilah pemelihara (pemerintah) dan pemeliharaannya (rakyat).”
Maksudnya: Hati dan segala anggotanya.
Adapun tentang ruku’ dan sujud itu, sayugialah di waktu melakukanya diperbaharui ingatan
terhadap kebesarn Allah s.w.t., dan ketika mengangkat kedua tangan pula disertakan
memohon pengampunan Allah dari siksaanNya.
Sesudah itu, anda menunjukkan pula kerendahan diri penuh tawadhu’ dengan melakukan ruku’ kepadaNya.
Di waktu itu,hendaklah anda bersungguh-sungguh melembutkan hati dan membaharui khusyu’ dengan
sepenuh perasaan, kerana di hadapan anda itu adalah Tuhan yang Maha Mulia dan Maha
Besar. Segala perasaan ini harus diakui oleh hati manakala lisan turut menolong menyebutkannya.
Anda mengucapkan tasbih terhadap Tuhan seraya menyaksikan bagi ZatNya keagungan, dan
bahawasanya Dia adalah Maha Besar dari segala yang besar. Sebutan itu haruslah diulang-
ulangi di dalam hati sehingga ia kekal kukuh di situ.
Lantas anda tegak berdiri semula dari
ruku’ dengan membawa penuh harapan pada diri anda, sambil menyebutkan:
“Allah telah mendengar orang yang memujiNya.”
Yakni: Allah telah menyahut kepada orang yang memujiNya. Kemudian anda menggadakan
pula dengan kepujian yang bertambah, dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami Bagimu segala kepujian.”
Kemudian menambahkan lagi kepujian, dengan membaca:
“Pujian yang meliputi segala petala langit dan bumi.”
Seterusnya anda turun untuk bersujud. Sujud itu merupakan setinggi-tinggi darjat
kerendahan diri, kerana anda telah meletakkan semulia-mulia anggota anda, iaitu wajah ketempat yaang paling rendah sekali, iaitu tanah.
Jika boleh, lebih utama lagi, kalau anda terus bersujud ke atas tanah, tanpa ada apa-apa yang mengalasnya, kerana itu akan lebih menimbulkan perasaan khusyu’ dalam diri dan lebih menunjukkan kepada pernerimaan diri akan kehinaan.
Andai kata anda sanggup meletakkan diri anda ke tempat yang terendah,
berarti anda telah meletakkan ke tempatnya yang wajar, sama seperti anda mengembalikan cabang kepada asalnya.
Sebab asal anda dijadikan dari tanah dan kepada
tanah juga anda akan kembali kelak. Pada ketika itu, sayugialah anda memperbaharui
ingatan kepada kebesaran Allah di dalam hati, kemudian barulah anda mengucapkan:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.”
Perkukuhkanlah bacaan itu dengan berulangkali, sebab dengan membaca sekali saja tidak
akan meninggalkan kesan yang kuat dalam diri.
Apabila hati anda menjadi lembut dan tipis
dan telah ternyata yang demikian, maka hendaklah anda menunjukkan kebenaran harapan
anda kepada rahmat Allah Ta’ala, sebab rahmatNya akan segera lahir dalam diri yang
lemah dan hina, bukan dalam diri yang sombong dan bongkak.
Kini angkatkanlah kepalamu dengan membaca takbir, seraya meminta pula hajatmu dengan berkata:
“Wahai Tuhanku! Ampunilah aku dan belas kasihanilah.”
Pada waktu itu, hendaklah anda melahirkan perasaan tawadhu’ dan merendah diri,
kemudian kembalikan semula bersujud buat kedua kalinya.
Adapun tasyahhud itu, apabila anda duduk hendaklah duduk secara beradab sambil
menjelaskan di dalam hati, bahawa semua yang diucapkan dari salawat (doa dan tadharru’)
serta segala kebaikan; iaitu akhlak yang suci-murni, adalah semata-mata kerana Allah
Ta’ala.
Begitu pula kita simpulkan bahawa Kerajaan Semesta itu adalah bagi Allah jua.
Demikianlah makna sebenarnya dari bacaan tahiyat dalam duduk bertasyahhud itu
Kemudian ingatkah di dalam hati peribadi Nabi Besar Muhammad s.a.w, seraya anda ucapkan:
“Salam sejahtera ke atasmu, wahai Nabi, dengan rahmat Allah serta keberkataanNya.”
Benarkanlah harapan anda bahawa salam itu akan sampai kepada baginda Rasulullah s.a.w. serta baginda akan membalas salammu itu dengan lebih sempurna. Selanjutnya, anda memberi salam pula ke atas diri anda sendiri dan ke atas sekelian hamba-hamba Allah yang salihin.
Seterusnya, anda menyaksikan pula sifat wahdariah atau keesaan bagi Allah, dan
bagi Muhammad pula kerasulan yakni perutusan yang sebenar. Ini sebagai memperbaharui
janji kepada Allah s.w.t. Dengan mengulang-ucap dua kalimah Syahadat dan mengharapkan
perlindungan di dalam bentengnya.
Kemudian pada akhir SOLAT, berdoalah dengan doa-doa yang ma’tsur (yang diajarkan oleh Nabi) dengan penuh perasaan tawadhu’ dan khusyu’, dengan penuh perasaan hina-dina dan rendah diri serta kebenaran harapan untuk menerima pengabulan. Jangan lupa menyertakan doa untuk kedua ibu-bapa dan sekalian kaum Mu’minin.
Di waktu mengucap salam pula, niatkan sekali salam ke atas para Malaikat dan sekalian orang yang hadir ketika itu. Sambil meniatkan sama berakhirnya SOLAT itu Jangan lupa pula merasakan kesyukuran anda terhadap Allah s.w.t. kerana taufiqNya, sehingga anda dapat menyempurnakan ibadat SOLAT itu.
Kemudian kalau ada kecuaian atau kelalaian dalam ibadat itu. rasakanlah di dalam hati anda perasan takut dan malu.
Anda sepatutnya merasa bimbang juga, kalau-kalau SOLAT itu tidak diterima oleh Allah s.w.t., atau barangkali kerana dosa lahir atau batin, maka SOLAT itu pun ditolak/lemparkan ke muka anda.
Dalam hal ini, hendaklah anda mempunyai harapan penuh agar Allah s.w.t. akan menerima SOLAT itu disebabkan sifat rahmatnya dan kemurahatianNya.
Demikianlah keterangan mengenai SOLAT orang-orang yang penuh khusyu’, sesuai
dengan firman-firman Allah Ta’ala:
“Mereka yang berlaku penuh kekhusyu’an di dalam SOLAT mereka.”
(al-Mu’minun: 2)
“Dan mereka sentiasa memelihara SOLAT mereka.”
(al-Mu’minun: 9)
“Dan mereka yang tetap mengerjakan SOLAT mereka.”
(al-Ma’arij: 23)
Dan mereka itu juga tergolong orang-orang yg bermunajat kpda Allah s.w.t. menurut
kadar kemampuannya untuk mengatakan UBUDIAHnya (perhambaannya). Sayugialah setiap
manusia itu mendedahkan dirinya kepada semua SOLAT ini.
Mana-mana yang dia mampu memyempurnakannya, hendaklah ia merasa gembira. Mana-mana yang
terlepas atau tertinggal, hendaklah ia merasa dukacita, dan hendaklah ia berusaha
bersungguh-sungguh pula untuk memperbaikinya.
Adapun orang-orang yang lalai dalam SOLATnya, maka ia amatlah membimbangkan
sekali, kecuali jika Allah mahu melimpahinya dengan rahmatNya.
Kita memohon Allah s.w.t. agar dilimpahiNya kita dengan rahmatNya dan keampuanNya, kerana tiada lain jalan bagi kita melainkan mengaku tentang diri ketidak-mampuan kita untuk menuanaikan sepenuh
ketaatan terhadap Allah Ta'ala’.
Kunci untuk menambah tingkatan dan darjat diri ialah menerusi SOLAT.
Allah berfirman:
“Sungguh telah menang (berbahagia) orang-orang yang beriman, yang khusyu’
dalam SOLAT mereka.”
(al-Mu’minun: 1-2)
Allah s.w.t telah memuji kumpulan orang-orang ini, setelah mereka beriman kepadaNya dengan sesuatu SOLAT yang tertentu; iaitu SOLAT yang disertai kekhusyu’an.
Kemudian Allah Ta’ala telah melengkapkan sifat-sifat orang yang berbahagia itu dengan menyebutkan tentang SOLAT pula, dengan firmanNya:
“Dan mereka sentiasa memelihara SOLAT mereka.”(al-Mu’minun: 9)
Lalu Allah s.w.t. menyanjung sifat itu dan menentukan balasanNya dengan berkata:
“Mereka itulah yang menjadi pewaris-pearis yang mewarisi Syurga Firdaus, di mana
mereka akan tinggal berkekalan di dalamnya.”
(al-Mu’minun: 10-11)
Jadi Allah s.w.t. telah mensifatkan mereka itu sebagai orang-orang yang menang dan berbahagia pada mula ayat, kemudian mensifatkan mereka sekali lagi dengan orang-orang yang bakal mewarisi Syurga Firdaus sesudah itu.
Menurut keyakinan saya, bahawa membaca dengan terlalu cepat, sedang hati pula lalai tidak akan dapat mencapai sifat-sifat yang dijanjikan oleh Allah Ta’ala tadi.
Sebab itulah Allah telah berfirman di dalam al-Quran menerangkan sifat-sifat orang yang di sebalik sifat-sifat tadi.
“Apakah yang menyebabkan kamu termasuk ke dalam Neraka saqar. Mereka menjawab:
Kerana kami bukan tergolong orang-orang yang berSOLAT.”
(al-Muddatstsir:42-43)
Hanya orang-orang yang berSOLAT sajalah yang bakal mewarisi Syurga Firdaus, dan mereka jugalah orang-orang yang dapat melihat cahaya Allah Ta’ala dan orang-orang yang
merasakan kenikmatan, kerana Allah s.w.t. amat hampir dan dekat sekali
kepada diri dan hati mereka.
Mudah-mudahan kita semua termasuk kedalam golongan ini.
[CARA SOLAT YG BETUL.. KLIK DI SINI..!!!
Kitab Rahsia SOLAT Dan Keutamaannya
Bersambung ke Bahagian 2
TUGAS IMAM
Orang yang menjadi Imam mempunyai beberapa
tugas sebelum SOLAT, begitu pula dalam bacaannya dan pada rukun-rukunnya dan seterusnya sesudah memberi salam
Tugas-tugas Imam sebelum SOLAT ada enam :
1. Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih’ daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi Imam.
Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi Imam.
2. Menjaga waktu-waktu SOLAT dengan menunaikan tiap-tiap SOLAT pada permulaan waktunya, agar diperolehi keredhaan Allah Taala. Permulaan waktu itu diutamakan dari pengakhirannya samalah seperti mengutamakan kehidupan akhirat dan penghidupan dunia ini.
Imam tiada harus melewatkan SOLAT kerana menggangu orang ramai datang, melainkan hendaklah ia melekaskannya agar memperoleh keutamaan permulaan waktu, kerana yang demikian itu adalah lebih afdal daripada ramainya orang yang berjemaah (tetapi lambat), dan daripada bacaan surah-surah yang panjang.
Pernah Rasulullah s.a.w. terlambat daripada menunaikan SOLAT fajar (subuh) dalam salah satu pelayarannya; iaitu kerana sebab taharah (pensucian) dan baginda tiada menunggu, malah disuruhnya Abdul Rahman bin Auf untuk menjadi Imam pada SOLAT itu, kemudian baginda menjadi makmumnya, padahal Imam sudah masuk pada rakaat kedua, lalu baginda bangun mencukupkan satu rakaat lagi kerana terlambat itu.
Para sahabat merasa kasihan kerana berlakunya hal itu, tetapi
Rasulullah s.a.w. pun bersabda:
Kamu telah membuat yang betul. Begitulah hendaknya selalu kamu lakukan.Sekali peristiwa, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk mendamaikan antara sesuatu kaum, sehingga terpaksa lambat untuk menunaikan SOLAT zohor. Para sahabat telah menunjukkan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. untuk menjadi Imam. Kemudian Rasulullah pun tiba, sedangkan Abu Bakar di pertengahan SOLATnya, lalu baginda pun berdiri di sebelahnya.
Dalam menunaikan SOLAT, Imam tidak perlu menunggu kedatangan muazzin, tetapi
muazzinlah seharusnya menunggu kedatangan Imam, jika Imam terlambat.
3.Bila menjadi Imam, hendaklah ia berikhlas semata-mata terhadap Allah azzawajalla, sebagai seorang yang menunaikan amanat Allah dalam taharahnya dan semua syarat-syarat SOLATnya. Beriklas, artinya: jangan ia mengambil upah dari sebab menjadi Imam itu.
Manakala pengertian amanat di sini, ialah pensucian kebatinan dari segala rupa kefasikan dan ketakabburan ataupun tidak selalu melakukan dosa-dosa yang kecil. Orang yang menjadi Imam itu, hendaklah menjauhkan diri dari segala macam keaiban ini dengan penuh kesungguhan. Sebab tugas Imam itu seperti utusan atau penjamin bagi orang ramai, maka oleh itu hendaklah ia menjadi sebaik-baik manusia.
1~Syaikh Ibnu Taimiah r.a. berkata: Apa yang diterima dari Baitul-Mal itu bukanlah upah atau gaji, tetapi ia semacam rezeki untuk menolong mendirikan ketaatan. Begitu pula dengan harta yang diwakafkan ke atas pekerjaan-pekerjaan baik, atau harta yang diwaksiatkan atau dinazarkan untuk tujuan-tujuan kebajikan, bukanlah dikira upah atau gaji. Al-Haritsi pula berkata: orang yang menghukumkan terlarangnya mengambil upah atau jenis pekerjaan untuk kebajikan tiada melarang
mengambil upah itu dari harta yang diwakafkan untuk tujuan ini.
Jenis pekerjaan untuk kebajikan tiada melarang mengambil upah itu dari harta yang
diwakafkan untuk tujuan ini.
Demikian pula dengan pensucian kelahiran, iaitu dari segala rupa hadas dan kotoran, sebab mengenai perkara ini tiada seorang yang lebih mengetahui, melainkan dirinya sendiri. Jika sekiranya ia teringat berlaku hadas sedangkan ia di pertengahan SOLAT, ataupun terkentut dalam masa SOLAT itu,
maka hendaklah ia jangan merasa malu, bahkan hendaklah ia memegang tangan seorang yang
berdekatan dengannya seraya mengisyaratkan untuk menggantikannya.
4. Sebelum mengangkat takbiratul-ihram, hendaklah ia memeriksa semua saf-saf supaya
rata. Mula-mula ia menoleh ke kanan kemudian ke kiri, kalau ada saf yang jarang diperintah
untuk dirapat dan diluruskannya.
Ada yang mengatakan meluruskan saf itu, hingga bahu dengan bahu beriringan dan buku lali
bersentuhan. Hendaklah ia tidak bertakbir, melainkan sesudah selesai muazzin dari iqamah.
Muazzin pula seharusnya melambatkan iqamah dari azan, sekadar masa orang ramai dapat
menyediakan diri untuk bersembahyang.
5: Imam hendaklah menyaringkan suaranya ketika melafazkan takbiratul-ihram, dan
seterusnya kepada semua takbir-takbir yang lain. Makmum pula jangan sampai menyaringkan
suaranya lebih daripada kadar untuk mendengarkan dirinya saja, dan takbirnya hendaklah sesudah selesai takbir Imamnya, baru dia bertakbir pula.
Adapun tugas bacaan dalam SOLAT ialah tiga perkara:
Pertama: Membaca doa Iftitahdan ta’awwudzdengan sirr atau tiada menyaringkan suara, seperti seorang yang berSOLAT sendiri.
Dan baca dengan jahar atau mengangkat suara padaFatihah dan satu surah sesudahnya pada
SOLAT subuh dan dua rakaat yang pertama dari isya’, dan maghrib; ini termasuk
SOLAT orang perseorangan juga.
Membaca jahar perkatan Amiin pada sembahyang-sembahyangjahriah (yang dinyaringkan suara -
iaitu subuh, maghrib dan ishak’, dan Jumaat) bersama-sama makmum, dan bacaan makmum itu
mestilah menyertai Amiin Imamnya serentak bukannya sesudah itu.
Kedua: Hendaklah Imam dalam berdirinya menjaga tiga pemberhentian (berdiam sebentar).
(1) Sesudah melafazkan takbiratul-ihram.
(2) Sesudah membaca Fatihah
(3) Sesudah membaca surah dan sebelum ruku’.
Berdiam itu sebentar saja sekadar untuk memisahkan antara takbiratul-ihram dengan bacaan Fatihah, sebab ada larangan untuk bercepat-cepat di situ. Jangan hendaknya orang yang menjadi makmum itu membaca apa-apa di belakang Imamnya selain dari Fatihah saja.
Tetapi kiranya makmum tiada mendengar bacaan imamnya dalam SOLAT
jahriah, kerana berada terlalu jauh daripadanya, ataupun kerana SOLAT2
itu sirriyah , (yang tidak dinyaringkan - iaitu pada zohor dan asar) maka bolehlah makmum
membaca surah sendiri di dalam SOLAT itu.
Ketiga: Meringankan SOLAT itu adalah lebih baik, terutama sekali bila jamaah
makmumnya ramai sekali, kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Apabila seseorang kamu berSOLAT dengan
orang ramai, maka hendaklah meringankan SOLAT , sebab di antara mereka itu ada
yang lemah, ada yang tua dan ada yang mempunyai keperluan. Tetapi jika ia
berSOLAT sendirian, bolehlah ia memanjangkannya menurut kehendaknya.”
Berkata Rasulullah s.a.w kepada Mu’as pula:
"Bacalah surah-surah Sabbihisma rabikal a’laa,Wassamaa’i-Waththaariq atau Wasysyamsi-
Wadhuhaaha."
Adapun tugas-tugas rukun dalam sembahyang ada tiga perkara:
Pertama: Hendaklah ia meringankan ruku’ dan sujud, jangan ia membaca lebih daripada
tiga tasbih saja.
Kedua: Makmum jangan pula melumbai atau mendahului Imamnya dalam ruku’ atau sujud,
malah hendaklah ia menunggu dan tidak bersujud melainkan sesudah sampai dahi Imam ke
tanah. Begitulah ketika ruku’, makmum tiada ruku’ melainkan setelah Imam lurus di dalam
ruku’nya.
Ketiga: Tidak menambah dalam doa tasyahhud lebih dari doa yang sudah ditentukan, sebab
dikhuatirkan menjadi panjang. Dan janganlah ia menentukan doa itu bagi dirinya saja, bahkan
digunakan shighatul jam’i (pengertian untuk ramai) supaya doa itu umum untuk ramai.
Misalnya dia berkata:
“Wahai Tuhan, ampunilah kami sekalian.”
Dan tugas mengakhiri SOLAT ada tiga pula:
Pertama: Ketika memberi kedua-dua salam itu, hendaklah ia meniatkan memberi salam
kepada semua orang yang berada di situ dan juga para Malaikat.
Kedua: Hendaklah ia menetap di tempatnya sesudah memberi salam, terutama sekali jika
ada makmum-makmum wanita di belakangnya. Dia tiada bergerak dari tempatnya dulu,
sehingga sekalian makmum-makmum wanita sudah beredar dari situ.
Ketiga: Jika dia duduk sesudah SOLAT, hendaklah ia berhadapan dengan orang ramai.
Keutamaan Jum’at dan adabnya
Ketahuilah bahawa hari Jum’at itu adalah hari yang dibesarkan oleh Islam dan dikhususkan
bagi ummatnya, kaum Muslimin.
Allah berfirman:
“Apabila dipanggil untuk berSOLAT pada hari Jum’at, hendaklah berusaha berzikir kepada Allah dan tinggalkanlah berjual-beli.”
(al-Jumu’ah: 9)
Allah telah melarang bekerja atau berusaha pada saat itu untuk kepentingan dunia, atau untuk sesuatu perkara yang boleh menyebabkan manusia terhindar dari melakukan jum’at.
Nabi telah bersabda:
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jum’at.”
Sabdanya lagi:
“Barangsiapa meninggalkan SOLAT Jum’at tiga kali berturut-turut tanpa uzur (sebab), Allah akan menutup matahatinya.”
Keuzuran Jum’at ialah seperti hujan lebat, terlalu lecak, kerna ketakutan, atau kerana sakit, atau menjaga orang yang sakit kiranya si sakit memerlukan penjagaan, dan usur-usur yang lain lagi.
Disunnatkan mandi pada hari itu, walaupun sudah hampir waktu SOLAT, supaya kebersihannya lebih dekat dengan waktu melakukan SOLAT itu. Disunnatkan juga mencukur kepala, memotong kuku memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan sebaik-baik pakaian. Disunnatkan juga menyegerakan pemergian ke masjid jami’.
Dalam perjalanannya ke sana, hendaklah ia dalam keadaan khusyu’, merendah diri, menyegerakan kepergiannya bila sudah terdengar azan menyeru SOLAT Jum’at. Bila dalam masjid, janganlah ia melangkah-melangkah kepala orang.
Tetapi jika saf awal masih ada yang kosong, tidak dipenuhi oleh orang-orang yang telah hadir, maka tiadalah dilarang baginya untuk melangkah menuju ke sana sebab mereka itu telah mencuaikan saf-saf mereka dan telah mengabaikan tempat-tempat yang diutamakan.
Berkata al-Hassan al-Basri r.a.: Tiada mengapalah untuk melangkah orang-orang yang duduk di pintu-pintu masjid pada hari Jum’at, kerana yang demikian itu tiada haram.
Apabila masuk masjid, hendaklah ia SOLAT dua rakaat, walaupun ketika itu Imam sedang
berkhutbah, Janganlah hendaknya ia berjalan di celah-celah orang ramai, malah cukuplah ia duduk di tiang yang terdekat dengannya, ataupun di tembok di situ agar orang ramai
tiada melalui di hadapannya ketika ia berSOLAT nanti, sebab yang demikian itu
adalah amat dilarang.
Kalau ada orang yang melalui di hadapannya, hendaklah ia
menolaknya. Jika ia tiada mendapati tiang, maka hendaklah ia meletakkan di hadapannya
sesuatu barang sejarak satu hasta untuk menjadikan tanda batasan baginya.
Mendapatkan saf awal itu adalah digalakkan sekali, atau duduk berdekatan dengan mimbar
Khatib, supaya ia boleh mendengar ucapannya dengan jelas. Dimakruhkan pula berSOLAT
di pasar, ataupun di bahagian luar dari masjid. Bila Khatib Jum’at keluar, hendaklah
segera ia memberhentikan pembicaraan, dan terus menjawab azan tukang bang, kemudian
mendengar pula khutbah seluruhnya dengan penuh perhatian.
Dalam hal ini, Nabi s.a.w. pernah bersabda:
“Siapa yang berkata kepada temannya sedangkan
Imam masih berkhutbah: Diamlah! Maka dia telah lalai, dan barangsiapa yang lalai pada waktu Imam sedang berkhutbah, maka tiada Jum’at baginya.”
Ini menunjukkan bahawa untuk mendiamkan orang yang berkata-kata ketika Imam sedang berkhutbah, haruslah dilakukan dengan isyarat atau dengan melemparkan batu, tidak boleh dengan ucapan.
Setelah selesai sembahyang Jum’at, kembalilah ia kepada urusannya seraya mengingatkan Allah azzawajalla, memikirkan kebesaranNya.
MensyukuriNya atas taufiqNya, serta merasakan ketakutan kiranya ia telah melakukan sesuatu yang tiada layak.
Rasulullah s.a.w. sendiri sering berSOLAT dua rakaat lagi dirumahnya sesudah SOLAT Jum’at.
Disunnatkan juga memperbanyak salawat ke atas Rasulullah s.a.w. pada hari itu[Jumaat] dan pada malamnya. Sayugialah ia memberikan sedekah pula kepada orang-orang yg berhajat, kecuali kepada orang yang meminta-minta dalam masjid pada masa KhaTib/Imam sedang membaca khuthabnya.
Berkata Ibnu Mas’ud: Apabila seseorang itu meminta-minta didalam masjid,
maka sepatutnyalah dia tiada diberi.
Yakni: peminta-peminta sedekah di dalam masjid yang melangkh-lngkah kepala orang ramai tidak
sepatut diberi sedekah. Tetapi kirannya ia meminta dalam berdiri atau duduk di tempatnya, tanpa melangkah-langkah kepala orang ramai, maka bolehlah ia diberikan sedekah itu.
Setengah para Salaf pula tiada memandang wajar membeli air minum di dalam masjid dari tukang jual air untuk diminum, atau dibahagi-bahagikannya kepada orang ramai sebagai sedekah, agar tiada berlaku penjualan di dalam masjid, kerana jual-beli didalam masjid itu adalah makruh hukumnya.
Kata mereka: Tiada mengapa kiranya dia membayar harganya di luar masjid untuk diminum, atau dibahagi-bhagikan kemudiannya di dalam masjid.
Sebaik-baiknya juga, seseorang itu menambah amalan-amalan baik pada hari Jum’at, kerana Allah s.w.t. jika mengasihi seseorang hamba didorongkannya untuk membuat amalan-amalan yang baik dalam waktu-waktu yang baik pula
Beberapa masalah yang perlu dipelajari
Masalah pertama: Gerak-geri yang sedikit walaupun tiada membatalkan SOLAT, tetepi hukumnya makruh melainkan kerana keperluan, iaitu; seperti menolak orang lalu di hadapan, membunuh kelajenking atau menggaru kerana gatal yang tentu sekali akan menggangu kekusyu’an.
Kalau menguap, tidak mengapa meletakkan tangan ke atas mulut; atau jika bersin bolehlah memuji Allah Azzawajalla di dalam hati tanpa menyebut dengan lidah atau kiranya sendawa, maka janganlah hendaknya mengangkat kepala ke atas.
Jika seorang saja yang berSOLAT berimam, hendaklah berdiri disebelah kanan Imam dibelakangnya sedikit. Jika makmumnya perempuan, hendaklah dia berdiri di belakang Imam. Sekiranya hadir bersama mereka seorang lelaki lain, hendaklah si lelaki itu berdiri di sebelah kanan belakang Imam, dan si perempuan di belakang makmum lelaki pula.
Masalah ketiga: Makmum masbuk (terlewat) bila mendapat akhir SOLAT imam, maka itulah permulaan SOLATnya. Hendaklah iamenyertai Imam hingga selasai SOLATnya, kemudian ia meneruskan pula hingga genap semua SOLATnya sendiri. Pada sembahyang subuh hendaklah dia berqunut lagi dalam rakaat keduanya sendirian, walaupun dia telah berqunut bersama Imam sebelumnya tadi.
Bila makmum masbuk mendapati Imam telah habis setengah dalam berdirinya, maka janganlah ia membaca doa Iftitahnya lagi, malah hendaklah ia terus membaca Fatihah dengan sedikit cepat.
Tetapi apabila Imam ruku’ sedangkan ia masih belum selesai membaca Fatihahnya, hendaklah mengagak kiranya sempat ia mengusul Imam waktu i’tidalnya dari ruku’ bolehlah ia terus menghabiskan Fatihahnya, jika tak sempat hendaklah ia berhenti dari Fatihah dan terus ruku’ bersama-sama Imam, sebab dihukumkan setengah Fatihahnya menjadi kesemuanya dan gugurlah Fatihah itu dengan kemasbukannya.
Jika Imam ruku’ sedangkan ia masih membaca surah, hendaklah ia memutuskannya, lalu terus ruku’ bersama imam, Jika ia mendapati di pertengahan sujud atau tasyahhud, hendaklah ia bertakbir ihram dan terus sujud atau duduk bersama Imam tampa perlu bertakbir lagi, kecuali jika ia mendapati Imam di pertengahan ruku’, maka hendaklah ia bertakbir lagi sesudah takbiratul-ihram, sebab takbir kedua itu adalah takbir perpindahan yang mesti dikira atasnya.
Makmum masbuk tidak dikira mendapat satu rakat dengan Imam, selagi tiada tumakninah di dalam ruku’nya, manakala Imam ketika itu masih dalam batasan orang-orang yang ruku’, jika tiada bererti tiada terkiralah itu satu rakaat.
Masalah keempat: Sesiapa yang tertinggal SOLAT zohornya hingga ke waktu asar, hendaklah ia berSOLAT zohor dulu kemudian asar pula, tetapi kiranya ada orang yang mendirikan SOLAT asar berjemaah, hendaklah ia mendahulukan asar berjemaah, kemudian berSOLAT zohor sesudah itu, sebab SOLAT berjemaah itu lebih utama.
Masalah kelima: Sesiapa yang telah menunaikan SOLAT kemudian didapati pada pakaiannya ada najis, sebaik-baiknya ia mengqadha’kan SOLAT itu, tetapi hukumnya tidak wajib qadha’, Jika ia melihat ada najis pada pakaiannya ketika di dalam sembahyang, hendaklah ia melontarkan pakaian itu seraya meneruskan SOLATnya, Asal hukum ini ialah kembali kepada peristiwa Nabi menanggalkan kedua kasutnya, apabila Jibril a.s. memberitahunya bahawa padanya ada najis, maka segeralah baginda menanggalkannya, lalu meneruskan SOLAT hingga akhirnya.
Masalah keenam: Sesiapa yang meninggalkan tasyahhud awal atau pun merasa syak tidak ingat berapa rakaat sudah dilakukannya; apakah tiga rakaat ataupun empat, hendaklah ia ambil dengan yang yakin, kemudian ia sujud sahwi sebelum salam. Kiranya ia lupa pula boleh juga dibawanya sujud sahwi itu sesudah salam apabila ia ingat, asalkan masanya tidak terlalu jauh.
Masalah ketujuh: Waswas dalam meniatkan SOLAT dalam hukum syara’.
Kerana dalam segi niat dan maksud mematuhi perintah Allah azzawajalla itu, samalah seperti mematuhi perintah selainnya, begitu pula membesarkannya seperti membesarkan selain darinya. Andaikata seseorang kamu telah didatangi oleh seorang alim, lalu dia pun bangun kerana menghormati orang alim itu.
Kalau dia berkata: Aku berniat hendak berdiri tegak untuk menghormati kedatangan si Fulan yang termulia itu, kerana keutamaannya, dan dia pun menghadapkan wajah kepada si Fulan itu.
Orang ini adalah seorang safih atau kurang sempurna akalnya (kerana perkara serupa itu tidak perlu hendak diniatkan terlebih dulu –pent.).
Tetapi bila dilihatnya keadaan si Fulan itu dan diketahui keutamaannya, tentulah akan timbul dalam dirinya perasaan ingin menghormatinya, dan dia lalu bangun memberikan penghormatan; memadailah dengan cara begitu dia menjadi seorang yang menghormati kepada si Fulan tadi.
Kecuali jika dia bangun itu kerana tujuan yang lain, ataupun dia bangun dalam keadaan lalai – itu tiada dikira sebagai penghormatan.
Adapun mensyaratkan niat sesuatu SOLAT itu sebagai zohor yang ditunaikan pada waktunya sebagai adaan, fardhan (tunai fardhu); iaitu kerana menurut perintah syara’, maka itu samalah seperti mesyaratkan berdiri menghormat seketika tamu masuk dengan muka menghadap kepada tamu yang masuk itu serta perhatian dari selainnya, dan serentak pula dia meniatkan penghormatan kepada tamu itu agar benar-benar menjadi penghormatan yang tulen.
Andaikata ia turut berdiri tetapi membelakangi si tamu, atau menunggu seketika waktu kemudian barulah ia berdiri; ini bukanlah dinamakan penghormatan.
Sifat-sifat ini mestilah menjadi termaklum dan termaksud pada orang yang berniat dan tiada boleh hadirnya terlalu lama di dalam diri dalam suatu masa, melainkan sekadar lamanya penyusunan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan niat itu menerusi sebutannya dengan lidah, ataupun memikirkannya dengan hati.
Barangsiapa yang tiada mengerti niat SOLAT dalam wajah (rupa) ini, seolah-olah dia belum mengerti niat yang sebenarnya.
Jadilah ia seperti seorang yang diajak untuk berSOLAT dalam waktunya, maka ia pun mengangguk tanda setuju, lalu berdiri melakukan SOLAT itu.
Ketahuilah, bahawa waswas itu adalah kejahilan yang tulin.
Masalah kedelapan: Seorang makmum tidak boleh mendahului Imamnya dalam ruku’, sujud dan bangun dari keduanya, begitu pula pada semua amalan-amalan SOLAT yang lain.
Dia tidak boleh juga menyertai gerak-laku Imamnya, tetapi hendaklah ia mengikut, yakni membuat sesudah Imamnya, tetapi hendaklah ia mengikut, yakni membuat sesudah Imam habis membuatnya.
Itulah yang dimaksudkan dengan pengertian iqtida’ (mengikut atau makmum). Jika ia mendahului gerak-laku Imamnya, ada setengah ulama menghukumkan SOLAT itu batal dan setengah yang lain tidak (tetapi hilang pahala berjemaah –pent.).
Rasulullah s.a.w. telah melarang dengan keras kelakuan serupa itu dengan sabdanya:
“Tidakkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum Imamnya itu merasa takut, nanti Tuhan akan menggantikan kepalanya dengan kepala keledai.”
Masalah kesembilan: Wajiblah atas setiap orang yang menghadiri SOLAT beramai- ramai menegur saudaranya, jika ia melihat sesuatu kesalahan dalam SOLAT saudaranya itu, dengan membetulkannya atau mengingatkannya.
Kalau orang itu seorang yang jahil tentang hal agamanya, maka hendaklah dia menegurnya dengan lemah-lembut serta mengajarnya.
Di antara kesalahan-kesalahan yang sering berlaku ialah meratakan saf, atau melarang berdiri sendirian di luar saf, atau mengingatkan supaya jangan mengangkat kepala sebelum Imam atau sebagainya.
1. SOLAT2 sunnat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah, sama
ada waktu di rumah atau di masa pelayaran –pent.
2. Jika selepas subuh dan asar tidak perlu dibuat sembahyang sunnat lagi kerana ada
larangan –pent.
Diriwayatkan dari Umar Ibnul-Khattab, beliau berpesan: Sering-seringlah mencari rakan-rakan kamu dalam SOLAT berjamaah, kiranya mereka tiada hadir kerana mengidap penyakit, maka hendaklah kamu melawat mereka.
Jika mereka baik, tetapi tidak hadir berjamaah, hendaklah kamu mencela mereka.
Mencela dari hadir SOLAT berjemaah adalah amat diberatkan oleh agama, tidak boleh diambil senang saja. Orang-orang dahulukala sangat-sangat mengambil berat sekali tentang SOLAT yang berjamaah.
KETERANGAN MENGENAI IBADAT-IBADAT YANG SUNNAT
Ketahuilah, bahawa SOLAT2 selain yng difardukan itu adalah dinamakan
nafilah dan tathawwu’ (sunnat dan sukarela).
Di antara SOLAT2 yng sunnat ialah mengenai sebab-sebab kusuf (gerhana matahari atau bulan) atau istisqa’ (meminta hujan). Ada yang mengenai waktu-waktu SOLAT fardhu, iaitu seperti sunnat-sunnat rawatib’ dan sebagainya.
SOLAT2 sunnat rawatib itu ialah:
(1) Sunnat subuh, iaitu dua rakaat sebelum subuh; masuk waktunya dengan terbitnya fajar (sadiq).
Apabila seseorang masuk masjid dan muazzin sudah beriqamat, maka hendaklah ia mengerjakan SOLAT fardhu yng didirikan itu, sebab Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Apabila SOLAT telah diiqamatkan, maka tiada SOLAT lagi (sunnat) melainkan mengerjakan SOLAT fardhu itu.”
Sesudah selesai berSOLAT fardhu itu, berdirilah ia semula untuk menunaikan dua rakaat sunnat yang tertinggal itu.
(2) Sunnat zohor, iaitu empat rakaat sebelum zohor dan empat rakaat sesudahnya.
SOLAT sunnat ini boleh ditunaikan empat rakaat sekali gus dan boleh juga dengan dua rakaat, dua rakaat (dan itu adalah lebih afdhal –pent.)
(3) Sunnat asar, iaitu empat rakaat sebelum asar. Tentang SOLAT ini Rasulullah s.a.w.
tidak begitu memberatkannya sangat, seperti baginda memberatkan sunnat-sunnat zohor.
(4) Sunnat maghrib, iaitu dua rakaat sesudah SOLAT maghrib. Adapun dua rakaat sebelumnya di antara azan dan iqamat dilakukan dengan cepat, para sahabat ramai yang melakukannya, dan memang telah disahkan perintah Nabi s.a.w. ke atasnya, tetapi tidak digalakkan~ kalau mahu boleh buat, kalau tidak tak mengapa.
5. Sunnat isya’, iaitu dua rakaat atau pun empat rakaat sesudah isya’,
Adapun SOLAT sunnat witir, maka masuk waktunya sesudah SOLAT isya’, dan sebanyak-banyaknya hingga sebelas rakaat.
Boleh juga dia SOLAT witir ( 9 rakaat), ataupun ( 7 rakaat), ataupun ( 5 rakaat), ataupun, ataupun ( 3 rakaat) bersambung dengan satu salam ataupun dengan dua salam
(yakni dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat satu salam - Pent.).
Melakukan SOLAT witir sesudah SOLAT tahajjud di bahagian akhir malam lebih utama.
Adapun sunnat SOLAT Dhuha, menurut riwayat banyak bilangannya ialah delapan raakat, dan sekurng-kurangnya dua rakaat. Dan waktunya bermula dari terbitnya matahari dan meningginya.
Adapun SOLAT sunnat dua Hari Raya, maka hukumnya sunnat muakkadah (sangat dituntut).
Ia juga merupakan syiar agama yang utama.
Sunnat pada Hari Raya mandi kerana membersihkn diri, memakai pakaian-pakaian yang cantik dan memakai bau-bauan.
SOLAT sunnat tarawih pula, ialah sebanyak dua puluh rakaat, dan cara-cara
mengerjakannya memang telah dimaklumi.
SOLAT sunnat khusuf (gerhana matahari atau bulan) adalah dua rakaat; orang ramai dipanggil untuk berkumpul kerananya, kemudian
Imam SOLAT berjemaah di masjid, iaitu dengan dua kali ruku’ dan dua kali sujud pada tiap-tiap rakaat.
Selesai SOLAT, Imam pun bangun menyampaikan khutbahnya (pidatonya) menyeru orang ramai supaya memberikan sedekah dan memperbanyakkan taubat. Masuk waktunya, ketika bermula gerhana itu sehingga kembali sempurna semula.
SOLAT sunnat istisqa’ atau SOLAT untuk memohon hujan. Apabila sungai kering airnya dan hujan pun telah lama tidak turun, maka hendaklah pemerintah menyeru orang ramai untuk berpuasa selama tiga hari dan mengeluarkan sedekah sekadar kemampuan merekamenjauhkan diri dari melakukan penganiyaan, memperbanyak bertaubat dari segala rupa maksiat.
Kemudian pada hari keempat pemerintah mengajak orang ramai termasuk orang tua dan kanak-kanak dengan memakai pakaian-pakaian buruk dan koyak- koyak dalam keadaan hina dan rendah diri. Jika orang-orang Zimmi (kafir yang hidup di bawah perlindungan Islam) ingin menyertai mereka pun boleh, tetapi harus dipisahkn pada tempat lain yang tersendiri.
Setelah mereka sekalian berkumpul di tanah lapang atau di padang yang luas, maka
diserukan kepada mereka untuk berSOLAT istisga’, Diseru dengan: as-Shalah Jamiah
(SOLAT beramai-ramai).
Kemudian Imam bangun berSOLAT bersama-sama mereka berjemaah seperti SOLAT Hari Raya tetapi tanpa bertakbir, kemudian Imaberdiri lagi menyampaikan dua khutbah dengan memperbanyakkan ucapan-ucapan minta ampun sambil berdoa.
SOLAT jenazah (mayat). Cara-caranya sudah diketahui umum dan ialah fardhu kifayah. Ia dikira sunnat ke atas diri seseorang, bila sudah ada orang lain menguruskannya.*
_______________________
1. Jika tidak ada seorang yang menguruskan mayat, maka semua orang akan berdosa----
pent.
2. Istikharah: Minta Allah mengerakkan hati sama ada sesuatu perkara yang hendak dibuat
itu baik atau tidak---- pent.
Sunnat tahiyat masjid iaitu dua rakaat sebagi sunnat muakadah. Jika ia masuk masjid lalu
terus berSOLAT fardhu atau qadha’, ia mendapat juga pahala tahiyat masjid dan
keutamaannya. Kerana tujuan utama dari tahiyat masjid, ialah agar seseorang bila memasuki
masjid jangan sampai kosong dari membuat sesuatu ibadat yang tertentu di dalam masjid
itu.Jgn lupa utk niat "iktiqaf" sekali, jadi duduk kita pun di kira ibadah juga.
Dua rakaat sunnat wudhu’, yakni yang dilakukan sesudah mengambil wudhu, itu adalah kerana
sangat-sangat dituntut kerana mengambil wudhu’ itu satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tujuan dari mengambil wudhu’ itu adalah kerana berSOLAT.
Sembahyang sunnat istikharah. Seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara yang baik sedangkan hatinya sukar untuk memutuskan, maka menurut Rasullah s.a.w. baiklah dia melakukan SOLAT ini; iaitu dua rakaat saja.
Di baca pada rakaat pertama
Fatihah dan surah Qulya aiyuhal Kafirun dan pada rakaat kedua pula
Fatihah dan surah al-Ikhlas atau Qul Huallahu Ahad.
Kemudian sesudah itu, dia berdoa pula sebagai berikut:
"Ya Allah! Ya Tuhanku! HambaMu memohon
penentuanMu yang baik dengan ilmuMu, dan
penetapanMu dengan kekuasaanMu dan hamba
memohon dari keutamaanMu yang Agung, kerana
Engkaulah yang mentakdirkan sesuatu sedangkan
hambaMu lemah tak berdaya; Engkaulah
Mengetahui segala sesuatu sedangkan hambaMu
tiada mengetahui, dan sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui akan segala perkara-perkara yang ghaib"
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Kiranya Engkau
Mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan
perkara itu) adalah baik bagi diri hamba, sama
ada mengenai agama, mahupun duni hamba;
ataupun akibat urusan hamba, sama ada yang
sekarang , mahupun yang akan datang, maka
takdirkanlah bagi hamba untuk memperolehinya
dan berikanlah hamba keberkatan padanya serta
permudahkanlah ia bagi hamba. Sebaliknya
kiranya Engkau Mengetahui bahawa perkara ini
(sebutkan perkara itu) adalah buruk bagi diri
hamba, sama ada mengenai agama, mahupun dunia
hamba; ataupun akibat urusan hamba, sama ada
yang sekarang, mahupun yang akan datang, maka
jauhkanlah hamba daripadanya dan jauhkanlah ia
daripada hamba, dan takdirkanlah bagi hambaMu
ini hanya yang baik saja sekalipun di mana-
mana da dorongkanlah hamba untuk melakukan
yang diredhai olehMu!”
penentuanMu yang baik dengan ilmuMu, dan
penetapanMu dengan kekuasaanMu dan hamba
memohon dari keutamaanMu yang Agung, kerana
Engkaulah yang mentakdirkan sesuatu sedangkan
hambaMu lemah tak berdaya; Engkaulah
Mengetahui segala sesuatu sedangkan hambaMu
tiada mengetahui, dan sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui akan segala perkara-perkara yang ghaib"
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Kiranya Engkau
Mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan
perkara itu) adalah baik bagi diri hamba, sama
ada mengenai agama, mahupun duni hamba;
ataupun akibat urusan hamba, sama ada yang
sekarang , mahupun yang akan datang, maka
takdirkanlah bagi hamba untuk memperolehinya
dan berikanlah hamba keberkatan padanya serta
permudahkanlah ia bagi hamba. Sebaliknya
kiranya Engkau Mengetahui bahawa perkara ini
(sebutkan perkara itu) adalah buruk bagi diri
hamba, sama ada mengenai agama, mahupun dunia
hamba; ataupun akibat urusan hamba, sama ada
yang sekarang, mahupun yang akan datang, maka
jauhkanlah hamba daripadanya dan jauhkanlah ia
daripada hamba, dan takdirkanlah bagi hambaMu
ini hanya yang baik saja sekalipun di mana-
mana da dorongkanlah hamba untuk melakukan
yang diredhai olehMu!”
Sesudah berdoa sedemikian rupa, hendaklah ia
menyatakan hajatnya pula.
Waktu-waktu yang dimakruhkan berSOLAT.
Waktu-waktu yang dimakhruhkan berSOLAT ada 5:
* Selepas SOLAT asar
* Selepas SOLAT subuh
* Selepas tergelincirnya matahari
* Waktu terbitnya matahari
* Waktu tenggelam matahari.
* Selepas SOLAT subuh
* Selepas tergelincirnya matahari
* Waktu terbitnya matahari
* Waktu tenggelam matahari.
Semua waktu-waktu ini makruh melakukan SOLAT yang tidak berbersebab. Adapun SOLAT2 yang ada sebabnya seperti mengqadhakan SOLAT sunnat, SOLAT kerana gerhana matahari atau bulan, atau SOLAT jenazah maka tiadalah dihukumkan makruh.
Sebab larangan ialah untuk memelihara diri dari menyamai perbuatan orang-orang yang
menyembah matahari pada ketika itu.
Dan juga untuk menimbulkan daya dan tenaga, Jadi dengan menjauhi waktu-waktu tersebut adalah sebagai tambahan pendorongan dan menimbulkan perhatian untuk menunggu selesainya masa-masa itu.
SOLAT sunnat yang boleh diqadha’kan.
Diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah berSOLAT dua rakaat sesudah asar. Para sahabat bertanya:
"Bukankah Tn hamba telah melarang kami dari melakukan SOLAT pada waktu ini? Sabda baginda: Dua rakaat yang saya SOLAT tadi, ialah SOLAT yang biasa saya lakukan sesudah zohor, tetapi saya telah terhalang daripadanya oleh perutusan yang datang tadi."
Saiyidatina Aisyah r.a pula berkata:
Rasulullah s.a.w apabila tertidur atau pun sakit sehingga baginda tidak bangun SOLAT malam untuk berSOLAT, baginda akan berSOLAT pada awal siang hari (mengqadha’kannya) sebanyak dua belas rakaat.
Oleh itu barangsiapa yang biasa melakukan zikir pada waktu-waktu tertentu, lalu tertinggal kerana sesuatu uzur, maka sewajarnya lah ia tiada membiarkannya tertinggal begitu saja,bahkan hendaklah ia membuatnya pada waktu yang lain, sehingga tiada terbiasa bagi dirinya merasa senang-senang untuk meninggalkan sesuatu yang berfaedah. Menggantikan masanya dengan masa yang lain adalah baik sekali, kerana tujuan menentang hawa nafsu dan dengan maksud supaya ia tiada bermalas-malas untuk melangsungkan tertib amalannya terus-menerus.
Wallah Hu A'lam.
Barokah/Berkat SOLAT Khusyu
August 12th, 2010
Author: Akhmad Tefur
Oleh: K. H. Abdullah Gymnastiar
Sesungguhnya beruntunglah orang2 yg beriman yaitu orang2 yg khusyu dalam SOLATnya (SOLAT khusyu) dan orang2 yg menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yg tiada berguna
(QS Al Muminun : 1-3 ).
Rasulullah SAW bersabda : Ilmu yg pertama kali diangkat dari muka bumi ialah kekhusyuan
(HR Tabrani ).
Nabi Muhammad SAW dalam SOLATnya benar2 dijadikan keindahan dan terjadi komunikasi yang penuh kerinduan dan keakraban dengan Allah. Ruku, sujudnya panjang, terutama ketika SOLAT sendiri (SOLAT sunnah) di malam hari, terkadang sampai kakinya bengkak tapi bukannya berlebihan, karena ingin memberikan yang terbaik sebagai rasa syukur terhadap Tuhannya.
SOLATnya tepat pada waktunya dan yg paling penting, SOLATnya itu teraflikasi dalam kehidupan sehari-hari.
Ciri2 orang2 yang SOLAT khusyu:
Sangat menjaga waktunya, dia terpelihara dari perbuatan dan perkataan sia-sia apa lagi maksiat.
Jadi orang2 yg menyia2kan waktu suka berbuat maksiat berarti SOLATnya belum berkualitas atau belum khusyu.
Niatnya ikhlas, jarang kecewa terhadap pujian atau penghargaan, dipuji atau tidak dipuji, dicaci atau tidak dicaci sama saja.
Cinta kebersihan karena sebelum SOLAT, orang harus wudhu terlebih dahulu untuk mensucikan diri dari kotoran atau hadas.
Tertib dan disiplin, karena sholat sudah diatur waktunya.
Selalu tenang dan tuma`ninah, tuma`ninah merupakan kombinasi antara tenang dan konsentrasi.
Tawadhu dan rendah hati, tawadhu merupakan akhlaknya Rasulullah.
Tercegah dari perbuatan keji dan munkar, orang lain aman dari keburukan dan kejelekannya.
Jika kita merasa SOLAT kita sudah khusyu dan kita ingin menjaga dari keriaan yaitu dengan menambah pemahaman dan mengerti bacaan yg ada didalam SOLAT dan dalam beribadah jangan terhalang karena takut ria. Inti dalam SOLAT khusyu yaitu akhlak menjadi baik, sebagaimana Rasulullah menerima perintah SOLAT dari Allah, agar menjadikan akhlak yang baik. Itulah ciri ibadah yg disukai Allah.
An American Millionaire Who Was Also Michael Jackson’s Lawyer Becomes Muslim
Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika berSOLAT dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika SOLAT adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat
DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan DUA SIKU seperti ANJING (tidur)."
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika SOLAT adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan SOLAT, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang SOLAT itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.
Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam SOLAT, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang SOLAT iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.
Hikmah sujud
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
*Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
*Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
*Melegakan sakit hernia (burut)
*Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
*Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
*Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
*Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
*Meringankan bahagian pelvis.
*Memberi dorongan supaya mudah tidur.
*Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
*Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
*Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
Mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana SOLAT ialah tiang agama bagai orang Muslim.
Wallah HU 'ALam.
~*~Rahsia Alah sembunyikan 4 Perkara: Dato Utz IsmaiL Kamus
Ustaz Dato Ismail Kamus Kesan Meremehkan Solat Berjemaah
[CARA SOLAT YG BETUL.. KLIK DI SINI..!!!]
👉 Teks penuh boleh di download dari 👇 38 Kesilapan dlm SOLAT
👉Wudhuk Sempurna Zahir n Batin ~ https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/wuduk-wuduk-zahir-batin.html
WallahuA’lam..والله أعلم
*اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ وسَلاٌِÙ… عَÙ„ٓÙ‰ سَÙŠٌِدِناَ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ï·º*
📮 _*❤️Sharing is Caring❤️*_
. .