Wednesday, August 26, 2009

TANDA-TANDA TOK BOMOH YANG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM PERUBATAN

Hasil Tulisan;
Hj. Ahmad b. Hj. Che Din
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
1hb Ogos 1997.
Tajuk Buku:

Satu Penilaian Terhadap :

Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu
Islam, Latihan pertahanan diri Melayu, perkara-perkara Khurafat
dan ajaran-ajaran sesat.


TANDA2 TOK BOMOH YG MENGGUNAKAN KHADAM/JIN DALAM
PERUBATAN

Dalam akhbar KOSMO baru2 ini mendedahkan bagaimana seOrg keluarga pesakit terpaksa membayar RM3000. Tujuannya utk membayar Org yg Solat Hajat utk mengubati penyakit. Kononnya Solat Hajat tersebut terpaksa dilakukan seramai 40 Org selama 44 hari. Begitu mudah orang menjadikan medan pengubatan/ rawatan alternatif sebagai cara utk mengaut kekayaan dan begitu mudah ada di kalangan kita begitu mudah terpedaya dgn tipu daya mereka. Berikut kami turunkan tulisan yg berkaitan bagaimana untuk mengenali bomoh palsu.

Kebanyakan drpda Org2 Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yg hak dan yg batil ( yg menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yg sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yg dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh2...

Tok Bomoh yg menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka.
 Antara tanda2 tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara2 berikut, antaranya :-
a. Cara berpakaian semasa mereka berjampi
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yg bersahabat dgn khadam JIN ini
memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
i. Memakai baju dan seluar yg bewarna Hitam dgn melilit kain Hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
ii. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yg memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dgn JIN Islam.
iii. Terdapat juga yg berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
iv. Ada juga yg berambut panjang, yg kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.


b. Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. 
Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat
cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

c. Tanpa Menurun / Menyelap
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara
antaranya :-
a. Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
b. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. c. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh
yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
d. Membelah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yg dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yg dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah2 seperti di bedah
dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya.
 Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini,
Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis utk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnya kita boleh menggunakan Khadam dlm melakukan pekerjaan kita dgn syarat2 berikut, antaranya :-

1. Tidak terikat dgn mana2 syarat drpda Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yg tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yg diharuskan oleh syarak dgn mengikuti contoh yg telah ditunjukkan oleh 
Nabi Muhammad SSAW, bukannya yg di terima melalui mimpi, 
menggunakan pertolongan khadam yg terdiri drpda para Jin dan sebagainya. 

Tok Bomoh yg Makan Upah.
Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yg amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yg kerjanya hanyalah utk menimbulkan kesusahan dan huru hara kpda Org lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yg makan upah. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yg fasik dan Jin Kafir serta kuncu2 mereka.

Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia [SANTET] lain atas sbb tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan Org lain samada dlm bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kpda Org atasan krna tidak terpilih utk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. 
Terdapat juga mereka yg menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati krna di hina, di kutuk atau krna senda gurau yg berlebihan.


Terdapat juga sesetengah Org yg menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata2 krna marah atau benci kpda Org lain di sebabkan kekayaan Org tersebut atau iri hati melihat Org tersebut lebih berada drpdanya atau marah krna kesombongan Org lain terhadapnya dan lain-lain lagi, 

Kebanyakan kes yg dijadikan alasan oleh Sesetengah Org yg mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dgn masalah rumah tangga contohnya seperti utk menundukkan suami atau isteri yg terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga Org lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami.


Posted by AKRINEbera

WALLAHUÁLAM..


ALAM Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/kesah-jin-syaitan-dan-iblis.html


Sumpah Pemutus Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/11/sumpahikrar-pemutus-jin-syaitan-dlm.html


No comments:

Post a Comment