Friday, August 21, 2009

Mengenali dan Memahami Konsep rawatan ISLAM


Mengenali dan Memahami Konsep rawatan


Waalaikumsalam,
pertama sekali perawat hanyalah tukang doa. Cuma kami mempelajari konsep, ilmu dan teknik untuk rawatan ruqyah.
Perkara yang terbaik sekali, pergantungan sendiri kepada Allah SWT. Doa dengan berwasilah atau bersandar dengan alquran,berbuat kebajikan,berselawat,solat hajat adalah perkara yang disuruh.
Oleh itu jangan kita sekali-kali beranggapan ruqyah, yaasin ada kuasa.
Saudari, ibu saudari kuatkan niat seperti diatas dan buat rawatan sendiri juga. Perawat hanyalah memudahkan proses rawatan atas dasar hablumminallah dan hablumminanas.
saya harap saudari tahu teknik rawatan sendiri tersebut, antaranya doa, zikir, terutamanya yg tercatat dalam alma'thurat kerana amalannya shahih dari amalan nabi. Amalkan juga minum air zam-zam dan pelajari kaedah teknik minum air tersebut.
Oleh kerana kanser ini bersifat alamiah juga, gabungkan dengan herba seperti madu, habbatussauda, senduduk putih(akarnya direbus) dan yang lain-lain.
Syaitan tidak jemu tetapi kita yang mudah jemu. So jgn mudah putus asa memohon pada-Nya.
teknik seterusnya disamping teknik doa pendinding seperti dalam Alma'thurat, saudari, ibu saudari buat teknik doa bentuk serangan supaya gangguan itu keluar atau setidak-tidaknya tidak selesa. Contohnya, seperti yang biasa perawat buat bacalah alfalaq dan annas , , alqursi sebanyak-banyaknya dalam sehari.yaasin 7 mubin.Teknik bacaan ini bukan kemestian yang mudahnya baca setakat yang sanggup.
walau bagaimanapun, saudari dan ibu saudari boleh juga bertemu dengan kami untuk sama-sama berbincang dan membuat rawatan.

Mengapa Berubat Dengan Al-Qur'an?!

Acap kali kita seringkali mendengar borak-borak kosong di kedai kopi, ruangan
bersembang dan forum2 bahawa berubat dengan Al-Qur'an kesannya
lambat, dan memerlukan ulangan. Maka di kesempatan ini penulis
cuba untuk mengutarakan tajuk 'Mengapa Berubat Dengan Al-Qur'an?' Apakah kelebihannya?

1. Kerana ianya penawar & rahmat bagi orang beriman.

Didalam surah Al-Isra' 82, Allah berfirman:


"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan ianya tidaklah menambah
kepada orang-orang yang zalim itu melainkan kerugian."



2. Kerana mendengarnya dengan hati akan tenang akan mendapat rahmat
Surah Al-Araf 7 :204
"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka , maka dengarlah baik-baik,
dan perhatikan dgn tenang agar kamu mendapat rahmat."



3. Menyebabkan Manusia mengigati Allah lalu tenang hatinya.

Surah Az-Zumar 39:23
Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Qur'an yang serupa
(mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang. Gementar kerenanya kulit-kulit orang yang
takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu
mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa
ang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, tiada petunjuk baginya.


4.Gunung bergoncang, dan bumi terbelah dengan Al-Qur'an
Surah Ar-Ra'du 13:31
Dan sekiranya ada sesuatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu
gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi terbelah atau kerananya
orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al-Qur'an)


5. Allah memelihara Al-Qur'an

Surah Al-Hijr 15:9
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an dan sesungguhnya
Kami benar-benar memeliharanya ( AL-Qur'an)


6. Menjadi peneguh hati kepada orang beriman
Surah An-Nahl 16:102
Katakanlah Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar,
untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta
khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (tawakal kepada Allah)



Maka inilah hujah-hujah daripada Al-Qur'an sendiri kelebihan Al-Qur'an.
Usaha ini mudah-mudahan meneguhkan hati mereka yang berusaha mencari
penawar, Mengapa Perlu Berubat Dengan Al-Qur'an?
Ingatlah Al-Qur'an PENAWAR, RAHMAT, PENEGUH HATI DAN
MENGINGATKAN KEPADA ALLAH bagi ORANG YANG BERIMAN.

Maka gunung juga bergoncang dan bumi juga terbelah,
apakan pula 'penyakit-penyakit' yang ada pada manusia.

Mudah-mudahan kita semua tergolong kepada golongan yang kita idam-idamkan
iaitu menjadi ORANG YANG BERIMAN.



Terima kasih. Wassalam

WALLAHUÁ'LAM



ALAM Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/kesah-jin-syaitan-dan-iblis.html


Sumpah Pemutus Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/11/sumpahikrar-pemutus-jin-syaitan-dlm.html



No comments:

Post a Comment