Thursday, September 19, 2019

Herba Pokok Susu Nabi ~ Euphorbia hirta L.[Euphorbiaceae]


SIRI 52: POKOK SUSU NABI, BENARKAH IA MEMPUNYAI PELBAGAI KHASIAT PERUBATAN?

Updated: May 19
Pokok susu nabi juga dikenali sebagai pokok gelang dan keremek susu. Terdapat pelbagai petua berkisar pokok susu nabi. Antaranya getah pokok ini digunakan untuk membuang ketuat selain merawat jangkitan kulit. Daunnya sering direndam untuk pelbagai masalah kesihatan. Akar pokok ini digunakan untuk menambah susu badan. Kegunaan yg banyak dicatatkan dalam perubatan tradisional adalah merawat masalah gasterointestinal, masalah pernafasan, sakit kulit dan ketuat.





Pokok susu nabi dikenali secara saintifik sebagai Euphorbia hirta L. dan merupakan ahli keluarga Euphorbiaceae.
 Ia boleh tumbuh tegak sehingga 80 cm dan hidup meliar di kawasan kampung.
 Walaupun terdapat pelbagai dakwaan kesihatan pokok susu nabi, awas getahnya beracun. Kebanyakan getah (white sap) dari pokok genus Euphorbia adalah beracun termasuklah pokok susu nabi.
 Sehingga kini tiada satu pun kajian klinikal yang mengesahkan dakwaan ia mampu merawat penyakit-penyakit di atas.
 Pokok susu nabi mengandungi sebatian kimia dari kelas flavonoids seperti kaempferol, quercitrin, dan quercetin glycosides, sebatian terbitan asid fenolik seperti caffeic acid, dan euphorbin A-D dan triterpenes seperti beta-sitosterol.

  Terdapat pelbagai kajian pada piring petri dan model haiwan terhadap potensi pokok susu nabi merawat penyakit yang disebut di atas. Namun, pembaca harus ingat kajian piring petri dan kajian model haiwan merupakan gred bukti yang rendah. Untuk membolehkan ia dikatakan selamat merawat penyakit, bukti kajian haruslah dari gred tinggi seperti kajian terkawal rawak (randomized control trial) dan kajian literasi sistemik (systemic reviews).

Antara kajian ke atas piring petri dan model haiwan:

a) Antibakteria dalam piring petri. Escherichia coli, Staphylococcus aureas, Pseodomonas aeruginosa, Bactillus subtilis
b) Antidiarrhea ke atas tikus.
c) Antiallergi ke atas tikus.
d) Aktiviti diuretik ke atas tikus
e) Merencat enzim alpha-glukosidase dalam piring petri
f) Penenang ke atas tikus.
g) Meransang sistem imun ikan
h) Antikeradangan dalam piring petri dan ke atas tikus.
i) Antikanser dalam piring petri
j) Membesarkan saluran darah tikus.
k) Antidiabetes ke atas tikus.
l) Penyembuhan luka tikus yang diinduksi diabetes

  Sebahagian daripada kajian ini bukan menggunakan ekstrak pokok susu nabi sebaliknya menggunakan sebatian kimia yang dimurnikan dari pokok. Sebab esok-esok kalau jadi ubat, sebatian kimia aktif ini akan diformulasi jadi ubat. Contohnya prenylated flavonoids dari pokok ini merencat enzim alpha glucosidase, asid kaffeik dan catechin-3-gallate merencat pertumbuhan Pseodomonas aeruginosa dalam piring petri, dan beta-amyrin bersifat antikeradangan dalam kajian ke atas tikus. 
Bukan bermakna ia agenda yahudi atau big pharma. 

Dalam kajian kesan toksik akut dan sub-kronik oleh ekstrak pokok susu nabi, pemberian ekstrak methanol 5g/kg berat tikus selama 14 hari tidak menunjukkan kesan toksik akut.
  Manakala pemberian ekstrak sehingga 1g/kg berat tikus selama 90 hari juga tidak menunjukkan kesan toksik subkronik terhadap tanda-tanda vital tikus.
Kesimpulannya, getah pokok ini beracun dan tidak boleh dimakan. Sudah ada ubat yang selamat dan berkesan bagi merawat dan mengawal penyakit-penyakit yang disebut berkenaan. Kajian masih lagi pada tikus dan piring petri.
  Walaupun kajian menunjukkan tiada kesan toksik aku dan subakut, keberkesanan pokok ini masih dalam kajian dan belum terbukti ke atas manusia.


Che Puteh Osman
PhD (Natural Product Chemistry)
Rujukan:
Juveriyah, K, Durai, M, Agaath, H, Sivasamy, & Vijaya, A. Review of the phytochemical and pharmacological activities of Euphorbia hirta Linn. Pharmacognosy Journal,2016; 8.
Kumar, S, Malhotra, R, & Kumar, D. Euphorbia hirta: Its chemistry, traditional and medicinal uses, and pharmacological activities. Pharmacognosy Reviews,2010; 4: 58-61. doi:10.4103/0973-7847.65327
Perumal, S, Mahmud, R, & Ismail, S. Mechanism of action of isolated caffeic acid and epicatechin 3-gallate from Euphorbia hirta against Pseudomonas aeruginosa. Pharmacognosy Magazine,2017; 13: S311-S315. doi:10.4103/pm.pm_309_15
Kwan, Y. P., Saito, T., Ibrahim, D., Al-Hassan, F. M. S., Ein Oon, C., Chen, Y., . . . Sasidharan, S. (2016). Evaluation of the cytotoxicity, cell-cycle arrest, and apoptotic induction by Euphorbia hirta in MCF-7 breast cancer cells. Pharmaceutical Biology, 54(7), 1223-1236. doi:10.3109/13880209.2015.1064451
Sheliya, MA, Rayhana, B, Ali, A, Pillai, KK, Aeri, V, Sharma, M, & Mir, SR. Inhibition of α-glucosidase by new prenylated flavonoids from Euphorbia hirta L. herb. Journal of Ethnopharmacology,2015; 176: 1-8. doi:10.1016/j.jep.2015.10.018

Rujukkan ~ https://www.drcheputeh.com/post/siri-52-pokok-susu-nabi-benarkah-ia-mempunyai-pelbagai-khasiat-perubatan

~*~*~*~*~*~*~


Sekiranya anda menjumpai tanaman ini, mungkin anda akan menganggap ia hanya tanaman yang tumbuh melata yang langsung tidak berguna. Tetapi tidaklah Maha Pencipta yang menciptakan sesuatu itu tanpa tujuan malah turut mempunyai kelebihan dan manfaatnya. Sebenarnya tumbuhan ini sangat berkhasiat dan mempunyai kebaikan yang sangat menakjubkan.



Tumbuhan ajaib ini yg dikenali dengan berbagai nama seperti pokok tawa-tawa, gelang susu, susu Nabi dan berbagai lagi nama lain mengikut tempat masing-masing di Malaysia dan negara lain.




Lebih mengejutkan, pokok yang dipanggil Patikan Kebo di Indonesia ini, selepas kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar, melaporkan ekstrak etanol dari tumbuhan ini mempunyai antimikroba paling tinggi pada bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi iaitu bakteria yang menyebabkan penyakit Tifus. Manakala, ekstrak daun, batang, bunga serta akar tumbuhan ini mempunyai antioksidan yang tinggi.
Pokok yg mempunyai banyak kelebihan ini turut dilaporkan di Nigeria digunakan untuk mengubati luka. Juga digunakan untuk pengubatan penyakit kerana mikroba seperti gonorhea serta disentri.

Tumbuhan ini turut digunakan untuk mengubati penyakit seperti:
1. Menyembuhkan Influenza
Setengah genggam daunnya dicuci dan di rebus dengan air bersih sebahagian 3 gelas sehingga menjadi 3/4 selepas direbus. Sejukkan rebusan ini dan tambahkan madu sedikit lalu diminum 2 kali sehari.

2. Menyembuhkan Bronchitis
Setengah genggam daunnya dibersihkan dan digiling atau ditumbuk halus serta tambahkan air masak 3/4 cawan serta satu sudu besar madu dan airnya diminum 2 kali sehari.

3. Menghilangkan Batuk





20 gram daun segar Patikan Kebo ini direbus dengan 2 gelas air selama 15 minit,  serta diminum sehari dua kali iaitu setengah gelas sekali.

4. Menyembuhkan Disentri
Ambil daun gelang susu ini sedikit, rebus dan ditambah dengan gula pasir (bila mengalami pendarahan) atau gula merah (sekiranya mempunyai lendir), lebihkan air sebaiknya lalu disejukkan lebih kurang 15 minit. Sebelum diminum.

5. Melancarkan Saluran Air Kecil
Ambil daunnya dan tambahkan air sewajarnya, di rebus. Untuk diminum 2 kali sehari.

6. Menyembuhkan Bisul




Daunnya yang segar sebanyak 60 gram dan masukkan 120 gram tauhu putih, sejukkan selama 15 minit lalu ditampal di tempat yang mempunyai bisul.

7. Menyembuhkan Thypus Abdominalis (Usus)
Daunnya yang segar lalu direbus dengan air secukupnya diminum 3 kali sehari.

8. Menyembuhkan Radang Ginjal
Daunnya yang segar atau pun yang kering harus direbus terlebih dahulu sebelum diminum.

9. Menyembuhkan Kegatalan Kulit (Eksim)
90 gram daunnya ditambah 1/2 liter alk”0h0l 70% direndam selama 35 hari, untuk membersihkan eksim.

10. Menyembuhkan Gatal Tekak
Daunnya direndam air panas  lalu digunakan dengan kumur selepas air menjadi suam.

11. Menyembuhkan Asma
1 genggam Patikan Kebo kering direbus dengan air secukupnya air sehingga mendidih, sejukkan serta diminum 2 kali sehari, 1/2 gelas pada waktu pagi dan petang.

12. Menyembuhkan Radang payudara
Satu genggam daun Patikan Kebo serta 2 senduk makan biji kacang soya direbus dengan 35 gelas air sampai mendidih. Sejukkan, diminum 2 kali sehari dengan satu cawan setiap kali minum.

13. Menyembuhkan Mata Merah
Titiskan getah tanaman ini pada mata yang merah sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.


Semoga bermanfaat kepada semua dan dikongsikan kepada mereka yang belum tahu. Info ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi jelas dinyatakan menerusi laman sosial dan beberapa blog.

 WallahuÁlam..

 Sumber ~ https://mediamaklumat.com/sungguh-hebat-tanaman-ini-boleh-membantu-menyembuhkan-13-penyakit-ini/


~*~*~*~*~*~*~
Herba Pengubat Gout Kronik
Jangan pandang lekeh pada rumput ditepi jalan ni. banyak khasiatnya. namanya Ara tanah, Susu Kambing, Gendong Anak, Gelang Susu, Patikan atau keremak rumput ditepi jalan.
Ada juga yang panggil pokok ni pokok susu nabi, sebab getah dia warna putih macam susu. Biasanya buat menambahkan susu (utk yg menyusu anak) dengan merebus pokok ni dan minum airnya.
Yang di pndang seperti rumput2 inilah paling mujarab original perubatan traditional...tetapi sayangnya hanya diketahui oleh pakar2 perubatan traditional dan tidak dihebahkan.
Nama Botani : Euphorbia Hirta Famili : Euphorbiaceae
Pengenalan Pokok : Sejenis herba kecil, berbatang lembut dan tumbuh menegak.

Pokok ini mudah dikenali kerana pertama ia mempunyai getah berwarna putih, "daunnya tumbuh berpasang". 
Batangnya hijau kemerah-merahan dan akan mengeluarkan getah apabila dipatahkan.
Daunnya kecil, berwarna hijau dan berbulu dengan pangkal daunnya tirus sebelah. Bunganya terbentuk di ketiak daun dalam kelompok.
Ianya boleh dijumpai dibahagian yang berbatu seperti ditepi jalan tar, dikawasan tnb berpagar dan kat tepi rumah..tapi kita cabut dan buang.




Pokok ara tanah ini boleh didapati di merata kampong di seluruh Malaysia. Tingginya lebih kurang 10-30 cm bergantung kepada kesuburan tanah. Juga dikenali sebagai susu nabi, susu kambing, gelang susu, lancang.

Sering digunakan oleh surirumah di kampong-kampong untuk merawat penyakit lelah, paru-paru, batuk serta sakit kerongkong.Untuk tujuan ini biasanya seluruh bahagian pokok termasuk akar direbus dan diminum air rebusannya. Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit
Daun, batang serta akarnya ditumbuk bersama sedikit air dan ditampal ditempat yang berpenyakit.

Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan! so jangan overdose atau gunakan secara luaran sahaja, ditumbu dan ditampal pada bahagaian yang sakit.

Getah Pokok ni blh mengubat ulser pada bibir..kompom elok cepat..tp tahan la sikit nya..
gunakan rumput ini untuk mengecutkan sesuatu spt buasir, bisul dan bengkak gaut.

Ada juga orang menceritakan bahawa jika air rebusannya diminum, ianya boleh melegakan lenguh-lenguh sendi dan sakit urat dalam badan.

1. cabut hingga akar cuci..Rebus dn minum airnya. mnum 1hari skli sje. rasanya sedap macam madu tawar.
2. Ambil 3 batang dgn akar sekali daunnya dibuang dan rebus atau rendam dgn air panas satu hari sekali minum insya Allah penyakit gaout dapat dihapuskan selamat mencuba.


 WallahuÁlam..

 Sumber ~ https://www.facebook.com/petuavcos/posts/herba-pengubat-gout-kronikjangan-pandang-lekeh-pada-rumput-ditepi-jalan-ni-banya/882156011955732/

WallahuA’lam.. والله أعلم
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ 

📮 ❤️Sharing is Caring❤️



. .
~***~LadingEMAS~***~