Sunday, July 7, 2019

Kenduri Arwah Majlis Tahlil

Perkongsian hamba Allah yg selama ini membid'ahkan KENDURI ARWAH mula faham dan menolak fahaman tersebut Slps belajar di UNIVERSITI MADINAH.
👇 👇 👇
*KENDURI ARWAH*

Sblum saya sambung pengajian di Universiti Madinah, saya berpegang pendapat yg mgharamkan kenduri arwah, dgn bbrpa alasan sprti Nabi dan para sahabat tidak melakukan kenduri arwah, dan Sesiapa yg mengadakan kenduri arwah termasuk meratap mayat.

Apabila saya berada di Universiti Madinah, alangkah hairannya saya apabila suatu hari berlakunya kematian ayah seOrang kawan, saya dan kawan² diajak kerumahnya utk majlis azza’ yakni majlis takziah.

Saya tak pergi tapi kawan² cerita Majlis azza’ bermula dari petang sampai isyak. Setelah isya’ dibuat jamuan nasi kambing. Memang masya-Allah la sedap katanya. Sebab saya tak pergi masa tu krna masih anggap majlis tu bid’ah. Wpun.. majlis tu dibuat oleh Syeikh besar dlm universiti. Majlis tu berlangsung 3 malam berturut².

Selang tidak berapa lama, berlaku pula kematian ibu seOrang Syeikh senior di Fakulti Hadith Universiti Madinah. Sekali lagi kami dijemput utk majlis azza’ yg dibuat 3 hari berturut-turut. Kali ni saya pergi utk merasai pengalaman baru.

Sampai di majlis tersebut, kami disambut oleh barisan ahli keluarga arwah dan kami dihidangkan GAHWAH dan KURMA. Agak lama juga kami duduk² dan bersembang. Akhirnya kami dihidangkan nasi kambing. Maasya-Allah mmg sedap.

Selepas balik, hati❤️ mula terdetik, salahkah buat kenduri arwah? Masa kat malaysia mmg aku pegang HARAM.. tapi Syeikh² di sini buat majlis azza’... bukan Syeikh biasa², tapi Syeikh yg ada pengaruh dan puluhan tahun mengajar di Madinah.

Utk kepastian saya jumpa dgn Syeikh tersebut dan bertanya pd Syeikh. Maka Syeikh bagi jawapan dgn sepotong hadith:

اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا، فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ
 “hidangkanlah makanan utk keluarga Ja’far, sbb sesungguhnya telah tiba kpd mereka perkara yg menyibukkan mereka”

Jadi kata Syeikh tidak ada masalah jika kita mghidangkan makanan utk tetamu yg hadir majlis azza’. Adapun tiga hari itu hanya adat dan kebiasaan yang tidak ditegah syarak. ini juga merupakan pendapat ahli majlis fatwa saudi iaitu Syeikh Abdullah Mutlaq.

Saya mula mentelaah bab ini dgn mendalam sbb berlakunya percanggahan amalan saya di Malaysia dan di Madinah. Maka bila saya baca dlm kitab Al Umm Imam Syafie berkata:

وأحب لجيران الميت أو ذي قرابته أن يعملوا لأهل الميت في يوم يموت، وليلته طعاما يشبعهم فإن ذلك سنة، وذكر كريم، وهو من فعل أهل الخير قبلنا، وبعدنا لأنه لما «جاء نعي جعفر قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - اجعلوا لآل جعفر طعاما فإنه قد جاءهم أمر يشغلهم

“Aku mengajurkan bagi TETANGGA almarhum atau kerabat²nya agar membuatkan MAKANAN pd hari kematian dan malamnya, sbb itu merupakan SUNNAH, ZIKIR yg MULIA dan termasuk perbuatan AHLUL KHAIR Sblum kita serta sesudah kita”.  Jilid 1, ms 317.

Maka SUNNAH utk kita menjamu makan Org yg datang. Akan ttpi jika ahli keluarga tidak mampu utk lakukan, maka AFDHAL jiran² yg tolong hantarkan makanan.

Jadi, apa yg saya pegang selama ini salah. Cuma beza di malaysia kita lakukan amalan tahlil krna itu lebih baik dari kita bersembang, mbawang hisap Rokok (tentunya HARAM) dan sebagainya.

Oleh itu, kita seharusnya timbang tara antara kedua-dua hujjah agar kita tidak cepat melatah mnghukum sesuatu amalan itu bid’ah dan sebagainya.

FB : Ustaz Nasir Al-Bakri

WallahuA’lam..والله أعلم
📮 _*❤️Sharing is Jariah❤️*_


Tulisan bukti ini dipetik dari: (klik)
Petikkan ~ http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
👇  👇  👇
Blog Ahlussunnah Vs Wahabbi [disini..!]
👇  👇  👇
https://abusalafy.wordpress.com/



Dr Haron Din isu Bid'ah ~APAKAH MUDAH KATAKAN BIDAAH PADA SESEORANG


WallahuA’lam.. والله أعلم
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ 

📮 ❤️Sharing is Caring❤️


. . 
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment