Thursday, June 30, 2016

Lam Jalalah









Lam Jalalah adalah simbol/huruf/abjad lam kembar dalam tulisan kalimah ALLAH
Sedangkan lam jalalah itu sendiri singkatan dari “LA HAULA WA LA QUATA ILLA BILLA” yang bererti “tidak ada daya dan upaya dan tidak ada kekuatan kecuali Allah”. 
Makna "lam jalalah" itu sendiri adalah kebesaran dan keagungan ALLAH, maka Lam Jalalah adalah lambang kebesaran ALLAH. Didalamnya terkandung rahsia asma ALLAH al-Jalal yang bererti Maha Tinggi dan all-Jalil yang bererti Yang Maha Agung dan Mulia.
ALLAH s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“ALLAH mempunyai Asmaa Husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaa Husna itu”  
 (Surah Al-A’raf:180)

Rasulullah SAW bersabda ” La Haula Wa la Quwwata Illa Billah” adalah salah satu dari sekian banyak perbendaharaan Syurga”.
 (HR an Nasa-i)

Abu Dzar Al-Ghifari berkata: “Aku dibimbing olehNya untuk selalu mengucapkan La Hau La Wala Quwwata Illa Billah kerana kalimat ini adalah simpanan perbendaharaan yang diletakkan di bawah Arsy Allah”. (HR Ahmad dalam Musnadnya jilid 5 hal. 159).

Simbol ini hanya satu-satunya keerana itu adalah sifat-Nya yang Maha Esa. DenganNya, kita mendapat nikmat dan anugerah yang tiada terkira. Lam Jalalah, pecahan daripada rahsia ALLAH, ADAM dan MUHAMMAD. 
Dikatakan Lam Jalalah mempunyai fadilah dan bermacam-macam kaifiat kegunaan. Ianya boleh menjadi berdasarkan niat seseorang.

Tetapi, ada satu kunci; Lam Jalalah iaitu IMAN, EHSAN dan TAQWA, IKHLAS dan REHDA

Kebanyakan pengamal Lam Jalalah selalu menggunakan Lam Jalalah untuk itu dan ini dan sebagainya, iaitu lebih kepada urusan duniawi. Tetapi lupa bahawa Lam Jalalah sepatutnya digunakan untuk membersihkan diri sendiri daripada sifat Mazmumah, unsur syirik nyata dan tersembunyi.

Berkeyakinan mentauhid, mengesakan dan mengagungkan kebesaranNya, menafikan segala sesuatu melainkan Allah. Tiada yang Nyata selain ALLAH.
 “La Hau La Wa La Quata Illa Billah”. Tidak ada Daya dan Upaya dan Tidak ada kekuatan Kecuali dengan Bantuan ALLAH”. Inilah inti utama pelajaran Lam Jalalah.

WallahHu'Alam.


sumber:
You are subscribed to email updates from Kajian Ilmu Ghaib.
. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment