|
|
|
|
Masbahal
Aquatic
Merupakan sebuah
syarikat milik Bumiputra yang beroperasi di Batu 15, Lenggeng,
Negeri Sembilan. Masbahal Aquatic telah mula beroperasi
semenjak 16 tahun yang lalu dan telah didaftarkan secara rasmi
pada 16hb Februari 1998. Masbahal Aquatic merupakan sebuah syarikat milik Bumiputra yang
beroperasi di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan. Masbahal
Aquatic telah mula beroperasi semenjak 16 tahun yang lalu dan
telah didaftarkan secara rasmi pada 16hb Februari 1998.
Pengasas Masbahal Aquatic iaitu En.Mokthar Hamzah selaku
pengarah urusan dan juga beliau adalah bendahari Kelab
Usahawan Tani Malaysia (KUAT).
Masbahal Aquatic bermula dengan
mengusahakan kolam-kolam simen yang menjalankan
aktiviti-aktiviti pembenihan ikan air tawar,penternakan ikan
air tawar dan juga ikan hiasan.
Produk-produk yang
dihasilkan berasaskan akuakultur dimana proses pengoperasian
dikendalikan secara bersistematik dan berteknologi bagi
menghasilkan benih-benih ikan yang bermutu tinggi.
Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin
HALAL , BERSIH dan BERKHASIAT dimana
bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran
organ-organ dalaman binatang.Masbahal telah membuat kajian
bersama Universiti Kebangsaan Malaysia & MARDI dimana Ikan
Keli yang dihasilkan mengandungi OMEGA 3 ,6
,dan 9 serta kandungan protein
tinggi dan tanpa kabohidrat.
Kolam ternakan ini terletak di tapak operasi
syarikat iaitu di Batu 15, Lenggeng, Negeri Sembilan.
Kawasan
kolam ternakan ini mempunyai keluasan seluas 2 ekar dan
dibekalkan dengan sumber air
MASBAHAL AQUATIC
CENTRE ini terletak dilokasi yang strategik dimana
berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan iaitu diantara
Kuala Lumpur dan Johor serta Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) yang mengambil masa 30 minit
perjalanan.
PRODUK &
PERKHIDMATAN
Masbahal Aquatic menawarkan
produk-produk dan perkhidmatan kepada pasaran seperti berikut
:
Jenis-Jenis Produk yang disediakan :
-Membekalkan benih-benih ikan air tawar dan
ikan hiasan kepada penternak-penternak
tempatan
-Membekalkan ikan keli dan ikan tilapia hidup yang
matang kepada pasaran tempatan
-Membekalkan ikan keli dan
ikan tilapia salai (Smoke Fish) kepada
pasaran tempatan
-Memproses dan mengeluarkan pellet makan
ikan yang halal, bersih dan
berkhasiat kepada
penternak-penternak tempatan
- Menjual mesin pembuat pellet
makanan ikan kepada pasaran tempatan.
- Agen pengedar
STARBIO iaitu produk bagi ternakan yang
berasaskan kajian biological untuk semua
ternakan.
Jenis-Jenis Perkhidmatan yang
dijalankan : Menjadi Jururunding kepada
penternak-penternak baru didalam pembuatan kolam simen, sistem
pengurusan dan teknik penternakan yang bersistematik.
-Menjalankan penyelidikan
(R&D) bagi menghasilkan benih ikan yang berkualiti dan
pellet yang bermutu tinggi (Halal,Bersih &
Berkhasiat). - Menjalankan perkhidmatan Latihan Kursus
Sangkut Keusahawanan Bidang Akuakultur kepada
penternak-penternak tempatan melalui anjuran Kementerian
Pertanian & Asas Tani dan juga individu
persendirian.
Masbahal Aquatic juga telah berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor
pembekal ternakan / baka ternakan,pembekal peralatan pertanian
& ternakan,pembekal makanan & ubat-ubatan ternakan
serta tenaga pengajar.
|
|
|
|
Contact Info: MASBAHAL
AQUATIC Batu
15, Lenggeng, 71750 Lenggeng, N.Sembilan,
MALAYSIA. TEL: +6019-3945455, +6019-6231901, +603-8766 7477 Email:
masbahal@myjaring.net |
|
.
.
.
.
No comments:
Post a Comment