Madu Kelulut
Sarang
kelulut yang terdiri daripada madu di dalam kantung-kantung kecil
berwarna jernih, propolis dan debunga dalam kantung kuning.
SEGALA yang diciptakan Allah sudah
pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah
lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting
berbanding serangga lain.
"Dan
Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di
bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat. Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.
Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.
Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan.
"Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil," katanya. Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.
Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
"Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu. "Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang," katanya.
Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya. "Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim," katanya.
Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.
"Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat," katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.
"Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. "Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah," katanya.
Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat. Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.
Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.
Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan.
"Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil," katanya. Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.
Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan. Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.
"Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu. "Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang," katanya.
Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya. "Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim," katanya.
Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu. Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor.
"Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat," katanya.
Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut.
"Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. "Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah," katanya.
Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk Propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh
kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta
makanan seperti debunga dan bunga.
Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.
Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta tidak mudah diserang penyakit. Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.
*Petikan dari Utusan Malaysia.
Sumber..Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.
Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta tidak mudah diserang penyakit. Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.
*Petikan dari Utusan Malaysia.
~*~*~*~*~*~*~
INFO MADU LEBAH KELULUT ASLI
Lebah
kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti
lebah madu tetapi mempunyai rasa yang eksotik atau lain daripada madu
biasa. Dianggarkan hampir 150 spesis kelulut terdapatdi seluruh dunia.
Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika
dunia termasuk di seluruh negara Malaysia.Di Malaysia terdapat 32
spesis telah ditemui dan lebah sangat sesuai diternak di Negara iklim
Khatulistiwa.Walaupun darisegi pengeluaran madu lebah kelulut
menghasilkan kurang daripada lebah komersil lain seperti melifera dan
cerana, madu lebah kelulut masih berdaya saing kerana permintaannya
tinggi dan harga pasarannya jauh lebih tinggi dari madu lebah komersil
lain.
Antara khasiat dan kegunaan madu lebah kelulut adalah seperti
Antara khasiat dan kegunaan madu lebah kelulut adalah seperti
- meningkatkan metabolisme badan
- sebagai suppliment untuk kesihatan
- boleh dijadikan asas bahan kecantikandan kesihatan
- mempunyai propolis yang tinggi khasiat
Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar tentang madu kelulut apa lagi melihat lebah kelulut mahupun merasai madunya. Biasanya, bila disebut tentang madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut. Kebanyakan kajian juga hanya tertumpu kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat. Manakala lebah tidak menyengat atau lebih dikenali sebagai kelulut dalam genus trigona juga memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan selain menghasilkan madu. Madu kelulut mempunyai antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu lebah manakala propolisnya pula dikatakan mempunyai antibiotik semulajadi. Rasanya pula lebih masam berbanding madu lebah,serta mendapat permintaan yang tinggi dari farmasi.
Hubungi segera dengan whatsapp mesej "madu kelulut asli" ke +60105439787 untuk info.
KHASIAT MADU LEBAH KELULUT ASLI
Madu berasal daripada sari bunga.Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks.Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.
Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang.
Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout. Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.
Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Secara ringkasnya fungsi madu kelulut ialah:
· Meningkatkan daya tahan tubuh
· Mencegah serangan strok
· Melancarkan peredaran darah
· Meningkatkan pengeluaran hormon
· Memperkuat fungsi otak dan jantung
· Memperbaiki sel tubuh yang rosak
· Mengendurkan urat-urat yang tegang
· Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
· Meningkatkan kecerdasan anak
· Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
· Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
· Mencegah kanser
· Mengurangkan resdung
· Membantu penyembuhan luka diabetes
· Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
· Mencegah pembentukan batu karang
· Membantu menurunkan tahap tekanan darah
· Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
· Melancarkan pernafasan
· Mengurangkan lelah/asma dan banyak lagi....
PANDUAN MADU LEBAH KELULUT ASLI
- Bersama ini disenaraikan beberapa kegunaan madu yang amat menakjubkan.
- Kesihatan
2. Menyembuh luka-luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas) - Sapukan madu ditempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.
3. Masalah sakit tengkak dan batuk - Ambil campuran air limau nipis / lemon dan madu adalah amat berkesan untuk rawatan sakit tengkak dan batuk.
4. Membasmikan parasit - Ambil campuran madu, cuka dan air pada kadar yang sama. Campuran ini amat sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan.
Kecantikan
5.
Melembutkan kulit - Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan. Sapu
di bahagian yang kering seperti siku, tangan dan biarkan selama 30
sebelum dibersihkan.
6.
Pelembut rambut - Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1
sudu teh kedalam shamppo yang biasa digunakan untuk merawat ramput yang
khusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh
dicampur dengan minyak zaiton.
7.
Bahan untuk mandi bunga - Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1
cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya,
tuangkan ke dalam air tangkugan mandi bersama dengan beberapa titik
minyak pati levender.
8.
Menghilangkan jerawat - Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup
dengan dengan "band aid". Tanggalkan band aid tadi selepas 30
minit.
9.
Sebagai pembersih muka (facial) - Lumurkan campuran 2 sudu makan
dan 2 sudu makan susu kemuka. Bersihkan selepas 10 minit.
-
Makanan
-
10. Tambahan Tenaga - Berhenti minum kopi. Sebaliknya minum teh yang dicampur dengan 2 sudu madu.
11.
Sebagai gantian kepada gula didalam makanan. Dalam semua
resepi masakan bakeri, ganti 1 cawan madu dengan 3/4 cawan madu.
6. Pelembut rambut - Madu ialah pelembut rambut yang asli. Campurkan 1 sudu teh kedalam shamppo yang biasa digunakan untuk merawat ramput yang khusut dan rosak. Untuk meningkatkan keberkesanannya, madu boleh dicampur dengan minyak zaiton.
7. Bahan untuk mandi bunga - Bancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam. Selepas 10 minit, apabila madu sudah larut sepenuhnya, tuangkan ke dalam air tangkugan mandi bersama dengan beberapa titik minyak pati levender.
9. Sebagai pembersih muka (facial) - Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu kemuka. Bersihkan selepas 10 minit.
Agro
Produk madu kelulut
Walaupun semakin ramai pengusaha madu kelulut muncul, syarikat Eddlyn Traditional Herb (ETH) masih mampu bersaing di pasaran tempatan.
Memiliki 120 sarang kelulut yang diternak dalam kotak, operasi ternakan syarikat itu di Dataran Bunga Sena, Pokok Sena, Kedah, menghasilkan empat jenis produk.
Malah, mereka turut membekalkan koloni (anak dan telur kelulut) kepada mereka yang berminat mengusahakan perusahaan itu.
Empat jenis produk terbabit ialah sabun mandi propolis, krim kulit siang dan malam, madu kelulut asli dan minuman botani madu kelulut campuran buah kurma.
RAMLI (baju kuning) menunjukkan sarang kelulut asal dipindahkan
ke dalam sarang kelulut berkotak.
Pengurus yang juga pengasas ETH, Ramli Abdul Rahman berkata, untuk pengeluaran madu, mereka menternak kelulut jenis Trigona Itama dan Trigona Thoratica kerana ia mudah dipelihara.
Bapa kepada lima anak itu mempunyai pengalaman luas dalam ternakan kelulut, selain membuat kajian menghasilkan produk berasaskan manisan serangga hutan itu.
“Produk yang kami keluarkan memang istimewa, contohnya madu kelulut dan minuman kesihatan botani madu kelulut campuran buah kurma baik untuk mencegah penyakit seperti batu karang, darah tinggi, buang angin, menguatkan tenaga batin, melancarkan perjalanan darah, menegangkan kulit, memecahkan lemak dalam badan dan menyerikan wajah,” katanya.
Produk yang dihasilkan itu boleh digunakan orang dewasa dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas.
Produk lain ialah sabun mandi propolis, krim kulit siang dan malam yang mengandungi antioksidan, antibakteria dan vitamin E.
Ia amat sesuai menyembuhkan resdung, gatal kulit, kurap, ruam kanak-kanak dan mencerah serta melembabkan kulit muka, selain menyembuhkan luka kecil.
Produk yang dikeluarkan syarikat itu dipasarkan ke seluruh negara, selain Brunei dan Singapura.
Beliau yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perunding Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Pokok Sena bersyukur perniagaan yang diasaskan sejak tujuh tahun itu berjaya.
“Kami mampu mengeluarkan 400 botol madu kelulut sebulan dengan pendapatan RM25,000 sebulan.
“Kami juga melaksanakan perniagaan berkonsepkan rangkaian ternakan kelulut membabitkan secara individu dan agensi kerajaan.
“Menerusi konsep perniagaan terbabit, setiap peserta yang membeli sarang kelulut akan mendapat bimbingan serta khidmat nasihat percuma,” katanya.
Antara pengusaha yang mengusahakan ternakan berkonsepkan itu ialah di Kampung Tuk Kun dan Pokok Pauh di Pokok Sena, Pendang, Lubuk Kawah, Jitra di Kedah dan Bukit Merah di Perak,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/18
~*~*~*~*~*~*~
Kelulut jantan memang tugas hakikinya seperti yang dinyatakan. Drone memang ada didalam hive secara semulajadi..dari telur pekerja/ratu (Saya terlepas merekodkan ratu memakan telur workers dan menggantikan dgn telurnya.), keseimbangan semulajadi..apabila queen tiada/atau tidak produktif/atau musim bersesuaian/ koloni bersedia, bilangan drone cell meningkat (drone cell boleh dibezakan dgn worker cell, dari segi susun atur, bentuk dan saiz). Meningkatkan keberjayaan propagasi paksaan adalah dengan adanya queen cell, kita mahukan ratu yang sempurna dan tidak terlalu bergantung dengan koloni lain dengan harapan queen baru akan datang dari situ secara semulajadinya. Jika ada gyne yang bersedia melakukan nuptial flight..maka drone akan berkumpul di entrance @ di sekitar (ada juga direkodkan di negara luar berlaku inhive insemination//species kelulut lain). Tidak perlu pindahkan drone..semua drone dari koloni lain akan turut serta diberikan akses tanpa tentangan. Sudah dimuat naik video drone bagi G.thoracica di youtube..
http://www.khasiat-madu-lebah-kelulut-asli.com/
AMALAN MADU LEBAH KELULUT ASLI
Keratan Artikel Akhbar
Utusan Malaysia: Khasiat Madu Lebah Kelulut
BERPUASA secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan
pergerakan fizikal yang banyak namun tidak mustahil
seseorang mampu tampil cergas dan bertenaga melalui amalan
pemakanan yang betul ketika bersahur.
Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah
makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma
selain mendapatkan bekalan air yang cukup.
Selain itu pengambilan madu juga dapat membantu seseorang
untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan
metabolisma tubuh.
Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut
kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut
mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk
manusia.
Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr.
Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut
setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta
kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi
berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk
membantu mencegah sesuatu penyakit.
Tambhhnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga
tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain
berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.
“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan
membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan
ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.
“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam
aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko
pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka
puasa atau bersahur,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan,
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains
Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi
sebagai bahan yang membantu dalam rawatan kanser.
Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric
sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi
dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser
perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen)
diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid
fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga
dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2
(COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa
perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap
kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan
trigliserida dalam darah.
“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang
membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya
“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di
Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu
kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,”
ujarnya.
Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat
madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi
fokus kepada kanser prostat.
Bayu Kelulut ujarnya, menawarkan madu kelulut asli yang
dihasilkan dari ladang seluas empat ekar (1.6 hektar) di
ladang yang dikenali Bayu Kelulut Smart Digital Farm di Guar
Batu Hitam Kodiang, Kedah.
Produk yang diusahakan Hisyam Yusoff itu turut mendapat
pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Makanan
Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan memperoleh
perakuan 1Malaysia
Best.
Beliau menambah, produk keluaran Bayu Kelulut turut diserta
dengan kod respon pantas (Kod QR) bagi memberi keyakinan
kepada pengguna.
“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR pada setiap produk madu
kelulut keluaran kami dan daripada situ akan keluar maklumat
kepada pengguna untuk membuktikan kualiti produk,” katanya.
Madu sebagai makanan tambahan menghadapi penyakit kanser
SEBAIK dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes)
tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula
menjadi ‘penghuni tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Zulhilmi,26, sel kanser itu mula dikesan di bahagian
perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga
terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser itu.
Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia
meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama
hampir setahun sebelum sekali lagi menjalani pembedahan
besar pada Jun tahun
lalu.
“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya
menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada
tahap empat dan merebak ke bahagian buah pinggang manakala
di bahagian perut saya menjadi lebih serius.
“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya
maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan
terlantar di atas katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata
pekerja swasta tersebut .
Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai
langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar
tidak mengambil suplemen berbentuk pil atau cecair kerana
akan memburukkan lagi keadaannya.
Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan
suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot
dan madu.
“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun
belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik
untuk saya jadi saya mula mengamalkan madu.
“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga
RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal,
saya memikirkan alternatif untuk madu yang lebih murah.
“Ketika itulah saya diperkenalkan dengan madu kelulut
keluaran syarikat Bayu Kelulut ini oleh stokis produk itu
dan Alhamdulillah ia serasi dengan saya,” ujarnya.
Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu
saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya
rabun.
Namun pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak
membantu penglihatan yang kembali terang.
Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba
madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas
sebulan mengamalkan madu itu.
“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani
pembedahan dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.
“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini,
ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak
lagi mengembang,” katanya.
Menyedari khasiat yang ada pada madu kelulut, Zulhilmi kini
turut menjadi pengedar produk Bayu Kelulut di sekitarLembah
Klang dan mereka yang berminat mendapatkan produk itu, boleh
menghubunginya di talian 019-5258268.
Tenaga tambahan bantu pendaki
BIARPUN gagal meneruskan misi pendakian Everest pada tahun
ini namun ia tidak melemahkan semangat alumni Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Azim Afif Ishak untuk meneruskan
misi itu pada tahun hadapan.
Menurut Azim, 26, dia bertanggungjawab sebagai Ketua Pendaki,
jurulatih dan juga konsultan dalam Misi Perdana UTM Everest
2015 yang merupakan projek lima tahun universiti itu.
Katanya, sepanjang latihan dan pendakian Everest, mereka
diuji dengan dua kali percubaan gagal kerana berhadapan
bencana alam iaitu tahun 2014 dan April lalu.
“Bagi meningkatkan stamina di sana, kami menggunakan madu
dan pada tahun ini kami menggunakan madu kelulut yang ditaja
oleh Bayu Kelulut.
“Antara keistimewaan madu kelulut ialah tidak beku ketika
berada di dalam khemah yang terletak di Everest Base Camp
dan memudahkan kami untuk makan madu sekiranya sukar untuk
tidur atau batuk,” katanya.
Tambah Azim, madu kelulut yang dibekalkan dalam bentuk
uncang itu juga menjadi pembekal tenaga segera semasa berada
di Kem 1 yang terletak 6,100 meter dari aras laut.
Selain itu jelasnya, pengambilan madu kelulut jelas memberi
kesan dari segi kesihatan kerana mereka kurang mengalami
cirit-birit dan batuk iaitu simptom Kumbu Cough.
“Syukur Alhamdulillah pada tahun ini kami kurang mengalami
batuk selepas mengambil madu kelulut sebagai makanan
tambahan.
“Kami amat berterima kasih kepada Bayu Kelulut kerana menaja
ekspedisi ini serta membantu misi kami dengan madu kelulut
yang dibekalkan,” ujarnya.
Sinar Harian: Lebah kelulut beri dimensi baru industri madu Malaysia
TERENGGANU - Ramai rakyat di negara ini mempunyai minat untuk memelihara lebah bagi mendapatkan madu, namun minat itu terencat kerana takut dengan bahaya disengat lebah madu.
Lebah kelulut yang merupakan sejenis lebah yang tidak mempunyai sengat mampu menyelesaikan masalah itu dan seterusnya memberikan dimensi baharu kepada industri madu di negara ini.
Penolong Pegawai Kanan, Pusat Pemuliharaan Lebah Negara Jabatan Pertanian, Zakbah Mian berkata lebah kelulut merupakan alternatif terbaik kepada lebah madu kerana madunya yang lebih berkhasiat.
"Walaupun kelulut sejenis serangga kecil dan mengeluarkan produk dalam kuantiti sedikit tetapi bila dipelihara dalam kuantiti besar pengeluaran madu kelulut boleh ditingkatkan," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Lebah kelulut atau nama saintiknya Trigona spp mempunyai lebih 150 spesies di serata dunia malah Malaysia sendiri mempunyai 29 spesies lebah itu dengan habitat kegemarannya hutan hujan tropika. Spesies yang digalakkan dipelihara di Malaysia ialah Trigona itama dan Trigona thoracica.
Penolong Pegawai Penyelidik Mardi, Zulidzham Mohd Sani berkata pengeluaran madu kelulut bergantung kepada kawasan persekitarannya terutama terdapat banyak pokok-pokok yang berbunga.
Beliau berkata jika kawasan sekitarnya banyak pokok berbunga, madu kelulut boleh dihasilkan antara sekilogram atau lebih dalam satu sarang bagi tempoh kira-kira dua bulan.
"Lebah kelulut lebih suka kepada persekitaran yang teduh dan sejuk untuk bersarang. Pemeliharaan kelulut sangat mudah dengan membuat kotak kayu berukuran 38.1 cm X 38.1 cm di bawah pondok beratapkan rumbia.
"Lebah kelulut boleh didapati di batang pokok yang berlubang kemudian diambil untuk dipindahkan ke dalam kotak untuk ia membiak. Namun ia juga mempunyai musuh utama iaitu anai-anai merah selain semut," katanya.
Beliau berkata berdasarkan kajian makmal di Mardi, madu kelulut boleh menyembuhkan lelah, batuk, asma dan lain-lain penyakit.
"Bukan setakat madu sahaja, Propolis dan Polen dihasilkan kelulut boleh juga dimakan dengan direndam ke dalam air panas. Air rendaman itu juga boleh diminum begitu sahaja untuk menghilang batuk atau lelah," katanya. - Bernama
Australian Stingless Bees - Splitting The Hive
Stingless honey bees or simply meliponines
Madu Kelulut Syamille Malaysia Stingless Bee Honey http://kelulutmalaysia.blogspot.com/
Australian stingless bee nests
InsyaAllah..
Rujuk juga 👉 https://lading-emas.blogspot.com/2014/02/lega-pembersih-kolesterol.html
Rujuk juga 👉 https://lading-emas.blogspot.com/2013/11/lebah-kelulut.html
Rujuk juga 👉 https://lading-emas.blogspot.com/2013/11/lebah-kelulut.html
WallahuA’lam.. والله أعلم
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ وسَلاٌِÙ… عَÙ„ٓÙ‰ سَÙŠٌِدِناَ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ï·º
📮 ❤️Sharing is Caring❤️
. .
.
.
No comments:
Post a Comment