Monday, February 13, 2012

VALENTINE'S DAY ~ Apa pandang Anda pula..?

VALENTINE'S DAY ~ Apa pandangan Islam?

by Mohamed Ibrahim Maricar on Sunday, February 6, 2011 at 11:37pm ·

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.
Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Ruangan Irsyad Hukum kali ini akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.


Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih; 
Pertama, ~ Kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya
Kedua, ~ Kasih Hamba kepada Pencipta dan 
Ketiga, ~ Kasih Makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; firman Allah Taala:
 وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِيْ الأَرْضِ جَمِيْعًا مَّآ أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَلكِنَّ اللهَ اَلّفَ بَيْنَهُمْ
"Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka."
(Surah Al-Anfaal: 63).

Dan firman-Nya lagi:
فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
"Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara." 
(Surah Ali Imran: 103).

Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ واللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." 
(Surah Ali Imran: 31).

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

Sumber dari Pejabat Mufti Brunei Darussalam
(Bilangan 93  Bahagian Pertama)

 ·  ·  · Share

  • You, Dian Alesha and 30 others like this.

    • Najwa Mohd. Ayub Jangan lupa saksikan Halaqah Akar Tradisi ilmu hari selasa ini jam 10.00 mlm yg akan mengupas tentang "Bunga Cinta" sama lah maksudnya mengenai Valentines day. Ramai ke rakan2 FB terima bunga masa 14hb feb tu?
      February 6, 2011 at 11:48pm ·  ·  2

    • Aziza Kazan semoga tidak di perbodoh dgn hari 'valentines day' (sekadar pemangkin ekonomi yg sedikit) dan 'april fool' - hari pembantaian ujmat islam (diraikan dgn konon lucu)
      February 7, 2011 at 12:05am ·  ·  1

    • Twinkle Taker notes yg sgt baik :) in 28 years of me, i never celebrated this kinda Valentine..just kinda wish...if people wishing me :)..
      Nauzubillah jauh kan aku dr segala keburukan ... berilah aku kejayaan untuk selalu bersama dgnMu

      February 7, 2011 at 4:06am ·  ·  1

    • Isadora Paul mmmmmmmmmm...kadang2 belia2 islam sdiri beria2 myambut hari VALENTINES mlebihi kaum lain. thnxs for info sharing...
      February 7, 2011 at 7:15am ·  ·  2

    • Zahir Bakri very good info. Thanks. What about april fools?
      February 7, 2011 at 7:23am · 

    • Mohamed Ibrahim Maricar 
      Berkenaan April Fool: Saya kurang pasti akan kesahihan info di bawah ini:
      Umat Islam sangat tidak pantas merayakan "April Mop" atau "The April Fool Day" karena kebiasaan itu dilatarbelakangi peringatan peristiwa pembantaian umat Islam di Spanyol pada 1 April 1487 Masehi.

      "Umat Islam banyak yang "latah" dan merayakan April Mop tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut, " kata Cendikiawan Muslim Ir.H.Asmara Dharma dalam tulisannya yang dirilis, di Medan, kemarin.

      Ia menjelaskan, perayaan April Mop itu diawali peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Spanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Maret 1487 Masehi.

      Kota-kota Islam di Spanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisabon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berhasil dikuasai tentara Salib.

      Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Spanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentara Salib itu berjanji keselamatan dan memperbolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Spanyol dan persenjataan mereka.

      Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya sandar di pelabuhan langsung dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah karena darah.

      Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai "The April Fool Day."

      Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa "The April Fool Day" itu dipopulerkan menjadi April Mop dengan "ritual" boleh mengerjai, menipu dan menjahili orang lain pada tanggal tersebut tetapi bernuansa gembira.

      "Ritual tersebut disyaratkan dengan tidak bolehnya orang yang ditipu dan dijahili itu marah dan membalas, " katanya. (novel/ant)

      sumber: http://www.eramuslim.com/berita/nasional/april-mop-merupakan-perayaan-pembataian-umat-islam-tak-pantas-dirayakan.htm

      February 7, 2011 at 8:24am ·  ·  1

    • Fawzed Beb pernah juga terima ucapan hari valentine dan sama2 ketawa bila april fool lama dahulu tapi bila mengetahui sejarahnya tidak lagi terikut2 dgan kesesatan itu ... menyesal betul ...
      February 7, 2011 at 8:43am · 

    • Husni Hj Jazam tindakan yg merugi & mensia2kan DUIT saje...manakala di satu pihak, tersenyum ketawa mengaut keuntungan dari 'kedunguan' insan2 yg meraikan nye...apa2 pun tindakan dibuat, haruslah 'berpada2' serta sentiasa berlandaskan kpd agama....wallahualam....
      February 7, 2011 at 8:57am · 

    • Sal Saadiah dalam islam takde ye valentine's ni...tapi yg menyambutnya sebab tak kuat agama dan pegangan...
      February 7, 2011 at 9:16am · 

    • Noraisah Noor Mohd Thks for the info.....
      February 7, 2011 at 10:43am · 

    • Khairulniza Abdullah thahk for sharing,but no cmment.
      February 7, 2011 at 2:13pm · 

    • Sadiah Abdul Rahman olih kerana kejahilan....kita selalu terikut akan budaya asing yang selalunya cuba mempesongkan akidah kita....
      February 7, 2011 at 2:44pm ·  ·  1

    • Md Ismail Abd Hamid sebenarnya..cinta dan kasih sayang kita hendaklah senantiasa bersemadi di dalam sanubari kita....lebih2lagi kpd Allah SWT dan Rasullullah SAW serta saudara2 Islam ...tidak ada penentu hari nya..!!!
      February 7, 2011 at 2:47pm ·  ·  2

    • Noraz Fazli Alhamdullillah n syukran atas ilmu yg diberikan Abg .. izinkan Nor kongsikan didalam blog Nor ya Abg ..
      February 8, 2011 at 2:31pm ·  ·  1

    • Salleh Hasbullah Tk saudara MI, dengan penjelasan itu diharapkan...............!!!
      February 9, 2011 at 11:02am ·  ·  1

    • Dian Alesha terima kasih aby...
      sangat bermanfaat...
      aq posting ulang...

      February 9, 2011 at 12:00pm ·  ·  1

    • Normah Rufee Jgnkan valentine day. Hari Bapa , hari Ibu pun my family tak main benda2 mcm ni. Bagi kita, hari hari adalah hari Ibu & Bapa. Dan sentiasa doa untuk mereka....dan nak belikan hadiah takkan tunggu hari hari mcm tu. Nak tunggu Hari Ibu & Hari Bapa, lama sangat tu!!!!!
      February 11, 2011 at 9:36pm · 

    • Sharifah Aspari Agsa Khan Alhamdulillah ! Great info & Thanks for sharing ... :))
      February 12, 2011 at 8:31pm · 

    • Aida Idris no such things as valentine Day...nonsense.. I just told my daughters just now...


[Sumber..]

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment