Wednesday, December 14, 2011

Gangguan Perasaan ~ Rawatan Islam

Monday, December 12, 2011


Kaedah Merawat Gangguan Perasaan...

Bismillahirrahmanirrahim..  dgn izin dan limpah KurniaNya, dgn Barakah Nabi Junjungan Muhammad SAW, maka dgn ini saya kongsikan satu amalan, utk menghilangkan perasaan tidak tentu arah akibat kematian, kemalangan, kesedihan, ketakutan dan sebagainya.

Kaedahnya, sediakan dua bekas air, satu utk dibuat minum dan satu lagi untuk dibuat mandi. dibacakan Surah Al Fatihah, Al-Ikhlas, Ayatul Qursi dan ayat dibawah ini (surah Al 'Araaf : ayat 43) semuanya sebanyak tujuh kali, diakhiri dengan selawat keatas Rasulullah s.a.w sebanyak tujuh kali dan berdoa.

Cara Minum : Minum pada bila2 Masa, tiada syarat. Cuma Niat / berdoa sebelum minum.
Cara Mandi : Mandi sebelum waktu subuh, sebagai bilasan terakhir, niat dan berdoa. Mandi utk tiga hari berturut2. 



Maksud ayat diatas ;
  "Dan Kami cabut segala macam dendam yg berada di dalam dada mereka; mengalir dibawah mereka sungai2 dan mereka berkata, "segala puji bagi Allah yg telah menunjuki kami kpda (syurga) ini.
 Dan kami sekali2 tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.
 Sesungguhnya telah datang Rasul-Rasul Tuhan kami, membawa kebenaran".
 Dan diserukan kepada mereka; "Itulah Syurga yg diwariskan kepadamu disebabkan apa yg dahulu kamu kerjakan".
(QS al 'araaf  7: 43)




Sekiranya tulisan ayat ini tidak jelas, sila rujuk kpda Al-Quran utk tulisan dan baris yg lebih jelas.

Diantara fadhilat ayat QS ini juga, insyaAllah boleh menyatukan ahli keluarga yg selalu bertengkar, atau kaum yg bertelagah, dan boleh juga dibaca utk merawat penyakit dalaman, biiznillah...
Wallahhu'Alam..

[Sumber...]





Semak.. 👉 ~  https://www.meremang.my/misteri/jin-ummu-sibyan-mengikat-rahim-wanita-dan-membunuh-bayi-dalam-kandungan/
. .
~***~LadingEMAS~***~


No comments:

Post a Comment