Tuesday, October 25, 2011

Sujud Syukur

Sujud Syukur ~ Thankyou Allah !!!
SAKINAH BT ARSHAD AHMAD
Sent: Tuesday, October 25, 2011 8:09 AM



Assalamualaikum w.b.t.

Untuk membiasakan diri lakukan setiap kali sebelum/selepas solat fardhu.

Selamat beramal….

Semoga kita tidak menjadi hamba yang  lupa untuk berterima kasih pada Nya……

SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:

1)     Mengadap kiblat

2)     Berniat untuk sujud syukur

3)     Bertakbir kemudian terus sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.Tiada bacaan khusus

4)     Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian terus member salam tanpa membaca doa tasyahud.

RUKUN SUJUD SYUKUR

1) Berniat untuk sujud syukur

2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud

3) Satu kali sujud

4) Memberi salam sesudah sujud tanpa membaca doa tasyahud

HUKUM SUJUD SYUKUR DI DALAM SOLAT

Menurut mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalm solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.

HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG MENGERJAKAN SOLAT

Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

Wallahua’lam…. Kalau ada sebarang pembetulan, penambahan dan sbgnya sila kan….

Semoga di berkati Nya


. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment