Monday, September 26, 2011

Burhanuddin Rabbani ~ Presiden Mujahideen

Bekas Presiden Mujahideen Afghanistan, Burhanuddin Rabbani dibunuh

Prof Burhanuddin Rabbani
Bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani dibunuh semalam. Beliau dibunuh oleh penyerang berani mati yang menyembunyikan bom didalam serban dan meledakkannya ketika berhampiran dengan Burhanuddin. Dengan ini Afghanistan kehilangan salah seorang lagi tokoh bagi umatnya. Didalam realiti umat atau negara yang penduduknya berpuak atau berkabilah seperti Afghanistan, tokoh sering lebih utama dari pertubuhan. Adapun dinegara-negara sivil atau madani, pertubuhan lebih menjadi pilihan masyarakat.
Nama beliau mula terukir dalam sejarah apabila tentera Soviet menceroboh Afghanistan pada tahun 1979-1991, beliau, seorang professor dalam Pengajian Islam di Kabul, yang memimpin Jamaat Islami Afghanistan sebagai satu pertubuhan dakwah, kemudiannya memimpin gerakan Jamaat Islami sebagai batalion mujahideen menentang penjajahan tersebut. Kesemua 7 kumpulan besar mujahideen ketika itu adalah:
1] Jamiat Islami,
2] Hizb Islami,
3] Harakat Islami,
4] Hizb Al-Wahdah,
5] Hizbullah Afghanistan,
6] Jamiat Ulamak Al-Islam dan
7] Ittihad Islami.
Ir. Ahmad Shah Mas’ud, graduan kejuruteraan. Ketika diuniversii telah mula terlibat didalam dakwah dibawah kepimpinan pensyarahnya, Burhanuddin Rabbani. Kemudian beliau menjadi panglima paling berjaya, menewaskan Soviet di lapan peperangan strategik yang membawa kekalahan Empayar Timur itu. Dizaman Taliban berkuasa, wilayah beliau di utara Afghanistan masih dikuasai oleh keperwiraan beliau tanpa dapat digugat oleh Taliban. Di Mekah dan Madinah terdapat ramai bangsa Afghanistan tinggal dan berniaga. Apabila saya sebut Ahmad Shah Mas’ud, pasti mereka akan berkata, “Dia adalah Khalid Al-Walid zaman ini”.

Pada mulanya, penentangan mujahideen terhadap tentera Soviet, salah satu Kuasa Besar Dunia begitu sukar kerana ketidak seragaman dan sikap taasub yang masih menebal dikalangan mereka. Perbezaan tujuh kumpulan mujahideen banyak didasari oleh perbezaan bangsa yang terdapat didalam bumi Afghanistan sendiri iaitu Pashtun (majoriti penduduk), Parsi (terutama yang bersempadan dengan Iran), Tajik (terutama yang bersempadan dengan Tajikistan) dan Uzbek (terutama yang bersempadan dengan Uzbekistan).

Pertelingkahan dan ketidak seragaman dikalangan para Mujahideen tersebut akhirnya diselesaikan dengan kehadiran tokoh Ikhwan Muslimin Jordan, Al-Akh Al-Mujahid, Professor Abdullah Azzam bersama mereka dan menyelaras kesatuan dan kekuatan mereka. Jihad Islam di bumi Afghanistan ketika itu dikuatkan lagi dengan kehadiran mujahideen Arab atau dipanggil “Afghan Arabs” yang banyak mengalahkan tentera Rusia dibanyak pos-pos penting. Akhirnya Soviet Union kalah pada tahun 1991 dan bukan setakat itu, malahan Empayar USSR (United Soviet Socialist Republics) yang dikira terbesar didunia ketika itu runtuh diikuti terungkainya tembok Komunis di negara-negara Eropah, lalu USSR mengecil menjadi Rusia pada hari ini.

Setelah Rusia kalah dan berundur dan Abdullah Azzam syahid dibom dalam perjalanannya menaiki jeep ke Solat Jumaat di Pakistan, tujuh kumpulan Mujahideen yang memegang tampuk pemerintahan dibawah Presiden Burhanuddin Rabbani mula bertelagah dan berperang sesama sendiri. Ir Hekmatyar, memimpin mujahideen Hizb Islami membedil Kabul dengan roket-roket. Dunia Islam termasuk saya sendiri sedih dengan tragedi ini dimana setelah 12 tahun ratusan ribu umat Afghanistan dibunuh oleh Komunis Rusia dan para Mujahideen berjuang mengalahkan Rusia, kini setelah musuh kalah dan keluar dari bumi mereka, mereka pula bersengketa sesama mereka.

Apa yang berlaku memahamkan lagi saya manhaj Dakwah oleh Imam yang telah Hasan Al-Banna bahawa kekuatan itu mempunyai 3 fasa iaitu Kekuatan Iman dan Akidah, kemudian Kekuatan Kesatuan dan Ukhuwwah, kemudian Kekuatan Senjata dan Bantuan Luar. Tanpa mengikut tertib tersebsebut yang juga telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw didalam Seerah, hasilnya nanti adalah kerosakan dan kerugian nyawa, masa, tenaga dan harta benda. Mengulas apa yang berlaku di Afghanistan, saya mendengar Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Marhum Mustafa Masyhur berkata penyelesaian di Afghanistan adalah kembali “Membina Generasi Baru” yang memahami dan menghayati Islam yang boleh diharapkan untuk membina kehidupan masyarakat di Afghanistan berlandaskan Islam yang sahih.

Asy-Syahid Prof Dr Abdullah Azzam (foto: bertopi Afghanistan, berserban Arab Syam), seorang Arab Jordan, kewarakan, tawadhuk dan ketokohannya mampu menyatukan semua pimpinan dan tentera Mujahideen dalam menentang Kuasa Besar Soviet. Beliau menghabiskan thesis Masters dan PhD (Usul Fiqh) nya, bukan diperpustakaan, tetapi didalam kem-kem latihan mujahideen di Jordan untuk menentang Israel. Menjadi pensyarah universiti di Mekah. Ketika bersaie di Safa Marwa, seorang teman rapat bertemu beliau dan berkata, “Aku mengenali engkau wahai Abdullah. Bukan disini (Mekah) tempatmu. Tempatmu sebenarnya ialah di Afghanistan (jihad melawan Soviet sedang berlangsung)”. Sejak itu Abdullah tidak duduk senang, jiwa nya telah berada disana sebeum badannya. Tiba-tiba iklan menjadi pensyarah di Universiti Islam Islamabad keluar lalu beliau memohonnya dan berjaya. Sejak beliau menjejak kaki di Jihad di Afghanistan, ramai belia Arab ke sana. Beliau digelar “Bapa Jihad Moden”. Diceritakan beliau tidak meninggalkan solat Tahajjud sebelum subuh walaupun beliau pulang lewat ke rumah jam 3 atau 4 pagi dan tidur.

Pakistan, seperti mana-mana negara didunia sentiasa beruaha untuk meluaskan pengaruhnya dinegara-negara jiran. Pada tahun 1996, dengan dokongannya yang kuat, golongan Taliban berjaya mengalahkan Kerajaan Mujahideen Afghanistan dan memerintah selama 5 tahun (1996-2001). Taliban meletupkan patung gergasi Buddha di Bamyam, Afghanistan pada 21.3.2001. Sejak Taliban memerintah Afghanistan, yang dianggap extremis Islam, Amerika, Israel dan Negara-negara Barat mula merancang untuk menceroboh Aghanistan dan menamatkan pemerintahan Taliban.

Pada tahun 2001 yang sama, pada 11 September 2001, Amerika mendakwa bangunannya di New York diserang oleh Al-Qaeda yang bertapak di dalam pemerintahan Taliban di Afghanistan. Dakwaan tanpa bukti kukuh ini digunakan Amerika untuk menceroboh Afghanistan sehingga ke hari ini. Dua hari sebelum itu, panglima paling terkemuka di kalangan para Mujahideen, Ahmad Shah Mas’ud dibunuh oleh beberapa orang yang menyamar sebagai wartawan yang menemuramah beliau. Bom dipasang didalam video kamera.
Dilemma di Afghanistan kini adalah :
  1. Rakyatnya berdarah perwira. Sebuah negara yang dizaman Penjajahan Barat merupakan hampir satu-satunya negara umat Islam yang tidak dapat dijajah oleh Barat maupun Timur, namun mereka kekurangan generasi Islam yang memahami risalah Islam sebenar dan mereka mempengaruhi dan menyusun negara dengan baik.
  2. Penjajahan Barat terutamanya Amerika pada hari ini menimbulkan rasa sangsi kepada extremis Islam seperti Taliban, Hizb Islami (pimpinan Hekmatyar) dan kumpulan-kumpulan lain, lalu memusuhi kumpulan-kumpulan saudara seIslam yang bekerjasama dengan Amerika di Kabul, seperti kumpulan Jamaat Islami pimpinan Burhanuddin Rabbani, ittihad Islami pimpinan Sayyaf dan lain-lain.
  3. Pemikiran lama yang masih menebal dikalangan Taliban dan sekutu-sekutunya yang menolak Demokrasi, sedang kumpulan-kumpulan yang mereka musuhi menerima Demokrasi sebagai cara terbaik dikala ini untuk membangunkan Afghanistan.
  4. Tiadanya tokoh ulung seperti Asy-Syahid Abdullah Azzam yang boleh menyatukan suara para Mujahideen, atau sebuah gerakan ulung di sana yang didengari pendiriannya oleh semua pihak.
  5. Negara yang jauh terkebelakang disegi infrastruktur, kemudahan asas, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya. Ini ditambah dengan kerosakan besar yang telah, sedang dan akan dialami hasil dari pertembungan Barat dan Timur yang tamakkan pengaruh untuk bertapak di bumi Afghanistan yang sangat strategik.
“Kamu akan diganyang oleh umat-umat seperti orang-orangy yang lapar mendatangi makanan mereka. Para Sahabat bertanya ‘Adakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah’. Nabi saw menjawab, ‘Tidak, bahkan kamu banyak tetapi kamu adalah buih seperti buih-buih dilautan. Allah akan menghilangkan rasa takut musuh terhadap kamu dan mencampakkan kedalam hati-hati kamu Al-Wahan’. Para Sahabat bertanya, ‘Apakah Al-Wahan ya Rasulullah?’. Nabi saaw menjawab ‘Cinta dunia dan takut mati’ (Hadis Sahih).
Professor Abdul Rabb Rasul Sayyaf, dulunya ketua Ittihad Islami, diantara orang yang diwasiatkan oleh Al-Ustaz Abdullah Azzam selepas ketiadaannya. Hari ini seperti pimpinan-pimpinan lain di Afghanistan, dengan kehadiran Penjajah Amerika dan Barat, mereka tidak punya banyak pilihan. Pada mereka Afghanistan perlu dibangunkan, dan tidak mungkin generasi demi generasi di Afghanistan membesar dalam suasana malapetaka dan tidak menentu seperti ini. (Foto; Sedang menerima dan memberi ucap tahniah kepada ahli-ahli Parlimen Afghanistan yang baru dilantik).
Semoga Allah swt menyelamatkan umat Islam, menukar mereka dari tahap dihina dan dipermainkan oleh musuh-musuh kepada umat yang memimpin dan membimbing dunia seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu. Juga moga lahir dari bumi dan rakyat Afghanistan sendiri satu jemaah yang kuat yang mampu Membina Generasi Harapan bukan sahaja bagi negara mereka, bahkan bagi Umat Islam sekeliannya. Ia tidak mustahil asalkan mereka mengikut Sunnah Rasulullah saw dalam perjuangan Baginda saw.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wp.com
.
.
.
.
.

Profile: Burhanuddin Rabbani

A pragmatist who saw engagement in the reconciliation process as a way of securing his position in a post-US Afghanistan
Ten years from now, the assassination of Burhanuddin Rabbani, head ofAfghanistan‘s High Peace Council (HPC), may well be seen as a decisive step towards a renewed civil war. Rabbani, a former president of Afghanistan and important northerner, is the most significant national figure to be assassinated since the fall of the Taliban regime at the end of 2001.
Born in 1940 in the remote northern province of Badakhshan, Rabbani became an outspoken professor of Islamic law at Kabul University and the leader of the ideological and activist group Jamiat-e Islami, or Islamic Society. In 1974, fleeing arrest for his political activities, he settled across the border in Pakistan. There, subsequent to the 1979 Soviet invasion of Afghanistan, he would play a crucial role in transforming Jamiat, with US and Pakistani patronage, into a network of mujahideen fighters.
It was these mujahideen groups who inherited the country after the fall of the Communist-backed regime in 1991, and Rabbani became president for a brief period before the government split along factional and ethnic lines, ushering in a period of brutal civil war that was halted only by the rise of the Taliban, who captured Kabul in 1996.
After the fall of the Taliban, Rabbani presided over the fractious Jamiat network, which, though often opposed to Hamid Karzai, grew soft on the lucrative aid and contracting boom, was too divided by internal rivalries to be effective.
In October 2010, he surprised many supporters when he became head of the HPC, a Karzai-appointed group that was criticised for consisting mostly of former mujahideen, precisely the people the Taliban had kicked out of power.
And indeed, it is likely that Rabbani saw the council, which helps administer a $200m trust fund for reintegration, primarily as a patronage mechanism and a way to enhance his clout and resources after spending a decade outside of government. A friend and tribal elder from Badakhshan told me last summer that mysterious Taliban groups had appeared in formerly secure districts in his province, in what he presumed was a ploy by Rabbani’s people for the funds made available for reintegration.
Taliban groups had appeared in formerly secure districts in his province, in what he presumed was a ploy by Rabbani’s people for the funds made available for reintegration.
Still, Rabbani was a pragmatist who saw engagement in the reconciliation process as a way of securing his position in a post-US Afghanistan. His killing will undoubtedly harden attitudes against a peace process across northern Afghanistan. It also means the High Peace Council will be in disarray before important conferences in Turkey and Germany this year. And as the latest in a string of high-profile assassinations over the past year that has eliminated many of the old mujahideen leadership, it is a worrying sign that Afghanistan, with fewer figures capable of reining in its centrifugal forces, is careening towards a renewed disintegration.

Petikkan~ http://inijalanku.wordpress.com/2011/09/21/bekas-presiden-mujahideen-afghanistan-burhanuddin-rabbani-dibunuh/

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

Post a Comment