Wednesday, February 10, 2010

Kanser dan PerUbatan Alternative

 Kanser dan PerUbatan Alternative

BIJI APRICOT

Biji apricot (Apricot Kernels) merupakan kumpulan Nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat didalamnya yang sangat luar biasa. Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17.

B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser). Ia merupakan pembunuh senyap.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari biji apricot (Apricot Kernels) B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit) , epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda.

Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan seratus tahun dahulu.Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi ia merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide”.ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya “klorin”. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

Pekara yang sama juga berlaku dalam biji apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan “stress” atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.


B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat.


B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap kanser hati pula.

Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

For prevention, however, Dr Ernst T Krebs Jr., the biochemist who first produced laetrile (concentrated amygdalin) in the 1950s, recommended that if a person would eat ten to twelve apricot kernels a day for life, then barring Chernobyl, he is likely to be cancer free.

Pada permulaan abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat barah prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser.
Oleh itu cadangan memakan 10 - 12 Apricot kernels setiap hari insyaAllah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri. 

 Infomasi ini dipetik dari : World Without Cancer by G. Edward Griffin (American Media, California, 1974 and 1997). For testimonies of cancer sufferers treated with laetrile and nutrition therapy read Alive and Well (American Media, California, 1994) by Philip E Binzel, Jr., M.D. and see ‘Vitamin B17 therapy - does it work?’ See also ‘’Cancer Prevention - A Change In Our Diet’.

Antara klinik dan hospital yangMengggunakan Vitamin B17 Apricot Seed
The Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia , The Kroiss Cancer Center , Austria Immuno Augmentative Therapy Center , Bahamas , Ozone Research Center , Havana , Cuba Center for Integrated , Vancouver , Kanada , HOC Center for Progressive Medicine , Kanada , Kelowna Naturopathic Clinic , Kelowna , Kanada , Brackendene Clinic , England , The Bristol Cancer Help Center , England , The Issels Cancer Treatment , England , Bio Med Klinik , Jerman , Klinik St Georg , Jerman , Optimum Health Centre , Hong Kong , United Cancer Research Institute , Hungary , The East Clinic , Ireland , Sant Orsola Malpighi Hospital , Bologna , Itali Holistic Keihoku Hospital , Tokyo ,Jepun , Oasis Hope of Hospital , Tiguana , Mexico , Hospital de Diagnostico , San Salvador , J. Buxalleu Font , Barcelona , Sepanyol ,. Las Mariposas Clinic , Malaga , Sepanyol , Spring of Life Therapeutic Cancer, Afrika Selatan .


SEDIKIT INFO MENGENAI APRICOT
vitamin b17 boleh di dapati dari biji apricot...


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.


Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...


Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.



Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.



Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.



Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21

JUGA BERTINDAK

•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati

•Membersihkan saluran darah

• Merawat penyakit diabetes

• Menurunkan tekanan darah tinggi

• Memperbaiki fungsi buah pinggang

• Mengurangkan kesakitan sendi tulang

• Memudahkan penurunan berat badan

• Baik untuk pembersihan usus

• Mengawal masaalah serawan (ruang putih di dlm mulut)

• Pemangkin kepada kesihatan mental


Tip CancerAmalkan memakan makanan yang mengandungi B17 di bawah ini.

a. Broccoli, asparagus, beets,(tumbubuhan yang akarnya manis), Kobis,Lobak merah,Bunga kobis,celery, timun , lemon hijau dan kuning,
b. Kacang hijau, kacang merah, dan kacang buncis, lada hitam ( yang muda) Bayam, spinach, biji sawi, collards, asparagus, salad, kacang bendi, daun parsley, kobis, segala jenis lobak, sayaur yang ada getah putih dan berdaun besar,sengkuang cina, daun gandum muda, barley grass, Ubi sengkuang, tauge, bawang putih dan bawang merah.



Sel Cancer akan merebak dengan cepat jika tubuh berasid 6.6 ph hingga 5.5 ph



1.Faktor tubuh berasid

1· Pemakanan jika diambil berlebihan dalam jangka waktu yang lama

a· Jenis makanan tinggi protein terutamanya protein haiwan contohnya daging lembu dan ayam. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang.

b· Minuman bergas dan jus buah-buahan terutamanya yang telah diproses dan mengandungi bahan pengawet dan juga pewarna.

c· Makanan yang telah diperap seperti jeruk, ikan kering dan juga makanan ringan yang terlalu tinggi kandungan MSGnya.

2. Faktor emosi, mental dan spirit yang negatif. Kajian menunjukkan cara berfikir, sikap dan emosi yang negatif akan meningkatkan tahap keasidan dalam darah.

Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.

Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang merbahaya.

Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut

anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hatipenyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.

Untuk kewanitaan ;

Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis. ( 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .

Cara makan untuk penggunaa biasa : Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan Biji apricot tersebut.

Wallahu'Alam.

Lading_Emas

No comments:

Post a Comment