Thursday, January 7, 2010

Sirah Aurad Ahmadiah Fatani ~ Sheikh Hj Annuar Wahab

Darul Saka di Kota Kemuning ialah salah satu cawangan SGFM. Sebuah persatuan yg berdaftar. Pengasas SGFM ialah Arwah Tuan Guru Syeikh Anuar Wahab. Beliau ialah seorang Aulia Allah. DEN mengamalkan Aurad Ahmadiah Fatani mengambil Sanad dari Syeikh Anuar Wahab dari Syeikh Ramli bin Syeikh Abd Rahman dan Syeikh Rahman b Syeikh Tohir.

Anak Syeikh Ramli masih hidup...bernama Hj Abdul Rahman b Syeikh Ramli...Di Kg TITI GAJAH PENDANG KEDAH..Seorang yg terlalu merendah diri..PAKAR memulihkan santau..juga seorang AULIA.

Ketika kunjungan Hj Anuar berpuloh tahun dulu ke Rumah Hj Ramli...maka ketika itulah Aurad Ahmadiah diturunkan kepada Tuan Guru Hj Anuar dan Hj Rahman.

Lebai DIN yakni ayah kepada Ustaz Harun Din belajar dengan Syeikh Ramli b Syeikh Abd Rahman.
Masa permulaan Harun Din menulis buku rawatan asas Islam tu memang DEN tengok sendiri transkript itu yg di tunjukan oleh Hj Anuar yg diberi oleh Ustaz Harun Din untuk di semak. Masa itu DEN sedang menunggu keputusan SPM tahun 82 di Taman Mesra. Hj Anuar cakap kat DEN..Ustaz Harun Din tak keluarkan semua..Mungkin sebagai asas sahaja..Untuk Murid2 yg setia baru diajar kaedah2 perubatan yg Advance seperti perubatan kaedah tidur..mata malaikat, memecah raga dll. Malah suatu tahap belajar menyembelih ayam untuk mengenal urat2..dan pembuluh darah.

Itu belum bab duduk disejadah di Taman Mesra tahu2 hilang ke Kelantan. Tuan Guru Hj Anuar adalah Mursyid kepada 4 tarikat yg muktabar.

Antara murid2 beliau yg mengambil bahagian kerohanian ialah Mahaguru Ibrahim Mat Zin, Guru Dahlan Setia Bakti dan juga seorang yg membuka perguruan baru Selendang Merah di Johor dan ramai lagi guru silat. Mereka mengambil secara rahsia kerana mereka bertaraf guru.

Mat Kilau pula berguru kepada Syeikh Abd Rahman Tohir semasa beliau menyembunyikan diri di Siam...Maka sesuadah itu barulah penjernehan Ilmu Mat Kilau yg bercampur2 dgn serapah dan Jampi berlaku.

Maka pada penghujung 80an dan awal 90an ada pengambilan Sanad dari pendukung keilmuan Mat Kilau dari Hj Anuar kerana ada pertalian Sanad. Maka akan terdapat beberapa amalan kerohanian yg hampir sama cuma diolah mengikut kesesuaian oleh Guru. Itu semua tidak penting kerana tujuannya sama...mengesakan ALLAH Taala...


Aruah Guru berpesan agar di hidupkan amalan Aurad setiap hari secara individu dan berjemaah pula secara minguan sekali atau 2 kali...

Maka kalau ada 70 jemaah membaca Tahlil 1,000 kali so sudah cukup menjazamkan satu himpunan 70,000 kali Tahlil ( yakni Lailahaillallah ). Boleh juga kita niatkan untuk Ibu dan ayah jika kita sendiri sudah cukup nisab 70,000x...

Buek masa Ni DEN belum kasi lagi secara perseorangan kerana mengikut kaedah Guru, haruslah di baca beramai-ramai untuk memfasih dan mengambil rentak, dan juga untuk mudah DEN menafsir apa2 dapatan murid semasa bacaan Aurad.....

Sebenarnya Bacaan Aurad ini boleh dibuka kepada umum tapi faktor tempat sahaja yg menjadi masalah...Mana2 ahli keluarga patient yg datang pada malam Aurad dan ingin merasa sama berzikir secara jemaah memang DEN izinkan...

Ada kengkawan lama DEN jemput..depa tak mau datang ...biarlah depa ilmu tinggi ...Ada yg mengaku berzina ..minum arak dll..DEN kata..so what...Selagi Ada yakin ALLAH taala itu Maha Pengampun...what the hell...Begitu juga ada yg kata kurang arif mengaji...so What ? just follow...Zikir sahaja..Yg memberi faham itu ALLAH..So dont worry lebih2..yg penting seprti pesan Guru Den...Allah tidak memandang Amal Kamu yang banyak untuk Dia mengenalkan DiriNYA...

Alhamdulillah sudah 3 Salik DEN izinkan utnuk mengamalkan secara sendirian....Kalau berkembang...serta Malaysia..DEN di beri Ilham berzikir secara Live on the NET....untuk acara mingguan...tapi DEN tak pandai bab IT ni...bangang tahap Gaban. namun kalau ALLAH izinkan pasti Dia akan hantar Seseorang atau ramai yg bijaksana ke Darulsaka....

Al Fatihah untuk Guru2 ku.....

Lading_Emas

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. W'Salam wrth,

    AlHamdulillah, Tn boleh rujuk kpd Tuann empunyer Majlis iaitu Tok BeLagak [http://www.darulsaka.blogspot.com/]
    AhLan WaSahLan WaMarhaban...

    ReplyDelete