Friday, January 22, 2010

KEMBARA DAI'E MENCARI NUR ILAHI


KEMBARA DAI'E MENCARI NUR ILAHI (1)

Hari ini sebenarnya telah mengajar aku satu lagi erti kematangan dalam hidup.betapa hebatnya Allah S.W.T memberikan yang terbaik untuk hambanya.Aku terasa dimotivasi saat melihat kelibat hamba Allah Ini.Si ayah tua dan anak kecilnya.Timbul kesedaran disaat melihatnya mengajar anaknya bersolat.Si Ayah mahukan anaknya berdiri gagah dihadapan Allah walaupun dia terpaksa duduk untuk bersolat kerana kakinya sakit.. Dia mahukan anaknya lancar berbicara dihadapan Allah walaupun dia terketar ketar berbicara kerana menahan keuzuran..Namun Tabahnya hati seorang ayah tua..Hebatnya peribadi seorang yang digelar 'ayah' membuatkan aku memikirkan apakah aku telah menggunakan kudrat yang diberikan Allah ini sepenuhnya utk beribadat kepadanya..atau sudahkah aku melancarkan bacaanku diwaktu nikmat lisan yang dikurniakan Allah padaku belum terketar ketar menahan ujian Allah..Ya Allah..Berilah kekuatan kepadaku.Alhamdulillah atas kesedaran yang cukup bernilai ini..

KEMBARA DAI'E MENCARI NUR ILAHI (2)

Tertanya aku dalam hati ini,sudahkah aku menjadi seorang anak yang baik.Terdetik dihati ini untuk berkongsi sesuatu dengan semua sahabat-sahabat..Mudah mudahan ada sejalur keinsafan untuk kalian dan juga diriku. Pengalaman sememangnya mengajar kita erti kematangan dalam hidup.seringkali kita mendengar orang tua-tua berpesan,katanya hidup ni macam roda,sekelip mata saja kita akan merasa berada di pusingan yang atas jika sebelumnya kita dibawah dan begitu juga yang diatas,sekelip mata saja akan berada dibawah jika sebelumnya selesa diatas.Anak kecil pasti kan dewasa.yang dewasa akan tua..Dan kita takkan mampu menongkat dunia selamanya.sampai masanya matilah akhirnya. Jadi..Disini ingin aku kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian sesuatu yang cukup berharga.Kemana sahaja aku takkan pernah lupa pengalaman ni. Masa tu aku tingkatan 4..malam tu aku dengar mak bercakap dengan adik tentang 'nila baju'.Aku pun tak kisah la.pagi esoknya aku betul-betul terkejut..sebab baju sekolahku dah bercoreng dengan warna biru yang agak terang.tanpa berfikir panjang aku mencari mak..dengan suara yang 'agak' tinggi aku bertanya mak.. "apa ni mak...nak pakai macamna ni..macam dengan apa lagi ni..!" mak hanya cakap dia tersilap.kemudian menyambung kerjanya.abah yang melihat drama pagi tu hanya diam.aku memang begang pagi tu.baju dah bercoreng..kepala ligat memikirkan reaksi kawan-kawan disekolah.mesti kena gelak punya. Aku pun melangkah naik ke kereta dengan perasaan bercampur baur.Abah beritahu yang dia nak hantar pagi tu.aku pun tak kisahlah..selalunya aku naik bas ke sekolah.. dalam kereta aku tak bersuara apa-apa.kepalaku ligat memikirkan reaksi kawan-kawan disekolah. tiba-tiba abah bersuara. "Taklah teruk sangat baju tu..ok ja nampak.." Aku cuak dengan apa yang keluar dari mulut abah.tapi aku masih diam.cuma reaksiku hanya mengerutkan dahi tanda tak setujuku dengan apa yang dicakapnya. "Semalam abah yang pergi beli barang dengan mak..kalut sungguh dia dok pesan supaya ingatkan dia untuk beli nila baju..katanya nak bagi elok baju abang dengan kakak.." 

Aku tersentak..betul-betul tersentak. "Manala ada mak kat dunia ni nak tengok anak dia selekeh..lepastu kena perli dengan orang sebab selekeh tu.." Aku terus membisu.kata-kata abah betul-betul buat hati aku menangis. "mak.." Abah terus bercakap tanpa henti.mungkin geram dengan sikap ku pagi tu.. "Kelam kabut betul dia basuh baju..celup nila..jemur..seterikakan lagi..kita cuma tunggu nak pakai ja..tapi terima kasih pun tak terkeluar dari mulut kita.." Mula pada hari tu lah..aku pandai kucup dahi mak..aku buang perasaan segan untuk minta maaf dengan ucap terima kasih kat dia..sedar tak kadang-kadang anak-anak ni segan nak ucap terima kasih kat mak ayah dia. 

Sekarang bila dah banyak mengaji pasal kewajipan ketaatan kita pada mak ayah baru terlintas difikiran aku yang kehidupan ni akan jadi roda pada kita.Namun aku bersyukur sangat..pagi tu juga Allah bagi hidayahnya pada aku.Tak tahulah betapa banyak terima kasih yang patut aku sediakan buat abah aku.. Semoga sahabat-sahabat semua tahu yang betapa berharganya kasih seorang yang bergelar ibu dan ayah..Dan hargailah mereka sebelum roda mereka berputar sekali lagi kebawah..

KEMBARA DAI'E MENCARI NUR ILAHI (3)

Hari ini..masih bermain difikiranku satu perkara..Apakah aku sudah menjadi anak yang baik..Andai ditelusuri dalam-dalam,betapa banyaknya kesalahanku kepada kedua orang tuaku..Namun betapa Allah maha penyayang..mengajar aku erti rasa bersalah dan sekali lagi aku belajar betapa bernilainya kasih kepada ibu bapa walaupun hanya pada perkara yang remeh..

Hampir sebulan aku dikolej..dan tempoh itu jugalah aku tidak menjenguk rumah..hanya telefon yang menjadi penghubung tatakala hati terasa ingatkan mak..abah dan adik-adik.Tapi bukan ini yang ingin aku kongsikan dengan sahabat-sahabat.
Hanya satu perkara yang aku ingin kongsikan dengan kalian..iaitu tatkala aku balik kerumah setelah hampir sebulan tidak menampakkan batang hidung..
 

Jam waktu tu..7.30 malam..Bas terakhir aku untuk balik kerumah.setelah lama di kolej aku membuat keputusan untuk habiskan cuti selama dua hari ni dirumah.Hampir dua jam setengah perjalanan sampaila aku dirumah..Bila sampai ja dimuka pintu aku terus ja memberi salam dan masuk..kulihat abah dan mak diruang tamu.mereka seperti biasa tersenyum dengan kepulangan aku.Adik-adik didalam bilik.Tanpa bercakap panjang aku letak bag diatas meja dan aku duduk disamping mereka..berbual-bual dengan mereka.maklumlah lama dah tak balik..Seperti tiada apa yang berlaku kan?hehe...macam sahabat-sahabat jugak..aku pun tak perasan langsung tika itu aku dah buat satu kesilapan.Dan kesilapan tu mengguris hati seseorang.

Aku habiskan cuti selama dua hari tu dengan begitu puas.rehat..makan..berbual ngan abah..macam-macamla..dan sampai saat aku nak kembali ke kolej..seperti biasa aku akan jumpa mak sebab yang akan hantar aku kat stesen bas adalah abah..
Aku lihat wajah mak seakan menyembunyikan sesuatu..mak minta aku duduk sebentar.aku letakkan kembali bag yang sudah kugalas tadi..Abah kepekan saat tu..
"abang.."
tiba-tiba mak bersuara..aku mendengar dan memerhati dengan teliti..
"Abang lama dah tak balik..tapi bila abang balik abang dah buat abah terasa hati dengan abang.."
Aku memang terkejut sangat waktu tu..
"Astaqfirullah"..
"Sebab apa mak...abang buat apa..."Lembut aku bertanya pada mak..
"Masa abang sampai kerumah baru ni la...abang tak salam pun dengan mak dan abah..mak tahu abang lupa..tapi abah cakap dengan mak..Anak-anak ni bila dah besar lupa habis benda-benda macamtu.."
"Ya Allah..."
memang remeh kan perkara macamtu..kesalahan aku cuma terlupa nak 'salam' dan cium kedua tangan orang tuaku bila aku sampai kerumah.Sebenarnya perkara sebeginilah yang sering dilupakan dan sengaja dilupakan oleh anak-anak.
 

Aku seorang pelajar pengajian islam..sepatutnya perkara sebegini tak terlepas dari pandangan aku..
Sahabat-sahabat..ini bukan perkara remeh yang mesti dilupakan...sebagai anak..kita punya tanggungjawab yang besar..Alhamdulillah Allah datangkan kesedarannya melalui ibuku..Terima kasih mak...dan sampai saat ni..anak mak tak pernah lupa benda-benda besar yang diangap remeh ni..


KEMBARA DAI'E MENCARI NUR ILAHI (4)


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Allah, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dariMu..

Ya Allah, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin…..


 
KEMBARA DAI'E MENCARI NUR ILAHI (5)

Rasanya agak lama aku tak mencoretkan sesuatu disini..berkongsi pengalaman hidup dengan sahabat-sahabat sekalian.insyaallah kali ini aku ingin berkongsi sesuatu yang cukup berharga dan bermakna dalam hidupku..Semoga ada sesuatu yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita ini..

Tiga hari dua malam kami mengadakan program disebuah sekolah yang agak jauh dari tempat pengajianku..Aku bersama beberapa lagi teman yang berpengalaman dijemput untuk mengadakan program disekolah tersebut.Dengan menaiki bas kami bergerak kesebuah daerah yang agak asing bagiku.sesampainya disana kami disambut penuh meriah oleh warga sekolah tersebut.terpancar diwajah adik-adik yang menyambut kami satu harapan melangit agar kehadiran kami mampu memberikan sinar baru untuk mereka.
Dua hari bersama mereka sudah cukup untuk aku mengenali mereka dengan rapat.apa yang ingin aku kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian satu perkara yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku.
kumpulan aku terdiri dari 4orang pelajar.adik-adik yang aku kenali amat mengharapkan sesuatu yang bermakna yang mampu aku berikan buat mereka.Dalam fikiranku hanya satu..aku ingin menunjukkan jalan buat mereka semampu aku dalam tempoh masa yang cukup singkat.Tiga hari Dua malam..
Banyak yang aku kongsikan dengan mereka berempat..satu persatu aku terangkan kepada mereka bagaimana untuk menjadi anak yang baik,muslim yang baik dan pelajar yang baik..Aku juga insan yang serba kekurangan..namun inilah kerjaku sebagai seorang muslim..berdakwah sedaya upaya..nampak diwajah mereka riak bersungguh untuk berubah..
 

Sampai saat penghujung..kami berkumpul buat kali terakhir..Mendengar amanat dari seorang abang kepada adik-adiknya..tapi bagiku lebih kepada peringatan dari seorang saudara seagama kepada saudaranya..Terasa keakraban dengan mereka kerana terasa mereka begitu mengharapkan aku..Mengharap agar ada insan yang mampu menunjukkan jalan kepada mereka..Saat-saat akhir kami berkongsi pengalaman hidup..setiap seorang menceritakan pengalaman hidup mereka kepadaku,banyak yang ingin mereka kongsikan..Meluahkan yang mereka banyak melakukan dosa agar aku mampu tunjukkan jalan taubat buat mereka..Mengeluh panjang aku mendengar luahan ikhlas mereka..betapa manusia sebenarnya masih kabur dengan keseronokkan dunia.Alam remaja benar-benar memberanikan mereka untuk mencuba segala macam perkara tanpa mengambil kira dosa dan pahala.seorang demi seorang menceritakan kisah silam dan pengalaman mereka..sehingga sampai kepada seorang adik yang berada betul-betul dihadapanku.
"Abang..."
Berat mulutnya meluahkan apa yang ada didalam hati.ada takungan air jernih dikelopak matanya.
"Saya nak kongsilah apa yg pernah saya buat dulu dengan abang..sebab saya nak bertaubat sekarang.kalau abang nak tau dalam banyak-banyak kawan-kawan yang ada ni sayalah yang paling jahat.."
mendengarkan katanya aku sedikit terkedu..Mengeluh panjang aku..
"Abang..kalau abang nak tau..semua benda jahat saya pernah buat..saya minum arak..arak mana yang saya tak penah cuba..semua jenis saya pernah minum..dadah..semua jenis saya dah cuba bang..pil..ganja..tolak yang pakai jarum ja.. "

Terkedu lagi aku..takungan air jernih dimatanya mengalir turun.aku pandang wajahnya..Ya Allah..eemmmm..
"Bukan tu ja bang..saya pernah sekali nak tendang mak,nak pukul mak..saya pernah berniat nak bunuh ayah..memang nyaris-nyaris dah.."
aku pandang mukanya..sebak dalam hati aku..hanya Allah sahaja yang tahu..seumur hidup aku inilah kali pertama aku dengar luahan sebegini..
"abang..saya betul-betul insaf..saya betul nak bertaubat..saya dah cuba minta maaf kat mak ngan ayah..tapi diorang dah benci kat saya..pernah masa raya..abang,kakak..adik salam ngan ayah..tapi bila tiba ja giliran saya ayah palingkan muka dia dari saya..dia tarik tangan dia..mak kata kau ni kalau buat baik pun tetap kasar..bapak saudara pun heran dengan sikap ayah..kenapa benci sangat mereka dengan saya.."
aku memang tak mampu nak tahan air panas yang bertakung dalam kelopak mata ni..Besarnya ujian Allah kepada hambanya.
tiada kalam lain yang mampu aku berikan selain sabar dan usaha untuk kembalikan kepercayaan dan kemaafaan mak dan ayah..kataku..kita yg hilangkan kepercayaan tu jadi kita sendirilah yang perlu kembalikannya.

sahabat-sahabatku..inilah pengalaman hidupku..insan dhoif ini sekadar ingin berkongsi dengan kalian bahawa betapa masih ramai insan sebegini yang memerlukan dai'e seperti kita.biarpun banyak kekurangan yang masih berbekam dalam jiwa kita,janganlah jadikan ianya sebagai penghalang kepada kita untuk menjalankan kewajipan ini.
kepada adik-adikku terutama sekali yang abang ceritakan kisahnya disini..mudah mudahan Nur Ilahi takkan pernah terpadam buat kalian..Amin..



Petikan dari ~http://hadfiz.blogspot.com/search/label/Cerpen 


Lading_Emas

No comments:

Post a Comment