Thursday, January 7, 2010

Google Translate: Cara Mudah Membaca Bahasa Asing Di Internet

Rabu, Januari 06, 2010
Google Translate: Cara Mudah Membaca Bahasa Asing Di Internet

Google Translate: Cara Mudah Membaca Bahasa Asing Di Internet

Dalam tutorial ini, saya ingin berkongsi dengan anda, cara paling mudah untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris di internet, menggunakan Google Translate. Sebenarnya, ada banyak tool dan software untuk membuat terjemahan di internet. Banyak yang percuma, dan beberapa lagi yang berbayar. Insya Allah, di masa depan, saya akan menulis lebih.

UNTUK VERSI BAHASA INGGERIS SILA KLIK SINI



Google Translate adalah penterjemah automatik yang bekerja tanpa campur tangan manusia, dengan menggunakan teknologi.

Google Translate kini menyokong penterjemahan antara salah satu daripada 51 Bahasa berikut:

* Afrikaans * Albania * arab * Belarus * Bulgarian * Catalan * cina (Sederhana)
* China (Tradisional) * Croatia * Czech * Denmark * Belanda * Bahasa Inggeris * Estonian
* Filipina * Finland * Perancis * Galicia * Jerman * Greece * Ibrani * Hindi
* Hungary * Icelandic * Itali * Bahasa Indonesia * Ireland * Jepun * Korea * Latvia
* Lithuania * Macedonian * bahasa melayu * maltese * * Parsi * norwegian polish
* Portuguese * Romanian * Russian * Serbian * Slovak * Slovenian * Sepanyol
* Swahili * Sweden * Thai * Turkey * Ukrainian * Vietnamese * Wales * Yiddish

Jika anda tidak pasti bahasa apa yang anda cuba untuk terjemahkan, fungsi 'Deteksi Bahasa' boleh mengetahui perkara itu untuk anda. Ketepatan pengesanan bahasa automatik meningkat dengan jumlah teks yang dimasukkan.

MENGGUNAKAN GOOGLE TRANSLATE UNTUK PELBAGAI TUJUAN

Kita boleh menggunakan Google Translate untuk:

1. Menterjemahkan laman (web dan blog) yang anda baca di internet. kitaa boleh membaca web berbahasa Cina, walaupun kita tidak tahu sepatah perkataan sekalipun dalam Bahasa Cina.

2. Untuk penjual di eBay (eBayer). Ada eBayers yang tidak tahu sepatah perkataan dalam Bahasa Perancis boleh membuat wang di eBay Perancis, menggunakan Google Translate ini.

3. Saya sendiri, menggunakan Google Translate untuk menulis dalam Bahasa Inggeris. (Sudah tentu
saya perlu mengeditnya..).

Menggunakan Google Translate untuk membaca laman (web dan blog)

Katakanlah, anda ingin membaca blog MomBloggersPlenet.com dalam Bahasa Melayu. Anda hanya perlu melakukan DUA LANGKAH mudah. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan, ialah:

1. Paste URL ke dalam kotak yang disediakan di Google Translate.

2. Klik butang [TRANSLATE].

Petikan dari Blog http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/01/google-translate-cara-mudah-membaca.html




Lading_Emas

No comments:

Post a Comment