Tuesday, November 24, 2009

Perang atas Org yg memusuhi WaLiNYA

قَالَ : مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ
حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِي لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِي لأُعِيْذَنَّهُ


[رواه البخاري]




Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda ~
"Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliku maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi."

-Riwayat Bukhori.


Lading_Emas

Thursday, November 19, 2009

Bismillah Enam dan Bismillah Lima





----------ERTINYA----------


1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu "sebaik baik Tuhan yg Memelihara" dan Dia-lah Maha Rahim''



KHAFIAT BISMILLAH ENAM

•Makbul segala hajat dan cita-cita.

•Luas rezkinya.

•Jika ditiup kpd kekasih nescaya kasih ia kepada kita.

•Menang dalam peperangan.

•Penerang hati.

•Diajuhkan dari segala penyakit.

•Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

•Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

•Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

•Aman daripada binatang2 buas.

•Air laut menjadi tawar.

•Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

•Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

•Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

•Terselamat dari karam dilaut.

•Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.

•Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

•Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.

•Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

•Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

•Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

•Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

INI HANYALAH INKHTIAR DOA,
PERLU DIINGAT "AYAT TAK POWER" YG POWER MUTLAK => ALLAH,
OLEH ITU, JADIKAN PENGGANTUNGAN ANDA
SEMATA2 PADA ALLAH RABBULJALIL..!!!

***********************************************






Ertinya:-

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,

Dengan nama Allah yang penyembuh,

Dengan nama Allah yang mencukupi segalanya,

Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namanya samada kejahatan di bumi maupun di langit, Dia amat Maha menDengar lagi Maha Mengetahui.

       Dinamakan Bismillah 5 kerana ada lima Bismillah di awal rangkapnya. Elok diamalkan bersama Bismillah 6 sebagai menstabilkan limpahan energi Bismillah 6 yang menyebabkan kesan sampingan seperti tapai menjadi tawar, tabiat ragi tidak berfungsi. Amalan bersamaBismillah 5 Bismillah 6 menjadikan segala racun menjadi tawar dan tidak akan memberi mudarat kalau tersalah minum. Semuanya dengan izin Allah jua.


Manfaat:

1. Penawar bisa diri.

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian.

5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

p.s. Rujukan mengenai Bismillah 5, fungsi dan cara menggunakannya adalah RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN & AS-SUNNAH oleh Dr. Amran Kasimin & Prof. Dr. Haron Din

Cara menggunakan Bismillah 5 ni:

1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

        Kalau buat ikut cara kita boleh, dengan letak tangan jer atas tpt sakit tu dan baca terus bismillah 5 ni, mcm anak jatuh n takut tak sempat nak ikut cara di atas mcm nak amik air bagai...yang penting KEYAKINAN semasa membacanya dan khusyuk. InsyaAllah. Dan kalau kepala anak benjol sebab jatuh, sambil tuam air suam or ais batu kat tpt benjol tu, blh baca bismillah 5 ni sekali. Oh ya, kalau rasa nafas tu pendek tak boleh nak baca bismillah 5 ni ngan satu nafas sampai 7x or ikut berapa kita suka, tak mengapalah, blhlah satu bismillah tu satu nafas.


Lading_Emas

Wednesday, November 18, 2009

Yahudi BIJAK??? … baca & fikirkanlah

Mengapa Yahudi BIJAK … baca & fikirkanlah

Feb 1, 2009 myVIEWZ Ini adalah thesis yang telah dibuat oleh Dr Stephen Carr Leon
tentang orang Yahudi. Beliau telah mengkaji selama 8 tahun untuk mendalami cara hidup
orang yahudi tentang pemakanan, gaya hidup, kepercayaan, dan sebagainya.

****************************************************

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani
housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik
dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi
Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,
dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah
bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan
di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,
senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang
saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab
nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada
mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak
boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya,
disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk
pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan
tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan,
adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya
dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan
zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung,
pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan
bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suaminya, saya sungguh hairan kerana
teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya
kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh
kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya
bantu beliau.
Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara
ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan
metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan
beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan
korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti
dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai
jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut
beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya
menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak
ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang
orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja
jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad
dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan
hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan
dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat
(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk
dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang
makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di

Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak
manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa
generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh
saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi
nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup
dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan
pil minyak ikan (code oil lever)

Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan
rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi
mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka
bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak)
maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh
berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan
dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi
kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut
teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu
perkaradisamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi
(menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan
mengarut, tetapi diteliti dgn serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka
tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki
melakukan projek dan memperaktik kannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda
(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?

Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah
mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan
ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak
ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai
adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran
mereka ialah sushi (ikan mentah).

Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia
membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)
jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan
pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg
perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr,
Cocacola, DKNY,

Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama
dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti
perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan
ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,
barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan
doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan
keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya
memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika
sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah
tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara
pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,
menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak
kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg
tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah
tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti
dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk
makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan
sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat
banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan
jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70cts !!! dan hasilnya?

Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti
terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.

Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah
kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal
ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah,
mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?

Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi
pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui
program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat
menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai
Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia
untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
- Dr. Stephen Carr Leon -


Lading_Emas

SALAM

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Sabtu, 24 Oktober 2009 12:16


PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah
al-Munawwarah adalah :

" Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan,
jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang
tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera"
( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara
sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum
warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan
keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan
yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab
rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.
( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.”

Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut,

“Jangan kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut,

“Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang
telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di
dalam hadis Anas disebut bahawa:

“Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.”
(Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:

Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang
sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas
didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar
dari majlis.

Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka
yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”

Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang
dikenali atau tidak. Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.

Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang
solat, bisu atau jarak yang agak jauh.

Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan
mahram.

Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa
memberi salam.

Muga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi
memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.


Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci,
sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada

awal Bulan November 2009.



Lading_Emas

Doa Nurun Nubuwwah


Doa Nurun Nubuwwah  di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah. Jangan tersasar, ingatlah segalanya datang DARIPADA ALLAH dan bukan daripada ayat doa.

Dan di antara khasiat–khasiatnya adalah seperti berikut;

(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”.

Selanjutnya beliau bersabda: ”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.


(7) Bertemu para nabi.

Rasulullah SAW bersabda:  ”Sesiapa yg ingin bertemu dgn para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yg melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yg sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.

Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.

Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.


**************************************************

Ertinya :


“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin.
Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.
Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgahsana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir.
Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian.
Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir.
Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”


Khasiatnya :

Selain boleh menghapuskan segala dosa (kecuali dosa syirik), banyak lagi fadilat doa ini, antaranya:

1. Doa ini boleh di pergunakan utk memohon kekayaan. Kepada Org yg berhajatkan kekayaan, doa ini hendaklah di baca 100 kali pada malam Jumaat. Tanamkan kunyit dalam tanah di suatu tempat sunyi. Banyaknya kunyit terpulang pada Org yg memohon kekayaan itu. Jika di kabulkan Allah, Org yg mengamalkan doa ini akan mendapat alamat apabila kunyit yg di tanam sudah bertukar menjadi emas.

2. Jika di baca pada setiap lepas Solat lima waktu, apa yg kita hajati insya- Allah akan berhasil.

3. Jika ada raja yg ingin menjadi pendeta, maka dgn berkat doa ini insya-Allah akan tercapai.

4. Demikian juga jika ada pendita yg ingin menjadi wali Allah, dgn membaca doa ini insya-Allah mendapatnya. Dan jika ada jin yg ingin menjadi manusia, dgn berkat doa ini insya-Allah jadilah dia manusia.

5. Jika ada binatang yg cacat, dgn dibacakan padanya, insya-Allah binatang itu akan menjadi sempurna sifatnya.

6. Jika sesiapa membaca sekali ketika matahari hampir terbenam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

7. Jika anda ada musuh, bacakan doa ini, insya-Allah musuh akan menjadi sayang pada anda.

8. Jika tidak boleh membaca atau menghafalnya, tuliskan doa ini dan simpan dalam rumah, insya-Allah terselamat daripada sihir, ilmu hitam dan penyakit.

9. Apabila di letakkan pada tanaman, insya-Allah tanaman itu selamat daripada segala musuh.

10. Apabila diletakkan pada tempat yang didiami syaitan, iblis, jin, hantu dan segala macam makhluk halus yang jahat, insya-Allah mereka semua akan pergi dari situ.

11. Jika ingin melihat sesuatu yang indah, bacakan 100 kali pada malam sabtu, insya- Allah anda akan diperlihatkan keajaiban.

12. Jika anda berperahu di laut dan membacakan doa ini, kemudian tiupkan ke laut, insya-Allah air laut akan menjadi tawar.

13. Jika dibaca pada malam minggu, insya-Allah anda akan awet muda.

14. Jika dibaca pada malam Isnin, Allah akan memberikan keselamatan.

15. Jika dibaca pada malam Selasa, anda akan menjadi kuat.

16. Jika dibaca pada malam Rabu, gigi menjadi teguh.

17. Jika dibaca pada malam Khamis akan memeperelokkan wajah.

18. Jika dibaca pada binatang buas, insya-Allah ia akan tunduk.

19. Jika dibaca pada malam hari, seluruh malaikat akan turun dari langit memohonkan ampun untuk orang yang membacanya.

20. Jika dibaca pada hari raya, maka apa yang dihajat akan segera berhasil.

21. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan para nabi, bacakan 100 kali doa ini, kemudian tidur, insya-Allah akan bermimpi berjumpa dengan para nabi dan sesiapa memandangnya akan berasa kasih sayang.”

22. Untuk menyembuhkan orang sakit, baca doa ini pada minyak. Sapukan minyak itu pada tempat yang sakit, insya-Allah akan sembuh.

23. Demikian juga, jika ada orang yang diganggu hantu, syaitan, jin, kerasukan, pengsan atau gila, bacakan pada minyak dan sapukan pada orang berkenaan.

24. Andainya anda ingin mendekati raja, orang berkedudukan tinggi atau orang ramai, baca doa ini setiap hari, insya-Allah semua akan kasihkan anda.

25. Jika ingin kuat berjalan, bacakan pada sirih bertemu urat, kemudian usapkan daun itu dari kepala sampai ke dua hujung kaki, insya-Allah anda akan kuat berjalan.

26. Jika anda dalam perjalanan dan ada tanda akan hujan, bacakan doa ini, insya- Allah tidak jadi hujan.

27. Jika terjadi permusuhan, bacakan berulang kali, insya-Allah akan berhenti.

28. Jika akan berangkat ke medan perang, bacakan doa ini, insya-Allah tidak di kejar musuh, sebaliknya musuh akan bercerai-berai sesama sendiri.

29. Jika ada wanita yang sukar bersalin, bacakan doa ini pada air dalam mangkuk putih, minumkan air itu, insya-Allah bayinya akan cepat lahir.

30. Jika ada orang sakit mata, bacakan doa ini dan hembuskan pada matanya, insya- Allah lekas sembuh.

31. Apabila ada orang digigit ular, kena bisa, racun atau penyakit lain, bacakan doa ini pada tempat yang luka atau tempat yang sakit, insya-Allah lekas sembuh.

32. Jika anda ingin bertemu raja jin, sucikan diri anda daripada najis dan hadas, bacakan doa ini 100 kali pada malam Jumaat di tempat yang suci dan sunyi.

33. Rasulullah bersabda:”Jika kamu ingin di muliakan orang lain, bacalah doa ini.”

34. Jika anda hendak melamar seseorang wanita, berpuasalah sehari dan jangan tidur pada malamnya. Bacakan doa ini terus-menerus di tempat sunyi. Insya-Allah lamaran anda diterima.


Lain-lain khasiat doa ini ialah:

Syaratnya:

Di sini saya akan sampaikan tata cara yang pernah saya lakukan mengamalkan Doa Nurbuwah, namun ini tidak bisa di jadikan suatu keharusan mengingat masih banyak cara yang dilakukan oleh para ulama,mengingat Doa ini banyak sekali faedahnya.namun disini ada tiga hal yang perlu kita ingat;

1.  YAKIN

(tanamkan keyakinan kita akan kebesaran Allah, dan segala sesuatu hanya Allah yang menentukan)

2.  IKHLAS

(kita Ikhlas mengamalkan doa itu, jangan di dorong Nafsu untuk mendapatkan sesuatu)

4. JAGA PEMAKANAN

 ~  Salah satu syarat Utama dlm makbulnya doa, pesan Nabi kpd Sahabatnya Muaz,
    Mafhumnya, " Makanlah dari REZEKI yg Halal krna ianya memakbulkkan DOA.."

3.  SABAR DAN ISTIGHOMAH

(kita harus sabar dan istighomah untuk dapat mengamalkan doa Nurbuwah jangan menarget sekian hari ataupun dengan jumlah hitungan, Namun sesuai yang pernah di ijazahkan kepada saya untuk membeli mahar harus kita beli 21.000, diamalkan selama 7 hari, setiap malam 3000x, tidak boleh di ucapakan, dan siang harinya kita berpuasa insya Allah apabila mahar tersebut sudah kita beli, maka manfaat Doa tersebut bisa kita rasakan dan kita buktikan. Sambung disini: Wirid Khatamun Nubuwwah

url : http://paranormalmalaysia.forumup.com/ptopic167-paranormalmalaysia.html



********************************



Nurun Nubuwwah ~ Petua dari Tok BeLagak
Sebagai menunaikan Janji DEn nak kasi hadiah Hepi Besday...DEN ijazahkan Doa Nurun Nubuwwah. FOC...Mana2 WEB SITE yg jual tu sampai rm 950...harap maaf, bukan DEN nak tutup rezeki korang.....
DEN ambil Free tak Mungkin DEN nak Jual...Ini termasuk 5 DOA KUBRO yg Jibrail AS ajar kepada Nabi Muhammad SAW

Kaifiat asas mengamalnya ialah 20x selepas setiap solat fardhu selama 7 hari...
Sesudah itu memadai sekali sehari...

Doa ini banyak kelebihannya...

Antaranya untuk menarik rezeki samada zahir atau Batin. Menarik rezeki Batin ada amalannya beserta ayat 15.

Menarik Jodoh...sebab itu ramai perawat membaca doa ini beserta Bismillah 6 dalam mandian bunga...

Boleh dibaca pada limau dan dimandi setiap hari...pasti Umppph

Kawan dan Bos pasti suka pada anda...ada karisma...dengan syarat anda tidak kentut depan mereka

Kelebihan lain rasanya dah ada dalam buku...cuma DEN nak kasi tau yg tiada dalam buku...


Petikkan~ http://alivewire.wordpress.com/2007/12/19/fadhilat-dan-rahsia-doa-nurun-nubuwwah-%E2%80%93-2/

Bersambung ke...Wirid n Jurus Khatamun Nubuwwah

~*~*~*~*~*~*~*~





AMALAN WAFAQ KHOTAMUN NUBUWWAH DALIL YANG NYATA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI
Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam
Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan turunannya Hasan dan Husein
Hingga kiamat beserta Qur’an,
TELAH SAMPAI BERITA KEPADA AL-FAQIR BAHAWA ADA SEORANG HAMBA ALLOH YG MENUDUH MEREKA YG BERAMAL DGN WAFAQ KHOTAMUNNBUWWAH SEBAGAI AMALAN SYIRIK DAN BID'AH PADAHAL DIA SENDIRI TIDAK MEMAHAMI APA ITU MAKNA SYIRIK...,MAKA DENGAN TAUFIQ INAYAH ALLOH  DENGAN RENDAH DIRI AL-FAQIR BERUSAHA MEMBETULKAN KEADA'AN YANG SEBENAR,MOGA MANFA'AT UTK AL-FAQIR DAN SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN...
DI ANTARA KELEBIHAN2 NABI MUHAMMAD S.A.W
NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH HIKMATNYA MENENTUKANNYA MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU YANG MENYUDAHI SEGALA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL DAN PULA CAP ITU DI BELAKANG DIHADAPKAN KERANA APABILA NABI ITU KELUAR DARIPADA RUMAHNYA SENTIASA CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI KEPADA KITA AMAT BANYAK, SETENGAH DARIPADANYA SIAPA-SIAPA YANG MENJADIKAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI SEBAGAI HIASAN DI RUMAH ADALAH AHLI RUMAH ITU DIPELIHARAKAN ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN SEPERTI SABDA NABI S.A.W YANG DIRIWAYATKAN SAIDINA ALI DI DALAM KITAB MAHAMATANIAH SABDANYA BERMAKSUD “SIAPA-SIAPA YANG MENJADIAN IA AKAN LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU (PERHIASAN BAGI RUMAH)DIPERLIHARAKAN OLEH ALLAH BAGINYA DARIPADA PENYAKIT TAUN DAN WABAK DAN TADA MATI OLEH AHLINYA MELAINKAN ATAS TIAP IMAN DAN MELUASKAN OLEH ALLAH DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA DENGAN TIADA HISAB”.DAN DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS SABDA NABI S.A.W YANG BERMAKSUD “BERMULA RUMAH YANG ADA LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU DI DALAMNYA MAKA SESUNGUNYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN DAN DARIPADA TIAP-TIAP SETERU, DAN TIADA DIMATIKAN MELAINKAN DIALIHNYA TEMPAT DUDUK DI DALAM SYURGA DAN MELUASKAN OLEH ALAH TAALA DI DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA.DAN KATA IMAM AT-TARMIZI SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT KEPADA RUPA KHATAMUN NUBUWWAH NABI S.A.W PAGI-PAGI DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PETANG DAN SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT PETANG DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PAGI DAN SIAPA-SIAPA YAN MELHAT WAKTU MUSAFIR DIPERLIHARAKAN DAN DIBERKATIKAN HINGGA IA KEMBALI.
*******
Dari as-Sa’ib bin Yazid RA. dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi SAW., lantas ia berkata kepada Rasulullah SAW: ,’ anak saudaraku ini sakit.’
Ketika itu, Rasulullah SAW. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keb...erkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”
(Diriwayatkan [HR] oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)
*******
Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seOrang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
  Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah SAW, maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata:
 "Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi."
([HR] Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yg mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)
*******
Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari RA. sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah SAW. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”
([HR] Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yg bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)
*******
Abu Buraidah RA. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah SAW. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’
Rasulullah SAW. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’
Rasulullah SAW. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yg terletak di belakang Rasulullah SAW. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman RA. adalah budak seOrang Yahudi, maka oleh rasulullah SAW. ia dibeli dgn beberapa dirham, yakni dgn cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon2 kurma itu berbuah. Rasulullah SAW. membantunya menanam pohon2 itu. Di antaranya ada sebatang pohon yg ditanam ‘Umar RA.
  Pohon2 itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yg mati.
Rasulullah SAW. bersabda: ‘Kenapa pohon yg satu ini?’
Umar RA. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yg menanamnya.’
Rasulullah SAW. pun mencabutnya, lalu menanaminya kembali, dan tumbuhlah dgn baik.”
([HR] Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yg bersumber dari Abu Buraidah RA.)
*******
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah SAW.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah SAW. merupakan daging yg menyembul.”
([HR] oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yg bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)
*******
‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah SAW.:
Aku datang menghadap Rasulullah SAW. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat2nya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yg kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat "Khatam" Kenabian yg berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kpda Rasulullah SAW., kemudian kukatakan:
‘Wahai Rasulullah, semoga Allah SWT. melimpahkan maghfirah-Nya kpda tuan!’
Beliau pun menjawab:
‘Bagimu juga.’
Orang2 (yg berada) ketika itu bertanya:
‘Apakah Rasulullah SAW. memohonkan ampunan untukmu?’
Ia menjawab:
‘Ya, dan juga untuk kalian!’
 Kemudian, ia membaca ayat yg bermaksud:
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun utk Org2 Mu’min, lelaki dan perempuan.” (QS Muhammad:19)
([HR] Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)
*******
Dari Jabir bin Samurah RA. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sbgai berikut:
“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”
(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah RA.)
*******
Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar RA. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau SAW, begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.
Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yg Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”
([HR] Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yg bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)
*******
Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah SAW.
Ia menjawab:
   "Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yg menyembul [timbul].”
([HR] oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)
Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)
Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail( Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dgn air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..
Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yg hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yg beriring2an seolah2nya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dlm segitiga itu,
” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad, HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”
Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah
Menurut Mafhum Hadis yg dipindahkan drpda Imam At-Tirmidzi ra. katanya:
“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudhu’;
1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dgn melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya.
  Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yg menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.
Antaranya sesiapa yg menjadikan tanda Nubuwwah Nabi SAW ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi SAW yg diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di dalam Kitab Mahamatnainiah, yg bermaksud:
   “Sesiapa yg menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.“
Dan di dalam hadis yg lain yg diriwayatkan drpda Annas RA. Nabi Muhammad SAW bersabda yg bermaksud:
“Bermula rumah yg ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya drpda kebakaran dan kecurian, dan drpda setiap musuh, dan tidak dimatikannya melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan Cahaya.“
......

Semoga manfaat.. InsyaAllah
WALLAHUA'LAM..

Petikkan ~ http://as-suhaime.blogspot.com/2017/10/menjawab-fitnah-wahabi-khatam-nubuwwah.html

SAMBUNG RUJUKKAN ~ https://lading-emas.blogspot.com/2011/06/khatamun-nubuwwah-serta-wiridnya.html
 Sekiranya ada Hujjah yg Ilmiah... Mohon Sesiapa Link kan di sini[artikel ini] Tkasih..
JazakallahHu Khairan Kathiron.🙏
. .
~***~LadingEMAS~***~

Tuesday, November 17, 2009

Tahajud ~ SoLat yg PaLing dituntut Allah

Amalan Solat Tahajud



SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud.

Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara,

Lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah

a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam.

Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1. Sebelum khatam Al Qur’an

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu"

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



Lading_Emas

Rasullulah ~ Fizikal & Roman

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.



Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.



Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.



Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:



* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

* Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

* Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

* Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.

* Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

* Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

* Wajahnya seperti bulan purnama

* Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.



* Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

* Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya

* Mulut baginda sederhana luas dan cantik

* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

* Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

* Janggutnya penuh dan tebal menawan

* Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

* Rambutnya sedikit ikal

* Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

* Rambutnya terbelah di tengah

* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

* Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

* Seimbang antara kedua bahunya

* Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

* Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.

* Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

* Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

* Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

* Warna kulitnya putih tapi sehat

* Kulitnya putih lagi bercahaya

* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

* Badannya tidak gemuk

* Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

* Perutnya tidak buncit

* Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

* Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.



Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.


MORAL & IKTIBAR

Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.

Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.

Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.

Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.

Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.



Lading_Emas

Monday, November 16, 2009

Mursyid ~ Sufi dan PerGuruan

Allah Swt. berfirman:


“Barangsiapa mendapatkan kesesatan, maka ia tidak akan menemukan (dalah hidupnya) seorang wali yang mursyid” (Al-Qur’an).

Dalam tradisi tasawuf, peranan seorang Mursyid (pembimbing atau guru ruhani)
merupakan syarat mutlak untuk mencapai tahapan-tahapan puncak spiritual. Eksistensi dan fungsi Mursyid atau wilayah kemursyidan ini ditolak oleh sebagaian ulama yang anti tasawuf atau mereka yang memahami tasawuf dengan cara-cara individual. Mereka merasa mampu menembus jalan ruhani yang penuh dengan rahasia menurut metode dan cara mereka sendiri, bahkan dengan mengandalkan pengetahuan yang selama ini mereka dapatkan dari ajaran Al-Qur’an dan Sunnah. Namun karena pemahaman terhadap kedua sumber ajaran tersebut terbatas, mereka mengklaim bahwa dunia tasawuf bisa ditempuh tanpa bimbingan seorang Mursyid.

Pandangan demikian hanya layak secara teoritis belaka. Tetapi daslam praktek sufisme, hampir bisa dipastikan, bahwa mereka hanya meraih kegagalan spiritual. Bukti-bukti historis akan kegagalan spoiritual tersebut telah dibuktikan oleh para ulama sendiri yang mencoba menempuh jalan sufi tanpa menggunakan bimbingan Mursyid. Para ulama besar sufi, yang semula menolak tasawuf, seperti Ibnu Athaillah as-Sakandari, Sulthanul Ulama Izzuddin Ibnu Abdis Salam, Syeikh Abdul Wahab asy-Sya’rani, dan Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali akhirnya harus menyerah pada pengembaraannya sendiri, bahwa dalam proses menuju kepada Allah tetap membutuhkan seorang Mursyid.

Masing-masing ulama besar tersebut memberikan kesaksian, bahwa seorang dengan kehebatan ilmu agamanya, tidak akan mampu menempuh jalan sufi, kecuali atas bimbingan seorang Syekh atau Mursyid. Sebab dunia pengetahuan agama, seluas apa pun, hanyalah “dunia ilmu”, yang hakikatnya lahir dari amaliah. Sementara, yang dicerap dari ilmu adalah produk dari amaliah ulama yang telah dibukakan jalan ma’rifat itu sendiri.

Jalan ma’rifat itu tidak bisa begitu saja ditempuh begitu saja dengan mengandalkan pengetahuan akal rasional, kecuali hanya akan meraih Ilmul Yaqin belaka, belum sampai pada tahap Haqqul Yaqin. Alhasil mereka yang merasa sudah sampai kepada Allah (wushul) tanpa bimbingan seorang Mursyid, wushul-nya bisa dikategorikan sebagai wushul yang penuh dengan tipudaya. Sebab, dalam alam metafisika sufisme, mereka yang menempuh jalan sufi tanpa bimbingan ruhani seorang Mursyid, tidak akan mampu membedakan mana hawathif-hawathif (bisikan-bisikan lembut) yang datang dari Allah, dari malaikat atau dari syetan dan bahkan dari jin. Di sinilah jebakan-jebakan dan tipudaya penempuh jalan sufi muncul. Oleh sebab itu ada kalam sufi yang sangat terkenal: “Barangsiapa menempuh jalan Allah tanpa disertai seorang guru, maka gurunya adalah syetan”.

Oleh sebab itu, seorang ulama sendiri, tetap membutuhkan seorang pembimbing ruhani, walaupun secara lahiriah pengetahuan yang dimiliki oleh sang ulama tadi lebih tinggi dibanding sang Mursyid. Tetapi, tentu saja, dalam soal-soal Ketuhanan, soal-soal bathiniyah, sang ulama tentu tidak menguasainya.

Sebagaimana ayat al-Qur’an di atas, seorang Syekh atau Mursyid Sufi, mesti memiliki prasyarat yang tidak ringan. Dari konteks ayat di atas menunjukkan bahwa kebutuhan akan bimbingan ruhani bagi mereka yang menempuh jalan sufi, seorang pembimbing ruhani mesti memiliki predikat seorang yang wali, dan seorang yang Mursyid. Dengan kata lain, seorang Mursyid yang bisa diandalkan adalah seorang Mursyid yang Kamil Mukammil, yaitu seorang yang telah mencapai keparipurnaan ma’rifatullah sebagai Insan yang Kamil, sekaligus bisa memberikan bimbingan jalan keparipurnaan bagi para pengikut thariqatnya.

Tentu saja, untuk mencari model manusia paripurna setelah wafatnya Rasulullah saw. terutama hari ini, sangatlah sulit. Sebab ukuran-ukuran atau standarnya bukan lagi dengan menggunakan standar rasional-intelektual, atau standar-standar empirisme, seperti kemasyhuran, kehebatan-kehebatan atau pengetahuan-pengetahuan ensiklopedis misalnya. Bukan demikian. Tetapi, adalah penguasaan wilayah spiritual yang sangat luhur, dimana, logika-logikanya, hanya bisa dicapai dengan mukasyafah kalbu atau akal hati.

Karenanya, pada zaman ini, tidak jarang Mursyid Tarekat yang bermunculan, dengan mudah untuk menarik simpati massa, tetapi hakikatnya tidak memiliki standar sebagai seorang Mursyid yang wali sebagaimana di atas. Sehingga saat ini banyak Mursyid yang tidak memiliki derajat kewalian, lalu menyebarkan ajaran tarekatnya. Dalam banyak hal, akhirnya, proses tarekatnya banyak mengalami kendala yang luar biasa, dan akhirnya banyak yang berhenti di tengah jalan persimpangan.

Lalu siapakah Wali itu? Wali adalah kekasih Allah Swt. Mereka adalah para kekasih Allah yang senanatiasa total dalam tha’at ubudiyahnya, dan tidak berkubang dalam kemaksiatan. Dalam al-Qur’an disebutkan:

“Ingatlah, bahwa wali-wali Allah itu tidak pernah takut, juga tidak pernah susah.”

Sebagian tanda dari kewalian adalah tidak adanya rasa takut sedikit pun yang terpancar dalam dirinya, tetapi juga tidak sedikit pun merasa gelisah atau susah. Para Wali ini pun memiliki hirarki spiritual yang cukup banyak, sesuai dengan tahap atau maqam dimana, mereka ditempatkan dalam Wilayah Ilahi di sana. Paduan antara kewalian dan kemursyidan inilah yang menjadi prasyarat bagi munculnya seorang Mursyid yang Kamil dan Mukammil di atas.

Dalam kitab Al-Mafaakhirul ‘Aliyah, karya Ahmad bin Muhammad bin ‘Ayyad, ditegaskan, -- dengan mengutip ungkapan Sulthanul Auliya’ Syekh Abul Hasan asy-Syadzily ra, -- bahwa syarat-syarat seorang Syekh atau Mursyid yang layak – minimal –ada lima:

1. Memiliki sentuhan rasa ruhani yang jelas dan tegas.

2. Memiliki pengetahuan yang benar.

3. Memiliki cita (himmah) yang luhur.

4. Memiliki perilaku ruhani yang diridhai.

5. Memiliki matahati yang tajam untuk menunjukkan jalan Ilahi.

Sebaliknya kemursyidan seseorang gugur manakala melakukan salah satu tindakan berikut:

1. Bodoh terhadap ajaran agama.

2. Mengabaikan kehormatan ummat Islam.

3. Melakukan hal-hal yang tidak berguna.

4. Mengikuti selera hawa nafsu dalam segala tindakan.

5. Berakhal buruk tanpa peduli dengan perilakunya.

Syekh Abu Madyan – ra- menyatakan, siapa pun yang mengaku dirinya mencapai tahap ruhani dalam perilakunya di hadapan Allah Swt. lalu muncul salah satu dari lima karakter di bawah ini, maka, orang ini adalah seorang pendusta ruhani:

1. Membiarkan dirinya dalam kemaksiatan.

2. Mempermainkan thaat kepada Allah.

3. Tamak terhadap sesama makhuk.

4. Kontra terhadap Ahlullah

5. Tidak menghormati sesama ummat Islam sebagaimana diperintahkan Allah Swt.

Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili mengatakan, “Siapa yang menunjukkan dirimu kepada dunia, maka ia akan menghancurkan dirimu. Siapa yang menunjukkan dirimu pada amal, ia akan memayahkan dirimu. Dan barangsiapa menunjukkan dirimu kepada Allah Swt. maka, ia pasti menjadi penasehatmu.”

Ibnu Athaillah as-Sakandari dalam kitab Al-Hikam mengatakan, “Janganlah berguru pada seseorang yang yang tidak membangkitkan dirimu untuk menuju kepada Allah dan tidak pula menunjukkan wacananya kepadamu, jalan menuju Allah”.

Seorang Mursyid yang hakiki, menurut Asy-Syadzili adalah seorang Mursyid yang tidak memberikan beban berat kepada para muridnya.

Dari kalimat ini menunjukkan bahwa banyak para guru sufi yang tidak mengetahui kadar bathin para muridnya, tidak pula mengetahui masa depan kalbu para muridnya, tidak pula mengetahui rahasia Ilahi di balik nurani para muridnya, sehingga guru ini, dengan mudahnya dan gegabahnya memberikan amaliyah atau tugas-tugas yang sangat membebani fisik dan jiwa muridnya. Jika seperti demikian, guru ini bukanlah guru yang hakiki dalam dunia sufi.

Jika secara khusus, karakteristik para Mursyid sedemikian rupa itu, maka secara umum, mereka pun berpijak pada lima (5) prinsip thariqat itu sendiri:

1. Taqwa kepada Allah swt. lahir dan batin.

2. Mengikuti Sunnah Nabi Saw. baik dalam ucapan maupun tindakan.

3. Berpaling dari makhluk (berkonsentrasi kepada Allah) ketika mereka datang dan pergi.

4. Ridha kepada Allah, atas anugerah-Nya, baik sedikit maupun banyak.

5. Dan kembali kepada Allah dalam suka maupun duka.

Manifestasi Taqwa, melalaui sikap wara’ dan istiqamah.

Perwujudan atas Ittiba’ sunnah Nabi melalui pemeliharaan dan budi pekerti yang baik. Sedangkan perwujudan berpaling dari makhluk melalui kesabaran dan tawakal. Sementara perwujudan ridha kepada Allah, melalui sikap qana’ah dan pasrah total. Dan perwujudan terhadap sikap kembali kepada Allah adalah dengan pujian dan rasa syukur dalam keadaan suka, dan mengembalikan kepada-Nya ketika mendapatkan bencana.

Secara keseluruhan, prinsip yang mendasari di atas adalah:

1) Himmah yang tinggi,

2) Menjaga kehormatan,

3) Bakti yang baik,

4) Melaksanakan prinsip utama; dan

5) Mengagungkan nikmat Allah Swt.

Dari sejumlah ilusttrasi di atas, maka bagi para penempuh jalan sufi hendaknya memilih seorang Mursyid yang benar-benar memenuhi standar di atas, sehingga mampu menghantar dirinya dalam penempuhan menuju kepada Allah Swt.

Rasulullah saw. adalah teladan paling paripurna. Ketika hendak menuju kepada Allah dalam Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah Saw. senantiasa dibimbing oleh Malaikat Jibril as. Fungsi Jibril di sini identik dengan Mursyid di mata kaum sufi. Hal yang sama, ketika Nabiyullah Musa as, yang merasa telah sampai kepada-Nya, ternyata harus diuji melalui bimbingan ruhani seorang Nabi Khidir as. Hubungan Musa dan Khidir adalah hubungan spiritual antara Murid dan Syekh. Maka dalam soal-soal rasional Musa as sangat progresif, tetapi beliau tidak sehebat Khidir dalam soal batiniyah.

Karena itu lebih penting lagi, tentu menyangkut soal etika hubungan antara Murid dengan Mursyidnya, atau antara pelaku sufi dengan Syekhnya. Syekh Abdul Wahhab asy-Sya’rani, (W. 973 H) secara khusus menulis kitab yang berkaitan dengan etika hubungan antara Murid dengan Mursyid tersebut, dalam “Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah fi Ma’rifati Qawa’idus Shufiyah”.

***

Allah Swt. berfirman:

“Barangsiapa mendapatkan kesesatan, maka ia tidak akan menemukan (dalah hidupnya) seorang wali yang mursyid” (Al-Qur’an).

Dalam tradisi tasawuf, peran seorang Mursyid (pembimbing atau guru ruhani) merupakan syarat mutlak untuk mencapai tahapan-tahapan puncak spiritual. Eksistensi dan fungsi Mursyid atau wilayah kemursyidan ini ditolak oleh sebagaian ulama yang anti tasawuf atau mereka yang memahami tasawuf dengan cara-cara individual. Mereka merasa mampu menembus jalan ruhani yang penuh dengan rahasia menurut metode dan cara mereka sendiri, bahkan dengan mengandalkan pengetahuan yang selama ini mereka dapatkan dari ajaran Al-Qur’an dan Sunnah. Namun karena pemahaman terhadap kedua sumber ajaran tersebut terbatas, mereka mengklaim bahwa dunia tasawuf bisa ditempuh tanpa bimbingan seorang Mursyid.

Pandangan demikian hanya layak secara teoritis belaka. Tetapi daslam praktek sufisme, hampir bisa dipastikan, bahwa mereka hanya meraih kegagalan spiritual. Bukti-bukti historis akan kegagalan spoiritual tersebut telah dibuktikan oleh para ulama sendiri yang mencoba menempuh jalan sufi tanpa menggunakan bimbingan Mursyid. Para ulama besar sufi, yang semula menolak tasawuf, seperti Ibnu Athaillah as-Sakandari, Sulthanul Ulama Izzuddin Ibnu Abdis Salam, Syeikh Abdul Wahab asy-Sya’rani, dan Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali akhirnya harus menyerah pada pengembaraannya sendiri, bahwa dalam proses menuju kepada Allah tetap membutuhkan seorang Mursyid.

Masing-masing ulama besar tersebut memberikan kesaksian, bahwa seorang dengan kehebatan ilmu agamanya, tidak akan mampu menempuh jalan sufi, kecuali atas bimbingan seorang Syekh atau Mursyid. Sebab dunia pengetahuan agama, seluas apa pun, hanyalah “dunia ilmu”, yang hakikatnya lahir dari amaliah. Sementara, yang dicerap dari ilmu adalah produk dari amaliah ulama yang telah dibukakan jalan ma’rifat itu sendiri.

Jalan ma’rifat itu tidak bisa begitu saja ditempuh begitu saja dengan mengandalkan pengetahuan akal rasional, kecuali hanya akan meraih Ilmul Yaqin belaka, belum sampai pada tahap Haqqul Yaqin. Alhasil mereka yang merasa sudah sampai kepada Allah (wushul) tanpa bimbingan seorang Mursyid, wushul-nya bisa dikategorikan sebagai wushul yang penuh dengan tipudaya. Sebab, dalam alam metafisika sufisme, mereka yang menempuh jalan sufi tanpa bimbingan ruhani seorang Mursyid, tidak akan mampu membedakan mana hawathif-hawathif (bisikan-bisikan lembut) yang datang dari Allah, dari malaikat atau dari syetan dan bahkan dari jin. Di sinilah jebakan-jebakan dan tipudaya penempuh jalan sufi muncul. Oleh sebab itu ada kalam sufi yang sangat terkenal: “Barangsiapa menempuh jalan Allah tanpa disertai seorang guru, maka gurunya adalah syetan”.

Oleh sebab itu, seorang ulama sendiri, tetap membutuhkan seorang pembimbing ruhani, walaupun secara lahiriah pengetahuan yang dimiliki oleh sang ulama tadi lebih tinggi dibanding sang Mursyid. Tetapi, tentu saja, dalam soal-soal Ketuhanan, soal-soal bathiniyah, sang ulama tentu tidak menguasainya.

Sebagaimana ayat al-Qur’an di atas, seorang Syekh atau Mursyid Sufi, mesti memiliki prasyarat yang tidak ringan. Dari konteks ayat di atas menunjukkan bahwa kebutuhan akan bimbingan ruhani bagi mereka yang menempuh jalan sufi, seorang pembimbing ruhani mesti memiliki predikat seorang yang wali, dan seorang yang Mursyid. Dengan kata lain, seorang Mursyid yang bisa diandalkan adalah seorang Mursyid yang Kamil Mukammil, yaitu seorang yang telah mencapai keparipurnaan ma’rifatullah sebagai Insan yang Kamil, sekaligus bisa memberikan bimbingan jalan keparipurnaan bagi para pengikut thariqatnya.

Tentu saja, untuk mencari model manusia paripurna setelah wafatnya Rasulullah saw. terutama hari ini, sangatlah sulit. Sebab ukuran-ukuran atau standarnya bukan lagi dengan menggunakan standar rasional-intelektual, atau standar-standar empirisme, seperti kemasyhuran, kehebatan-kehebatan atau pengetahuan-pengetahuan ensiklopedis misalnya. Bukan demikian. Tetapi, adalah penguasaan wilayah spiritual yang sangat luhur, dimana, logika-logikanya, hanya bisa dicapai dengan mukasyafah kalbu atau akal hati.

Karenanya, pada zaman ini, tidak jarang Mursyid Tarekat yang bermunculan, dengan mudah untuk menarik simpati massa, tetapi hakikatnya tidak memiliki standar sebagai seorang Mursyid yang wali sebagaimana di atas. Sehingga saat ini banyak Mursyid yang tidak memiliki derajat kewalian, lalu menyebarkan ajaran tarekatnya. Dalam banyak hal, akhirnya, proses tarekatnya banyak mengalami kendala yang luar biasa, dan akhirnya banyak yang berhenti di tengah jalan persimpangan.

Lalu siapakah Wali itu? Wali adalah kekasih Allah Swt. Mereka adalah para kekasih Allah yang senanatiasa total dalam tha’at ubudiyahnya, dan tidak berkubang dalam kemaksiatan. Dalam al-Qur’an disebutkan:

“Ingatlah, bahwa wali-wali Allah itu tidak pernah takut, juga tidak pernah susah.”

Sebagian tanda dari kewalian adalah tidak adanya rasa takut sedikit pun yang terpancar dalam dirinya, tetapi juga tidak sedikit pun merasa gelisah atau susah. Para Wali ini pun memiliki hirarki spiritual yang cukup banyak, sesuai dengan tahap atau maqam dimana, mereka ditempatkan dalam Wilayah Ilahi di sana. Paduan antara kewalian dan kemursyidan inilah yang menjadi prasyarat bagi munculnya seorang Mursyid yang Kamil dan Mukammil di atas.

Dalam kitab Al-Mafaakhirul ‘Aliyah, karya Ahmad bin Muhammad bin ‘Ayyad, ditegaskan, -- dengan mengutip ungkapan Sulthanul Auliya’ Syekh Abul Hasan asy-Syadzily ra, -- bahwa syarat-syarat seorang Syekh atau Mursyid yang layak – minimal –ada lima:

1. Memiliki sentuhan rasa ruhani yang jelas dan tegas.

2. Memiliki pengetahuan yang benar.

3. Memiliki cita (himmah) yang luhur.

4. Memiliki perilaku ruhani yang diridhai.

5. Memiliki matahati yang tajam untuk menunjukkan jalan Ilahi.

Sebaliknya kemursyidan seseorang gugur manakala melakukan salah satu tindakan berikut:

1. Bodoh terhadap ajaran agama.

2. Mengabaikan kehormatan ummat Islam.

3. Melakukan hal-hal yang tidak berguna.

4. Mengikuti selera hawa nafsu dalam segala tindakan.

5. Berakhal buruk tanpa peduli dengan perilakunya.

Syekh Abu Madyan – ra- menyatakan, siapa pun yang mengaku dirinya mencapai tahap ruhani dalam perilakunya di hadapan Allah Swt. lalu muncul salah satu dari lima karakter di bawah ini, maka, orang ini adalah seorang pendusta ruhani:

1. Membiarkan dirinya dalam kemaksiatan.

2. Mempermainkan thaat kepada Allah.

3. Tamak terhadap sesama makhuk.

4. Kontra terhadap Ahlullah

5. Tidak menghormati sesama ummat Islam sebagaimana diperintahkan Allah Swt.

Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili mengatakan, “Siapa yang menunjukkan dirimu kepada dunia, maka ia akan menghancurkan dirimu. Siapa yang menunjukkan dirimu pada amal, ia akan memayahkan dirimu. Dan barangsiapa menunjukkan dirimu kepada Allah Swt. maka, ia pasti menjadi penasehatmu.”

Ibnu Athaillah as-Sakandari dalam kitab Al-Hikam mengatakan, “Janganlah berguru pada seseorang yang yang tidak membangkitkan dirimu untuk menuju kepada Allah dan tidak pula menunjukkan wacananya kepadamu, jalan menuju Allah”.

Seorang Mursyid yang hakiki, menurut Asy-Syadzili adalah seorang Mursyid yang tidak memberikan beban berat kepada para muridnya.

Dari kalimat ini menunjukkan bahwa banyak para guru sufi yang tidak mengetahui kadar bathin para muridnya, tidak pula mengetahui masa depan kalbu para muridnya, tidak pula mengetahui rahasia Ilahi di balik nurani para muridnya, sehingga guru ini, dengan mudahnya dan gegabahnya memberikan amaliyah atau tugas-tugas yang sangat membebani fisik dan jiwa muridnya. Jika seperti demikian, guru ini bukanlah guru yang hakiki dalam dunia sufi.

Jika secara khusus, karakteristik para Mursyid sedemikian rupa itu, maka secara umum, mereka pun berpijak pada lima (5) prinsip thariqat itu sendiri:

1. Taqwa kepada Allah swt. lahir dan batin.

2. Mengikuti Sunnah Nabi Saw. baik dalam ucapan maupun tindakan.

3. Berpaling dari makhluk (berkonsentrasi kepada Allah) ketika mereka datang dan pergi.

4. Ridha kepada Allah, atas anugerah-Nya, baik sedikit maupun banyak.

5. Dan kembali kepada Allah dalam suka maupun duka.

Manifestasi Taqwa, melalaui sikap wara’ dan istiqamah.

Perwujudan atas Ittiba’ sunnah Nabi melalui pemeliharaan dan budi pekerti yang baik. Sedangkan perwujudan berpaling dari makhluk melalui kesabaran dan tawakal. Sementara perwujudan ridha kepada Allah, melalui sikap qana’ah dan pasrah total. Dan perwujudan terhadap sikap kembali kepada Allah adalah dengan pujian dan rasa syukur dalam keadaan suka, dan mengembalikan kepada-Nya ketika mendapatkan bencana.

Secara keseluruhan, prinsip yang mendasari di atas adalah:

1) Himmah yang tinggi,

2) Menjaga kehormatan,

3) Bakti yang baik,

4) Melaksanakan prinsip utama; dan

5) Mengagungkan nikmat Allah Swt.

Dari sejumlah ilusttrasi di atas, maka bagi para penempuh jalan sufi hendaknya memilih seorang Mursyid yang benar-benar memenuhi standar di atas, sehingga mampu menghantar dirinya dalam penempuhan menuju kepada Allah Swt.

Rasulullah saw. adalah teladan paling sempurna. Ketika hendak menuju kepada Allah dalam Isra’ dan Mi’raj, Rasulullah Saw. senantiasa dibimbing oleh Malaikat Jibril as. Fungsi Jibril di sini identik dengan Mursyid di mata kaum sufi. Hal yang sama, ketika Nabiyullah Musa as, yang merasa telah sampai kepada-Nya, ternyata harus diuji melalui bimbingan ruhani seorang Nabi Khidir as. Hubungan Musa dan Khidir adalah hubungan spiritual antara Murid dan Syekh. Maka dalam soal-soal rasional Musa as sangat progresif, tetapi beliau tidak sehebat Khidir dalam soal batiniyah.

Karena itu lebih penting lagi, tentu menyangkut soal etika hubungan antara Murid dengan Mursyidnya, atau antara pelaku sufi dengan Syekhnya. Syekh Abdul Wahhab asy-Sya’rani, (W. 973 H) secara khusus menulis kitab yang berkaitan dengan etika hubungan antara Murid dengan Mursyid tersebut, dalam “Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah fi Ma’rifati Qawa’idus Shufiyah”.

http://www.sufinews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=137:urgensi-mursyid-dalam-tarekat&catid=78:mursyid&Itemid=293


Lading_Emas