Wednesday, October 21, 2009

Scanner

Tahap2 Scan dan Kronologi
Ada baiknya DEN berkongsi sedikit ilmu bersama kengkawan buat jadi Guideline. Apa yang DEN tulis ini adalah merujuk kepada apa yang dikatakan Kasyaf Kauni dalam pengajian Ilmu Musyahadah

 Ilmu Musyahadah menjurus kpda Kasyaf Kubro namun dalam mendaki ketahap tersebut memang akan melalui tahap kasyaf Kauni. Kasyaf Kubro sendiri terbahagi kepada 5 :-

a) Pandangan 
b) Pendengaran 
c) Bau 
d) Hati 
e) Ilmu .. Ia suatu perbincangan yg teramat luas..


Kasyaf Kauni
Namun akan ada persamaan ditahap2 tertentu dgn Scan yg di pelajari atau dibuka oleh aliran lain ataupun mereka yg terbuka secara semulajadi. 

Turutan kronologi dibawah tidak semestinya berturut, boleh sahaja ia meningkat naik mendadak dan boleh sahaja ia menurun atau tetap setakat itu sahaja.

1) Masih di dalam bentuk binatang seperti monyet , rama-rama, buaya atau simbol-simbol yg pelik2.. 
Scan pada tahap ini adalah yg terawal dan terendah sekali tahapnya. Maka perhatikan anda. Biasanya ini pada tahap Nafsu Ammarah yg melampau.

2) Mula nampak berbayang2 atau berbalam2.. yakni tenggelam timbul seperti
Torchlight tak cukup bateri.
Scan sudah mula terbuka walaupun on-off sifatnya. Teruskan amalan. 
Biasanya tahap ini agak
agak lama sedikit Murid akan on-off scannya.. 
Hendaklah rajin refer pada gurunya.

3) Mula ternampak sedikit pergerakan. Scan pada tahap ini memang memenatkan. Konsentrasi harus penuh [IKHLAS..dlm beramal..] 

Scan ditahap ini sudah memasuki tahap scan dalam. Scan terbahagi 2 secara
amnya.
 a) Scan dalam   b) Scan luar 

Scan dalaman masih belum stabil namun ia adalah asas yg perlu dilalui sebelum melangkah lebih jauh

4) Rupa bentuk makhluk ghaib sudah boleh dilihat..biasanya dari jenis hantu...seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain.
 Jin masih belum dapat dilihat lagi… 
Pada ketika ini agak cepat sedikit peningkatannya...
Namun Jin juga memiliki ilmu utk menahan/sekat dari di Scan.. 
maka hanya JIN tahap rendah sahaja pada ketika ini yg akan kelihatan...


5) Pada ketika ini gambaran hanya dalam bentuk black and white.

6) Jin sudah boleh dikesan di dalam badan pesakit. 
Melihat Jin di dalam badan lebih sukar dari melihat JIN yg berada diluar badan pesakit.

7) Barangan Santau seperti kaca halus sudah boleh dikenal pasti..

8) Rupa penyamaran Jin sudah agak jelas.. seperti Pendekar, Puteri, Wali, Tok  Syeikh dan sebagainya… 
Pada ketika inilah saat kritikal.. kerana murid biasa mudah menjatuh hukum… begitu juga mereka yg mendalami ilmu kebatinan.
 Selalu terperangkap dgn dakwaan bertemu Wali..

9) Scan pada tahap ini hanya berlaku pada jarak dekat sahaja tidak pada jarak jauh

Pada Tahap 1-9, belum lagi boleh membezakan penyamaran JIN yakni hanya nampak penyamaran JIN sahaja, bukan yg rupa bentuk yg asal.
Dihantar oleh DARUL SAKA

*********************

komen:

hj nazri said...

Assalamualikum Tok Dewata,

Macam mana nak bezakan perjalanan rohani dengan khayalan masa tengah scan..?

Apa petua supaya kita tidak tertipu di Alam Khayal semasa scan...

kata Guru saya perjalanan kita mencari redho Allah akan melalui 7 alam dan beratus sub alam...bergantung kpda tahap Rohani dan amalan soleh masing masing. Kalau tak silap, alam level ketiga dipanggil alam misal atau tamsil atau khayal atau alam jin.
 Bila berada di alam ni .. kita main flash je ..zip zap.. jadilah insyallah dengan apa yg dikhayalkan tu.. 
Pesan guru saya jangan lah tahap amalan kita terhenti di alam ini. biasanya bila tahap rohani kita boleh mancapai ke alam ini maka terzohir lah pada kita akan beberapa kelebihan seperti menjadi bomoh/dukun/perawat/pendekar dsbgnya yang sebenarnya hanyalah istidrajbelaka… 
Maka ramailah Org yg tersangkut di Alam ini dek krna kelebihan2 yg sedikit tadi.. dgn itu perjalanan kerohanian ke alam tingkatan yg lebih tinggi
 i.e:  JABARUT , MALAKUT [x sampai lagi] utk mencapai dan mencari redho ALLAH tidak tercapai...

  Jadi kalau kita masih dok asyik main cak cekup dgn jin, tangkap masuk botol dan bayangkan pulau dan hantar jin ke situ.. maknanya kita masih terkapai kapai di alam khayal tersebut..
   Memanglah di alam khayal tu .. apa yg di inginkan insyallah akan termakbul.. yg hanya merupakan istidraj dari ALLAH. 
   Maka matlamat kita utk mencapai Makam tertinggi dlm mencari redho ALLAH akan terhenti dan sukar tercapai krna sangkaan kita sendiri merasakan sudah dekat dgn yg HAQ, lalu amalan2 Soleh menjadi tercorot [tertinggal..] krna sibuk dgn hal2 di alam Khayal tadi.  
   So marilah kita sama2 tepuk dada, tanya iman.. supaya kita boleh saling ingat mengingati atas jalan Allah

sekian Terima kasih
**************



DARUL SAKA said...

Scan tidak boleh belajar tanpa Guru...Pasti akan tersesat ke Alam khayalan.. macam yg Hj Nazri terangkan. Alam dunia sahaja 70...so bayangkan...siap ada syurga neraka .
Namun Kasyaf Kauni sukar nak jumpa ....
August 26, 2009 1:10 AM
DARUL SAKA said...

Sebelum Membezakan alam rohani dan khayalan. 
Kena bezakan dahulu gangguan dialam rohani. 
Dikuatiri terkena Jazbah JIN... 
Maka penapis mesti ada...petua mursyid dipegang erat..

Dunia khayalan bukan setakat aliran kebatinan sahaja terperangkap...
Mereka yg sedang bersuluk pun kekadang seolah2 Terbuka kasyaf mereka begitu ketika berzikir secra beramai2..
ketika ini mereka merasakan kasyaf terbuka.. walhal hanya hayalan sahaja
August 26, 2009 1:14 AM
DARUL SAKA said...


Ramai Perawat menggunakan Ayat Al-quran utk menelek..
Sebagai contoh...bila diruqyah..pesakit diam...dikatakan takda masalah sihir...
Kalau pesakit bergerak-erak dikatakan ada sihir...
Bukankan sama aje dgn memotong limau dan melihat telangkup atau tidak dalam menentukan ada atau tidak JIN.

Berbeza dgn mereka yg nampak… 
kalau ada, kata ada.. 
kalau takda, kata takda...

August 26, 2009 1:16 AM
DARUL SAKA said...

Harus diingat Jin Yg Kuat.. boleh bertahan..dari Ruqyah...mereka akan membatukan diri...utk mengelakan dari dikesan dgn bacaan Ruqyah..

Den dah banyak terima kes begini.. Sudah terang2 ada JIN tercongok...
dikatakan tiada.. asyik suruh jumpa doktor sahaja...
Doktor pula kata tiada apa-apa.. Last2 pesakit jadi keliru dan hampa..

DARUL SAKA said...


Musyahadah = Menyaksikan

Terbahagi kpda 4 disiplin iLMU

a) Jalan Ketuhanan ( Kasyaf)
b) Jalan Kewalian
c) Jalan Malaikat
d) Jalan Fatimah

DARUL SAKA said...

Musyahadah  itu sendiri menyaksikan...mana yg tidak diizinkan Allah kasyaf Kubro.. dimana penyampaian ilmu pada tahap kasyaf Kubro ini lebih kepada jalan Syahadah yakni bukan jalan laduni, ilham dan lain2...
 Kata Org berguru dgn Guru sebenar Guru.. sebab itu ilmu yg dipaparkan pelik2 belaka.. 
  Walhal apo yg DEN cerita tu hanya kulit sahaja.. yg lain pastilah tiada kebenaran utk DEN menceritakannya..

Maka jalan Para Wali, Malaikat atau Fatimah digunakan...Ia agak sukar diterangkan didalam bentuk tinta...
Cuma Fatimah lebih kpda penyucian Hati dan Roh....

Sebenarnya satu jalan sudah cukup..dan ramai Guru hanya berpegang pada satu jalan sahaja..dan amat kurang yg mampu membawa keempat2 jalan serentak...

Sifu kpda Sifu DEN dulu mengambil kaedah Fatimah dari jalan Tok Kenali.. kemudian ke Cirebon, indonesia.. 
kemudian diarahkan kemabali ke Patani dimana Ada Mursyid yg mampu membimbing lebih tinggi lagi..

Pemakaian utk perubatan tiada apa pun..cuma sekadar menunjukan kebesaran ilmu Allah SWT sahaja, tidak lebih dari itu. Bahkan menambahkan lagi tahap keyakinan dari Ainul Yakin kpda Kamalul Yaqin..

Dulu DEN diamkan aje.. tapi bila tuduhan demi tuduhan oleh Ustaz2 SEGERA..nih,  mengatakan syirik dan hanya ruqyah sahaja terbaik..
DEN rasa terpanggil...

Ramai pesakit yg berjumpa DEN secara halusnya sudah hilang YAKIN pada jalan Ruqyah cuma tak diluahkan sahaja.. tapi dari cara sms dan email..
Kita sudah faham..
Cuma DEN hanya mampu cakap.. Ramai lagi yg menguasai ilmu perubatan Rabbani yg jauh melebihi kaedah Ruqyah tersebut..

Alhamdulillah Mereka kembali percaya dgn lebih teguh...akan keagungan Islam...
Apabila DEN berjaya membongkor satu persatu misteri yg menyelubungi mereka.

DEN sebelum menulis begini pun telah mendapat kebenaran dari Sifu dan pihak atasan...

***************************

Tahap2 Scan dan Kronologi - Nur Layar
Mereka yg berminat utk scanning pasti akan melalui beberapa fasa warna screen/layar scan yang berbeza2...
Maka perlulah dipegang teguh akan amanat guru. 
Dari warna2 yg terpancar semasa murid mula melakukan scan...

Hitam - Elok pi rendam kepala tu dalam pasir
Merah - Setan ( agak-agaklah sendiri )
Biru - Fatimah ( amat cantik scannya umpama mengambil gambar dengan filter kebiru-biruan )
Hijau - Rasul ( amat jarang yang dapat begini )
Putih - Inilah Nur Scan yang terbaik dan terulung 

Dihantar oleh DARUL SAKA pada 12:37 AM 9 komen
Label: Scan



29.8.09
Tahap2 Scan dan Kronologi - Layar
Apabila scan..pasti mempunyai layar...
Umpama Monitor Computer....
Kalau satu computer boleh mempunyai beberapa layar / Skrin maka layar scan juga begitu...
Boleh sahaja semasa scan kita meletakan layar didinding..di atas kepala pesakit..di hati kita..atau di mana yg di fikirkan sesuai dan serasi mengikut keselesaan memasing.

Mereka yg mahir boleh juga memasang beberapa skrin serentak...
mengawasi beberapa keadaan ditempat yg berbeza-beza..

Pada mulanya memang agak mengelirukan dan memenatkan namun dgn latihan dan jiwa yg tenang , semua bug atau problem yg timbul dlm melakukan scanning serentak boleh dilakukan dgn jayanya..

Sehingga pesakit tidak perasan semasa kita bersembang dengan dia..dibelakang dia ada beberapa layar tentang pesakit2 yg lain..
Kaedah ini sesuai utk mereka yg selalu mendapat sms atau email tentang masalah ketika perawat sedang merawat Org lain....
Kekadang sms atau email yg diterima itu memang memerlukan perhatian serta merta..maka perlulah perawat menumpukan dahulu terhadap pesakit yg amat terdesak atau situasi amat merbahaya...

Ianya seperti pengawal yg ada beberapa skrin dihadapannya hasil CCTV yg dipantau...
Mana2 kawasan yg ada break through kenalah di layani dahulu..

Dihantar oleh DARUL SAKA pada 11:53 AM 8 komen
Label: Scan
26.8.09



Tahap-tahap Scan dan Kronologi - 2
( II ) Kita bicara satu tahap lagi SCAN

1) Tahap ini kita sudah boleh melihat JIN dampingan seseorang. Bagaimanapun
masih belum boleh melihat apa jenis nya. Kerana Dampingan berpakaian
lengkap. ( Org takan ambil Dampingan yg lemah ). 
Dampingan jenis yg jahat
sukar dilihat kerana nak cover line.

2) Tahap berikutnya kita sudah boleh melihat kedua2 dua jenis dampingan samada
Jenis yg dipelihara atau yg mendatang. Kita sudah mampu utk berinteraksi secara batiniah. Masih belum dapat mengenali dgn tepat tahap dampingan tersebut.

3) Tahap yg ini kita sudah mampu berbicara dan boleh menilai siapa dia yg mendampingi SseOrg.
Baik atau Buruk…. Bagaimanapun perlu di tilik hati kita mantapkan amalan krna JIN tahap pertengahan mampu memperdaya mereka yg berada ditahap scan begini. Awas selalu patuhi petua guru.

4) Scan pada tahap ini sudah boleh berinteraksi dgn alam Ghaib peringkat
rendah seperti Bunian kawasan kaki Gunung, Paya dll….
Kaedah berinteraksi pula berbeza samada masuk ke Alam mereka atau terus aje membuat pandangan ke situ. Masih boleh diperdaya lagi scan pada tahap ini.

5) Scan Alam bunian pertengahan masih tergantung pada kawasan juga dan tahap
Penghulu Bunian Kawasan. TOK AKI ni biasa nya boleh BLOCK scan mereka
yg ditahap ini, kecuali yg dibenarkan sahaja.
 Ketika ini berhati2lah mudah kita
terpedaya dgn dakwaan keWalian mereka.

6) Scan Alam Bunian tinggi biasanya sesudah kita mencapai tahap tertentu dalam
kerohanian. Kalau kita scan dari aliran hitam…maka tidak mungkin kita dapat
Scan perkampungan BUNIAN islam yg biasanya diketuai oleh BUNIAN yg
Mukmin.
  Scan kaedah zikir sudah boleh menembusi alam Bunian Tinggi ini, dan
amat tidak disukai oleh Golongan Bunian Kafir Tahap Atas.
  Pada ketika INI, pandangan kita sudah mula menerbitkan NUR yg akan menyilaukan BUNIAN jenis Kafir.



SCAN TAHAP II : 1 -6 di atas sudah boleh menjangkau kawasan. Scan pada tahap ini masih boleh di BLOCK oleh BOMOH, PAWANG dan JIN


***********************************************

Utk kekawan sumer, aku cut paste dari site harmoni tapi dah ringkaskan pasal boleh masuk 4,096 karakter jer kat sini:


ILMU SCAN by Belagak



Peringkat Kasyaf Kauni

1. Hendaklah Menjazamkan Ayatul Kursi 313 kali dahulu-Ia boleh digunakan sebagai jurus jika menghadapi gangguan

2. Mewiridkan Kalimah Tammah Yg pendek- A’uzubikalimatillahi Tammat… sebanyak mana yg mampu (1113x)…tiga kali minimum…

3. Mewiridkan ALLAH.. ALLAH.. ALLAH.. 5000 kali SEHARI…tu boleh buat sambung2 ...waktu keje ... lepas solat .. dsb

4. Tasbih Yunus 1000 kali-tambahan je atau buat Amalan pendinding misalnya Kota Kursi, Kota Tauhid, Rukyah dan lain-lain.



#1,2 & 3 Bertujuan Memantapkan Diri.

#4 Bertujuan Mendinding Diri.

Kaedah riadahnya :

5. Mewiridkan Ayat QS 103 Al-An’am..La tudriku…1000kali setiap hari sebanyak hari mana yg mampu..Untuk yg sudah beramal sekurangnya 21 hari....boleh mula untuk scanning sebagai latihan....

6. Untuk memantapkan lagi amalan.. boleh amalkan membaca Surah Al-mulk selama 40 malam.. lepas tu 80mlm.. 120mlm

7. Kaedah Latihannya :

i.) pejam mata dan mula zikir Allah...dlm hati sebanyak mungkin...

ii.) kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening....lihat apa yg ada....

iii.) zikir lagi...mula2 biasanya warna hitam dan ini akan bertukar warna....akhir sekali akan keluar kalimah.... Apa2 kalimah yg keluar itulah panduan Asas,
 kita dlm scanning nampak.. bukan rasa.....
Begitu juga cahayanya...Kalau hitam tu...kona buat lagi le....

a-kalau BIRU Tahap Siti Fatimah

b-kalau HIJAU tu Tahap Rasul.....

c-Kalau MERAH tu Tahap Iblis....

iv.) Walau pun cahaya biru dan Hijau sudah boleh dijadikan "lampu" pada scan tetapi jgnlah di biar setakat itu sahaja....
Kalau merah tu..baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.

8. Maka bermulalah apa yg dikatakan scanning pandangan...

a) Gambaran pertama biasanya hitam putih dan gambar pun kuar sekeping2...satu dimensi

Selepas kuar gambar sekeping hitam putih....selepas tu baru kuar vision bergerak hitam putih dan akhirnya color....Tapi nasible..ada yg terus color dan siap 3 dimensi lagi...

b) Kalau semasa scan kuar cahaya campur2...relak dulu..zikir pelan2.....Bagaimanapun setakat nak tahu ada gangguan atau tidak boleh le pakai cuma takleh nak kasi tau siapa buat dan sebagainya kerana ada gangguan dalam Scan.

c) scanning cuma lihat.. macam kita guna teropong.. tgk jarak jauh.. macam tu la lebih kurangnya.. kecuali la.. bagi yg aura tinggi bila org scan dia boleh tahu…scan ni…kalau ikut kata budak2 muda serupa cam 'sekodeng'.. kita sekodeng dari tempat gelap.. jadi org tak nampak kita.. kita tgk dari lubang pintu (cahaya kecil).. org di dalam bilik@ rumah tak nampak lubang kecik ni.. bilik ni terang .. jadi org yg tgk boleh nampak melalui lubang kecil tadi.. lebih kurang begitu la..dah nampak lubang kecik tu nape tak jenguk?.. jgn la duk melilau tgk dalam gelap gelita tu..

9. Petua Tambahan by Sentosa

-hilangkan rasa TAKUT spt melihat jin, takut kerasukan dll perasaan takut krna perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun.

-biasakan menzikiri Allah atau Allahhu dimana saja bila2 masa saja..

-bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah maknanya beratapkan langit ditengah malam...

-sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap(lampu).

-biasakan mandi fajar/mandi besar menjelang subuh

-SABAR, tidak beremosi krna Marah akan menutup kepekaan BATIN [MATA ROHANI KITA].



Wallahu..'Alam.

Nak detail lagi kat sini:
http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,821.msg33181.html#msg33181



ALAM Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2011/07/kesah-jin-syaitan-dan-iblis.html


Sumpah Pemutus Jin 👉 ~  https://lading-emas.blogspot.com/2009/11/sumpahikrar-pemutus-jin-syaitan-dlm.html



LadingEmas@gmail.com

No comments:

Post a Comment