Friday, October 30, 2009

Rahsia ~ Buah Kurma

Khasiat Kurma


Khasiat Buah Kurma


1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera

Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.

Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.
==========================================
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Ertinya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(QS Maryam: 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu badan. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. 
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan TENAGA. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
    “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum SOLAT. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.
(HR Ahmad) 

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
   “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih."
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata :
 “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
 “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma."

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian.
Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Khasiat Buah Kurma/Tamar

Berikut ini beberapa khasiat buah kurma yang perlu anda ketahui:

     Makanan dan minuman terbaik untuk ibu hamil dan pasca melahirkan untuk menstabilkan kembali darah dan nutrisi yang sempurna untuk bayi melalui asi ibu yang mengkonsumsi kurma.
*Mencegah stroke.
*Mengobati anemia, lesu dan letih.
*Menambah berat badan anak.
*Meningkatkan vitalitas.
*Memperlancar saluran kencing.
*Meningkatkan trombosit dalam darah dan mengatasi DBD.
*Mengatasi rheumatik.
*Mencegah tubuh dari bakteri dan kanker.
*Memelihara dari kerabunan.
*Menstabilkan kejiwaan bagi anak dan lansia.
*Memperlambat penuaan tubuh.
*Menyehatkan kulit.
*Membantu pertumbuhan tulang Cocok untuk diet.
*Mengatasi wasir/buasir.
*Memperkuat daya tahan tubuh thd penyakit.
*Meningkatkan stamina pria dan wanita.
*Mencegah pengeroposan tulang (Oestoporosis).
*Sumber energy bagi olahragawan atau pekerja berat.
*Mempercepat penyembuhan dari sakit.
*Sangat baik untuk nutrisi ibu hamil, menyusui dan pada masa kehamilan
*Baik untuk pertumbuhan tulang pada anak-anak
*Meningkatkan kadar sel darah dan mencegah anemia
*Melancarkan buang air besar
*Memudahkan keluarnya dahak.
*Aman dikonsumsi anak-anak maupun dewasa
*Aman bagi penderita diabetes (bila tdk berlebihan)



WallahuA’lam.. والله أعلم
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عَلٓى سَيٌِدِناَ مُحَمَّدٍ ﷺ 

📮 ❤️Sharing is Caring❤️


. .
Lading Emas

No comments:

Post a Comment