Monday, September 21, 2009

Jin ~ First Aid - Halau Hantu Jin Part 1 & 2 [End]


CVT:: First Aid - Halau Hantu Jin Part 1
Posted at 07.May,2009 18:03  Comments 3 / Trackbacks 0
Sebelum korang fikir macam-macam... sila tengok balik tajuk.
"FIRST AID" - dlm bahasa banjar maknanya rawatan luka atau kesakitan yang kecil. Kiranya sebagai langkah awal dlm berubatan le.. 


kalau lepas guna kaedah FIRST AID gagal, baru le jumpa Doktor, bomoh atau Ustaz utk check atau jampi.
Aku tak tahu berapa banyak yg ada dlm first aid utk halau makhluk yang tak nampak ni. So memang merapu le apa yg aku tulis ni.


Sebagai permulaan, hantu dan jin dua-dua dicipta oleh Allah SWT dari API. 
Dalam Al-Quran cuma ada cakap pasal JIN, tak ada cerita pasal hantu pun. Dalam Al-Quran pun tak ada cerita pasal bangsa Melayu. Yang banyak Bangsa Yahudi.. Tetapi kita tidak boleh nafikan kewujudannya bangsa Melayu ni sebab kita seharian boleh nampak manusia berbangsa Melayu. Contohnya aku le... aku ni Melayu walaupun Bapa aku adalah Banjar Alai dan mak aku banjar Kuak (juga dikenali 'banjar i love u').
Maka dengan itu, tidak mustahil HANTU ini wujud sebagai 'bangsa' nya sendiri. Maknanya Hantu dan jin adalah dua entiti yang berlainan. Apa yang aku belajar le, Hantu ini diumpamakan seperti binatang yg merayap di alam ghaib. Kalau alam zahir kiranya hantu ni macam kategori semut, cicak, tikus dan sebagainya. 

Itu sebab, guru selalu berpesan, jgn cuba nak mengislamkan HANTU, pasal depa memang tak boleh nak masuk Islam sebabnya :

Az-Zariyat [56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (mendirikan solah)kepadaKu.


alamak dah pukul 6 ptg.. kena balik ni...

sambung balik... Jumaat 8/5/2009

apa aku melalut la pulak ni...... balik semula kepada First Aid - Halau Hantu Jin Part 1

Kes-kes seperti di bawah boleh digunakan.

1) Anak/bayi selalu nangis malam - macam terkejut. 
2) Rasa macam ada gangguan kat rumah
3) Kes Meracau


1) Download rugyah.mp3 kat website www.komputer.com.my/cvt.htm (ada 3 rugyah kat situ, so pilih le sendiri)

2) Simpan dlm CD, computer, hand phone dsbnya.

bila berlaku perkara di atas, pasang aje rugyah tu. Semudah ABC aje. pasang sampai gangguan settle.

Utk anak yg nangis, selalunya ada patern pukul berapa dia start nangis, so kita pasang le ruqyah sebelum waktu tu.... biarle ianya terpaksa sampai pagi.. 

kekuatan volume, agak-agak laaaa......

pesanan dari Ustaz-ustaz Darul yg suka ruqyah ni, 

"jgn pasang masa tengah memandu..!"

end of part 1
~*~*~*~*~*~*~*~*~
CVT:: First Aid - Halau Hantu Jin Part 2
Posted at 23.Jul,2009 10:44  Comments 14 / Trackbacks 0
ebelum korang baca Part 2 ni sila baca 
Part 1 dulu sebab kaedah part 1 semudah ABC, niat dan pasang ruqyah mp3. 


Part 2 ni pulak kena beramal le sikit, sikit aje, baca sebanyak 33x selepas setiap solat fardhu selama 44 hari. pejam celik kejap aje habis 44 hari. Ayatnya dari surah Yassin, kalau tak salah aku terjemahan lebih kurang "dgn satu pekikan semua hancur lebur". Terjemahan yg betul cari sendiri. 
 
"..dgn satu pekikan semua hancur lebur" [Yassin: ]


Kalau berlaku gangguan kat diri atau keluarga boleh bacakan. Langkah-langkahnya.

1) Baca le Bismillah sampai habis
2) NIAT 
contoh niat:

"Dengan izin Allah Muhammad, ayat Al-Quran yg ku baca akan menghancurkan jin yang berada di dalam anggota tubuh ku."

"Dengan izin Allah Muhammad, ayat Al-Quran yg ku baca akan menghancurkan jin yang berada di dalam tubuh anak ku (nama dia)"

atau pun

"Ya Allah aku bermohon pada mu, agar bacaan Al-Quran yg aku baca dpt menghancurkan jin yg berada di dalam tubuh sipolan"

3) Baca le [Inkanat..] dlm 33x aje. Sambil membayangkan (makrifat) jin tu hancur.

Kadang-kadang jin tak hancur pun, ada yg keluar dari tubuh mangsa. Janji tak ada jin udah le, kalau nak kasi mati, kenale belajar macam mana nak ikat dia dlm tubuh mangsa dan baca inkanat banyak kali, tetapi tak perlu le buat benda tu semua, janji jin/hantu tu keluar udah le. Lagi pun inikan FIRST AID aje...

Kenapa perlu beramal? tak boleh ke terus baca masa kecemasan?

Jawapannya: 
boleh aje terus baca masa kecemasan, cuma takut masa nak baca tu tak ingat apa nak baca, lidah jarang membaca potongan Al-Quran tu, tiba-tiba masa kecemasan nak baca, boleh ingat ke? he he he

Lagi satu kalau dah selalu baca, bacaan tu dah sebati dgn kita..... maka mudah le kita nak baca, dan kurang sikit rasa malu dgn Allah. Ye la, bila berlaku masalah baru sibuk nak baca Al-Quran.

Selamat Mencuba. 

Tak ada FIRST AID part 3, sebab nak belajar lagi kena berguru face to face, jgn belajar dari aku, pi le jumpa Tok Belagak kat Kota Kemuning, FOC aje belajar dgn dia. Cuma kena sabar le, dia tak akan menolak sapa-sapa nak belajar (walaupun anda kaki minum atau kaki judi), cuma amalan zikir yg dikasi kena amalkan, kadang-kadang belajar dah 3 tahun masih peringkat asas aje.

 ..........Petikan dari   http://rozaimy.komputer.com.my/253


No comments:

Post a Comment