Tuesday, August 18, 2009

ISLAM si PADERi



ANAK PADERI PELUK ISLAM


AsSalam Mu'alaikum Wbrth!!!...
Sahabat semua terutama sahabat saya di dalam RINGO......
Bacalah dan Renungkanlah....

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama

Kristian ialah

Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa

saya

seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu

kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula

PBS

bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan

penuh

negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.

Selalunya

program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan

wang tunai

sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami

ziarah rumah ke

rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah

diluahkan. Ada

kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan

harian,

pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa

kali

kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari

kalangan

intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang

dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam Persekolahan.

Sewaktu

Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama

Islam yang

boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding

dengan

lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di

sekolah

asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang

saya kira

tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka

dengan Ustaz

yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini,

boleh ke saya ke rumah cikgu... Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama

beberapa "

rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya".

saya

kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan

Islam

adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi

membebaskan

kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.


Yg menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan

kawan - kawan

dgn begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dgn 3 persoalan yg tidak mampu saya

menjawab

secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dgn beberapa orang paderi,

kawan-kawan

bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah

saya dan

bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga

tidak mampu

menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa

'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping

mengulangkaji

saya gemar berdialog dgn ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan

ustaz tu,

saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa

bendera

bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya

membuat

pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya

mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang

berjubah hitam

semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang

saya

meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan

berkata,

mengapa Johanis....awak mengigau....

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan

saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan

pihak

tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya

telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan

mengacu

senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang

meletup

keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah

ustaz

sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis

kontrak

mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan

rakan saya

Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan

Raihan

adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu

di Sabah

dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.

Alhamdulillah! Saya

dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan

Jabatan

Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,

Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai

pendakwah ini

nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada

keiklasan. Biarlah

saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan

orang...kini saya

mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti

bukan

Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan

belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya.

Saya katakan

jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya

sayang adik

beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.



Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-

buku yang

sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya

hantar

surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan

adik

beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan

halilintar saya

mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan

menangis.

Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu

murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan

ayah

dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis

bersama........Ya

Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh

ayah saya.

Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini

berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul.

Kita ambil

sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita

cari jalan

nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya

dapat

dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti

tentang isu

Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru

setahun

jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap

pendakwah.......Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam

kerana saya

tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya

berdialog tentang

Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk

bergerak perlukan

wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat

Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit

polis, sapa

benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak

Kristian,

kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri

menyulitkan

saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara

ialah Di IPT.

Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar

Islam....jatuh

cinta...lalu dimurtadkan...purapura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti

Putra

Malaysia(UPM)!!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.

Gereja ini

antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi

termasuk Pope

John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU

TERMINUM, cari air

kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan

Selawat.

Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!!

TOLONG FORWARDKAN!!!
Demi ISLAM...Demi AGAMA yang tercinta...InsyaAllah...

HALALKAH REZEKI KITA....???
BIARLAH 10 SEN HALAL DARIPADA BERIBU BERJUTA YANG

HARAM!!!!!!!
KITA MAKAN......BAGI ANAK - ANAK KITA MAKAN......NAK

SELAMAT DI AKHIRAT ???

KITA KEKAL SELAMANYA DI SANA!!!
RENUNGKANLAH............WASSALAM!!!


Lading_Emas

No comments:

Post a Comment