Tuesday, July 21, 2009

Zikir Harian ~ Merdeka 100 Org Hamba + 100 Kebajikan - 100 Dosa = Perisai Syaitan

PERISAI dari SYAITAN

Zikir

  لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير - x 100
setiap hari (Hadis Al-Bukhari No. 5924 Bab الدعوات subtopik فضل التهليل


‏حدثنا ‏ ‏عبد الله بن مسلمة ‏ ‏عن ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏سمي ‏ ‏عن ‏ ‏أبي صالح ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير في يوم مائة مرة كانت له ‏ ‏عدل ‏ ‏عشر رقاب وكتب له مائة حسنة ومحيت عنه مائة سيئة وكانت له ‏ ‏حرزا ‏ ‏من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي ولم يأت أحد بأفضل مما جاء إلا رجل عمل أكثر منه ‏

Maksud : Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
" Sesiapa yang mengucapkan

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
dalam sehari 100 kali maka bagi pahala memerdekakan 10 orang hamba dan dituliskan 100 kebajikan kepadanya dan dihapuskan 100 dosa dan menjadi PERISAI dari SYAITAN pada hari itu hingga waktu petang dan tidak ada orang yang lebih baik darinya kecuali yang beramal lebih dari ini "

ZIKIR KUNCI DIRI perlu dibaca 100x pagi & 100x petang SETIAP HARI supaya jin/syaitan tidak memasuki tubuh kita. Malah dari itu dijanjikan Pahala dan padhilat yg besar dari Allah.


KELEBIHAN BERZIKIR DAN FADHILATNYA.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI JADI AHLI ZIKRULLAH.,ZIKIR ADALAH SENANG DAN MUDAH UNTUK DIAMALKAN.

KALAU BERZIKIR UTK AKHIRAT,
DAPAT DUNIA PUN DAPAT....Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda :
    "Jika kamu sedang melewati Kebun2 Syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir."
(Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :
    "Orang2 Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa2 mereka diringankan oleh banyaknya ZIKIR mereka, sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa?"
(Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda :
    "Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali dengan berzikir) kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : Tanya mereka : Apakah berjihad di jalan Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah? Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali) "
(HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)

Dari Anas ra katanya; Nabi saw bersabda :
    "Tidak suatu kaum yang berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamu telah diampuni dan telah diganti dengan banyak kebajikan." (HR Ahmad, Abu Yala dan Thabrani)

Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya :
    "Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya : Ya aku mahu. Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? majlis zikir, dan apabila engkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dgn berzikir kepada Allah."

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW:
     "Barangsiapa yang duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam duduknya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah."
(Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)


http://perisaimukmin.blogspot.com/

Lading_Emas

Quran ~ Perubatan

Mengapa Berubat Dengan Al-Qur'an?!


Acap kali kita seringkali mendengar borak-borak kosong di kedai kopi, ruangan
   bersembang dan forum2 bahawa berubat dengan Al-Qur'an kesannya
   lambat, dan memerlukan ulangan. Maka di kesempatan ini penulis
   cuba untuk mengutarakan tajuk 'Mengapa Berubat Dengan Al-Qur'an?' Apakah kelebihannya?

1. Kerana ianya penawar & rahmat bagi orang beriman.
           Didalam surah Al-Isra' 82, Allah berfirman:


          "Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan ianya tidaklah menambah
kepada orang-orang yang zalim itu melainkan kerugian."

2. "Kerana mendengarnya dengan hati akan tenang akan mendapat rahmat"

Surah Al-Araf 7 :204
         Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, maka , maka dengarlah baik-baik,
dan perhatikan dgn tenang agar kamu mendapat rahmat.

3. Menyebabkan Manusia mengigati Allah lalu tenang hatinya.

Surah Az-Zumar 39:23

         Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Qur'an yang serupa
(mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang. Gementar kerenanya kulit-kulit orang yang
takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu
mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa
yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, tiada petunjuk baginya.

4.Gunung bergoncang, dan bumi terbelah dengan Al-Qur'an

Surah Ar-Ra'du 13:31

         Dan sekiranya ada sesuatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu
gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi terbelah atau kerananya
orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al-Qur'an)

5. Allah memelihara Al-Qur'an

Surah Al-Hijr 15:9

            Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an dan sesungguhnya
Kami benar-benar memeliharanya ( AL-Qur'an)

6. Menjadi peneguh hati kepada orang beriman

Surah An-Nahl 16:102

          Katakanlah Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar,
untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta
khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (tawakal kepada Allah)

Maka inilah hujah-hujah daripada Al-Qur'an sendiri kelebihan Al-Qur'an.
Usaha ini mudah-mudahan meneguhkan hati mereka yang berusaha mencari
penawar, Mengapa Perlu Berubat Dengan Al-Qur'an?

Ingatlah Al-Qur'an PENAWAR, RAHMAT, PENEGUH HATI DAN


MENGINGATKAN KEPADA ALLAH bagi ORANG YANG BERIMAN.

Maka gunung juga bergoncang dan bumi juga terbelah,
apakan pula 'penyakit-penyakit' yang ada pada manusia.

Mudah-mudahan kita semua tergolong kepada golongan yang kita idam-idamkan
iaitu menjadi ORANG YANG BERIMAN.

Lading_Emas

Tuesday, July 7, 2009

Mandi Doa TawassuL







. .
~***~LadingEMAS~***~

Lading_Emas