~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, January 31, 2012

Ahli Sufi ~ Siapa mereka..? Wujud..?

Mengenali Ahli Sufi: Siapa Mereka dan Apa Yg Mereka Buat?

 June 21, 2009

Posted by Shahidan Radiman in : Rencanatrackback




Syech Abdul Qodir Al-Jailani oleh Dr. Fahruddin Faiz [ISTAC] 
~ Ibadah Lahir Ibadah Batin ~ Sirrul Asrar




 
Manaqib Syekh Abdul Qodir Jaelani ~ Sulthanul Auliya
Abdul Qadir Jaelani atau Abd al-Qadir al-Gilani (bahasa Kurdi: Evdilqadirê Geylanî, bahasa Persia: عبد القادر گیلانی, bahasa Urdu: عبد القادر آملی گیلانی Abdolqāder Gilāni) (470–561 H) (1077–1166 M) adalah seorang ulama fiqih yg sangat dihormati oleh Sunni dan dianggap wali dalam dunia tarekat dan sufisme. Ia adalah Org Kurdi atau Org Persia. Syekh Abdul Qadir dianggap wali dan diadakan di penghormatan besar oleh kaum Muslim dari anak benua India. Di antara pengikut di Pakistan dan India, ia juga dikenal sebagai Ghaus-e-Azam. Manaqib Syekh Abdul Qodir Jaelani ~ Sulthanul Auliya Kisah Islami yg menggetarkan jiwa. Mengkaji tentang Islam, Iman, Tauhid, Makrifat. Ttg karamah² para Auliaullah/ Waliyullah. Kisah ajaib pengamal tarekat. Kisah ttg Sahabat nabi, para sufi, ulama ulama besar. Syariat, Thariqat, Hakikat. Makrifat.





Manaqib Syekh Junaid Al Baghdadi
Al-Junaid bin Muhammad bin al-Junaid Abu Qasim al-Qawariri al-Khazzaz al-Nahawandî al-Baghdadi al-Syafi'i, atau lebih dikenal dgn Al-Junaid al-Baghdadî, lahir di Nihawand, Persia, ttpi keluarganya bermukim di Baghdad, tmpt ia belajar hukum Islam mazhab Imam Syafi'i, dan akhirnya menjadi qadi kepala di Baghdad. Dia mempelajari ilmu fiqih kpda Abu Tsur al-Kalbi yg merupakan murid langsung dari Imam Asy-Syafi'i, Al-Junaid mempelajari ilmu tasawuf dari pamannya sendiri, Syekh as-Sari as-Saqti hgga pd akhirnya ketinggian ilmu Al-Junaid menjadi dirinya sbgai ulama yg memiliki banyak murid dan pengikut.  Demikianlah, bahwa kecintaannya terhadap ilmu tasawuf sangatlah tinggi, hal ini diungkapkannya dgn berkata: “Apabila saya telah mengetahui suatu ilmu yg lebih besar dari Tasawuf, tentulah saya telah pergi mencarinya, sekalipun harus merangkak.” Kisah Islami yg menggetarkan jiwa. Mengkaji tentang Islam, Iman, Tauhid, Makrifat. Ttg karamah² para Auliaullah/ Waliyullah. Kisah ajaib pengamal tarekat. Kisah tentang sahabat nabi, para sufi, ulama ulama besar. Syariat, Thariqat, Hakikat. Makrifat.


Pendahuluan
Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dgn daayah ttg siapa itu para sufi dan para waliyullah shgga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yg muktabar di alam Melayu.
 Ini krna rata² sedikitnya pakar rujuk yg berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini.

Drpd pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk utk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yg berwajib melainkan kpd Org lain yg “menyamar” menjadi pakar rujuk itu.

Oleh itu , Org awam yg membaca laporan dan berita negatif ttg Org Sufi mudah percaya dgn laporan tsbut shgga mereka memandang serong Org Sufi dan Org yg bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yg terpendam dlm ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yg parah lagi tidak dapat direalisisakan dlm bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yg semakin rapuh dan ternoda dgn pelbagai gejala sosial aliran Barat. 

 
~ NABI KHIDIR AS (INVISIBLE MASTER)
~ Doa Nabi Khidir [min 11.30]




15 KISAH BERTEMU DENGAN NABI KHIDIR AS





Nabi Khodir AS Masih Hidup ? ~ Utz Wadi Annuar [min 32.32]
[Dlm Quran, kesah Nabi Musa antara yg terbyk dlm Quran]


Keistimewaan Para Wali Allah : Sheikh Abu Zaki As-Sanggafori

Ahli Sufi dan Ciri²nya
Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap utk bertemu dgn-Nya dlm perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka utk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dlm banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dlm setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yg pelik yg ditunjuki oleh Allah ﷻ sbgai  bukti (bayyinah) bhwa mereka Sdg dlm perjalanan yg diredhai.




Bukti² utama antaranya ialah mereka bermimpi dgn para² Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dgn para waliyullah yg masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. 
  Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kpd waliyullah sebaliknya ditemukan dgn para wali Syaitan.
  Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dgn menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t drpd mengenali waliyullah . Ini benar krna mereka manusia biasa yg tidak menunjukkan sebarang kelainan drpd Org lain (dari segi fizikal dan penampilan luar).

Jadi, seOrg salik yg tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah ﷺ (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yg membuktikan kewaliyan SseOrg itu (contohnya bertemu dgn waliyullah itu di dlm Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini krna Rasulullah ﷺ , para anbiya’ AS, Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh Syaitan dlm mimpi.



Org Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dgn para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yg masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . 
  Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dgn lebih terperinci oleh seOrg guru mursyid yg masih hidup ( bertaraf waliyullah) .

Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yg mendekatkan diri dgn اَللّٰه  SWT setiap waktu .
  Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dgn Org atau membuat kerja² harian.

Laku yg paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yg diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dlm Syirik khafi .


Penekanan terhadap solat malam hari, solat² Sunnat tatawu’ dan lain² juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna², tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia² huruf muqotaat , ayat² mutasyabihat dan lain² shgga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dlm Solat mereka mndgr Allah SWT menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf² yg dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kpd mereka dan sebagainya).
Biasanya cara belajar Org Sufi ini sangat berbeza dgn Org awam sbb mereka ini dianggap Org KHAWAS. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, ttpi  kemudian اَللّٰهُ  SWT melakukan ujian tertentu shgga hanya yg terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yg hak dgn guru mursyid tersebut. 

Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kpd para malaikat dan para Nabi AS ttpi langsung berjumpa dgn mereka ( dlm banyak hal secara yakazah , bukan saja dlm mimpi). Mereka akan belajar ilmu² rahsia ttg ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu ttg Nurmuhammad dan Martabat Tujuh. 

Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dlm Catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib).

  Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam² malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan Sbgainya.
   Byk drpd “kemudahan” ini berlaku dlm bulan Ramadhan . Allah SWT akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dgn mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah ﷺ sebagai umatnya yg setia.




Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yg difikirkan sesuai oleh guru mereka.
  Kadang² mereka diminta utk membantu Org di dlm kubur atau membantu Org Yg diganggu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya.

Wpun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dgn kerja seperti ini krna takut menjadi terkenal atau lalai drpd membuat kerja² amal lain yg diperuntukan .
Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal² akhirat lebih dari hal duniawi.
 Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat drpd perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan drpd kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia ttpi sbb ingin mendapat redha majikan dan Allah SWT dlm mendapatkan rezeki yg halal.

Mereka tidak mengeluh sbb mereka tahu itu Syirik Khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui Zikir Pembersihan semua Lathaif selain drpd melakukan muhasabah diri selalu.
  Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yg bhgia krna terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yg tersangat kpd Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dgn manusia bukan dgn penumpuan jasadi malah secara ruhi [i.e iaitu mereka boleh berbicara dgn ruh² ( baik manusia yg hidup mahupun yg mati).]

Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dgn hikmah. Org yg kasyaf akan dapat melihat apa yg tertulis pd lidah² dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dgn kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dgn Org lain , ttpi
kerohanian mereka sentiasa dgn Al –Haqq.





Amalan Jadi Wali (1) ~Abah Guru Sekumpul  



Sudah Hafal Quran Ketika Umur 7 Tahun ~Kisah Karomah Abah Guru Sekumpul
~Pesan belia
u.. Jgn tertipu dgn Segala Keanehan dan KeUnikan, sbb Karomah yg tertinggi adalah "Istiqamah dlm beribadat";
ULAMA yg satu ini sangat kharismatik dan dikagumi banyak Org. Ia adalah sosok Waliyullah asal Kalimantan yg menyatukan Syari’at, Tarekat dan Hakikat dalam dirinya.[Tarikat Samaniyah]
Meski memiliki karomah, ia selalu berpesan agar jangan tertipu dgn segala keanehan dan keunikan. Ketawadhuan dan kesederhanaannya telah membuatnya mencapai maqom yg tinggi. Ia dikenal dgn julukan Abah Guru Sekumpul. Nama aslinya Muhammad Zaini Abdul Ghani atau Guru Ijai. Lahir 11 Februari 1942 (27 Muharram 1361 H) di Kampung Tunggul Irang Seberang, Martapura, Kalimantan Selatan. Ia wafat dlm usia 63 tahun di Martapura pada 10 Agust. 2005.

Org Sufi dan Org awam
Org awam yg dikalangan mereka terdpt Org Sufi sangat beruntung. Mungkin yg membaca doa dan menjadi naqib dlm suatu majlis tahlil di rumah atau di surau Org biasa dan doanya tidak terangkat , ttpi d sbb kan oleh kehadiran Sufi tadi  (kemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini krna cara 

   Org Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu sprti yg dikehendaki Allah SWT ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yg mursyid – criteria lulus ini agak ketat sprti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dlm doa dan banyak lagi). Org Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yg lain sbb mereka saling mengenal (roh mengenal roh). 

Oleh itu Org Sufi tak sunyi drpd urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Wpun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dlm masyarakat yg jelas mereka boleh mengubati Org lain –sprti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain². 

Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sbb mereka sibuk dgn urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “Assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kpd si-mayat dgn bacaan Fatihah mereka krna mereka mengetahui kedudukan Fatihah dlm jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna shgga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.
Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dlm jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang² tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini krna mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yg 25 atau kadang² lebih dari satu ).
   Ini adalah perjalanan para nabi a.s sprti yg dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dgn Nabi Khidr a.s (dan mgkin juga Nabi Iliyas a.s).
Selain drpd para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seOrg atau keempat² sahabat Rasulullah ﷺ yg utama dan (atau) dgn empat² malaikat yg utama .
Di sbb kan mereka ada nama rahsia yg diberikan oleh Allah SWT , mereka dikenali di langit dgn nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dgn para makhluk yg jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. 

Mereka sentiasa duduk dlm cinta , kasih dan rindu kpd Allah s.w.t dan doa mereka adalah “Wahai Allah , jadikanlah kami hamba² kebaikan bukan hamba² Ujian”. Krna ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil utk mendoakan para mayat yg tersiksa. Bila mereka member salam kpd ahli kubur dgn Salam “Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yg tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yg sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.
Jika ahli Sufi ini berada dipanggil utk bertahlil, dia dapat mghadirkan si-Org yg ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah Org yg mengajak ahli Sufi ini utk hadir dlm majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) utk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yg ditajallikan oleh Allah SWT contohnya sprti melihat pena melakar bulatan dgn ditutup dgn titik tengah atau dokumen dimasukkan dlm peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan Sbgainya. 




Kisah Waliyullah Yang Tersembunyi (Mastur)



14 WALI ALLAH DI TANAH MELAYU



Jalan Menuju Makrifatullah
Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seOrg salik tanpa bimbingan gurunya yg mursyid dan tanpa hidayah dan inayah اللهُ SWT Bagi Org Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh اللهُ baru mereka mencintai dan mghendaki Allah. Mereka beriltizam Ssgguhnya utk menemui اَللّٰهُ SWT semenjak kecil lagi dan Allah SWT akan membuka jalan utk mereka dlm waktu tertentu sprti pada umur 20an, 30an atau 40an.

Bagi yg diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini krna pemerhatian mereka yg tuntas terhdp perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mpnyai adab terhdp اللهُ , lalu Allah SWT mgangkat mereka.
   Contohnya sbgai permulaan , Allah SWT menjadikan mereka tempat berkumpul barang² peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang² pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang² peninggalan sahabat RA dan Rasulullah ﷺ . Ttpi, salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sbb dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.
Kesimpulan
Menjadi satu paradoks moden bhwa di Barat semakin ramai Islamologis yg mengkaji ttg Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdpt banyak usaha utk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yg sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat .

 Fenomena “kacang lupakan kulit”  ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dlm lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem² lain.
   Pada hari ini, Negara yg mendokong Sufi sprti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan, negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.
Sekian, sedikit sebanyak yg ingin saya sampaikan secara ringkas ttg siapa itu ahli Sufi. 
~*~*~*~*~*~*~
Wali Allah ~ Jauhari jua yg Mengenal Manikam

Mengenal Para2 Wali Allah اَللّٰه
Contributed by wwunan on Thursday, July 30 @ 00:00:00 MYT 
Alam MisteriSalah satu Hadis Qudsi berbunyi:

"Wali²Ku berada di bawah kubah². Tidak ada yg mengetahuinya selain Aku".

PENGERTIAN WALI

Dari Segi Bahasa

Wali dari segi bahasa bererti :-

1 Dekat. Jk SseOrg sentiasa mendekatkan dirinya kpd Allah, dgn mprbykkn kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah menjadi dekat kpd-nya dgn limphan rahmat dan pemberianNya, maka di saat itu orang itu menjadi wali.

2 Org yg senantiasa dipelihara dan dijauhkan اللهُ dari perbuatan maksiat dan ia hanya diberi kesempatan utk taat sahaja.

Adapun asal perkataan wali diambil drpd perkataan al wala’ yang bererti : hampir dan juga bantuan. Mk yg dikatakan wali Allah itu Org yg menghampirkan dirinya kpd اَللّٰه dgn melaksanakan apa yg diwajibkan keatasnya, sedangkan hatinya pula sentiasa sibuk kpd Allah dan asyik utk mengenal kebesaran Allah.

Kalaulah dia melihat, dilihatnya dalil² kekuasaan اَللّٰهُ .

Kalaulah dia mendengar, didengarnya ayat²  atau tanda² Allah.

Kalaulah dia bercakap, maka dia akan memanjatkan puji² kpd Allah
 
Kalaulah dia bergerak maka pergerakannya utk mentaati اَللّٰهُ.
 
Dan kalau dia berijtihad, ijtihadnya pada perkara yg menghampirkan kpd Allah.

Seterusnya dia tidak jemu mgingat Allah, dan tidak melihat menerusi mata hatinya selain kpd اللهُ.
  Maka inilah sifat wali² Allah. Kalau seOrg hamba demikian keadaannya, nescaya Allah menjadi pemeliharanya serta menjadi penolong dan pembantunya.

Siapakah yg digelar wali?

1. Ibnu Abas sprti yg tercatit dlm tafsir Al Khazin menyatakan "Wali²  اللهُ itu adalah Org yg mengingat اَللّٰهُ  dlm melihat".

2. Al Imam Tabari meriyawatkan drpd Saeed bin Zubair berkata bhwa Rasulullah ﷺ telah ditanya Org ttg Wali² Allah. Baginda mengatakan "Mereka itu adalah Org yg apabila melihat, mereka melihat اللهُ ".

3. Abu Bakar Al Asam mengatakan "Wali² اللهُ itu adalah Org yg diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan kewajiban penghambaan terhdp اللهُ serta menjalankan dakwah menyeru manusia kpd اللهُ ".

Penggunaan Istilah Wali Dalam Al-Quran

"Allah adalah wali bagi Org² yg beriman".1

"Dia menjadi wali bagi Org² Solih".2

"Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas Org² kafir".3

"Yg demikian itu adalah krna Allah itu adalah wali bagi Org² yg beriman, Sdgkan Org² kafir tidak ada wali bagi mereka".4

"Sesungguhnya Wali kamu adalah Allah dan RasulNya".5

1 Surah Al-Baqarah: 257
2 Surah Al-‘Araf: 196
3 Surah Al-Baqarah: 286
4 Surah Muhammad: 11
5 Surah Al-Maidah: 55

Dari semua ayat itu dapat kita lihat bhwa Allah disebut wali, Org Mukmin disebut wali, seOrg yg dewasa yg diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali. Demikian juga Org yg lemah yg tidak dapat mengurus harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yg lain, maka keluarga tersebut itu juga dipanggil wali.

Penguasa pemerintah yg diberi tggungjwb pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yg berkuasa yg menikahkan anak perempuannya juga disebut wali.

Lantaran itu dapatlah kita mengambail kesimpulan makna yg luas sekali dari kalimat wali ini. Terutama sekali ertinya ialah hubungan yg amat dekat(karib), baik krna pertalian darah keturunan, atau krna persamaan pendirian, atau krna kedudukan, atau krna kekuasaan atau krna persahabatan yg karib.
   Allah adalah wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, krna Dia berkuasa lagi Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung.

   Si makhluk tadi pun wajib berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari Allah. Kalau Allah sudah nyata tegas dekat atau karib kpd-Nya diapun hendaklah bertaqarrub, ertinya mendekatkan pula dirinya kpda Allah. Maka timbullah hubungan perwalian yg timbal balik.

   Segala usaha memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kpda Allah menurut garis² yg ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya itu adalah usaha dan ikhtiar mgangkat diri menjadi wali Allah. Segala amal salih, sebagai kesan dari iman yg mantap, adalah rangka usaha mengangkat diri menjadi wali.

Dari Segi Penggunaan Wali pada mafhumnya bererti :-

1 SeOrg yg senantiasa taat kpd Allah tanpa menodainya dgn perbuatan dosa sedikitpun.

2 SeOrg yg sentiasa mndpt perlindungan dan penjagaan, shgga ia senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa sedikitpun, meskipun ia dapat melakukannya.


DALIL² WUJUDNYA WALI ALLAH DARI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DARI AL-QURAN


Pertama

"Ingatlah, Ssgguhnya wali² Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhdp mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka itu ialah Org² yg beriman dan mereka selalu bertaqwa.
Dan bagi mereka diberi berita gembira di dlm kehidupan dunia dan akhirat"6

Dlm ayat ini اَللّٰهُ SWT  menyatakan bhwa para wali² Allah itu mendapat berita gembira, baik di dunia mahupun di akhirat. Apakah yg dimaksudkan dgn berita gembira (Busyra) itu?
Surah Yunus: 62- 64

Pengertian Al-Busyra (Berita Gembira)

Yg dimaksudkan dgn berita gembira di kehidupan dunia adalah :

1 Mimpi yg baik sprti yg tersebut di dlm hadis :

"Al busyraa adalah mimpi yg baik yg dilihat oleh seOrg Mukmin atau yg diperlihatkan baginya, 7"

"Mimpi yg baik adalah seperempat puluh enam[46] bhgian dari kenabiaan."

2 Ada yg mgatakn bhwa yg dimaksud dgn berita yg gembira di dunia ialah turunnya malaikat utk mnyampaikn berita gembira kpd seOrg Mukmin yg sedang sakaraul maut.

3 Ada pula yg mgatakan bhwa yg dimaksud dgn berita yg gembira di dunia ialah turunnya malaikat kpd seOrg Mukmin yg sedang sakaratul maut yg memperlihatkan tmpt yg akan disediakan baginya di dlm Syurga, sprti yg disebutkan dlm firman Allah swt.:

"Para malaikat turun kpd mereka sambil mgatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah kamu susah dan bergembira kamu dgn Syurga yg pernah dijanjikan kpda kamu"8

4 Ada yg mgatakn bhwa yg dimaksudkan dgn berita yg gembira di dunia ialah pujian dan kecintaan dari Org byk kpd seOrg yg suka beramal saleh, sprti yg  disebutkan dlm hadits berikut:

Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut Al Hakim hadis ini sahih

5 Ada yg mgatakn bhwa yg dimaksudkan dgn berita yg gembira di dunia ialah karamah dan dikabulkannya segala permintaan seOrg mukmin ketika ia masih di dunia, shgga segala keperluannya dipenuhi oleh اَللّٰهُ dgn segera.
   seOrg ulama berkata: "Jk seOrg mukmin rajin beribadah, maka hatinya bercahaya, dan pancaran cahayanya melimpah ke wajahnya, shgga terlihat pada wajahnya tanda khusyu’ dan tunduk kpd Allah, shgga ia dicintai dan dipuji oleh byk Org, itulah tanda kecintaan اَللّٰهُ kpda-nya, dan itulah berita gembira yg didahulukan baginya ketika ia di dunia."

6 Surah Fushshilat: 62

"Abu Dzar menuturkan bahawa ada seOrg yg bertanya kpd Rasulullah: "Apakah pandanganmu jika ada SseOrg yg suka beramal saleh, shgga ia dipuji oleh Org ramai?"
   Sabda beliau: "Itu adalah berita gembira yg cepat kpd seOrg Mukmin."

Semua keterangan di atas adalah benar. Sedangkan berita gembira yg sebenarnya adalah kesempatan yg diberikan oleh Allah kpd seOrg Mukmin utk rajin beribadah dan keasyikannya utk beramal saleh.

Manakala, yg dimaksudkan dgn berita gembira di akhirat ialah :

1 Syurga beserta segala macam kesenangannya yg bersifat abadi, sprti yg disebutkan dlm firman اَللّٰهُ yg artinya:

"Iaitu pd hari ketika kamu melihat Org Mukmin lelaki dan perempuan, sedangkan cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kpd  mereka):
   "Pada hari ini ada berita gembira utk-mu, iaitu syurga yg mengalir di bawahnya sungai², yg kamu kekal di dlm-nya. Itulah kejayaan yg besar."

2 Ada yg mgatakn bhwa yg dimaksudkan dgn berita gembira di akhirat ialah sambutan baik dari para malaikat kpd kaum Muslimin di akhirat, iaitu ketika mereka diberi berita gembira dgn keberhasilan, diputihkannya wajah² mereka dan diberikannya buku catatan amal² mereka dari sebelah kanan dan disampaikannya salam dari اَللّٰهُ kpd mereka dan bbrpa berita gembira yg lain.

Surah Al Hadiid: 12

TANDA² WALI ALLAH

1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kpd اَللهُ SWT.

Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:

"Ia pernah mndgr Rasulullah ﷺ bersabda:
  "Allah berfirman: "Ssgguhnya hamba², wali²Ku adalah Org² yg Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka."
Dari Said ra, ia berkata:

"Ketika Rasulullah ﷺ ditanya: "Siapa wali² Allah?" Maka beliau bersabda: "Wali² Allah adalah Org² yg jika dilihat dpt mengingatkan kita kpd Allah."

2. Jika mereka tiada, tidak pernah Org mencarinya.

Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:

10 Hadis riwayat Abu Daud dlm Sunannya dan Abu Nu’aim dlm Hilya jilid I hal. 6

Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dlm kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dlm Al Hilya Jilid I hal 6).

"Pada suatu kali Umar mendatangi tmpt Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: "Apa yg mybbkan engkau menangis, wahai Mu’adz?"
Kata Mu’adz: "Aku pernah mndgr Rasulullah ﷺ bersabda:
   "Org² yg paling dicintai Allah adalah mereka yg bertaqwa yg suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yg mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu."

3. Mereka BERTAQWA kpd Allah.

Allah swt berfirman: 
   "Ingatlah, Ssgguhnya wali² Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka itu adalah Org² yg beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dlm kehidupan dunia dan akhirat"13

Abul Hasan As Sadzili pernah berkata:
  "Tanda² kewalian SseOrg adalah redha dgn  Qadha, Sabar dgn cubaan, bertawakkal dan kembali kpd Allah ketika ditimpa bencana."

4. Mereka saling menyayangi dgn sesamanya.

Dari Umar Ibnul Khattab RA berkata:

Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dlm Al Hilyah jilid I hal. 6

Surah Yunus: 62 – 64

Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104

"Rasulullah ﷺ bersabda: "Ssgguhnya sebahagian hamba Allah ada Org² yg tidak tergolong dlm golongan para nabi dan para syahid, ttpi kedua golongan ini ingin mdptkn kedudukan sprti kedudukan mereka di sisi Allah."
   Tanya seOrg: "Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal² mereka?" Sabda beliau:
  "Mereka adalah Org² yg saling kasih Syg❤️ dgn sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar² dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah."
   Kemudian Rasulullah ﷺ membacakan firman Allah yg artinya:
   "Ingatlah, Ssgguhnya Wali² Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhdp mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

5. Mereka selalu Sabar, Wara’ dan berbudi pekerti yg baik.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA (رضي الله عنه) bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

Hadis riwayat Abu Nu’aim dlm kitab Al Hilya jilid I, hal 5

"Ada tiga sifat yg jika dimiliki oleh seOrg, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat Marah, Wara’ dan berbudi luhur kpd Org lain."

Rasulullah ﷺ bersabda:
  "Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau sprti segolongan Org yg tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut.
   Mereka menempuh perjalanan yg berat Smpi mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu.
   Mereka lakukan semua itu demi utk mdptkn redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yg halal krna akan amanahnya. Mereka bersahabat dgn dunia hanya dgn badan mereka, ttpi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dgn mereka."
   Kemudian Rasulullah ﷺ menangis krna rindu kpd mereka. Dan beliau bersabda:
   "Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka, sebab siapapun yg menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan mendapati siksa yg berat."

6. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.

Dari Ibnu Umar ra, katanya: 
   "Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah mpnyai hamba² yg diberi makan dgn rahmatNya dan diberi hidup dlm afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dlm SyurgaNya.
   Segala bencana yg tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yg datang."

Rujukan:-

Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dlm kitab Al Auliya’
Hadis riwayat Abu Hu’aim dlm kitab Al Hilya
Hadis riwayat Abu Nu’aim dlm kitab Al Hilya jilid I hal 6

8. Hati mereka selalu terkait kpd Allah.

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kpd Kumail An Nakha’i:
   "Bumi ini tidak akan kosong dari hamba² اَللّٰهُ yg menegakkan agama اَللّٰهُ dgn penuh keberanian dan keikhlasan, shgga Agama Allah tidak akan punah dari peredarannya.
   Akan ttpi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya اَللّٰهُ yg mgetahui ttg mereka.
  Demi Allah, jumlah mereka tidak byk, ttpi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. Dgn mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, Smpi dpt diterima oleh Org² sprti mereka.
  Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dgn kesederhanaan.
  Meskipun tubuh mereka berada di dunia, ttpi Rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah khalifah² Allah di muka bumi dan para da’i kpd agamaNya yg lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kpd mereka."

9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.

Imam Ghazali menyebutkan:
   "Allah pernah memberi ilham kpd para siddiq:
   "Sesungguhnya ada hamba²Ku yg mencintaiKu dan selalu merindukan Aku dan Akupun demikian.
    Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku mencintaimu.
   Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku murka Kpd Mu.
 
   " Tanya seOrg Siddiq: "Ya Allah, apa tanda² Mereka?"
 Firman اَللّٰهُ :
   "Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka, sprti seOrg Pengembala yg  menaungi kambingnya dgn penuh kasih Syg❤️, mereka merindukan terbenamnya matahari, sprti burung merindukan sarangnya.
   Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh Org² yg tidur dan setiap kekasih telah bercinta dgn kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dlm Solatnya.
   Mereka merendahkan dahi² Mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon Kpd Ku.
   Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud utk-Ku. Mereka rindu dgn Kasih sayangKu.


Mereka Aku beri tiga kurniaan:
  Pertama, mereka Aku beri cahayaKu di dlm hati mereka, shgga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kpd manusia.
  Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dgn mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya.
  Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kpd mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yg akan Aku berikan kpd mereka?"

Rujukan:-
Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358

10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.

‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bhwa ia pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
   "Malaikat memberitahu kpd-ku:
   "Sebaik-baik umatku berada di tingkatan² tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara rahsia, krna mereka takut mendapat siksa dari اَللّٰهُ.
   Mereka suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah²  Tuhannya. Mereka suka berdoa dgn penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dgn tangan mereka ke atas dan ke bawah.
   Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kpd manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan Org.
   Mereka berjalan di muka bumi dgn rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap ***** dan selalu berjalan dgn tenang.
   Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an.
   Mereka suka membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dgn kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat اَللّٰهُ kpd sesama mereka dan suka memikirkan negeri² yg lain.
   Jasad mereka di bumi, tapi pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, ttpi hati mereka di langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy.
  Roh mereka di dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia dinilai sbgai kubur bagi mereka.
   Kubur mereka di dunia, ttpi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yg artinya:
  "Kedudukan yg setinggi itu adalah utk Org² yg takut kpd hadiratKu dan yg takut kpd ancamanKu."

11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.

Dari Anas ibnu Malik ra berkata:
   "Rasul ﷺ bersabda:
   "Berapa banyak manusia lemah dan dekil yg selalu dihina Org, ttpi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seOrg di antara mereka."

Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat:
 berkata: "Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
"Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh krna itu, berdoalah utk kami."
  Maka Barra’ berdoa, shgga kami diberi kemenangan.

Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a:
 "Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dgn NabiMu."
Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.

Rujukan:-
Hadis riwayat Abu Nu’aim dlm Hilya jilid I, hal 16

12. Keyakinan mereka dpt menggoncangkan gunung.

Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:

"Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah:
 "Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan", pada telinga seOrg yg pengsan. Mk dgn izin Allah, Org itu segera sedar,
shgga Rasuulllah ﷺ bertanya kpd-nya:
"Apa yg engkau baca di telinga Org itu?"

Kata Abdullah: "Aku tadi membaca firman Allah: "Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan" sampai akhir surah."

Maka Rasul ﷺ bersabda: "Andaikata SseOrg yakin kemujarabannya dan ia membacakannya kpd suatu gunung, pasti gunung itu akan hancur."

- HR Abu Nu’aim dlm Al Hilya jilid I hal 7

---------------------
NOTA DARI ADMIN:

Kami terpaksa tapis semua tulisan Arab dari artikel ini krna ia tidak dapat dipaparkan dgn betul (masalah teknikal font). Artikel yg dihantar oleh Sdra wwunan adalah panjang dan di hujungnya telah terputus (truncated). Krna itu kami pecahkan artikel ini kpd bbrpa bahagian. Harap maklum. 

Note: 
Artikel ini adalah sumbangan wwunan, seOrg Warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.

http://www.megasutra.com/modules.php?name=News&file=article&sid=4416&mode=&order=0&thold=0
Bagaimana Seseorang Itu Menjadi Wali Allah
Posted on Friday, July 31 @ 00:00:00 MYT  
Topic: Alam Misteri
Alam MisteriBAGAIMANAKAH SseOrg ITU MENJADI WALI ALLAH

SsOrg itu menjadi wali dgn salah satu dari dua cara iaitu :-

1. Kerana Kurnia Allah.

Adakalanya seOrg menjadi wali krna mendapat kurnia dari Allah meskipun ia tidak pernah dibimbing oleh seOrg Syeikh Mursyid. Allah berfirman:

"Allah menarik kpda agama ini Org yg di kehendakiNya dan memberi petunjuk kepada agamaNya Org yg suka kembali kpda-Nya." Surah A-Syuara’ : 13

2. Kerana Usaha SseOrg

Rasulullah ﷺ  bersabda dlm sebuah hadits Qudsi:

"Allah berfirman: "SseOrg yg memusuhi waliKu, maka Aku akan mengumumkan perang kpd-Nya. Tidak seOrg pun dari hambaKu yg mendekat dirinya kpd-Ku dgn amal² fardhu ataupun amal² sunnah sehinggai Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya, tangannya dan kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau memohon perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya dan melindunginya. Belum Aku merasa berat utk melaksanakan sesuatu yg Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seOrg Mukmin yg takut mati, dan Aku takut mengecewakannya."
~HR Al-Bukhari

APAKAH SeOrg WALI MENGETAHUI bhwa DIRINYA seOrg WALI?


Ttg hal ini, para ulama mpnyai dua pendapat. Di antara mereka, ada yg berpendapat bhwa seOrg wali tidak mengetahui bahawa dirinya adalah seOrg wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya ttg dirinya dapat mghilangkan rasa takutnya kpd Allah dan ia merasa aman.

Tetapi, ada pula yg berpendapat bhwa seOrg wali tahu bhwa dirinya seOrg wali.

Syeikh Al Qusyairi berkata: "Menurut kami, tidak semua wali mengetahui bhwa dirinya seOrg wali. Tetapi ada pula yg mengetahui bhwa ia adalah seOrg wali. Jk seOrg wali mgetahui bahwa dirinya seOrg wali, maka pengetahuannya itu adalah sbhgian dari karamahnya yg sengaja diberikan kpd-Nya secara khusus."
- Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662



Artikel ini adalah sumbangan wwunanseOrg warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.

Tingkatan Dan Pembahagian Para Wali Allah
Posted on Saturday, August 01 @ 00:00:00 MYT  
Topic: Alam Misteri
Alam MisteriTINGKATAN PARA WALI اَللّٰهُ

Sprti para nabi² dan rasul² yg martabat serta kedudukan mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat berlainan.

Di kalangan para Anbia dan Rasul yg jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yg wajib diketahui hanya 25 Org shj (Nabi dan Rasul) Sdgkan yg bakinya tidak wajib diketahui.
  Drpd 25 Org Nabi dan Rasul itu ada pula lima Org yg dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad ﷺ, Nuh AS, Ibrahim ASalam, Musa AS, dan Isa AS.

Para Aulia juga mempunyai martabat yg berbeza². Namun tidak ada siapa yg dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yg tertinggi martabatnya kecuali Allah, krna fungsi atau peranan para nabi dan Rasul.

Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yg diutus kpd manusia harus membuktikan bhwa mereka dibekalkan oleh mukjizat yg dikurniakan اَللّٰهُ kpd mereka.

Ttpi para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sbgai Aulia melalui karamah yg dikurniakan oleh اَللّٰهُ kpd mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dlm keadaan darurat atau terdesak shj.
Sbb itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti shj yg lebih tinggi martabatnya drpd yg lain, Sdgkan bilangan mereka sangat ramai.

Mungkin martabat para Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak wajib ditontonkan kpd Org ramai, kecuali jika terdesak.

Tingkatan para wali dapat dibahagikan kpd bbrpa tingkatan sesuai dgn kedudukan mereka masing² di sisi Allah swt.
   Di antara mereka ada yg terbatas jumlahnya di setiap masanya, ttpi ada pula yg tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dgn hal ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan pembahagian para wali sprti yg diterangkan dlm kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAT pada bab ke tujuh puluh tiga yg diringkas oleh Syeikh Al Manawi dlm mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:

PEMBAHAGIAN WALI² ALLAH

1. Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yg mpnyai erti *”Penghulu”*. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yg tertinggi. Jumlah wali yg mpnyai  darjat tersebut hanya terbatas seOrg saja utk setiap masanya.
   Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yg mpnyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yg mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua Org saja yg dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yg pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yg pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yg mempunyai erti pasak. Yg memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat Org saja setiap masanya.
   Kami menjumpai seOrg di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

Hanya dgn ilmu dpt mengenal, kalau tidak musuh yg nyata dapat menyamar.

4. Al Abdal berasal dari kata Badal yg mpnyai erti menggantikan. Yg memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh Org dlm setiap masanya.
  Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt utk menjaga suatu wilayah di bumi ini.
  Dikatakan di bumi ini mpnyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seOrg wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yg lain.
  Ada seOrg yg bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pd seOrg wali Abdal yg bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yg dikerjakannya Smpi ia menjadi wali Abdal' Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tsbut dgn empat kebiasaan, yaitu sering lapar [puasa], gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yg mpnyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dlm setiap masanya hanya ada dua belas Org.
  Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedlm²nya ttg huku² syariat.
   Dan mereka juga diberi pengetahuan ttg rahsia yg tersembunyi di hati SseOrg. Selanjutnya mereka pun mampu utk meramal ttg watak dan nasib seOrg melalui bekas jejak kaki SseOrg yg ada di tanah.
   Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seOrg setelah melihat bekas jejaknya.
   Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia SseOrg kpd seOrg WaliNya?

6. An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yg mpnyai erti bangsa yg mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai Org.
   Dimana sahaja mereka mdptkn sambutan Org ramai.
  Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yg dpt mgetahui bhwa mereka adalah wali Allah hanyalah seOrg wali yg lebih tinggi darjatnya.
  Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan Org.

7. Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yg mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya.
   Jk seOrg wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti Org lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yg mendapatkan darjat wali Hawariy sprti yg dikatakan oleh sabda Nabi:

"Setiap Nabi mpnyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".

Wpun pd waktu itu Nabi mempunyai cukup byk sahabat yg setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Ttpi beliau saw berkata demikian, krna beliau tahu hanya Zubair shj yg meraih darjat wali Hawariy.
  Kelebihan seOrg wali Hawariy biasanya seOrg yg berani dan pandai berhujjah.

8. Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula.
   Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh Org shj.

  Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yg saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.
  Disebutkan bhwa ada sbhgian Org dari Wali Rajbiyun yg dpt melihat hati Org²   Syiah melalui kasyaf.
  
   Ada dua Org Syiah yg mengaku sbgai Ahlu Sunnah dihadapan seOrg wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, krna wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat² lain.

  Ke-duanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata:
   "Aku lihat kamu berdua berupa dua ekor babi, krna kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi".

Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kpd Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seOrg wali Rajbiyun.

Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, shgga mereka tidak dpt menggerakka  anggota tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mndpt berbagai pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kpd Org lain.
   Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab. Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti semula.

9. Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yg mpnyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat Al Khatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seOrg.
  Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yg lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.

Di antaranya, ada para Wali yg hatinya sprti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus Org.
   Sabda Nabi ﷺ: "Mereka berhati sprti hati Adam as". Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt.
  Syeikh Muhyidin berkata: "Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus Org saja dikalangan umatnya, ttpi ada juga dikalangan umat² lain.
  Ttg keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf.

  Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka.
Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh اَللّٰهُ.
  Mereka senang dgn doa: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka mganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk Org² yg rugi".

Di antara mereka ada pula yg berhati seperti hati Nabi Nuh as. Jumlah mereka hanya empat puluh Org di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh as.
  Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama. Mereka suka berdoa, sprti doa Nabi Nuh as yg ertinya:
   "Tuhan, ampunilah aku dan kedua Org tuaku dan Ssiapa shj dari Org beriman, lelaki ataupun wanita yg masuk ke dlm rumahku dan Jgn Engkau tambahkan bagi Org² yg berbuat aniaya kecuali kebinasaan".

Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih Org, sbb ciri khas mereka sangat keras dlm menegakkan agama, sprti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi ﷺ yg ertinya:
   "Ssiapa yg beribadah selama empat puluh hari dgn penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya".

Di antaranya pula ada yg berhati sprti hati Nabi Ibrahim.
 Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh Org dlm setiap zamamnya.
  Rasulullah saw pernah mceritakn ttg mereka dlm salah satu sabdanya. Mereka suka dgn doa Nabi Ibrahim as yg ertinya:
  "Tuhanku, berikan kpd-ku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kpd Org² salih".
Mereka diberi keistimewaan yg luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhdp Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.

Syeikh Muhyiddin berkata:
   "Aku pernah menemui salah seOrg dari jenis wali tersebut, aku kagum dgn kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bhwa kesenangan Syurga telah dipercepatkan baginya".

Di antaranya pula ada yg berhati sprti hati Malaikat Jibril.
 Jumlah wali jenis ini hanya ada lima Org shj dlm setiap zamannya.
  Rasulullah ﷺ  pernah menyebut ttg mereka dlm salah satu sabdanya.
  Mereka diberi kekuatan sprti yg diberikan kpd malaikat Jibril yg amat kuat.
   Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dgn malaikat Jibril.
 Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, shgga mereka selalu terpimpin.

Diantaranya pula ada yg berhati seperti hati Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga Org shj dlm setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemah-lembut terhdp semua Org, dan mereka diberi kekuatan sprti Malaikat Mikail.

Di antaranya pula ada yg berhati sprti hati Malaikat Israfil.
  Jumlah mereka hanya ada satu Org shj dlm setiap zamannnya.
 Nabi saw pernah menyebut ttg mereka dlm salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami, Syeikh Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seOrg dari jenis wali ini. Termasuk juga Nabi Isa as.
  Syeikh Al Muhyiddin berkata: "Diantara tokoh² sufi ada yg diberi hati sprti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah swt".

Di antaranya pula ada yg diberi hati sprti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap masanya hanya terbatas bbrpa Org saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.

10. Di antaranya pula ada yg diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia² misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh Org di setiap masanya.
   Mereka Org² yg selalu khusyu', mereka tidak berbicara kecuali dgn perlahan atau berbisik, krna mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, shgga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri.

Di antaranya pula ada yg selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas Org di setiap masanya. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum² Allah. Dan mereka bersikap keras terhdp segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seOrg di antara mereka. Beliau berkata kpd  murid² :
  "Tampilkan kpd manusia tanda redha kamu sbgimna kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah maupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut²nya sbgai tanda bersyukur"

11. Di antaranya pula ada wali yg dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya Org² yg diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan Org shj di setiap zamannya. Wali jenis ini mpnyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhdp Org² kafir dan terhdp Org² yg suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan Org. Di kota Fez ada seOrg yg bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sbgai seOrg Wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah.

Di antaranya pula ada jenis wali yg sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 Org disetiap zamannya. Meskipun watak mereka tegas, ttpi sikap mereka lemah lembut terhdp Org² yg suka berbuat kebajikan.

12. Di antaranya pula ada jenis wali yg dikenal dgn nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir maupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.

13. Di antaranya pula ada yg termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat Org di setiap masanya. Jenis wali tingkatan ini dikenal sbgai Org² yg hebat dan mengkagumkan, meskipun sifat mereka lemah lembut, ttpi Org² yg menemui mereka akan tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yg mempunyai hati sprti Nabi Muhammad ﷺ, ada pula yg mpnyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud.
   Sayyid Muhyiddin berkata: "Aku pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik".

14. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalul Fathi. Ertinya rahsia² Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya ada 24 Org di setiap masanya. Jumlah mereka sama dgn bilangan jam, yaitu 24 Org. Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan terbukanya pintu² pengetahuan, baik yg nyata maupun yg rahsia.

15. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm kelompok Rijalul Ma'arij Al 'Ula. Jumlah mereka hanya tujuh Org di setiap masanya. Mereka termasuk wali² tingkatan tinggi, hampir setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah Org² pilihan.

16. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yg berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 Org di setiap masanya. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.

17. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yg selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga Org di setiap masanya. Mereka selalu mendapat pertolongan اَللّٰهُمَّ utk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan anugerah² Allah kpda manusia. Pokoknya, adanya mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kpda makhlukNya.

18. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Ilahiyun Rahmaniyun, iaitu manusia² yg diberi rasa kasih Syg❤️ yg luar biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga Org di setiap masanya. Sifat mereka seperti wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran mereka suka mengkaji firman-firman Allah.

19. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalul Istithaalah, iaitu manusia² yg selalu mndpt pertolongan Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masanya. Yang termasuk kelompok ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jailani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka sangat ditakuti.

20. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalul Ghina Billah, iaitu Org² yg tidak memerlukan kpd manusia sedikit pun. Jumlah mereka hanya dua Org di setiap masanya. Mereka selalu mendapat siraman rohani dari alam malakut, shgga kelompok ini tidak memerlukan kpd bantuan Ssiapa pun, selain bantuan Allah.

21. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalu 'Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh Org di setiap zamannya. Mereka senantiasa meningkatkan keyakinannya terhdp masalah² yg ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua aktivitas ibadah.

22. Di antaranya pula ada yg termasuk dlm golongan Rijalul Isytiqaq, iaitu mereka yg selalu rindu kpd Allah. Jumlah mereka hanya lima Org di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya mprbykkn solat di siang hari dan di malam hari.

23. Di antaranya, ada yg termasuk dlm golongan Al Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yg tinggi, pimpinan tertingginya adalah Nabi Muhammad ﷺ. Mereka sgt berhati² dlm melaksanakan syariat Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yg tepat. Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kpd Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, ttpi ada kalanya pula jumlah mereka berkurangan.

24. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Fuqara'. Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan Allah.

25. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm kelompok As Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada kalanya pula berkurangan. Mereka dikenal sbgai Wali yg amat luhur budi pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dgn kebajikan² yg sesuai dgn ketinggian budi pekerti mereka.

26. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al 'Ibaad. Mereka dikenali sbgai Org² yg suka beribadah. Pokoknya, ibadah merupakan kegiatan mereka sehari², mereka suka mengasingkan diri di gunung², di lembah² dan di pantai² . Di antara mereka ada yg mahu bekerja, ttpi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari merupakan syiar mereka. Sbb, menurut mereka dunia ini adalah tmpt utk menyuburkan amal² di akhirat.

Abu Muslim Al Khaulani adalah di antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata: "Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku".

27. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Az Zuhaad. Mereka termasuk Org² yg suka meninggalkan kesenangan duniawi. Mereka mpnyai harta, ttpi mereka tidak pernah menikmatinya sedikitpun, sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah.
 Sayyid Muhyiddin berkata: "Di antara bapa saudaraku ada yg tergolong dari wali tingkatan ini".
  Disebutkan bhwa Syeikh Abdullah At Tunisi, seOrg ahli ibadah di masanya, ia dikenal sbgai salah seOrg wali Az Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya berkata kpd nya: 
 "Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dgn pakaian kebesaranku ini?" Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah tertawa.
 Tanya si penguasa: "Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh?
Jawab Syeikh Abdullah: "Aku tertawa krna lucunya pertanyaanmu tadi, sebab meng-apa engkau bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yg haram?"
  Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis dan menyatakan taubatnya kpd Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan kekuasaannya demi utk mengabdikan diri bsama² Syeikh Abdullah, shgga beliau berkata:
   "Mintalah doa kpd Yahya Bin Yafan, sesungguhnya ia adalah seOrg penguasa dan seOrg ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat melaksanakannya".

28. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Rijalul Maa'i. Mereka adalah para wali yg senantiasa beribadah di pinggir² laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka mengasingkan diri.
  Disebutkan, bhwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak:
  "Apakah ada di antara hamba² Allah yg beribadah di dalam air?"
   Tiba² ada seOrg yg muncul dari dlm air seraya berkata:
   "Ada, wahai Abu Saud. Di antara hamba² Allah ada juga yg beribadah di dlm air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja keluar, krna bbrpa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri Baghdad". Kemudian ia menghilang ke dlm air.
  Kata Abu Saud: "Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang terjadi."

29. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Afrad. Mereka termasuk wali² berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Al 'Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani. Mereka ini jarang dikenal manusia awam, krna kedudukan mereka terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.

30. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Umana' artinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi saw: "Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara umat ini". Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.

31. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Qurra'.
Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali² ini termasuk Org² yg dekat dgn Allah, krna mereka ahli Al Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk diantara mereka.

32. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Ahbab, iaitu Org² yg dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai tingkatan ini d sbb kan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub krna cinta kpd Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yg luar biasa.

33. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Muhaddathun, iaitu Org² yg selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits Nabi, ada sbhgian dari umatku yg diberi ilham dari Allah. Maka Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka.
  Sayyid Muhyiddin Ibnu Arabi ra berkata: "Dizaman kami ada pula wali² Al Muhaddathun, di antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i".

Para wali yg tergolong dlm golongan ini senantiasa mndpt bisikan² rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, sbb rohani mereka sudah dapat menembus alam arwah atau alam malakut.

34. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Akhilla'. Mereka adalah Org² yg dicintai Allah, sbb segala ibadah yg mereka lakukan selalu didasari cinta kpd Allah. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.

35. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan As Samra'. Erti kata As Samra' adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka termasuk Org² yg senantiasa berdialog dgn Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yg tiada taranya.

36. Di antaranya, ada pula yg termasuk dlm golongan Al Wirathah, iaitu mereka yg mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para ulama, pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk Org² yg gemar beribadah Smpi melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka mengasingkan diri di tmpt² terpencil demi utk memenuhi kecintaannya kpd Allah. 


Artikel ini adalah sumbangan wwunan, seOrg Warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.

Cerita Tentang Wali-Wali Allah
Posted on Sunday, August 02 @ 00:00:00 MYT  
Topic: Alam Misteri
Alam MisteriCERITA TENTANG WALI-WALI ALLAH

1 Kisah Wali Allah yang Solat Di Atas Air

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. 

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini? "Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah." Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat." Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu. Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?" Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah swt agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal

KARAMAH

Karamah merupakan perkara luar biasa yang berlaku ke atas ulama atau wali Allah. Mereka adalah golongan insan yang beriman dan beramal soleh, ikhlas dalam perkataan, perbuatan serta menjadikan seluruh kehidupan mereka hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Para kekasih Allah sangat menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah dan Allah pun senantiasa memperhatikannya bahkan menjadikan insan soleh tersebut lebih dekat kepadaNya.

Karamah berlaku sepanjang zaman sejak dahulu hingga ke hari ini. Begitu halnya dari kalangan para sahabat, ramai memiliki karamah atau kelebihan yang luar biasa. Mereka beriman dengan kejernihan kalbu, kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya bahkan kasih sayang mereka terhadap orang mukmin sangat mendalam, sehingga akhirnya mereka memperoleh darjat yang tinggi.

PENGERTIAN KARAMAH

Karamah berasal dari kata Ikraam yang mempunyai erti penghargaan dan pemberian.
Allah mengurniakan wali-waliNya berbagai kejadian luar biasa atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan kepada mereka sebagai rahmat dari Allah dan bukan kerana hak mereka.

Karamah biasa disebut sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya. Karamah itu diberikan sebagai suatu pembekalan ilmu atau sebagai ujian bagi seorang wali. Dan karamah boleh terjadi tanpa sebab dan tanpa adanya tentangan dari orang lain.



Artikel ini adalah sumbangan wwunan, seorang warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.

SJ031: Ada orang yang mendakwa dirinya sebagai Wali Allah, bolehkah kita mempercayainya? 
Soalan
Ada orang yang saya kenali dia, mendakwa dia adalah wali Allah, mengajar ilmu-ilmu agama dengan menggunakan taraf dirinya sebagai wali Allah. Bolehkah dipercayai bahawa dianya adalah wali Allah?
Jawapan
Memang mudah untuk lidah menuturkan perkataan 'saya adalah waliullah', hakikatnnya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Waliullah adalah orang-orang yang paling patuh dan taat kepada Allah, antara sifat-sifat asasi kepatuhan kepada Allah ialah mereka yang bersifat amat tawaaduk, iaitu merendah diri dalam semua keadaan, tidak riak (tidak menunjuk-nunjukkan amal), jauh sekali mendabik dada dengan pelbagai dakwaan kelebihan yang ada pada dirinya.
Para wali amat menjauhi sifat takbur atau sifat meninggi diri. Ianya merupakan sifat yang tercela yang sememangnya tidak patut ada pada orang biasa, apatah lagi kepada orang yang berpengetahuan agama atau mereka yang hampir dengan Allah SWT.
Sifat takabur, besar diri atau pun mendabik dada, adalah sifat iblis laknatullah. Dengan takaburnya iblis kerana enggan tunduk kepada Adam a.s atas alasan Adam dijadikan daripada tanah dan iblis dijadikan daripada api.
Kononnya api lebih mulia daripada tanah, bagaimana mungkin yang mulia tunduk kepada yang hina. Iblis enggan patuh kepada Adam sehingga menentang arahan Allah sehingga iblis dikutuk dan akan dihumban ke dalam api neraka pada Hari Kiamat nanti.
Firman Allah (mafhumnya);
"Keluarlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut kamu berlaku sombong di dalamnya (terhadap Adam), oleh sebab itu keluarlah engkau, sesungguhnya engkau termasuk dari golongan yang hina."
(Surah al-A'raf, ayat 13)
Kerana takburlah maka iblis dihumban daripada dalam syurga dan dilaknati Allah hingga ke Hari Kiamat.
Dalam sebuah hadis Rasullah s.a.w bersabda (mafhumnya); 
"Tidak masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya sebesar zarrah dari takbur."
Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman (mafhumnya);
"Takbur itu pakaian Aku (ia layak bagi Aku), maka sesiapa dari makhluk-Ku yang memakai pakaian ini (takbur), maka akan Ku humban dia dalam neraka-Ku."
Tidak pernah saya berjumpa sebarang sejarah Islam seorang wali Allah yang sebenar mendabik dada atau mengaku dia adalah wali Allah.
Dalam banyak-banyak wali Allah, mereka menyisih diri daripada masyarakat kerana mereka takut dikenali sebagai wali, mereka tawaduk sepanjang waktu, tidak bercakap banyak, lebih-lebih lagi yang tidak perlu kerana takut tersalah.
Sifat mereka yang zuhud dalam semua hal, jauh sekali bermewah-mewah, tidak meminta dari makhluk dan jauh sekali dari mengenakan bayaran pada insan yang menggunakan khidmat mereka. Kalau pun berlaku yang sedemikian, tidak mereka ambil apa yang diberikan kepada mereka melainkan untuk keperluan yang amat sungguh. 
Apabila berlaku dalam masyarakat kita orang yang mengaku dirinya menjadi wali, akan timbul persoalan tidakkah itu melambangkan suatu istilah mengagungkan diri atau menamakan diri sendiri yang belum diuji atau tidak diketahui hakikatnya yang sebenar.
Lebih-lebih lagi ada sesetengah pihak mengaitkan dengan bayaran sebagai khidmat ilmu kewaliannya. Mungkin ada permasalahan yang timbul daripada pengakuan yang sebegini.
Jika betul dia wali Allah yang sebenar, maka biarlah Allah SWT sahaja yang menentukan dianya wali atau pun tidak.
Mengenai pengakuannya sebagai wali, maka lihatlah dulu amalan-amalan zahiriahnya, kalau ada perkara yang berlawanan dengan syarak atau hukum-hukum yang sedia diketahui umum bercanggah dengan kehendak Allah SWT, maka ertinya dia bukannya mudah hendak digelar sebagai wali.
Mengisytiharkan diri sebagai wali, maka sebenarnya dia ingin menunjukkan dan dikenali manusia sebagai wali. Kalau ini berlaku ia adalah riak. Riak bukan sifat wali. Wallaha'lam.

http://www.darussyifa.org/SJ031.php





Wallahu a’lam bissawab. 




 
 Org yg membaca doa ini 4 kali berturut² akan di tulis sebagai Wali Qutub ~ Guru Sekumpul 



 

Kisah Wali Qutub Allah, Mencabut Karomah Muridnya Yg Bisa Terbang Di Angkasa

Syeikh Muhamad Bahauddin Syah Naqsyabandi, pemimpin/ pengasas Tariqah Naqsyabandiah dan seOrg tokoh Tasawuf terkenal,dilahirkan pada tahun 717 H di sebuah desa, bernama Qashrul ‘Arifan (Istana Org Arifin) kurang lebih 4 km dari Bukhara, Soviet(Rusia) Skrg ini Uzbekistan.
Bukhara adalah tempat kelahiran Imam Bukhari. Kisah Islami yg menggetarkan jiwa. Mengkaji tentang Islam, Iman, Tauhid, Makrifat. Ttg karamah² para Auliaullah/ Waliyullah. Kisah ajaib pengamal tarekat. Kisah ttg sahabat nabi, para sufi, ulama ulama besar. Syariat, Thariqat, Hakikat. Makrifat.



17 KISAH KAROMAH LUAR BIASA SYEKH KHOLIL BANGKALAN [MEMBELAH DIRI MENJADI DUA] [Madura]


13 KAROMAH LUAR BIASA SYEKH KHOLIL BANGKALAN, PASUKAN LEBAH [Madura]




KISAH WALI ALLAH ~ IBRAHIM BIN ADHAM


Kisah Waliyullah Yg Tersembunyi (Mastur)~ Kakek Tukang Sapu Pasar [seOrg WALI]


Comments»

1. siti - September 5, 2009
salam,
saya ada satu pertanyaan en shahidan.. adakah ahli sufi ini masih ada lagi di malaysia? saya ada byk lg pertanyaan tetapi bolehkah jika dibalas di dlm email address saya? sekian terima kasih. wasalam
2. dinie - November 18, 2009
Salam
Saya kagum dapat membaca artikel² sprti ini, sesungguhnya ilmu yg dianugerahkan اَللّٰهُ kpd Sdra tidak di sia² …. Skrg ini kat mana agaknya dapat kita jumpa ahli sufi ini, guru mursyi dan waliyullah? Boleh tak kongsikan dgn saya yg dahagakan cerita² ahli² Allah ini?
Terima kasih
Salam.
3. Na - December 3, 2009
Salam..en shahidan..
mksudnya mmg ahli sufi betol2 boleh bercakap dgn malaikat la ye? saya ada pertanyaan lain lg yg mahu sy utarakan..boleh ke jika en shahidan reply dlm email sy..sy amat memerlukan nasihat dlm perkara2 ini..TQ
4. SA84 Jalan menuju makrifatullah. « Sharudin.com - December 5, 2009
[...] SA84 Jalan menuju makrifatullah. Dipetik dari ASASI [...]
5. zack - December 10, 2009
Bukan jakim sudah nyatakan dalam buku martabat tujuh tulisan Abdulfatah Haron Ibrahim bahawa fahaman Ibn Arabi itu terkeluarar dari akidah ASWJ?
6. Suharjono - December 12, 2009
Assalamu’alaikum wr.wb Prof. Shahidan, perkenalkan saya Suharjono dari Indonesia. Saya selama ini mmg mencari shohib yg faham ttg sufisme utk memberikan tausiyah2nya kpd saya dan juga guru mursyid yg bisa sy hubungi di malaysia atau indonesia. Mhn informasinya. Mhn juga alamat e-mail n no telp. Prof. Shahidan. Jazakallah
7. muhamad - December 20, 2009
saya amat tertarik dgn penulisan saudara. adakh ada lgi golongan ahli sufi ini??? terutama nya di malaysia..
8. AZIZI ADRIS - December 21, 2009
bagus sekali.ada persamaan dgn apa yg telah ana dengar dari majlis ilmu yg ana hadiri. tapi lebih bagus lagi jika dinyatakan sekali martabat/peringkat wali-wali.wabarakallahu fiha.
9. mohamad Adzmy - March 14, 2010
assalammualaikum.Saya ada kawan yg mempunyai kelebihan boleh melihat alam ghaib,mendoakan org yg di ganggu hantu dan syaitan.Dia juga boleh mgetahui apa yg akan berlaku pd SseOrg. Dia sering menyuruh saya buat penyucian dulu , baru ilmu datang. Pernahkan saudara terdengar ttg perkara seperti ini. Tolong email kan pada saya.
10. azlanzainal - May 22, 2010
Assalamualaikum…
Bolehkah kiranya tuan boleh membantu sy dlam mencari ilmu menuju jalan keredhaan Allah…
Yg amat berharap
11. Anonymous - June 11, 2010
Assalamu’alaikum.
Sementara bertemu Guru Mursyid , saya rasa untuk mendapat ilmu dan penjelasan yang terperinci tentang Kesufian ini Kitab Sirrus Salikin( terjemahan Ihya Ulumiddin) adalah sesuai sekali.Asal pengarang Imam Ghazali diterjemahkan oleh Sheikh Abdus Samad Falembani ke dalam bahasa melayu.Imam Ghazali sebagai ahli sufi besar dunia islam tidak dipertikaikan lagi.
Ada satu lagi ‘ buah tangan’ yg terakhir dari Imam Ghazali berjudul ‘HAI ANAK’ .Dalam buku ini segala kemusykilan anda akan terjawab sekiranya anda berupaya menggalinya atau bermuzakarah dgn Org yg sehaluan dengan anda.
Fahaman timbul melalui dgn Muzakarah.
Mengenai siapakah Ahli Sufi sbnr zaman Skrg utk kita temui, ianya terpulang kepada nasib SseOrg. Hanya ALLAH SWT yg dpt memberi PETUNJUK. wallahualam.
12. AL FAQIR - September 1, 2010
Assalamualaikum Utk menemui ahli sufi anda cari aje guru tarekat yg diakui, ahmadiah atau naqsyabandiah khalidiah, insyaallah.
13. faizal@agger - September 16, 2010
ahli sufi mmg ade lg kat malaysia ne cri la org2 lame…tercorok kt kg2…
14. Anonymous - September 21, 2010
SALAM,NAPA BEGITU SUSAH SAUDARA MGHURAIKAN PERSOALAN SUFI.SUFI ITU ADA DLM SETIAP INDIVIDU.BUKALAH MINDA N BRLAPANG DADA KERNA SEBENARNA SAUDARA SDG MENUSAHKAN DIRI DAN MSYRAKAT DGN PERSOALAN SUFI
15. SYED FAQIR - September 21, 2010
SALAM..NAPA SAUDARA MENYUSAHKAN DIRI DGN PRSOALAN SUFI.ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SEGALA KETERANGANYA SEDANGKAN SAUDARA MENYUKARKANNYA.ADAKAH DGN MENYUKARKAN PERSOALAN INI MENYEBABKABKAN ORG LAIN TIDAK MENEMUI JLN KE SYURGA?
16. iltizam - September 29, 2010
Tiada Apa Yang sukar, Semuanya mudah Persoalan sufi adalah mudah bagi yang mahu mengikutinya. Hanya Wahabi yang Memusuhi Sufi dan Tasawuf.
17. Abu said - October 17, 2010
Feqah tanpa tasawuf maka sombong. Tasawuf tanpa feqah maka sesat.
18. Neo Naqshabandi - October 19, 2010
Salam Tuan Shahidan Radiman…saya mewakili rebat terekat naqshabani mengucapkan salam kesejahteraan(Asalamualikum) Tuan saya mahu mngajukan soalan.Saya adalah salah satu ahli tarekat naqshabandi…saya ingin tahu bagaimana hendak memastikan bahawa kita adalah bukan dibawah wali syaitan?kerana sume hujah tuan saya mengalaminya dalam beramal… Minta izin tuan jawab..
19. Neo Naqshabandi - October 19, 2010
Anonymous SYED FAQIR Kamu bukan islam atau bodoh sombong? Ahli sufi yg sebenar mengetahui adab berbicara sesama sufi (Kitab adab) Dan Ahli sufi tidak menidakkan atau menjatuhkan hujah sesama sufi. Atau anda wahabi? atau anda orang awam? apa yg Tuan Shahidan Radiman tidak menyalahi mana tarekat…. I warning u!!!!!!!!!!
20. Neo Naqshabandi - October 19, 2010
Anonymous SYED FAQIR Kamu bukan islam atau bodoh sombong? Ahli sufi yg sebenar mengetahui adab berbicara sesama sufi (Kitab adab) Dan Ahli sufi tidak menidakkan atau menjatuhkan hujah sesama sufi. Atau anda wahabi? atau anda orang awam? apa yg Tuan Shahidan Radiman nyatakan tidak menyalahi mana tarekat…. I warning u!!!!!!!!!!
21. Ibrahim Fikri - October 23, 2010
Semua yang dicerita oleh Tuan Shahidan ada benar. Malah ada lebih drpd itu. Kita selalu melihat para wali , Org soleh itu hebat.Dengan gairah pun kita nak jadi macam mereka. Tapi kita tidak pernah bertanya. Bagaimana mereka beribadah, bagaimana mereka solat, cara mereka bermujahadah. Kadang – kala amalan kita terhijab dengan ilmu yang kita ada.
22. mohd hairuddin - October 26, 2010
saya sebenarnya sedang mencari siapa guru mursid yg berada dinegeri johor utk saya pelajari ilmu darinya boleh kah saudara bantu saya.
23. BERG - October 29, 2010
Org² taraf kesufian nampak Allah dahulu baru nampak penciptaanya. org macam kita ni nampak penciptaannya dahulu baru nampak allah,mereka tak suka digelar wali,ahli tarekat ,ahli hakikat atau tasawuf pendengaran serta penglihatan mereka dapat menembusi hati SseOrg,mereka dlm kehidupan seharian tak pernah nak mengeluh,komplen ,semuanya indah belaka..bukan macam kita..itu tak betulla..ini tak betulaa..sesatla, kafirla.. dapat gaji lambat pun nak mengamuk..
24. Anonym - October 30, 2010
Org yg baik tidak akan mengatakan dirinya baik Yg sebaliknya adalah yg begitu selalunya
To SYED FAQIR: Tiada jaminan utk sesiapa masuk syurga melainkan hanya dgn rahmat Allah. Sedangkan rahmat Allah itu hanya diperoleh bagi mereka yg ikhlas dlm beragama. Hanya Org² yg ikhlas beragama shj ditemukan jalan menuju Allah.
Wallah a’lam.
25. Anonymous - November 3, 2010
Cuba sebutkan mana² dalil dlm Al-Quran atau hadis yg mgatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup.
26. ???? - November 10, 2010
Tarikat dgn Sufi sama ke lain…?
27. shiela - November 18, 2010
Assalamualaikum En.Shahidan. Saya ingin bertanya satu pertanyaan. Saya nak tanya boleh atau tidak tidak kita mengambil anak di luar nikah @ anak haram ini untuk dijadikan sebagai anak angkat @ anak susuan kita?ape bazanya sekiranya kita mengambil anak ini dalam konteks ilmu syariat dan juga ilmu makrifat?sekarang ni saya rasa keliru sikit tentang pengambilan anak ini.Kalau dari segi ilmu syariat,ramai yang berkata boleh untuk menjaganya.Tetapi dari segi ilmu makrifat ada juga yang mengatakan bahawa ianya tidak boleh diambil untuk dijadikan anak angkat @ anak susuan.Tolong tuan,saya sangat buntu bila memikirkannya…Kalau boleh saya ingin benar untuk berjumpa dengan tuan atau bercakap melalui telefon dengan tuan untuk menceritakan perkara ini.Maaf sekiranya pertanyaan saya ini sudah lari dari tajuk tuan.
28. nak jawab - December 17, 2010
Sheila, Kita ini semua manusia. Setiap manusia tuhan bagi akal utk berfikir. Dalam al-Quran terlalu byk tuhan suruh manusia berfikir dan guna logik.. Anak tuh manusia macam kita jugak. Dia tak berdosa apa² pun. Kalau kita rasa bila ambil anak itu dapat menyelamatkan nyawanya, atau dapat memanusiakan dirinya, ambil sajalah. Tuhan suka dgn manusia yg sensitif dan membantu manusia yg lain. Itu baru anak kecil yg tak berdosa. Apatah lagi manusia yg berdosa, tuhan pun suka kita sesama hambanya mahu membantu.
Mudahnya, bayangkan saja kita jadi anak itu. Apakah kita sedia untuk dipulaukan oleh masyarakat kerana dosa orang lain? Ambil saja anak itu, kalau itu baik utk kemanusiaan.
29. kupukupuberterbangan - January 1, 2011
salam . wahai pencari keredhoan Allah sekalian .semoga Allah ampunkan kita. . tuan tuan yang mulia . usahalah untuk memperbaiki diri anda maka insyaAllah akan mempermudahkan . bagi saya ahli sufi dimalaysia ini masih ada dan banyak saya rasa . . . tuan2 yang mulia . . usahalah . usahalah . usahalah . . yang penting diri moa berubah . . sesungguhnya Allah maha Pengasih dan penyayang.
30. baharuddin osman - January 8, 2011
assalamualaikum,dgn nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.salawat &salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W .ahli keluarganya,para sahabat &para Tabiin serta sekelian mukminin &mukminat .Carilah guru yg murshid yg dapat membimbing serta menyampaikan kepada Allah.Org. bertanya masih adakah lagi guru yg murshid,bagaimana nak mengenalnya.Pastinya ada wahai saudaraku kerana itu janji Allah.Bermohonlah kpd Allah dgn doa &solat serta menghadirkan hati kpdnya.AllahuRabbi ya Allah AllahuRabbi ya Rahman,AllahuRabbi yaRahim pimpin &bimbinglah aku ya Allah sesungguhnya aku tidak mampu & tidak berdaya ya Allah berikanlah aku kemampuan untuk bisa menyintaimu amin ya Rabbalalamin
31. akai jb - February 6, 2011
ketahuilah jln ksufian amat sulit.ujiannya tanpa henti.sgupkah dhina n dsakiti.sgupkah bkorban harta masa n sbagainya tuk sampai.hati hrus dkosongkan dr keinginan dunia n sgalanya.tanpa kemuliaan kemegahan pangkat harta n sgala nikmat dunia.hidup dlm keadaan genting tapi x putus.bbuat sesuatu kerna AKU nk buat.bukan kerna dosa pahala surga neraka.ujiannya tlalu hebat dr masa kemasa.cukuplh takat ni je xmampu sy teruskan.
32. saufi - February 7, 2011
ketahuilah, apa2 yg bersandarkan akan sesuatu tentang agama ini, adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Klu guna akal nak timbang tara sesuatu, tak perlu lah… kerana disisi agama hanya dgn berpandukan al-Quran dan As-Sunnah dgn pemahaman salafussoleh.
bleh tgk video, ustaz rasul dahri kat youtube pasal sufi. seach je “ustaz rasul dahri – tarekat sufi”, buat perbandingan adil, ini nasihat, bukan cemukkan atau pengaiban.
33. jolok - February 10, 2011
Saya suka Agama Islam sebab kalau buat salah dapat dosa bila taubat dosa dihapuskan. tak macam agama lain buat dosa orang lain pulak yang minta tolong ampunkan. Saya orang baru masuk islam tapi hati saya sangat suka pada penyataan dalam Islam tidak ada beza antara manusia kecuali takwa kepada allah. bila hati sudah suka yang susah jadi senang. cuma jangan simpan rasa dengki dalam hati nanti jadi macam setan yang dengki pada nabi adam sampai kena laknat tuhan.
biar ilmu sedikit tapi diamal dengan ikhlas ( tak dengki dan sombong ) daripada ilmu yang banyak tapi ada dengki dan sombong dalam hati ( contoh para pendakwah yang banyak suka pakai title proffessor,doctor dan entah apa2 tah cuba tiru tokguru nik aziz sangat ringkas dan mudah )
sekian pandangan saya yang bodoh tapi konon2 macam pandai
34. brave - February 17, 2011
ske sngat
35. ahmad ameen - February 25, 2011
assalamualaikum…….en.shihdan saya berminat dgn kesufian dimalaysia siapa kah guru yg bpleh saya berguru?
36. Anonymous - March 2, 2011
Volume 1, Book 2, Number 9:
 Narrated ‘Abdullah bin ‘Amr:
 The Prophet said, “A Muslim is the one who avoids harming Muslims with his tongue and hands. And a Muhajir (emigrant) is the one who gives up (abandons) all what Allah has forbidden.”
37. ... - March 19, 2011
bagaimana kau mngatakan hal makrifat sedangkan rakyat diperbodohkan tentang bahaya nuklear…
manakala yng ngaku jalan sufi itu benar masih memperbodoh2 kan rakyat dengan pelbagai teori2 berknaan kebaikkan nuklear …
jiwa yang terkambus mahu bicara akan tajalli hakikat makrifat…selamatkan sesama muslim sebelum bercakap soal MUKMIN dan INSAN…ilmu tak berhurup bersuara takkan tertipu dgn para2 pembohong yng digelar solat mereka wai lul likulli humazatil lumazah….ulama robani tidak berbentuk alim tetapi ilmullahNYA bukan bahan bacaan…
selesaikanlah hal muslim dahulu yang ditipu oleh mereka2 yang mengejar PANGKAT,NAMA,HARTA dan KEDUDUKAN sebelum bicara hal qasad ta’rut ta’yin…
mngkin yng menggelarkan diri mereka ahli USAHAWAN,PERNIAGAAN,PROFESOR,MENTERI egitu asyik menipu rakyat yang ditindas,,,NAMUN jgn lupa doa2 mereka yang teraniaya MAKBUL beserta rabnya…
tipu manusia mmg mudah…gulakan dgn rasuah juga mudah namun….ALLAH dan para kekasihNYA jgn sesekali diPERMAIN2KAN…buat la selagi berani..tgu masanya akan tiba…..jgn sampai basar terkambus akibat menzalimi rakyat akibat menzalimi diri sendiri…
wasalam….
38. Angkasa13 - March 22, 2011
terima kasih…membincangkan ttg kesufian …guru mursyid ada tetapi banyak tersembunyi…cara mudah pergi ke tempat suluk sana ada guru mursyid…. saya pun dulu mengalami kesukaran mencari guru mursyid namun selepas meminta tolong seorang sahabat juga ustaz di sekolah saya akhirnya saya dapat bertemu juga dgn guru mursyid… selepas kawan saya membuat solat hajat ….kata iman ghazali akhil balilnya insan perlu dengan ilmu tasauf kerana ilmu tasauf fardu ain keseluruhannya. lengkapnya ilmu dengan tiga usuluddin fekah dan tasauf..gugur satu gugur semua.sebab permulaan ilmu dengan imam islam dan ehsan…guru saya jemaah naqsyabandi cucu saudara kepada Syeikh Wahab.jika saudara berminat untuk mendalami tarikat naqsyabandi boleh email kepada saya di zryhebat13@yahoo.com. Insaya-Allah bersama kita dalam mencari Redho Allah. YA ALLAH ENGKAU YANG KU MAKSUDKAN DAN REDHO MU YANG KU TUNTUT………insan dari paya jaras selangor.
39. Nan Bahari - April 5, 2011
Saya pernah membaca tulisan Dr. Martin Lings (Abu Bakr Siraj Ad-Din) di dalam bukunya, What Is Sufism. Dan paling menarik adalah pernyataan beliau di dalam buku tersebut:
Dahulu, sifat sufisme itu wujud tanpa ada gelar atau nama Sekarang, nama dan gelar sufisme itu wujud tanpa ada sifatnya.
(terj. bebas)
40. Irmaz - April 5, 2011
Terima Kasih. Banyak manfaat yang tuan berikan kepada saya.
41. epul - May 26, 2011
salam…. prof, citer baik ade barang ker…..hahahahahah martabat 7 tuuuuu….
42. epul - May 26, 2011
segala yang diterangkan oleh prof sangat2 benar dan sama dgn penerangan guru saya… mmg benar ahli2 ini kian pupus dan sering mendapat fitnah dari masyarakat yang jahil dan puak2 wahabi yg ingin melupuskan ilmu ini……. inilah ilmu dan amalan islam yg awal2 dibawa ke nusantara dan makin dilupakan…
43. Min nrm. - June 5, 2011
Salam, terima kasih diatas penerangan Tuan, bagi saya ia cukup bagus bagi org yg memahami org yg tak faham saja akan cakap yg bukan. Teruskan penulisan tuan, terima kasih.
44. anonymous - June 10, 2011
Assalamua’laikum… Allah jadikan setiap sesuatu berpasangan. Ada professor yang alim dan professor yg jahil. Ade professor yang ahli ibadah, ada professor yg fasik. Ade professor yang ikhlas ade professor busuk hati. Setiap message yang sampai itu ade alamat untuk penerimanya. Sekiranya message itu bukanlah untuk kita..Janganlah kita buat andaian kepada sesuatu yang kita tidak arif tentangnya. Atau pun jangan kita menghukum seseorang berpandukan serpihan kata-kata orang ternama sedangkan kita tidak mengetahui hujung pangkalnya kata-kata itu. Allah memilih sesiapa sahaja yang Dia suka…. Siapakah kita nak membantah message drp Allah melalui seorang hambaNya kepada seorang hambaNya yang lain?
45. Laksamana melayu - June 13, 2011
Assalamualaikum..ramai yg tertarik membaca kenyataan en syahidan yg mana kebanyakan yg tertulis adalah pengalaman kerohanian bagi si Salik yg berlaku apabila rahsia ketuhanan Allah buka utk hambanya sekadar yg mampu ditahan oleh rohani si hambanya tadi.Dilindung Dan dibuka….rahsia kan tetap rahsia. Maka perlulah bagi sesiapa yg ingin makrifat pada Allah guru yg membimbing. Persoalannya mcmmana hendak mencari Dan apakah kriteria yg perlu ada bagi guru tadi bagi membuktikan kebenarannya. 1. Berada pada iqtikad Ahlus sunnah wal jamaah. 2. Ilmu Dan Amal yg diajarkan Ada wasilah Dan rabitah sampai pada Syeikh Muhyiddin Abd Qadir al Jilani, kepada Saidina Ali bin Abi Talib KW Dan kepada Sayyidul Ulul Azmi baginda Rasulullah SAW. 3. Sangat memelihara syariat.
Banyak barang tiruan dalam pasaran Yg asli Ada dalam rumah ahli, Dapat beza dlm majlis tandingan Datang benar, yg batil pasti batal, Sesungguhnya yg batil pasti batal Datanglah kepada kami jika mahu yg ASLI..
Wallahualam Dapat beza dalam majlis tandingan
46. Qul Amirul Hakim - June 14, 2011
Salam,
Ttg mengambil anak luar nikah sebagai anak angkat . 1)Pada elok atau tidaknya pada diri anda, afdalnya minta petunjuk Allah dahulu. 2)Pada hakikatnya, anda mengambil ‘tanggungan’ dan ‘masalah orang’. Apabila kita mengambil beban orang lain, akan ia membebani kita juga. wallahu’alam.
47. Qul Amirul Hakim - June 14, 2011
Salam,
Ttg komen Laksamana Melayu June 13, 2011 perkara 2) Wasilah dan rabitah tidak terhad kepada Syeikh Muhyiddin Abd Qadir al Jilani, kepada Saidina Ali bin Abi Talib KWH sahaja, asalkan sampai kpd RSAW seperti melalui Saidina Abu Bakar r.a., Sheikh Ahmad Idris r.a. dan lain2 wasilah
48. al-haq - June 18, 2011
laksamana bole contact x?
49. hamba ALLAH - June 22, 2011
SALAM……. ..Tujuan utama bukan ape semata mata kerana ALLAH.Jangan fitnah2 orang tarikat…dosa sendiri pun tak tertangung…marilah bersama2 tambahkan iman tingkatkan lagi amalan kita.
50. azizi - July 12, 2011
saufi…ustaz rasul dahri tu pendapat dia bercanggah dengan ASWJ…pendek kata dia tu ejen wahabi…mana la nak percaya benda2 macam ni.
51. Aji - July 16, 2011
Assalamua’laikum,
kepada penulis artikel, banyak lagikah guru mursyid yang ada di malaysia ayau dinusantara ini?
dan byk lagi soalan yg saya nak tanya ni, tolong reply kat email saya.
dan info-info sebegini dan banyak lagi info2 tentang tarekat,tasawuf,usuluddin, dan melibatkah ilmu2 tahap tinggi yang menjadi pencarian para pencinta ilmu2 keruhanian ini.
Teruskanlah usaha anda semoga diberkahi Allah S.W.T.Amin.
52. udin - July 28, 2011
kepada: Anonymous & SYED FAQIR salam…saye nak penjelasan tentang kenapa en bedua mengeluar kan kenyataan ini; *SALAM,NAPA BEGITU SUSAH SAUDARA MGHURAIKAN PERSOALAN SUFI.SUFI ITU ADA DLM SETIAP INDIVIDU.BUKALAH MINDA N BRLAPANG DADA KERNA SEBENARNA SAUDARA SDG MENUSAHKAN DIRI DAN MSYRAKAT DGN PERSOALAN SUFI *SALAM..NAPA SAUDARA MENYUSAHKAN DIRI DGN PRSOALAN SUFI.ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SEGALA KETERANGANYA SEDANGKAN SAUDARA MENYUKARKANNYA.ADAKAH DGN MENYUKARKAN PERSOALAN INI MENYEBABKABKAN ORG LAIN TIDAK MENEMUI JLN KE SYURGA? say tak paham kenapa, saye ni remaje biase je boleh kite berbicang di email saye…?
53. lataif 7 - August 4, 2011
Masalah ini tidak harus di bincangkan secara terbuka, kerana ini akan mengundang fitnah. Kepada mereka yang tak sampai ke makam ini jangan tunjuk pandai dan hebat untuk menafikannya. Kerana sebelum Nabi Muhammad SAW Islam telah ada, tetapi lebih kepada tauhid.
54. Anonymous - August 8, 2011
Salam sejahtera, Tuan Shahidan Radiman. Syukur dan tahniah atas sedikit usaha Tuan yang memaparkan sesuatu yang sangat baik melalui laman ini. Sekurang-kurangnya niat murni Tuan dapat memberi tips dan pendorong kepada segelintir mereka yang berminat dalam bidang yang mana kita sedia sudah maklum tentang pro dan kontranya. Teruskan usaha Tuan biar terbuka sedikit maklumat alam perbendaharaan Tuhan yang diterokai oleh ahli sufi, mengenai adanya zat yang mereka tahu dan nur yang mereka nampak. Gambarkanlah kepada sekelumit peminat dalam usul kehambaan, perjalanan menuju ketuhanan melalui jalan syariat, tarikat, hakikat dan ma’rifat, seterusnya kepada usul ketuhanan ahdiyat, wahdat dan wahdiyat. Supaya dapat terbang kemedan tauhid betemu dangan Ahmah Abu Arwah (ibu segala ruh) dan akhirnya berhadapn dengan Tuhan di Sidratul Muntaha. Ini memang pelik dan sukar dipercayaai bagi yang tidak mengetahui dan sampai ke makam ini. Mudah-mudahan kita terlepas dari dosa yang tidak diampun Tuhan iaitu syirik, walau syirik khafi (syirik yang halus) sekalipun, contohnya ketika solat, dengan niat untuk bertemu dan berhadapan dengan tuhan, jika tidak sampai sebagaimana yang dimaksudkan tadi maka terkenalah kita dengan pengertian dalam firman Allah swt yang bermaksud, “celakalah orang yang solat, yang lalai dari solatnya” Surah Al-Ma’un ayat 4 dan 5. Sedangkan dalam solat terjadi kelalaian, apatah lagi dilaur solat, hanyutlah kita di arus keduniaan atau alam palsu dan binasa ini (alam mulk). Semoga Tuhan merahmati Tuan, Walallahu wa’lam. terima kasih.
55. shamemass - August 12, 2011
whai sahabat ku sekalian…. apa perlu bertelagah.. sedangkan Allah telah kurniakan kita depan mata nikmatnya .. cuma perlu bersyukur. nabi dah pesan ku tinggalkan sunanh dan quran x kan sesat hidup ini.pelajarilah alquran dan hadith nescaya nur kebenaran akan datang… beramal lah dengan apa yang telah dilakukan nabi etc: solat tahjud keran didalmnya banyak rahsia yang hanya allah sahaja tahu dan kan bukakkn pada hambanya.apa sangat yang nak di cari… takut sesat dihujung nafas. yakin @ ikhlas. kajilah sejarah, ada 10 sahabat dijamin syurga jika cara hidup mereka bersesuain dengan kita maka ikut lah. .. kan Dia(Allah) dah kata HATI ITU PUNCA SEGALNYA. JADI PK PK KANLAH. dan satu lagi nasihat saya…lihat saiz baju dipakai . jika kita x mencari dengan tatat dan patuh tunaikan perintah dia sendiri akan datang kepada hambanya. amin
56. shamemass - August 12, 2011
(pembetulan)…. jika kita mencari dengan taat dan patuh tunaikan perintah DIA sendiri akan datang kepad hambanya.
inilah kita, manusia penuh dengan kekurangan .
57. shamemass - August 12, 2011
dan pesan saya… jika tiada dalam alquran dan hadith.. maka jauhkan ,tinggalkan… ingat syaitan boleh mengaku dan menjadi siapa aje .. demi menyesatkan kita… bca dan kaji sejarah rasulullah dulu baru kita mula langkah… moga ALLAH BERIKAN HIDAYAH PADA SEMUA TEMAN TEMAN SAYA DISINI.
Assalamualikum. allah humam saliala saidina muhammad.
58. orgbiasa - September 19, 2011
Sesungguhnya ilmu kesufian adalah ilmu membersihkan diri dari 7 martabat nafsu terutama al-amarah dan allawamah demi mengenali diri sebelum kita dapat mengenali Allah.
59. reni - September 30, 2011
:)
60. hehehe - November 26, 2011
SALAM….saya baru sahj berubah…dl saya seorg yg sgt2 trk…lps sy berubah saya msh mencari2 n tertanya2 knp org yg tau agama tp masih lagi memiliki sikap bongkak,sombong,pentingkan material..ini terjadi walaupun saya nie org jahil tp adik lelaki saya seorg bergelar al hafiz manakala emak saya mengajar org mengaji…tp pd saya mereka masih lagi memiliki sikap bongkak,sombong n pentingkan material…mak saya pnh berckp yg hanya dia pandai mendidik anak2 sehingga semua anak dia berjaya ke university..hanya dia je mengaji yg paling bagus tanpa kesalahan pun dan apa yg dia ckp semuanya betul serta amat pentingkan material sehingga mak saya minta semua anak2 dia bg duit rm1000 sebulan dekat dia n bermegah2 dekat adik beradik n org kampung yg anak dia bg duit sebanyak itu…berbanding dgn seorg bapak saudara saya dia belajar mengenai ilmu tasawuf…saya lihat bapak saudara saya lebh banyak mendiamkan diri…x bermegah2 dgn harta benda yg dia ada walaupun dia mampu byr renovated rumah berharga rm100k…katanya kita harus menjaga hati n bersihkan hati kerana segala amalan kita bermula dari hati…pada pandangan sy yg jahil nie…al quran n al sunnah harus di ikut di sertai cara penjagaan hati n bimbingan seperti yg di lakukan oleh pengikut tasawuf…
61. ingintahu - December 2, 2011
Salam….
62. KhaLWaT KeKaSih - December 13, 2011
Salam Illahi dari Si Jahil Lagi Dungu ini…
Usah kalungkan rantai emas di leher kambing….
“KhaLWaT KeKaSih”
63. Uwais al qorni - December 20, 2011
Alhamdulillah,semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama tuan syahidan,teruskan perjuangan,tuan telah berjaya membantu memberikan penjelasan yg sgt2 haq dlm keilmuan islam..syriat,fiqih dan tasawuf@sufi berpadu menjadi satu..Al quran,hadis,ijmak dan qias itulah sandaran ilmu bagi semua ulamak ASWJ..bermegah2 dgn al quran dan sunnah tetapi menolak makrifatullah atau kesufian(walhal sufi@makrifat itu adalah ilmu tasawwuf yg tertinggi) seperti faham WAHABI adalah sesat..memusuhi atau memperlekehkan amalan yg dibawa oleh para waliyullah dr golongan sufi adalah merupakan musuh2 Allah..
64. al Taqwa - December 20, 2011
Alhamdulillah,semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa bersama tuan syahidan,teruskan perjuangan,tuan telah berjaya membantu memberikan penjelasan yg sgt2 haq dlm keilmuan islam..syriat,fiqih dan tasawuf@sufi berpadu menjadi satu..Al quran,hadis,ijmak dan qias itulah sandaran ilmu bagi semua ulamak ASWJ..bermegah2 dgn al quran dan sunnah tetapi menolak makrifatullah atau kesufian(walhal sufi@makrifat itu adalah ilmu tasawwuf yg tertinggi) seperti faham WAHABI adalah sesat..memusuhi atau memperlekehkan amalan yg dibawa oleh para waliyullah dr golongan sufi adalah merupakan musuh2 Allah..
65. ashim - January 2, 2012
adakah ilmu sufi tersimpan rahsia sejarah bangsa2 sebelum penciptaan adam
66. izam - January 4, 2012
Benar penjelasan kamu Tuan Shahidan.
Allah jua Tuhan. Ya Salam
67. Gilang - January 9, 2012
Subhanallah.. Salam kenal ja
68. Taubatannasuha - January 17, 2012
Assalamualaikum.. Ilmu Allah sgt luas, apa yang hambaNya ketahui hanya sedikit sahaja, ibarat menyucuk cari ke dalam lautan, yg basah di jari adalah ilmu yg kita pelajari dr lahir hingga bertemu dgnNya, dn isi lautan pula adalah ilmuNya yg tidak kita ketahui.. Seperti org pd zaman dahulu kala akan yg tidak tahu dn brilmu mengatakan kita gila bila kita mgatakan besi boleh terbang(kapal terbang), besi boleh timbul atas air (kapal laut), dan sbgnya.. Hasil dr kajian ilmu, zaman skrg dh membuktikan semua dh brlaku perkara yg dianggap mustahil.. Sama la spt dalam kita mencari ilmu mgenal Allah, bila dh sampai ke maqam trtinggi dan menerima anugerahnya, org awam takkan percaya.. Sbbnya dangkalnya ilmu dan tak pernah melaluinya.. Siapalah kita untuk mengkafirkan, atau mganggap org lain sesat, sdgkn semua tu adalah hak dan urusan Allah.. Siapalah yg benar-benar tahu dirinya adalah seorang ahli syurga melalui ibadahnya?.. Adakah itu jaminan dari amalannya itu untuk Allah memberikannya syurga? Ingatlah.. Takdir Allah, kepada siapa yg Dia kehendaki, tiada siapa yg tahu, kita tidak tahu apa takdir kita diakhirat, baik atau buruk.. Taraf kita tetap sama, hanya hamba Allah.. Berusahalah beribadah berjuta-juta tahun sekalipun, zikir mencecah alam malakut, sidratul muntaha, arasy Allah, tetap akan tiada siapa lebih tinggi darjatnya drpd Rasulullah S.A.W.. Maka, ikutlah apa yg Rasulullah ajarkn, yg dipesankn, al-Quran dn Sunnahnya sahaja, jadilah hamba yg biasa tp terlalu luar biasa pahala amalannya disisi Allah.. Kembali lah pada asas ajaran dan pesanan Rasulullah, itu lah sebaik2 islamnya seseorang.. Janganlah sampai ‘tertipu’ dgn amalan sendiri.. Kita wujud di alam fana dan seterusnya di alam baqa (akhirat) semata-mata kerana sifat Allah ar rahman dan ar rahim..
69. Sufi muda - January 20, 2012









Di johor juga ada lagi guru mursyid..Sudah sgt tua umurnya..cepat buru ilmunya selagi dia. Masih hidup..memang tidak terjangkau ilmunya..Saya buat solat tahajjud dan minta pada Allah ..Allah tunjukkan saya dlm mimpi orangnya..Alangkah terkejut saya mursyid itu orang yang biasa saya jumpa..mmg zuhud orangnya..Duduknya pon di kampung shj..mcm org biasa2 ..tak ditunjuk sikit pon kemursyidan nya…Guru tareqat qodiriyah muridnya tak terkira byknya dr utara sampai singapura..Sungguh merendah diri orgnya…sungguh tk saya sangka…


~*~*~*~*~*~*~*~*~


Bacalah Dengan Hati Yg Bersih (kisah Perbezaan pdapat Ulama Syariat dan Ulama Hakikat)

by Ahlillah Salik on Tuesday, January 17, 2012 at 11:14pm


   Terjadi suatu peristiwa, seOrg pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara Org syariat dan Org hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..
“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kpd kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yg pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yg kedua, sembahyang itu apa hukumnya? 
   Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kpd Org kampung disana utk mencari mereka.”

  Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yg terkenal dikampung sebelah dgn bertanya² arah rumahnya kpd Org kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tsbut dgn ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yg serba sederhana itu.
  Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yg bersih tanda beliau seOrg yg soleh.
   Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dgn dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.
“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”
Tanya sang ulama syariat dgn nada yg redup.
“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yg ingin saya ajukan berkenaan dgn agama Islam kita ini kpd ustaz
   Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yg kedua, Sembahyang itu apa hukumnya?”
Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dlm² dan dgn tenang memberikan jawapannya.
“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”
Setelah mendapatkan jwbn drpd ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam utk bertemu dgn ulama hakikat pula.

   Keesokkan harinya si pemuda mula merayau² dikampung itu utk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dgn Org kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dgn seOrg makcik yg akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

   Sesampainya ditempat yg dituju kelihatan seOrg lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yg luas dihiasi taman bunga yg cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yg berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yg agak lusuh berbanding rumahnya yg begitu mewah.
   Sudah sepuluh minit si pemuda berbual² ringan dgn sang ulama hakikat namun kelihatan seolah² tiada tanda² sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dlm rumahnya yg mewah itu.
“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”
Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yg sama sbgimna yg ditanyakan kpd sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yg ingin saya ajukan berkenaan dgn agama Islam kita ini kpd ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yg kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”
Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dgn tahkik beliau menjawab..
“Wahai anak muda ketahuilah yg sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.” 

   Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yg bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yg baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah² maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dgn seribu persoalan yg berlegar²  dibenak kepalanya.
Sbgai seOrg muslim taat yg baru hendak menjinak²kan diri dgn dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dgn jwbn yg diberikan oleh sang ulama hakikat.

 Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dgn ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jwpn daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut utk meneruskan pelajaran tasawuf dgn gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dgn guru tasawufnya lantas mengambil keputusan utk berguru dgn sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dlm hati beliau bergumam..
“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. 

Wpun sang ulama syariat hidup dlm keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dgn makanan yg enak berbanding sang ulama hakikat yg kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dgn dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yg lusuh itu.” 

Keesokkannya, si pemuda dgn tergesa² menuju ke rumah sang ulama syariat dan mceritakn kpd beliau hasil dialognya dgn sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak² muridnya utk menangkap sang ulama hakikat.
   Mk dgn sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dgn cerita bhwa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu. 

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dgn bantuan Org kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa utk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari Org kampung yg bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yg melempari beliau dgn batu² kecil krna tidak dpt menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya X henti²  mengalir. 

   Mungkin beliau menahan sakit.
Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dgn kasar tubuh sang ulama hakikat yg sudah tua itu ditolak dgn keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yg sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dgn situasi itu. 

Beliau tidak menyangka Smpi begitu malang nasib yg menimpa sang ulama hakikat shgga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya utk mengekang kemarahan Org² kampung yg sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan SembahYang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.
Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.
“Adakah anda masih dgn pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”
Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dgn  tenang oleh sang ulama hakikat..

“Utk kesalahan yg mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”
“Utk kesalahan anda yg mengatakan Allah tidak BERKUASA dan sembahyang itu hukumnya HARAM!” 

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yg teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa² dan terserahlah kpd kebijaksanaan tuan hakim utk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”
Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dgn  puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. 

Sang ulama syariat terdiam dan merenung dlm seolah² memikirkan sesuatu yg berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh shgga esok utk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. 

Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yg berada dihalaman rumah sang ulama syariat dlm posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh bbrpa Org² kampung. 

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat drpd pendiriannya. Ramai yg merasa pelik dgn pendirian sang ulama hakikat dan yg lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. 

Tiba² si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yg menimpa sang ulama hakikat adalah hasil drpd perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. 

Perlahan² si pemuda mendekati sang ulama hakikat utk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dgn senang hati mahu memaafkan si pemuda. 

 Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba² ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dgn nada yg riang..
“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”
Dan Katakanlah: "Yang benar telah datang dan yg batil telah lenyap. Sesungguhnya yg batil itu (pasti) lenyap." 

Ucap beliau berulang² sambil memandang kearah SseOrg lantas mukanya tiba² kelihatan berseri² dlm senyuman yg menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah Org itu dan apa yg beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yg ingin menyaksikan hukuman pancung yg bakal dijalankan.
  Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yg berjaya membunuh seOrg pembawa ajaran sesat. 

   Selang bbrpa hari oleh krna rasa ingin tahu yg meluap² maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 drpd  surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.
“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.” 

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yg hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yg hendak diajukan terasa tiba² hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yg dahulu itu maka akan aku jwb Skrg ini.”
Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu ttg perbezaan antara Org² syariat dan Org² hakikat dlm memahami agama Islam akan aku jwb sprti berikut.

 Yg pertama, Org syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala Org hakikat akan mjwb setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat.
    Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat, memberitahu kamu bhwa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata²  sbgai isim bagi zat tuhan kita shj. 
Ini bermakna yg berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yg berkuasa itu isimNya.
   Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”
Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.
“Adalah sesuatu yg benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bhwa SEMBAHYANG itu hukumnya adalah HARAM.”
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.
“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dlm agama Islam namun yg ada Cuma ibadat solat.
   Ya, ianya adalah SOLAT dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul² Maksud firman اَللّٰهُ dlm surah al-Kafirun ayat 6 yg bermaksud;
 “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat Org kafir tidak sama langsung dgn cara ibadat Org muslim.
   Perkataan "Sembahyang" itu adalah asalnya terbit drpd upacara ibadat masyarakat hindu-budha utk menyembah tuhan yg bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. 
Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang ttpi Allah. Jadi kita sbgai Org muslim adalah Haram Sembahyang krna itu adalah ibadat penganut hindu-budha. 

Ssgguhnya SOLAT itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sbgimna yg disabdakan oleh Rasulullah ﷺ yg bermaksud,
Si pemuda semakin tertunduk.
“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bhwa  Allah itu tidak berkuasa dan SEMBAHYANG itu hukumnya adalah HARAM?
“Ya tuan guru, Skrg barulah jelas.”

“Yang kedua, Org² Syariat mempelajari ilmu² hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dgn hukum,..  Smntara Org² hakikat mempelajari ilmu² ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dgn Allah.”
    Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yg telah berlaku dimana Kata² guru tasawuf itu ada benarnya juga.
   Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yg berlaku dgn hukuman bunuh terhdp sang ulama hakikat, Sdgkan sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dgn kemaafan sesuai dgn  sifat tuhan Yg Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu ttg kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jwb seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah d sbb kan masih adanya Org² yg sprti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yg membuatkan darah si pemuda berderau.
“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Krna kejahilan kamu dlm memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sbgai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat shgga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian.
    Jika semua ulama hakikat sewenang² dibunuh tanpa usul periksa justeru krna itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bgaimna saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sbgai Org yg beragama! Sang Ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dlm rumahnya yg besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walaupun setitik air bahkan dgn dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yg lusuh itu.”

“Awas lidahmu dlm berkata2 wahai anak muda! Telahku katakan tadi bhwa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bhwa rumah besar lagi mewah yg kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yg lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yg beliau ada dan beliau hidup hanya utk mengabdikan dirinya kpda اَللّٰهُ.”

“Bgaimna tuan guru boleh tahu segala yg terperinci ttg sang ulama hakikat itu?”
Tanya si pemuda hairan.
“Krna Org yg kalian bunuh itu adalah guru tasawufku mk dgn itu sebutir lagi permata yg indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.” 

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…
“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru dgn-mu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”
“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata² krna keselamatanmu dan bukan krna aku membencimu.” 

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”
“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat krna kamu akan selamat disana dan Jgn kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.” 

Dgn hati yg berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat utk berguru dgn-nya dan beliau diterima sbgai murid. Selang bbrpa hari, keadaan kampung tiba² kecoh kembali.
  Dengar khabarnya seOrg lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong² Org ramai Sdg dlm perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seOrg lelaki yg telah dikenalpasti sbgai pengamal atau guru ajaran sesat.
   Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yg  membalingnya dgn batu² kecil shgga pakaiannya koyak-rabak. Rupa²nya lelaki yg pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

  Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yg tidak mahu mengambil beliau sbgai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan sprti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi PERMATA yg indah telah hilang sirna dari negeri itu… 

Di dlm hati si pemuda merintih..
“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yg mesti dikorbankan semata² mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup krna Skrg aku sudah mengerti….”



~*~ WallahHu'Alam/ [sumber...] 





~ KISAH WALI PAIDI





Ceramah Abah Guru Sekumpul Tentang Diri Sebenarnya Diri 
Suara beliau sangatlah khas nan merdu. Beliau merupakan perintis pembacaan Maulid Simtuddurar atau yang biasa dikenal dengan sebutan Maulid Habsyi di Pulau Borneo. Beliau merupakan satu diantara ulama kharismatik yang bukan hanya dihormati oleh umat, bahkan para ulama dan pejabat pun menghormati sosok beliau. Beliau adalah Tuan Guru KH. Muhammad Zaini Abdul Ghani atau yang biasa disebut Guru Ijai atau Guru Sekumpul. Beliau merupakan sekian dari “permata” yang berada di Martapura Kalimantan Selatan.




👉~https://makrifattokkenali.wordpress.com/2013/07/25/belajar-makrifat-itu-bukan-bertujaun-untuk-jadi-allah/



👉~ Kenali SIFAT Robb Mu 👉https://lading-emas.blogspot.com/2010/04/sifat-20-tuhan.html


~***~LadingEMAS~***~






 . .



“Apabila SseOrg kamu sedang Solat Ssgguhnya dia sedang berbicara dgn tuhannya…”.





~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~