~*~KALiMAH TAUHiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum KiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!


Drpd Nabi SAW bsabda:~

Ssiapa ke MASJID pd Waktu PAGI/pd Waktu PETANG Allah akan menyediakan utknya satu TEMPAT TINGGAL di Syurga apabila dia pergi samada pd Waktu PAGI atau pd Waktu PETANG

(HR Muslim, #1073)




~*~*~*[MUTiARA HADIS_1]








~~*~~[MUTiARA HADIS_2]





~~**~~[MUTiARA HADIS_3]





~~***~~[MUTiARA HADIS_4]





~*~*~*~*
~*~
~*~


PESAN Rasululah SAW

“Sesungguhnya AMAT dirasa BERAT oleh seOrg MUNAFIK, UTK melaksanakan SOLAT ISYA dan SOLAT SUBUH Sekiranya MEREKA TAHU akan keAGUNGan PAHALAnya, nescaya mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2”

(HR Bukhari Muslim)

~*~Hadis Abu Hurairah RA:

Drpda Nabi SAW bSabda: Sesiapa yg pergi ke MASJID pada waktu PAGI atau pada waktu PETANG Allah akan menyediakan untuknya satu TEMPAT TINGGAL di SYURGA apabila dia pergi SAMADA pada waktu PAGI atau PETANG.

(HR Muslim, #1073)

~*~
“Sesungguhnya Allah akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM


(QS An Nisa:140).


SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“

(HR Bukhari &Muslim)


***

Tuesday, July 5, 2011

MANUSIA DENGAN TALI GHAIB

MANUSIA DENGAN TALI GHAIB.

Seekor ibu penyu merangkak menghela bersamanya cengkerang berat yang sudah diliputi teritip daripada pelayaran jauh di dasar lautan. Dengan segala kesusahan dia menaiki pantai memilih ruang paling selamat, mula mengorek lubang, air mata mengalir, telur dilabuhkan sebutir demi sebutir. Selepas semua telur selesai dikambus si ibu berpatah balik turun mencecah gigi pantai dalam gelap malam. Telurnya ditinggalkan terdedah kepada simpati alam.

Sesekali tertanya-tanya ibu jenis apakah ini? Tergamak ia membiarkan telur bakal menetas di mana anak menjengah dunia memulakan hidup tanpa perhatian. Lebih sukar lagi apabila ia ditetaskan di daratan sedangkan habitat mereka di lautan. Sekali lagi kita bertanya ibu jenis apakah ini?Apakah yang tersembunyi di sebalik semua ini?…Namun keajaiban alam tersaksi apabila sampai waktu menetas, setiap anak penyu mengoyakkan kulit nipis telur,  menguak timbunan pasir dan dengan tertib mengatur langkah ke dunia baru mencari gigi pantai. Kemudian seekor demi seekor berenang memulakan kayuhan ke arena sebenar seluas samudera. Ditengah lautan itu apabila sampai waktu menetas si ibu rupa-rupanya terapung dengan kakinya seperti pergerakan melambai-lambai mengirim gelombang ke arah darat, ke arah pasir ke arah dimana anak-anaknya sedang bertungkus lumus memulakan langkah hidup. Gelombang kasih ini menjadi tali temali menarik semua anak ke arahnya walau berada dalam jarak yang jauh dan di alam berbeza. Mereka kemudian berenang ke dunia kelam dalam liuk lentuk lanskap dasar laut yang indah.

Kita berfikir tentu disebalik dunia fizikal ini ada juga tali ghaib. Ia menggerakkan manusia di sebalik seluruh kelakuan fizikal mereka. Di sanalah terdapatnya ruang doa, daerah aura, sentuhan lembut kasih. Semua ini contoh tali temali yang menggerakkan manusia tanpa mereka sedari.

Seorang anak yang lama menyepi diri tiba-tiba terpanggil pulang ke ribaan ibunya membawa sekeping hati mengemis kemaafan. Sebenarnya sebelum hari itu, hati ibunya terkocak dan lautan rasa keibuannya membuak. Rasa ibunya itulah tali yang menariknya pulang!

 Seorang hamba Allah yang lalai dengan dosa, tiba-tiba pulang mengetuk pintu Tuhan. Kembali dengan sejuta keinsafan. Apa yang menggerakkan hidayah Tuhan ini?
 Langkah ini adalah daripada doa orang tua masa lampau yang berdoa untuk kebaikan zuriatnya. Doa mereka menjadi tali yang menarik hamba ini kepada Tuhan.

 Justeru dalam hidup ini disamping segala usaha dan ikhtiar, gunakanlah tali temali ini. Marilah mengikhlaskan niat, sentiasa menadahkan tangan memanjatkan doa buat anak, pasangan, saudara serta seluruh dunia agar tali halus ini sentiasa menarik mereka agar jangan tersasar dari laluan hidup sebenar. Biarlah ia menjadi penggerak hidup dengan irama kebaikan berpanjangan merentasi zaman.
 Berikanlah sentuhan lembut, limpahan kasih dan kita tentunya bukan lebih terkebawah berbanding ibu penyu dengan aura ajaibnya!

Oleh Ustaz Zul Ramli M Razali-U Turn Ke Jalan Lurus


Petikkan~http://www.facebook.com/notes/bee-muslimah/3manusia-dengan-tali-ghaib-3/158783104195127
. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~