~*~KALiMAH TauhiD~*~







~**~TiADA TUHAN KECUALi ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH pd SETiAP KERLiPAN & PD SETiAP NAFAS Sbyk LuasNYA APA YG ADA pd iLMU ALLAH ~**~

~*~SOLATLah KiTa, Sebelum kiTa diSOLATkan~*~


~*~PLS OPEN this WEB with MOZILLA FIREFOX or INTERNET EXPLORER...for BEST Results, Tq (^^,)V

AL_QURAN Video+ TerJemahan

~*~*~*~

HADIS ~ PESANAN RASUL KITA, UTK UMATNYA TERSAYANG!!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~*~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~**~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~~***~~[PerHaTiKan MuTiARA KATANYA]
~*~*~*~* ~*~ ~*~
PESAN Rasululah S.A.W
“Sesungguhnya PALING diRASA BERAT oleh seOrg MUNAFIK, ADALAH melaksanakan SOLAT ISYA' dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka tahu akan ke AGUNGAN PAHALAnya, NISCAYA mereka mendatanginya (ke MASJID, SOLAT berJEMAAH) sekalipun dlm keadaan MERANGKAK2
(HR Bukhari Muslim)

~*~ “Sesungguhnya ALLAH akan mgumpulkan Org2 MUNAFIK dan 0rg2 KAFIR di dlm JAHANNAM
(An Nisa:140).

SOLAT BERJEMAAH LEBIH TINGGI 27 DERAJAT DIBANDING SOLAT SENDIRI“
(HR Bukhari – Muslim)

~*~ Download Audio Kuliah
***
~***~أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا (Setelah diterangkan) APAKAH mereka[KAMU] SENGAJA tidak berUSAHA MEMAHAMI serta meMIKIRkan isi Al-QURAN? ATAU HATI mereka TERKUNCI RAPAT (yg mghalangnya drpda MENERIMA AJARAN Al-QURAN)? (QS Muhamad: 24) ~*~*~***~

Wednesday, March 24, 2010

Yassin 7 Mubin ~ Dato' Dr Amran Kasimin

Kuliah Subuh Surau As Sobah 29/8/09
Dato’Dr. Amran Kasimin


1. Manusia berkongsi hidup didunia ini bersama kejadian Allah yang lain seperti jin, syaitan dan iblis ( makhluk halus ) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

2. Kadangkala berlaku pertembungan diantara manusia dengan makhluk tersebut dimana manusia diganggu samada dirumah, pejabat atau dalam dirinya sendiri.

3. Walaupun keujudan makhluk tersebut termaktup dalam Quran tetapi ramai yang tidak percaya hingga terkena batang hidung sendiri.

4. Selalunya bila gangguan oleh makhluk tersebut mengganas dan diluar kawalan maka bomoh atau ustaz akan dicari untuk memulihkankan keadaan. Hidup bila diganggu oleh makhluk halus amat tidak tenteram dan berkecamuk.

5. Dalam keadaan begini kalau kita mengetahui serba sedikit mengenai cara merawat atau melindungi diri dari gangguan tersebut amatlah berguna kerana sebaik2 pendinding atau penawar adalah jika kita sendiri yang mengamalnya.

6. Yassin adalah antara ayat2 Allah yang mempunyai seribu hikmah mengikut NIAT dan HAJAT siPEMBACA. Kaedah pembacaan dan cara untuk menjadikannya sebagai penawar dikongsi oleh Dr. Amran untuk makluman kita.

7. Kaedah pembacaan 7 Mubin ( nyata ) adalah dimana disetiap ayat yang berakhir dengan perkataan MUBIN kita akan berhenti dan berdoa kepada Allah memohon hajat kita, seperti dipulihkan dari gangguan makhluk halus atau buatan orang. Lepas berdoa kita mulakan semula bacaan daripada awal ayat, ia itu YASSIN hingga ke perkataan MUBIN kedua, dimana kita berhenti lagi dan berdoa kembali. Ini kita ulangi hingga ke MUBIN ketiga, berdoa kembali dan kemudian baca kembali dari mula hingga ke MUBIN keempat dalam kaedah yang sama hingga lah habis keMubin yang ketujuh. Kaedah ini boleh dilakukan seorang diri atau berkumpulan. Disetiap MUBIN jika pratikal pembaca bolehlah berdoa dalam keadaan sujud, kalau tidak berdoa dalam keadaan biasa.

8. Kita boleh juga meletakkan air dan garam kasar yang dicampur dengan lada hitam dihadapan kita dan selepas berdoa hembuskan kepada air tersebut. Garam dan lada hitam boleh digunakan untuk menghalau makhluk halus dengan menaburnya disekeliling rumah atau bangunan yang diganggu. Garam dan lada hitam yang telah dibaca dengan Yassin akan menjadi seperti bom membakar makhluk halus.

9. Sebelum merenjis air Yassin atau garam dan lada hitam ketempat yang bermasallah bacalah Azan dengan kuat, sebaiknya dilakukan selepas maghrib atau tengah malam. Renjisan hendaklah dimulakan dari kanan berakhir diluar rumah dimana garam ditabur keatas bumbung rumah secara simbolik.

10. Air Yassin boleh diminum oleh pesakit dan mandi dengan air campuran Yassin selepas waktu asar. Air dicurah bermula dari kaki membawa kekepala dan air akhir jangan dilap, biar kering dibadan.

11. Kaedah ini boleh digunakan bagi merawat manusia atau rumah/pejabat yang diganggu makhluk halus. Ia juga berkesan bagi merawat wanita yang terkena buatan orang.

12. Kebelakangan ini terdapat ramai wanita yang dikikis duitnya oleh lelaki yang menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan teman wanita mereka. Wanita yang terkena buatan ini akan memberi wang ringgit dan diri kepada teman lelaki durjana tadi tanpa menyedari dia menjadi mangsa. Cubalah kaedah 7 Mubin ini untuk memulihkan wanita tersebut dengan minum dan mandi air Yassin.

13. Rumah atau pejabat yang diganggu oleh makhluk halus sentiasa panas dan penghuni akan selalu bermimpi buruk dan menakutkan disamping ternampak kelibas makhluk halus didalam rumah.

14. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk keluarkan makhluk halus yang bersarang dalam badan akibat mengamalkan ilmu kebal, pendinding, silat, pemanis dsb.
15. Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat membantu kita atau orang yang kita sayangi dimasa depan.

16. Tetapi janganlah tunggu hingga bermasallah baru membaca surah YASSIN jadikan ia amalan harian atau mingguan dan kalau boleh hingga kita berjaya menghafalnya. Bila membaca Yassin dalam keadaan biasa sedekahkan pahala bacaan pada Nabi Muhammad saw, Nabi2 sebelum Nabi Muhammad, Ahli keluarga, para sahabat dan pengikut sahabat Nabi, wali2 Allah dan guru agama kemudian kepada kedua ibu bapa kita, anak dan saudara mara kita serta sekalian muslimin dan muslimat agar mereka mendapat keampunana Allah dan dijauhi daripada api neraka. Pohonlah juga agar berkat bacaan Yassin tersebut kita dan keluarga dilindungi Allah daripada segala bahaya, malapetaka, bencana dan kelemahan diri, serta daripada harsat dengki, khianat dan gangguan jin, syaitan atau makhluk Allah yang lain.

17. SELAMAT BERAMAL kerana ILMU yang tidak diamal adalah sia2 dan tidak dapat membantu kita.





Lading_Emas

No comments:

~*~*~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~*~